Sabtu, Februari 23, 2013

Tepu

Assalamualaikum wbt,

lama aku menunggu..lama aku duduk diatas bangku ini hanya memikirkan idea untuk menulis, pelik dengan tingkah dan tindak balas otak yang semakin tepu, celaru dan tiada objektif yang jelas dalam menghasilkan sesuatu untuk dikongsi bersama. sudah berjam-jam lamanya cuba untuk aku coretkan sesuatu tetapi tidak berhasil. aku bukanlah jenis manusia yang hapdet entri dua tiga empat ayat juga bukan jenis yang hanya tampal poster cedok dari mana-mana.

ada beberapa sebab mungkin mengapa ini terjadi, mungkin semangat berblog sudah tidak ada, tidak seperti 2011, juga awal 2012, masa itu rakan-rakan sebaya sibuk publish entri gempak, buat giveaway semua, meriah sangat.

kedua,tiada kisah yang menarik untuk aku kongsi disini, menarik dari segi perkongsian jiwa tidak kira suka mahupun duka sememangnya tiada buat masa ini. ye lah hampa semua tahu lah kan..kalau tiba musim aku mengawan dengan entri puisi mengalahkan samad said tu time aku jiwang-jiwang karat melayan perasaan la gamaknyer. tapi alhmdulillah skarang semua takda. jadi kesimpulannya pemuisi-pemuisi ni perlu ada masalah jiwa baru boleh hasilkan puisi..gitu?

ketiga, dah banyak sangat orang jadi juara keyboard ni, juga pakar motivasi tak bertauliah, bagi kata-kata perangsang, update entri islamik dekat dengan Tuhan, which is good for everyone but it gonna be fake kalau update mengajak kepada kebaikan tapi diri sendiri buruk akhlak. sabda nabi, sampaikan dari aku walau sepotong ayat, tapi kalau ayat aku sampaikan tapi aku tak aplikasi dalam hidup sendiri, tunggulah dibantai dengan besi panas dalam kubo nanti.

keempat, lebih suka baca entri orang lain..kalau diikutkan memang tiap hari aku terjah blog orang yang baru update, yang tahu itu tahulah kan sebab aku memang rajin drop komen sebab semua blog yang aku suka baca memang aku akan pastikan tidak terlepas untuk aku baca isi telahan mereka dalam entri yang di publikasi. 

blog ni istimewa, dia tempat aku kenal kehidupan. boleh macam tu? banyak benda tak sangka jadi hanya melalui blog dan alhamdulillah rakan-rakan blog sekarang ni kebanyakannya ada kehidupan masing-masing, terjumpa kat mana-mana jangan lupa senyum :D 


13 ulasan:

  1. ups.....sentap sat dengan yang nombor tiga tu...hahaha....btw kekadang tulis entry tuk rujukan diri sendiri...=D

    BalasPadam
  2. kadang kadang "tepu" tuh akan berlaku..sbb nak buat entry yg ok..tak naklah men taram je update kn.

    BalasPadam
  3. "blog ni istimewa, dia tempat aku kenal kehidupan. boleh macam tu? banyak benda tak sangka jadi hanya melalui blog dan alhamdulillah rakan-rakan blog sekarang ni kebanyakannya ada kehidupan masing-masing, terjumpa kat mana-mana jangan lupa senyum :D "

    aku setuju...!
    jumpa jgn lupa senyum..haha

    BalasPadam
  4. Tulaa.. x maca mdulu.. dulu meriah dengan blog.. skang dah macam makin suram..huhu

    BalasPadam
  5. Pemuisi dan masalah jiwa,haha.Bila akan jumpa depan depan hemm.

    BalasPadam
  6. kisah ' tak ada idea ' pun boleh buat entry jugak :-)

    BalasPadam
  7. haah betol.. aku pon skang ni mcm kurang atau lebih tepat takde benda nak dikongsi / ditulis.. aku lebih banyak p ziarah blog kengkawan yg update.. aku singgah--baca--fhmkan--amek mana yg baik.. kdg tu aku drop komen.. kdg tu aku baca setiap entry yg ada.. aku selongkar segalanya dr awal sampai latest entry tp aku saja x drop ape2 komen :)


    aku pon rasa dunia blogging ni istimewa.. KAWAN2 blogger pon aku rasa lebih jujur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 dunia pon x mmbataskan kita untuk kenal org yg jujur, baik dunia maya, atau realiti ada rezeki jumpa juga yg benar2 ikhlas dn jujur kawan dgn kita..so?? say alhamdulillah..

      Padam
  8. same goes here. lama tak update blog sebab tepu plus takde internet. sobs.

    BalasPadam
  9. hari tu jumpa, org pndg dia, dia pndg tmpt lain, nak tggu dia senyum tu lagi la susah kan, tak gitu ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mcm tu jerit je kalau nmpak aku..insyaAllah aku akan senyum kt kau..kalau aku x senyum tu mmg aku xnk senyum la gamaknyer..jgn marah, i x senyum kt org yg i x kenal..boleh mcm tu?

      Padam
  10. dont stop... frankly blog kau antara blog yang aku paling suka baca.... serious talk... keep it updated bro.

    BalasPadam
  11. aku yang ketiga tu. keyboard warrior!

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya