Isnin, Disember 02, 2013

Melankolia Kita

Ketika rosak dan hancur jiwa ini,
 aku mencari sebuah kedamaian
kedamaian yang mampu bawa ketenangan panjang dan juga selamanya
ketika aku sesat dalam mengenali sebuah cinta
saat aku meronta memerlukan sebuah cinta manusia untuk ditagih
aku bertemu kamu tanpa aku percaya bahawa aku pernah tertarik dengan tingkahmu dulu

Allah Maha Kuasa Maha Pengasih Maha Penyayang
aku dipertemukan denganmu bukan sebagai sekadar teman biasa
hati aku dan kamu mempunyai rentak yang sama
itulah getaran cinta yang aku selalu rasa ketika bersama kamu

wahai ahli cinta,
sungguh aku terhutang budi dengan kebaikan yang kau beri
aku seronok setiap kali aku tatap wajah kamu
yang mana aku tahu tidak lama lagi aku tidak dapat tatap wajahmu lagi
saban malam aku berlatih untuk tidak rasa apa-apa
saat dimana dipenghujung nanti aku perlu berpisah jasad dengan kamu

air mata yang ada ini tumpah kerana kasih dan sayangmu
jiwa yang sepi ini sepi kerana mrindukan senyummu
wahai kasihku, aku mohon padamu
kau mintalah izin dari Tuhan untuk tarik tanganku ke syurga Dia
jika kau tidak ketemu aku disana
aku mohon sahabat sejatiku
aku mohon

Rabu, November 20, 2013

Update Diri

Assalamualaikum wbt,

ya Allah lamanya tak tengok blog ni, almaklum sekarang ni musim intagram, gua update blog gua kat instagram, sesiapa nak tahu perkembangan diri gua boleh la lihat instagram gua..uhuk uhuk. 

sebenarnya sekarang ni gua terlalu sibuk dengan pelbagai program kampus baik yang rasmi mahupun tidak, gua rasa gua terlebih bizi mengalahkan suami Rosmah, oppss.

tula akhirnya gua hanya nak cakap, follow la instagram gua kalau nak tahu perkembangan diri gua, bak kata pepatah, blog is no longer suit for the urban generation like us.....kbai

Tahniah buat sahabat diploma gua Ekin, Ikmal dan Husna yang
dah ofisyeli greduet ijazah sarjana muda sains dalam pengurusan kulinari
maaf ni gambar time konvo diploma jerkk

Jumaat, September 13, 2013

Sebulan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini pada jam ini tepat sebulan aku bergelar walid..seronok rupanya bila dah ada anak sendiri ni..anak sulung aku ni namanya Dhiya Insyirah..semoga Dhiya jadi anak yang solehah yer..love you so much..




Walid Insyirah abang ipar gua
jadi baby ni anak buah gua lah
gua belum kawen macam mana mahu buat anak?

Sabtu, September 07, 2013

Kembali

Assalamualaikum,
Semester baru dah bermula, kena tekadkan hati dan bangun dari kejatuhan masa lalu inshaAllah Dia maha mengerti hati dan sanubari ini. Janji kena tetap jujur dalam setiap tindakan juga ikhlaskan hati melakukan apa jua perkara baik yang disaran Rasulullah nabi kesayangan kita

Wallahualam, sungguh aku tidak dapat mengagak apa yang Tuhan sudah rencanakan untuk aku namun aku sangat percaya Dia sentiasa ada bersama aku setiap masa.

Doakan aku

Isnin, Ogos 12, 2013

Raya Kita

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah masuk lima hari kita beraya aidilfitri mulia.. Semoga masing masing masih bergembira. Masih mampu ke nak telan macam macam juadah tu? Kalau tak mampu lebih baik puasa enam kak ton mak jah sume oii..

Just a short update,
Nak minta ampun dan maaf sempena bulan baik hari baik ni jika selama bergelar penulis tak bertauliah dekat blog yang makin suam suam kuku kucing ni ada menyinggung perasaan kalian yang halus bagai hati kuman itu kan, maaf zahir batin la yer

In a way,
Alhamdulillah raya kali ni agak meriah gua rasa berbanding raya lepas dan lepas dan lepas. Tidak tahu mengapa suasana raya itu kembali aku rasa tatkala bersama keluarga menketedaghah lontong dan kuah kacang beramai ramai gitewww.,

By the way,
Hari ni gua start nak beraya dengan kawan kawan gua. Ni kira jejak kasih la juga bila kawan kawan era sekolah rendah mahu kembali bersama sama

Okay bubye..gudnitezz
    Pelita konon nak meriahkan suasana

Khamis, Julai 25, 2013

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Andai ini Ramadhan Terakhir
wahai diri renungkanlah engkau akan nasibmu
wahai qalbu..sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal..terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian..adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu..kepadaNYA tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu
solat yang dikerjai..sungguh khusyuk lagi tawadhuk
tubuh, minda dan qalbu..bersatu memperhambakan diri
mengadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam)

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu kau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih, berqiamullail, bertahajjud
mengadu..merintih..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak ke syurga-MU
tapi aku juga tidak sanggup ke neraka-MU
oleh itu duhai Ilahi..kasihanilah kami daku hambaMu ini"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tidak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh kemari kita meriahkan Ramadhan
kita buru..kita cari..suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu kau akan bersedia batin dan zahir
mempersiap diri..rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan..lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri..
suapaya aku tidak menjadi hambaMu yang paling rugi

(unknown)

Rabu, Mei 01, 2013

Siapakah Yang Akan Aku Undi?

Assalamualaikum wbt,

okay sekarang memang semua orang tahu kan apa akan jadi dalam 5 hari lagi. Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei 2013. okay nombor pun nak cantik je semua kan. tulisan aku hari ini adalah untuk mendedahkan kepada umum siapa yang bakal aku undi pada ahad nanti. aku bukanlah pengundi baru yang noob dan bodoh yang orang kata pengundi atas pagar. tidak sama sekali. selama bertahun aku hidup dalam politik, sebab sejak kecil memang minat aku kepada isu-isu semasa dan politik tanah air tanpa dipaksa oleh keluarga semuanya datang sendiri. jadi ahad ini adalah kali pertama dalam hidup untuk aku buang undi demi negara yang tercinta.

perkara pertama yang aku take into consideration sebelum buang undi ahad nanti jatuh kepada beberapa perkara:

1) aku akan undi kepada calon yang aku rasa berkredibiliti di tempat aku mengundi yakni calon parlimen dan dewan undangan negeri (DUN)

2) undi calon dari parti yang memperjuangkan islam secara menyeluruh. tidak bermakna jika mereka ada dalam satu pakatan mahupun satu barisan aku akan undi calon yang satu grup dengan deme tu. minta mahaap sebab aku percaya kepada apa yang aku lihat dan rasa setelah berlambak bahan bacaan aku teroka.

