Khamis, Jun 23, 2011

Aku dan Dilema



Kenapa aku suka membenarkan diri aku berada dalam dilema?
Aku selalu menuntut untuk memilih,
memilih pilihan 1, pilihan 2, malah pilihan 3
dan apabila pilihan-pilihan itu datang menerpa
dan menerjah kehidupanku
aku mula sesak, 
adrenalin tak menentu, 
darah ligat mengepam 
dan jiwa rasa kacau.

kenapa aku tidak pernah puas untuk memilih
adakah aku kurang keyakinan diri
dan sering berfikir jika aku pilih 1, 2 entah-entah lebih baik
dan bila pilih 2, 3 mungkin lebih sesuai.

Ya Allah, dunia kini mengancam kehidupanku
dunia mahukan aku untuk memilih 
tetapi biarkan aku
terkontang-kanting memilih sendirian
aku tidak berpendirian kerana 
aku mudah bosan dan kecewa dengan pilihan aku


dilema dan aku seperti 
tidak dapat dipisahkan
aku sering kali dilanda tsunami dilema
dilema dilema dilema
bosan lah..

p/s:: teringat pula tulisan dr. M
The Malay Dilemma

Pabila Ibu Berpesan



Pabila Ibu berpesan
jadi anak yang baik bila dah lahir nanti

Pabila Ibu berpesan
Jangan nangis lagi
nanti ibu susah hati

Pabila Ibu berpesan
Jangan main kotor
sebab nanti kaki mu masuk cacing


Pabila Ibu Berpesan
Jaga solatmu
kerana itu hal pertama yang akan dihitung

Pabila Ibu Berpesan
Jaga Ibadah mu 
kerana hidup dan matimu hanyalah kerana Allah

Pabila Ibu berpesan
Jangan gaduh dengan kawan-kawanmu
sebab kawan tempat kamu meminta tolong

Pabila Ibu berpesan
Belajar rajin-rajin
nanti boleh dapat kelas atas-atas 
dan kawan dengan orang bijak pandai

Pabila Ibu berpesan lagi
Belajar rajin-rajin
nanti boleh sambung belajar dekat U.

Pabila Ibu berpesan
Jangan isap rokok
sebab rokok permulaan dadah

Pabila Ibu berpesan
Jangan Berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim siang atau malam
sebab yang ketiga adalah Syaitan

Pabila Ibu berpesan
bacalah Al-Quran
supaya dapat menerangi kubur ibu nanti

Pabila ibu berpesan
jadilah lelaki dan suami yang bertanggunjawab
kerana ia akan dihitung di padang mahsyar

Pabila Ibu berpesan
Jangan menduakan isteri
sebab nanti isteri hilang hormat

Pabila Ibu Berpesan
Ucaplah kalimah syahadah
bila nanti kamu mahu menemui Tuhanmu

dan akhirnya 
aku tetap
buat tak tahu...

kerana aku belum sedar
Pabila Ibu berpesan
itu penting untuk kehidupanku

dan aku pasti akan merindui
tika ibu tidak mampu berpesan lagi

maafkan aku Ibu..





Isnin, Jun 20, 2011

Pabila Kau Cakap Kau Kawan

Kau Cakap Kau Kawan
tapi kenapa kau masih meragui aku

Kau Cakap Kau Kawan
tapi kenapa kau jauhi aku

Kau Cakap Kau Kawan
tapi kenapa kau tak percayai aku

Kau Cakap Kau Kawan
tapi mengapa kau tak seperti dulu

Kau Cakap Kau Kawan
tapi mengapa kau terlalu berahsia padaku


Kau Cakap Kau Kawan
tapi kenapa masih ada jurang antara kita

Kau Cakap Kau Kawan
tapi mengapa biarkan jurang itu semakin lebar tebingnya

Kau Cakap Kau Kawan
tapi kenapa kita biarkan ini berlaku

Kau Cakap Kau Kawan
sesungguhnya aku takkan menulis jika aku tak rasa sesuatu

dan

Kau Cakap Kau Kawan
sesungguhnya aku sudah tidak mengerti segala apa yang berlaku

KERANA 
dulu
Kau Cakap Kau Kawan





Plagiarism Blog : Bernilaikah??