3) undi juga akan pergi kepada calon yang dapat membantu dalam proses perjuangan islam, pengimplementasian islam dalam sisitem pendidikan, majlis-majlis ilmu yang ditambah seperti ceramah perdana, qasidah dan segala macam program ilmu yang dapat membangkitkan roh islam dalam masyarakat

4) undi aku akan jatuh kepada parti dan calon yang secara tak langsung akan memudahkan proses perjuangan tersebut. dalam erti kata lain tidak banyak kerenah, tidak banyak isu yang akan timbul bila ingin melakukan program-program islamik, especially di universiti tempat aku belajar.

5) semestinya calon Islam berwibawa, berkredibiliti, ikhlas dalam perjuangan.

itu antara intipati yang terkandung dalam tatacara memilih ikut cara aku sendiri. secara rawak dan sekali imbas aku yakin pembaca akan nampak aku akan mengundi siapa. tapi hanya aku sendiri yang tahu bagaimana aku menilai calon dan parti tidak kira parti yang so-called islamic party or party that everyone said bring the secularism into the society. semoga Allah tetapkan pilihan yang telah aku buat ini. jika Dia mahu ubah pendirian aku pon aku berdoa agar pilihan yang aku ubah itu adalah juga pilihan Dia.

jadi 200ribu mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia yang akan turun mengundi ahad ini, jangan buat undi rosak, pilihlah yang terbaik, teruskan berdoa.

lagi satu, ada orang kata, jika parti sipolan jadi kerajaan, industri seni tanah air akan jatuh, industri seni yang dimaksudkan industri muzik dan filem lah kan for sure. sebenarnya aku personally nak kata la, terima kasih sebab memberi gambaran yang jelas, sebenarnya secara tak langsung aku membenarkan kata-kata ini kerana, aku dah bosan melihat kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku dalam industri seni kita selama ni yang telah banyak menimbulkan masalah sosial tanpa tidak disedari. jadi apa salahnya segala kemungkaran ini tersungkur kan? tapi seni yang dapat membangkitkan kembali nilai islam dan moral inshaAllah akan terus berkembang. ameen

wallahualam.

Sabtu, April 13, 2013

Mereka Orang Tua

mereka orang tua
berjalan meniti kehidupan sudah lama
menyaksikan sisi hidup sendiri suka duka
anak cucu sentiasa bersama
itu yang diharapkan mereka

menyaksikan dengan mata kepala sendiri
terduduk sepi seolah menanti
kebahagiaan yang entah bila akan sampai
mungkin mati yang akan mengakhiri penantian ini

jika dulu masa kau masih bayi
minyak penuh ditatang tidaklah tertumpah
satu gigitan nyamuk buat mereka menyesal tak sudah
seperti tidak reti menjaga zuriat yang Allah anugerah

tapi itu dulu masa kau masih bayi 
masa kau masih kecil
masa kau bodoh tak reti nak buat apa-apa
masa kau perlukan mereka

melihatkan mereka orang tua
pasti ada juraian air mata
teringat akan ayahanda dan bonda
yang semakin hari semakin jauh

aku takut aku jadikan orang tuaku seperti mereka
yang akan menghabiskan sisa hidup disini
menderita menyesali dalam melahir dan membesarkan anak sepeti aku
kisahnya mudah apabila aku membenarkan diri aku
berjaya hanya didunia tapi akhirat belum tentu

Ya Allah Kau anugerahkan syurgaMu yang tertinggi buat abah dan ibuku kelak
pengorbanan mereka sebutir pasir pon tak mampu aku balas
Kau jadikan aku anak yang sentiasa bersyukur
Kau berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka
walau hanya sedikit
aku mahu mereka merasa bergunanya aku 
bergunanya aku sebagai zuriat mereka
yang mereka besarkan dari sebesar telapak kaki mereka 
sehingga aku mampu mengorak langkah menuju kehidupanku sendiri

Ya Allah Kau berkatilah perjalanan hidup mereka
Kau jauhkan mereka dari segala kecelakaan didunia jua diakhirat



Abah Ibu, maafkan ancik atas segala kebiadapan ancik selama ini

terima kasih kepada penghuni Rumah Seri Kenangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Cheng, Melaka yang menerima dengan tangan terbuka akan kehadiran kami. masih teringat akan kegembiraan seorang nenek dan auntie yang cukup senang melihat kami meluangkan masa bersama mereka. 

ingatan untuk diri sendiri, tiada guna air mata tadi jika suatu hari aku juga seperti anak 'Mereka Orang Tua'




Sabtu, April 06, 2013

Syukurlah Dengan Sekeliling Mu

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Allah itu maha berkuasa, Dia yang memberikan masalah, Dia juga yang memberikan ketenangan dalam jiwa. Jika kita tahu apa matlamat kehidupan kita nescaya kita akan lebih tenang dan menghadapai segala permasalahan dan kekacauan dalam jiwa dengan lebih teratur

sebenarnya jiwa kita tidak tenang, hati jadi gundah bukan kerana orang lain, tapi kerana diri sendiri yang tidak tahu kenal erti syukur, kita mahu dapatkan lebih dalam hidup, kita mahu macam-macam, bila tidak dapat kita memberontak seperti anak kecil. 

apa yang ingin aku sarankan kepada sahabat semua, belajarlah erti menerima takdir dengan hati yang lapang. aku tahu terkadang bukan mudah untuk kita melaksanakannya, cakap mungkin senang kan, tapi kita still boleh berusaha untuk mencapai kebahagiaan dengan keadaan sekeliling kita. 

macam orang bercinta yang baru putus kasih, yang kau cinta tu seorang, tapi keluarga kau, rakan kau, teman seperjuangan kau yang sokong kau beribu kali tanpa jemu kau tak endah. betapa rugi orang yang tidak kenal erti syukur, syukur bukan sekadar di mulut, tapi syukur datang dari hati. kau yang sendiri rasa apa itu syukur


inshaAllah lepas ni akan berangkat ke suatu tempat untuk bertemu sahabat seperjuangan..sempat update kan..kbai.




Isnin, April 01, 2013

Sahabat Karib Dunia Akhirat

Assalamualaikum wbt

usai sahaja program kepimpinan yang diadakan hasil cernaan minda dinamik MPP yang juga melibatkan beberapa pemimpin atasan Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan Akademik dan bukan akademik universiti aku hujung minggu lepas yakni Ahad lepas hati ini terdetik rasa pilu dan sebak apabila ingin meninggalkan kem, tiga hari bukanlah masa yang perlu untuk aku berasa apa-apa, bukan jua untuk aku rasa aku sudah kehilangan segalanya..tapi itulah yang aku rasa tanpa aku paksa

sebagai pengganti kepada presiden persatuan yang tidak dapat hadir atas beberapa urusan, aku boleh dikatakan hanya sebagai bidan terjun, sehari sebelum kem baru lah aku dikhabarkan perlu pergi kem tersebut dengan perasaan terpaksa, aku merelakan diri atas dasar tanggungjawab, memang tak mudah untuk membuat keputusan.

tapi aku banyak belajar dari keadaan, dari pembacaan juga dari pengalaman, siapa kita hamba Allah yang perlu menolak takdirnya. yes aku anggap ini adalah takdir aku, ruang aku untuk aku jalani kem seumpama ini adalah rezeki yang Allah turunkan. dalam ramai-ramai kenapa aku yang Allah pilih untuk sertai kem? dekat situ aku bermuhasabah.

Alhamdulillah dalam tiga hari, pengisiannya lengkap, ditambah berkenalan dengan sahabat yang aku rasa tenang melihatnya. tidur bersama, subuh bersama, berjemaah bersama, ingat-mengingati akan nikmat yang Allah beri. kem ini lebih dari sekadar cukup untuk aku berasa nikmatnya hidup bersahabat dan berpersatuan.

sahabat yang aku maksudkan adalah presiden kelab yang agak islamik dekat universiti aku ini,jadi inshaAllah semoga persatuan aku dan kau dapat bergabung suatu hari nanti demi mahasiswa yang akan menerajui kepimpinan anak bangsa

dan yang paling utama semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal hingga akhirnya..aku belum puas taaruf dengan hangpa semua.. :)



Isnin, Mac 18, 2013

#PRU13: Apa Yang 'Newbies' Perlu Tahu?

Assalamualaikum wbt,

aku tahu pembaca blog ini adalah antara pengundi baru untuk PRU 13 yang akan datang, ye kepada yang sudah mendaftar sebagai PEMILIH seharusnya anda sudah mendapat makluman dari mana-mana pihak memberitahu bahawa anda sudah layak mengundi dan boleh mengundi untuk this upcoming GE. 

kalau macam aku yang duduk dekat Selangor memang tiap bulan sejak hujung tahun lepas dapat surat cinta dari Najib Razak bagitahu kawasan mengundi aku semua (tapi tempat mengundi sama ada dekat sekolah atau dewan boleh semak dekat website SPR). dekat sini aku nak kongsi sedikit apa yang perlu korang  lakukan dan tidak boleh lakukan semasa ditempat mengundi


1. Apa yang perlu korang bawa sebelum ke pusat mengundi?

MyKad korang lah. selain itu dokumen yang diterima adalah pasport Malaysia, lesen memandu, atau kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi gambar korang, nama penuh, dan nombor kad pengenalan.





2. Apa yang perlu korang lakukan apabila tiba di pusat mengundi?

Pabila korang memasuki tempat mengundi, pertama sekali, tangan korang perlu diperiksa bagi memastikan korang tidak mengundi untuk kali kedua. memang tak pernah ada kes seseorang mengundi dalam dua kali, sebab nombor IC adalah unik dan tidak boleh ditiru. Apabila ejen itu menyemak nama korang dan nombor kad pengenalan, korang akan diberi kertas undi. korang perlu menuju ke booth mengundi, pilih calon pilihan korang, dan letakkan ke dalam kotak undi. Jika pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum, korang akan diberi dua kertas undi dan akan ada dua peti undi. (satu untuk Parlimen, satu lagi untuk Dewan Undangan Negeri)


3. Bagaimana nak tahu tempat mengundi korang?

korang boleh mengetahui di mana korang akan membuang undi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (www.spr.gov.my) . korang juga boleh semak melalui SMS dan tempat pusat mengundi korang akan di SMS balik pada korang. Sebuah laman web juga akan dilancarkan, bagi menyalurkan segala maklumat yang berkaitan dengan PRU 13


4. Bagaimana nak tahu serta kenal dengan calon yang bertanding dan dasar (manifesto) mereka?

Akan ada tempoh berkempen untuk calon-calon dari parti-parti kesayangan korang bagi berkongsi dasar-dasar dan idea-idea mereka dengan korang rakyat kesayangan mereka..kononyerr




5. Bolehkah saya melihat proses pengiraan undi?

Nak mampos??. hanya ejen dari parti dan calon-calon yang bertanding boleh berbuat demikian. nak tengok jadilah ejen parti yer..






6. Bagaimana korang boleh mengetahui dengan pantas?

korang boleh menunggu sampai lebam di pusat perkiraan undi, terdapat skrin besar di sana yang menunjukkan kemas kini terbaru. korang yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan boleh menunggu di sana sampai lebam yer.




"INGAT UNDI KORANG ADALAH RAHSIA, JANGAN BUAT UNDI ROSAK, SEBAB KEBODOHAN KAU AKAN TERSERLAH KERANA SIA-SIA KAU DATANG BERATUR PANJANG SEMUA TAPI AKHIRNYA UNDI KAU TAK DIKIRA NANTI. TAK TAHU MACAM MANA NAK PANGKAH, TANYA MAKCIK KAT KAUNTER PENDAFTARAN TU, JANGAN TANYA SIAPA YANG KAU PERLU UNDI PULEKK. PILIH CALON BUKAN DENGAN MATA KEPALA, TAPI DENGAN MATA HATI"





Ahad, Mac 17, 2013

Tulisan Untuk Bakal Waalid

"Pakcik saya minat dengan anak pakcik, pakcik semoga suatu hari nanti Allah pertemukan saya dengan anak pakcik lagi sekali dalam keadaan yang saya sudah bersedia serba serbi untuk menjadi imam kepada anak pakcik"

Restoran Chonburi, Kampong Baru, Kuala Lumpur

hanya lewat sedikit sebelum mereka sekeluarga beredar, dan se-perca kertas berserta tulisan itu aku koyak-koyak menjadi keping-keping. entah keyakinan apa yang hadir dalam diri bahawa pasti suatu hari aku akan bertemu dengan kamu wahai wanita persis Emma Ma'embong yang berjilbab labuh.

alfatihah untuk mu yang sentiasa ada dalam rinduku



wonder why i bring my small book and pen to the restaurant, just only to write this? Allah knows :)

Sabtu, Mac 16, 2013

Untuk Apa Mengejar Teknologi

Assalamualaikum wbt,

aku ni jenis manusia yang minat gadjet jugak lah, ramai je manusia macam aku, minat gadjet itu ini, sekarang ni macam-macam jenis gadjet ada. gadjet yang nak aku cerita haruslah smartphone. ramai yang sudah apply rebate yang Najib bagi, mungkin ada yang dah guna, ada yang belum. macam aku. haha..

kalau nak diikutkan memang aku nak smartphone yang very the smart, yang layak dipanggil smart dari segi rupa bentuk, spesifikasi, mesra pengguna, tak licin tak kesat, jatuh dalam lobang jamban masih boleh pakai..what else..bukan smartphone yang jatuh katil sekali dua,the next day dah boleh baling anjing kan.

tapi dengan deruan dan kemajuan teknologi yang teramat la pantas nak mampos sekarang ni, belum sempat aku memakai gadjet yang diminati, yes belum sempat, masih dalam bayangan lagi tapi sudah keluar yang baru. kalau iPhone tu haruslah lembap sikit kan, tapi pesaing dia macam Samsung, HTC dan Sony seakan tidak sabar-sabar mengeluarkan gadjet terbaru walaupun rasanya baru mereka keluarkan yang baru itu kelmarin. if you know wat i mean.

sebagai contoh, bila terlintas saja nak beli sesuatu smartphone tu ,kawan pulak cakap.."ala alang-alang kau tunggu je fon yang baru, sikit masa lagi je die keluar". macam samsung kan.. tak sempat pon lagi nak miliki samsung s3, yang s4 dah keluar dah pulak..HTC pulak, tak sempat lagi nak miliki Butterfly, yang One pulak dah keluar..macam tulah maksud aku

jadi teknologi ni memang akan terus berkembang dan entah apa kan jadi dengan sebuah telefon tangan suatu hari nanti aku pon tak dapat nak bayangkan, mungkin sebuah smartphone yang tak wujud tapi sebenarnya wujud, just fikir nak call siapa, terus dapat call..dalam erti kata lain namanya akan jadi magicphone. 

so kena kuat iman sikit, tak payah nak kejar sangat dunia ni semua..lagha seme nih..israel tau dak? muehehe,..kalau dah terbeli yang korang suka sekarang, tak payah rasa menyesal bila dua tiga hari lepas tu 'terkeluar' pulak fon yang baru, pastu mula la keluar stetmen penyesalan.."alaaa..kalau aku tunggu sikit je masa lagi mesti aku dah dapat yang ini". pastu mula jeles bila ada kawan yang guna fon yang latest tu bla bla bla bla bla n bla


jadi kesimpulannya nak kejar teknologi ni sampai bila? sampai mampos? kalau duit berkepok dalam bank tu tidak apalah..hak abadi individulah kan, tapi sememangnya kita tak boleh miliki semua, harus ada yang perlu kita lepaskan..tak ingat ke basic concept of economy? kbai.

yang mana satu pilihan kalbu?

sumpah aku bukan peminat iPhone, design tak smart langsung, samsung pon. cliche giler design dier, kalau dah setat keluar macam tu, macam tu la juga design seterusnya dah macam tak leh nak pikir lain designer , engineer mereka tu. tapi kalau suatu hari die keluar design yang buat aku puas hati, tak mustahil juga aku akan miliki. but for now i dreaming to have a sony xperia z and htc butterfly. smart kan mereka..urghh tergoda la. rasa nak rogol-rogol je mereka berdua..cun sangat,,gerammm.



Jumaat, Mac 15, 2013

Introvert / Extrovert?

Assalamualaikum wbt,

buat kesekian kalinya aku menukar lagi nama belog ni dengan alamat2 blog sekali aku tukar, kepada semua pengikut aku minta maaf sebab mungkin ada yang tidak perasan dengan rebranding yang telah aku lakukan ini, (rebranding la sangat) bukan apa, aku nak ada imej baru dan juga nama baru yang sememangnya menonjolkan aku adalah empunya belog ini, maklumlah nama sebelum ni memang bukan nama aku jadi kali ini adalah sikit bunyi nama aku yang aku guna untuk profail belog. lagi pula aku nak mula balik dengan update belog tapi dalam masa yang sama tak nak ramai yang tahu aku update..haha apeni kan..sukatilah

berbalik kepada persoalan kenapa introvert? introvert adalah satu karakter dimana seseorang yang less confidence, tak mahu menonjol dan rasa diri dia rendah gila dari orang lain, manakala extrovert adalah yang sebaliknya, suka menonjol, sukakan perhatian, rasa 'hidup' dalam persekitaran yang bising, banyak cakap dan rasa diri dia bagus. itu yang aku fahamlah, kalau nak faham lebih lanjut, boleh lah google search.





Ahad, Mac 10, 2013

Hidup Dalam Terpaksa Dengan Cara Sendiri

Malam seperti biasa, sayu dalam hati kelam dalam sanubari

Entah bila mahu surut rasa ini, rasa rindu, rasa bosan, rasa benci bercampur dalam diam

Ditambah dengan halwa telinga dari rangkaian lagu-lagu retro sinar cukup membuatkan diri ini terfikir akan masa yang berlalu sepantas kilat, maklum saja masa bermula radio ini Sembilan tahun dulu lagu Aku Cinta Padamu tak layak masuk dalam senarai lagu yang dikumandangkan, tetapi kini lagu itu bersama Diari Hatiku juga Kau Kekasihku sering diputarkan (motip sume lagu ct?)

Aku masih aku yang dulu membuang masa mengenang memori, melihat langit diluar dengan cahaya terang rembulan bikin hati ini bertambah melarat kesunyian. Bebuku Fixi yang ada ditangan juga seolah dibaca tanpa nafsu, apalagi mahu bersenggama nikmat dengan jalan ceritanya bila terfikirkan apa yang sudah aku lalui sepanjang hidup ini.

Teringat pesan Abang Fedt mengingat masa lalu itu boleh, membiarkan jiwa dalam nilai sentimental yang sederhana juga boleh cumanya jangan diperhambakan diri pada masa yang lampau kerana itu hanya memakan masa depanmu.

Hidup dalam sederhana, meletak jiwa dalam keadaan sederhana, jadi yang sederhana, serap keadaan sekeliling dengan sederhana, aku cuba walaupun aku tak pasti aku boleh ataupun tidak. Mulut berkata boleh, hati belum tentu. Demi Tuhan aku terperangkap dalam buku cerita sendiri, tunggu seseorang membuka helaian buku cerita aku itu dan koyak-koyak menjadi keping-keping juga dibakar supaya menjadi abu. Aku menanti waktu itu. habis cerita

Khamis, Mac 07, 2013

Teori Konspirasi Lahad Datu

Assalamualaikum wbt,

dalam suasana tegang yang negara hadapi sekarang ni aku rasa ada orang-orang kita especially media dan hopkos politikus-politikus yang bangang abadi ambil kesempatan mengeluarkan teori masing-masing tentang dalang disebalik pencerobohan ke atas kedaulatan negara kita. okay perkara ni bapak serius, tolong jangan espek aku nak berlawak ke hape. ini melibatkan maruah negara, bila wilayah diceroboh, kau ingat diorang yang masuk dengan bersenjata beramai-ramai tu nak datang melancong ke? memang tak la kan..

masalah utama yang aku pelik pendatang asing yang kadang naik tongkang dalam belas-belas orang je, penguatkuasa kita dapat cekup, tapi yang datang berduyun siap bawak senapang semua terlepas mudah masuk. okay stop jangan ingat aku nak cakap mereka dibantu masuk oleh siapa-siapa yer..aku tak cakap apa-apa lagi..tolong diam dulu. okay itu satu, tapi tak kisah sangat lah mungkin masa tu kawasan pantai kita yang panjang itu tak mampu nak dijaga oleh keseluruhan anggota pasukan keselamatan, tak kiralah polis laut ke, tentera laut ke, hape ke semua terlepas pandang la kan..nak dijadikan cerita katanya,,haruslah begitu.

okay selepas berbelas hari bersembunyi akhirnya kita berperang sehingga setakat ini ada lapan orang polis kita dah terkorban, dalam isu ini aku lihat PM kita dengan Presiden filipin tu dah main peranan yang cukop dah kot dengan berucap itu ini semua suruh penceroboh tu pulang ke filipin semua, tapi tup tup kita dengar dalang disebalik semua ini adalah Pembangkang dari Malaysia, bukan media tempatan yang dok kata tu tapi media luar. okay hendak tak hendak malaysia kena terima hakikat ini adalah teori pertama yang muncul, ingat ini bukan fakta tapi teori semata-mata. sejauh mana sahihnya berita ini aku tak tahu.

tak lama kemudian ahli parlimen dari PKR, Tian Chua pulak kata semua ni didalangi UMNO, kah kah kah, teori kedua muncul pula. katanya UMNO sengaja mengadakan semua ini untuk menfitnah pembangkang seperti yang tertera dalam teori pertama tadi, aku tak tahulah apa yang dia cuba sampaikan mungkin die cuba implied yang UMNO rasuah media luar suruh bangkitkan isu ini, okay secara tak langusng teori ketiga muncul, teori dimana UMNO mengupah media luar untuk menuduh pembangkang yang menjemput penceroboh lahanat tu.

teori keempat ada juga yang mengaitkan US adalah dalang disebalik semua ini, sebab katanya senjata yang penceroboh guna semua datang dari US..haha..so what..kau hengat filipin mampu buat senjata ke..kita sendiri pon tak mampu buat senjata sendiri, setakat pistol air tu pon Made in China, kau nak sebok kaitkan US, tapi personally untuk berasa agak selamat, aku rasa teori yang sedikit jauh dari benua asia ni boleh juga diguna pakai. yelah katanya, US gerun akan kebangkitan China dalam sektor ekonomi mahupun ketenteraan, jadi untuk menimbulkan huru-hara, US mengunakan Malaysia dan Filipina sebagai entiti untuk dijadikan kambeng hitam, yelah just untuk dijadikan asbab untuk US mai sini datang tolong kononnya lepastu sikit-sikit buat onar mcam kat Iraq itu. just nak kukuhkan penempatan kat rantau Asia ni la kekdahnyer dan ada jugak kata2 kunonnya WW3 akan brlaku..fak sangat kan..aku rasa kalau kuasa besar macam US n China ni nak end up the world dengan perang dunia ketiga aku rasa mereka adalah sebodoh-bodoh manusia, ni bukan macam zaman dulu beb, dulu main atom2 je sekarang nuklear, takde siapa berani nak main perang2 dunia sekarang ni,tak masuk akal. bagi aku biarlah dunia ni Kiamat dengan aman..

okay dah, sekarang ni masing-masing ada teori sendiri, sungguh benarlah bila dunia berada di akhir zaman, fitnah menfitnah sudah menjadi lumrah, siap dah jadi makanan ruji juga aktiviti harian umat manusia kala ini. pada aku jika benar sekalipun disebalik semua ini ada dalang yang melibatkan pemimpin negara tak kira dari pihak mana sekalipun apa yang perlu kita lakukan adalah sedaya boleh selesaikan benda ini dengan matang bukan macam budak-budak, yang mati bukan korang, bukan Rosmah yang jadi balu, bukan Cucu Anwar Ibrahim yang hilang atok kandung, bukan menantu Hishamudin merangkap anak tiri datok CT yang terkorban tapi polis-polis dan tentera-tentera yang bertempur tu yang pagi petang siang malam bersabung nyawa terpikir anak isteri dirumah yang menanti kepulangan mereka.

bagi aku senang, kalau dah kuasa jadi pegangan, Duit jadi tuhan, nafsu jadi tunggangan semua pon boleh jadi..sedangkan Bush sanggup bunuh rakyat sendiri yang beribu-ribu dalam WTC apalagi benda macam ni, siapa pon boleh timbulkan teori, siapa pun boleh bagi pandangan termasuk aku. tapi ingat, Allah lebih tahu, lepas kat dunia, usah harap kau lepas kat akhirat. siyessly aku dah penat nak fikir pasal politik kotor Malaysia, aku rasa dalam banyak negara kalau nak buat ranking negara demokrasi paling mempunyai politik kotor dan bodoh adalah Malaysia seharusnya berada ditangga pertama. aku tak cakap kerajaan bodoh hanya kerana dia yang pegang tampuk kuasa sekarang ni, tapi aku cakap politikus secara keseluruhan. yang pembangkang tetap dengan bangang abadi dia juga. yang kerajaan juga tetap dengan gila kuasa dia sebab nak bungkus harta rakyat beramai-ramai.

apa-apa pun perlu siasatan yang menyeluruh pasal kes ni, tak perlu lah bising-bising tuduh siapa yang punya angkara, selagi belum ada bukti yang benar-benar sahih, jangan cakap kosong, sebab yang hadir hanyalah fitnah saja nanti. bagi kes ni selesai, reda baik punya, baru cari siapa dalang. kalau perlu tubuhkan panel siasatan Diraja pun silakan, asalkan jangan libatkan orang luar. orang luar memang suka sebok-sebok hal negara kita, jadi jangan biarkan sejarah berulang okay!

Sabtu, Februari 23, 2013

Tepu

Assalamualaikum wbt,

lama aku menunggu..lama aku duduk diatas bangku ini hanya memikirkan idea untuk menulis, pelik dengan tingkah dan tindak balas otak yang semakin tepu, celaru dan tiada objektif yang jelas dalam menghasilkan sesuatu untuk dikongsi bersama. sudah berjam-jam lamanya cuba untuk aku coretkan sesuatu tetapi tidak berhasil. aku bukanlah jenis manusia yang hapdet entri dua tiga empat ayat juga bukan jenis yang hanya tampal poster cedok dari mana-mana.

ada beberapa sebab mungkin mengapa ini terjadi, mungkin semangat berblog sudah tidak ada, tidak seperti 2011, juga awal 2012, masa itu rakan-rakan sebaya sibuk publish entri gempak, buat giveaway semua, meriah sangat.

kedua,tiada kisah yang menarik untuk aku kongsi disini, menarik dari segi perkongsian jiwa tidak kira suka mahupun duka sememangnya tiada buat masa ini. ye lah hampa semua tahu lah kan..kalau tiba musim aku mengawan dengan entri puisi mengalahkan samad said tu time aku jiwang-jiwang karat melayan perasaan la gamaknyer. tapi alhmdulillah skarang semua takda. jadi kesimpulannya pemuisi-pemuisi ni perlu ada masalah jiwa baru boleh hasilkan puisi..gitu?

ketiga, dah banyak sangat orang jadi juara keyboard ni, juga pakar motivasi tak bertauliah, bagi kata-kata perangsang, update entri islamik dekat dengan Tuhan, which is good for everyone but it gonna be fake kalau update mengajak kepada kebaikan tapi diri sendiri buruk akhlak. sabda nabi, sampaikan dari aku walau sepotong ayat, tapi kalau ayat aku sampaikan tapi aku tak aplikasi dalam hidup sendiri, tunggulah dibantai dengan besi panas dalam kubo nanti.

keempat, lebih suka baca entri orang lain..kalau diikutkan memang tiap hari aku terjah blog orang yang baru update, yang tahu itu tahulah kan sebab aku memang rajin drop komen sebab semua blog yang aku suka baca memang aku akan pastikan tidak terlepas untuk aku baca isi telahan mereka dalam entri yang di publikasi. 

blog ni istimewa, dia tempat aku kenal kehidupan. boleh macam tu? banyak benda tak sangka jadi hanya melalui blog dan alhamdulillah rakan-rakan blog sekarang ni kebanyakannya ada kehidupan masing-masing, terjumpa kat mana-mana jangan lupa senyum :D 


Selasa, Februari 19, 2013

Pengalaman Jadikan Kita Lebih Kuat

Assalamualaikum wbt,

sedar atau tidak, sebanyak mana umur yang anda miliki sekarang seharusnya anda bertepuk tangan pada diri sendiri lepas tu tepuk dahi sekali sebab tepuk tangan itu untuk kejayaan yang telah anda kecapi tepuk dahi pulak untuk kebodohan yang telah anda perbuat.

okay sebagai contoh percaya atau tidak banyak benda yang telah kita lalui, kecapi, miliki, tinggali.. eh ada ke perkataan itu..watever dan bermacam perkara yang kita cuba, kita rasa, kita aplikasi ataupun kita rasa, kita cuba kita tinggalkan..dia macam teori Stugart William la kan, once you tried, if you feel comfortable with that and you will keep doing that things, and its vice versa . kau kenal tak Stugart William, pakar teori segala jadah yang tak wujud..aku reka-reka je bukan korang tahu pon kalau aku cakap yang betul-betul sebab aku sendiri pon tak ingat. belajar ilmu sains kemanusiaan ni memang banyak kena belajar teori manusia, teori anjing pon aku kena belajar. tapi itulah ia hanya berakhir dalam kertas jawapan untuk soalan peperiksaan. itu sebab aku macam tabik jugak la pada engineer,  doctor, architect sume yang aplikasi seluruh kejadah benda yang dia belajar dalam pekerjaan dia. macam..wattheheck hebat betol kalian kan..

okay bukan itu tujuan aku nak cakap, cuma kadangkala Allah jadikan kita hidup dan lalui kehidupan ini dengan tabah, setiap denai, onak, duri, kita jalan, kita hadapi dan jadikan apa yang kita miliki sekarang. dalam perhubungan juga, yes perhubungan, sama ada kau dapat menerima hakikat akan kehilangan orang yang tersayang, putus cinta, putus kasih juga putus kawan. semua itu menjadikan kita kuat dan berhati waja. jadi tidak menghairankan apabila setiap apa yang berlaku bila ia berlaku semula, kau dah tak kisah dengan semua itu. sebab bagi kau itu hanyalah sampah yang merosakkan alam sekitar. dan kau juga tahu bahawa setiap yang pergi ada pengganti, walaupun insan tak sama tapi hati kau tetap terisi. 

dan untuk itu, aku mohon kalian supaya berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang aku dan kalian lalui sepanjang hidup ini. jika bukan kerana kecewa, dan jika bukan kerana sakit hati, kau takkan kenal erti hidup, dan takkan tahu mana kaca mana permata walaupun kau dah macam kenal dia for a long time, yes very long time. 

kbai.

Jumaat, Februari 15, 2013

Pernah Tak Tetibe Kau Menangis Tanpa Kau Tahu Sebabnya?

Assalamualaikum wbt,

almost two weeks blog tak ber-update, two weeks tu kira lama la bagi manusia yang suka menaip macam aku ni, walaupun pernah je tinggalkan blog berbulan-bulan kan tapi itu ada sebab, busy sume, tapi kalau tak busy tapi still malas nak update memang terasa la lama jugak.

okay berdasarkan tajuk harini, aku alaminya usai solat Jumaat tadi, okay tipulah kalau menangis tanpa sebab kan. itu namanya crying disorder, yela air mata keluar tanpa disengajakan. #eh sukati aku je kan bagi nama seperti itu. sebenarnya aku cuma terlihat si tua yang duduk ditepi tangga masjid sambil mengangkat tangan berdoa pada Allah.

hati batu macam aku ni pun situa tu mampu buat air mata aku menitis. okay yes memang itu saja sebabnya. tiada sebab lain pon, cuma memandang situa jadi air mataku mengalir. haha, sebenarnya banyak sebab, mungkin terfikir aku tua nanti macam mana, parent aku tua nanti macam mana, memang dorang dah tua tapi maksud aku tua yang memang dah tak larat tu, sanggup ke jaga mereka. dah terdetik nak jadi anak derhaka ke apa aku ni? haishh

okay begitulah kisahnya, saja takdak story nak mory, jadi itulah dia..ye itu saja..memang takdok idea lain lagi ni.kbai.

dikesempatan ini:: ce korang klik pautan Heart.Listen kat ateh ni. saja nak berkongsi muzik yang aku dok layan dah berbulan lamanya, btw link ateh tu memang khas untuk lagu-lagu kegemaran gua, hari-hari pon mahu dengar.huhu..gua tak minat One Direction sampai la gua dengar yang satu ni..tangkap leleh uolszz.




Ahad, Februari 03, 2013

Hidup Tak Kemana Tanpa Tuhan

Assalamualaikum wbt,

sebagai manusia memang aku tak pernah lepas dari melakukan dosa.., kecil, sederhana, besar boleh kata semua peringkat dosa aku dah rasa. penting sangat ke nak fikir pasal dosa bila masa buat dosa tu fikir sedap je kan? kawan aku pernah berpesan, sebesar mana pon dosa yang kita sedang buat, sesekali jangan lupa kita pada Tuhan. dia bagi contoh kalau tengah tengok porn pon ingatlah ada Tuhan dan malaikat yang sedang tengok kita ghairah melayan aksi-aksi nikmat mereka. 

menyesal selepas melakukan dosa itu sememangnya perlu sebab itu tanda kita mungkin still rasa malu dengan dosa yang dah kita buat. nafas yang diberi, mata yang diberi, segala semua pancaindera dan anggota yang diberi ini semua adalah pinjaman dari Tuhan, kalau tiba masa Tuhan nak rentap dan sentap segala nikmat yang kita miliki memang dah boleh sangat dah tapi Tuhan taknak sebab Dia sayang kita. ada masa lagi dan ruang untuk bertaubat. 

dalam sehari-hari benda yang aku sering doakan adalah supaya aku mati dalam agama Islam, mati dalam keadaan hamba yang mengamalkan Islam, bukan sekadar mati atas tiket dan sijil mati yang tertera beragama Islam tapi pada dasarnya kosong, sifar takda apa-apa. tapi bedoa saja tanpa usaha kearah itu umpama menjolok kelapa dengan lidi, lidi patah, tak sampai dan tak dapat hasil pon.

sebagai manusia yang dah baligh yang dah tanggung dosa seratos peratos atas kepala dan bahu sendiri menjadi pilihan aku untuk memilih cara hidup yang diberkati. kadang iman dalam diri ni sekuat dan seteguh-teguhnya tapi sering juga tewas dengan desakan nafsu. tidak menghairankan jika janji Tuhan bahawa orang yang solat tunggang tebalik 24/7 pon belum tentu masuk syurga apalagi aku yang penuh binasa ketika hidup didunia. sungguh aku sudah menzalimi diri sendiri.

paling bangang yang selalu aku fikir adalah, esok aku hidup lagi, tak mungkin aku mati sebab semalam aku pikir aku tak mati esok then memng aku tak mati pon hari ini, jadi esok memang aku takkan mati..ada masa lagi nak bertaubat!

selalu jugak fikir aku ni hidup kat dunia apa tujuannya? apa motif?selain belajar, lepastu kerja, kawen..itu saja ke? mustahil itu saja..sangat mustahil jika kita fikir itu sajalah motif kita hidup. duit gaji yang ada sekadar dibuat bayar zakat dan menderma selebihnya berhibur, berlibur.kau rasa itu saja ke motif kita diwujudkan didunia. mustahi. mustahil sangat mustahil..kita dah dikelabukan dengan berbuat benda wajib yang sedikit itu seperti solat, zakat, puasa dah cukup sebagai tiket masuk kesyurga.mustahil sangat mustahil jika itu sahaja motif kita didunia. 

aku masih mencari motif aku wujud didunia. aku akan terus cari dan cari..doakan aku jumpa apakah motif aku wujud didunia. bukankah Allah dah berjanji tiada apa pun yang Dia cipta melainkan ada kepentingannya tersendiri.

memang neraka layak untuk aku. dan bodoh lagi hina la aku jika tidak ambil peluang yang ada untuk bertaubat


Khamis, Januari 31, 2013

Kekal Cinta Seperti Siti Nurhaliza

Assalamualaikum wbt,

bagaimana agaknya mahu suka dan cinta dan terus rasa gembira melihat wanita seperti aku melihat Siti Nurhaliza? dalam banyak hal aku suka jatuh suka pada wanita. tiada yang kekal, tiada yang rasa nak terus suka, pasti ada perubahan terdetik tatkala melihat wanita yang lain. mungkin ini agaknya yang aku cuba fahami dan mungkin ini juga nafsu sendiri yang harus aku didik. jika sekarang pon aku masih tidak pandai setia pada yang satu, bagaimana aku mahu melayari bahtera cinta bersama bakal isteriku. kalaulah wanita itu seakan Siti Nurhaliza, makanya akan ku setia padanya. ngeheheheh

17 tahun kekal  suka dan sayang padanya

Purnama Satu

menjengah menoleh mengorak
mendusta menzalimi mencelakaki diri
habis bahagia diulit derita
mentafsir syurga di alam sementara

habis sudah purnama pertama
dahsyat kelajuan tidak menunggu sesiapa
jika masih leka dengan bahagia dunia
jangan diminta pertolongan sesiapa
tanggung sendiri segala dosa

langkah kanan kiri
semua gerak kerja hati
bukan semua tak bisa difahami
kerana semua terserkop dalam kawalan sendiri

menuju kedua punya purnama
khayal sedap bermesra kecewa
entah tiada lagi penyesalan
yang ada cuma mahu perubahan

Selasa, Januari 29, 2013

Purnama Mengambang Cuma Berteman Bintang Berkerlipan Dan Juga Awan

Assalamualaikum wbt,

mengenang dan memikirkan bait lirik lagu superstar hati aku ni membuat aku tertanya mempersoal kenapa dan mengapa tiada rasa erti syukur dalam diri kebanyakan manusia

manusia atau makhluk yang menyerupai purnama mengambang di malam hari yang hanya bertemankan bintang yang berkerlipan tanpa jemu jua awan gelap mendung mendinginkan suasana. tiga makhluk dalam organisasi

aku purnama, kau bintang, dia awan. nak kata bersendiri tak jugak mungkin hanya sepi menyelubungi
melihatkan antara tiga ini mungkin dirasakan tidak mencukupi.

seolah-olah mempertidakkan kau si bintang juga dia si awan yang selama ini menemani tetapi hanya dianggap 'cuma', purnama mengambang cuma berteman...........kenapa cuma? tidak tahu bersyukurkah, yang ada dua lagi baik daripada tiada langsung.


dalam kehidupan ini tiada sesiapa yang mampu hidup berseorangan. tiada siapa. tiada siapa. diulang sebut tiada siapa. jadi tak usah sebok kita memikirkan siapa yang berada dalam hidup kita. kawan yang baik ke dia, jahat ke dia. berapa ramai yang ada. selagi dia mampu berkawan dengan kita, selagi itulah hidup kita disimbah dengan bermacam warna

walau seorang jua yang mampu berhadapan dengan kita sehari-hari, maka beruntunglah daripada ramai yang sudi berdamping hanya pada waktu senang, tinggal pada waktu sempit.

jika dibandingkan kehidupan manusia dengan seekor ular orok-orok di gurun sahara. maka manusia akan bersyukur.

menghargai apa yang ada sekarang sebelum kehilangan adalah terapi terbaik untuk merasa bahagia dalam jalani kehidupan ini, kelak tiada penyesalan yang mangharungi diri.

motif entri ni adalah pabila melihat bulan dilangit. lihat terangnya bulan purnama diluar, sungguh mempersona, teringin berbaring ditepian pantai sambil mengira jutaan bintang bersama Doutzen Kroes


Jumaat, Januari 25, 2013

Mencari Hati

Assalamualaikum wbt,

nampak tajuk tu..memula ingat nak karang puisi, tapi tak terkeluar pula segala isi hati, nak cakap la yang aku sedang mencari-cari mood untuk kembali memeriahkan dunia belog anda semua, aku baru habis exam 21Jan lepas. penutup segala exam bagi bebudak UiTM SeMalaysia habak hang. gap antara paper memang mencanak, peluang nak dapat dean list memang cerah bagi sesiapa yang pandai grab the chance. tapi itu bukan aku. 

Ku Akui gap yang ada aku belasah pegi jimba, buat dosa, usha awek kat mamak segala. nak2 last day exam tu pulak ada dua paper, gap yang ada 4hari so dua-subjek-sorang-dua-ari aku belaja. memang nak giler..paper Law pulak lagi, sampai hari penentuan, blank tetibe blank mungkin tekanan untuk hadapi paper sebelah petang pulak kan. blank habis, aku jawab terus kepada application and conclusion decide whether Melor have right to claim damages or watever the hell-o-shit. tak state pon segala section akta dan previous cases yang dah bagai nak rak aku hapai. camtu budak sekolah rendah punya jawapan kot. kecewa dengan diri sendiri. malu dengan lecturer yang ngajar aku dua sem berturut-turut..cuma mengharap belas ikhsan beliau untuk meluluskan aku.

sem depan setat subjek yang memang dalam bidang kepakaran aku, tiada lagi subjek-subjek lampiran macam Law, Account sumeh. memang fully courses under my faculty punya kod. so harap-harap bawa tuah dan kejayaan pada aku. hello dean list ada dalam list yang aku nak capai dalam 2013 kot. peringat diri sendiri siket okay!! hehe

okay sampai disini dahulu, ada mood nanti aku hapdet lagi ye Jemaah

aku nak kerja, nak beli smatpon, jeles tau tengok orang dok sebok wassap n instagram. aku? yang haddoo


Selasa, Januari 01, 2013

Huhye 2013

Assalamualaikum wbt,

short update.

alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menjejakkan kaki ke tahun 2013, tiada apa nak cakap sangat sebab dekat mana-mana blog, facebook, twitter, instagram kawan-kawan korang, mereka dah cakapkan bagi pihak aku. terima kasih pada mereka..ucap untuk korang tanpa perlu aku bayar..hehe.

bak kata Encik Arif, buku lama dah boleh tutup dengan kemas, simpan elok-elok dekat rak, cantik punya susun, sebab untuk buku baru yang telah kita selak halaman pertama ni tadi kita juga perlu merujuk kepada buku yang lama, jadi jangan dibuang buku lama, simpa je elok-elok yer, jangan lupa bagi kredit dekat buku lama bila dah ambil maklumat dalam tu untuk rujukan buku baru. korang ni faham ke tidak isi tersirat yang aku nak sampaikan ni kan. biarlah pikirlah sendiri. short update katanya haruslah short tulisan ini.

aku doakan untuk aku, keluarga, guru, sahabat, rakan, kenalan semua semoga jalani kehidupan ini dengan lebih baik.

jom pejam mata sekejap, tenung dalam-dalam apa yang ingin kita gapai tahun ni, dah sudah tenung, buka mata tulis dalam kertas apa yang ingin kita capai tak kiralah barang ke, kedudukan ke,pencapaian ke, dan simpan dalam laci atau kat mana-mana yang anda tak lupa.

hujung tahun 2013 nanti kita tengok mana yang dah tercapai mana yang belum yer..kalau rasa lupa dengan cita-cita itu tengok hari-hari wishlist tu pun takpe, sama-sama kita usaha untuk dapatkan apa yang kita nak.

bak kata seorang kawan, selagi kita yakin kita mampu miliki sesuatu itu inshaAllah benda itu akan kita miliki kadang-kala dengan cara yang tidak disangka-sangka pun. it is law of universal attraction. just be positive dan usaha kearah itu inshaAllah segalanya mungkin.

ish apa ni..tak short langsung entri ni..awal-awal tahun korng dah kena tipu ni..haha..jom teriak sama-sama semua...

i'm always become a child when i'm watching the fireworks. menjerit dan melonjak tak hengat.



HYE!! WELCOME TO TWO THOUSAND AND THIRTEEN