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku yang semakin meningkat..wah perasan kau!! alhamdulillah menurut statistik aku dapat rasakan yg blog aku sudah ada ramai pembaca dari sebelum ini. terima kasih kepada semua. walaupun ianya masih kerdil jika nak dibandingkan dengan blog-blog rakan lain, tapi aku tetap bersyukur. dan buat pengetahuan semua, buat pertama kali dalam sejarah entri Perlu ke Gaduh adalah entri paling popular blog ini dengan mencapai hampir 200 pembaca setakat malam ini. 200 je pun, hehe..xpelah aku bangga jugak.

okay korang biasa blogwalking kan?? apa pendapat korang tentang blogger2 yang suka copy paste isi kandungan dorang dari sumber lain. ala macam cerita gosip artis, cerita gempak tikus makan kucing, berita sensasi siti masuk askar dan sebagainya, seolah-olah mereka2 ni malas nak buat ulasan sendiri. ambil cerita dari sumber lain, copy pastu paste jer.

rasa macam blog mereka2 ni ada nilai tak? berbanding dengan blogger yang memerah keringat jari jemari tulis pasal sesuatu dengan penuh keikhlasan dari hati yang tulus. yang bagusnya blog2 copy paste ni lah yang ramai sangat follower nya pun..

aku bukan nak pertikai apa yang mereka buat, ini hak masing2 kan? cuma nak tahu pendapat jer dari anda yang membaca entri ini.

okay, btw..aku nak kongsi bagaimana pembaca blog aku meningkat..korang sertailah INI..best woo kitorang macam dah satu keluarga kat sini walaupun baru seminit jadi ahli..Thanx Sarjan Keroro dia yang kenalkan aku dgn group ni..

last word enjoy yourself!!

Sabtu, Jun 18, 2011

Memori Yang Tidak Dapat Dilupakan Serwaktu Kecil





klik pautan dibawah untuk ceritanya

Rahsia Keajaiban Makkah

Asslamualaikum...
just nak share pada siapa2 yang belum lihat
Ingat ianya bukanlah kebetulan, jauh sekali dari penipuan

Life Begins with You

Jumaat, Jun 17, 2011

Sejuta Impian, Sejuta Keangkuhan

Assalamualakikum..
rancangan sejuta impian, rancangan yang matlamatnya cuba merealisasikan sejuta impian Belia Malaysia adalah sangat baik.

dengan sejumlah dari RM1juta akan diagih-agihkan kepada yang betul-betul layak mendapatnya, belia perlu meyakinkan para juri bahawa mereka mampu menggunakan jumlah wang yang mereka peruntukkan sebaiknya.

okay niat dah baik dah, tapi aku ada masalah sikit dengan para juri tetap yang aku rasakan sangat angkuh apabila berinteraksi dengan para belia yang datang dengan sejuta impian.



apa salahnya bersifat friendly sikit. dengan mimik muka yang macam tak puas hati dengan orang, aku rasa itu bukan cara terbaik untuk menggambarkan kemenyampahan anda terhadap peserta. hormat pandangan mereka sudah la.

kalau tak percaya tengok episod Sejuta Impian minggu ini punya. kalau juri baik minggu ni, aku delete balik entri ini.

Koc Pink Kelebihan Sang Arjuna

Assalamualaikum..
okay sebelum anda berkata aku ketinggalan zaman.
aku nak cakap yang aku bukan nak cerita pasal zaman, musim, tahun atau bulan. memang aku tahu koc ni dah lama diperkenalkan. cuma baru hari ni aku berpeluang kongsi kegembiraan pasal bnda ni dgn hampa semua.

Koc bertempek sticker warna merah jambu atau lebih dikenali dan difahami sebagai koc pink adalah koc istimewa untuk wanita bila kita cakap pasal nak guna KTM Komuter ni.

satu anjakan paradigma diambil oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila mengambil langkah keselamatan untuk wanita. semuanya gara2 aktivitas2 kaum adam yang kadang kala membawa kepada ketidakselesaan kaum hawa. cuba bayangkan kalau kaum adam bertatasusila dan bersopan terhadap wanita, tidak mungkin koc ini akan diwujudkan. teruk la hampa nih!! ceh satu jari tunjuk kat hampa, 4 jari tunjuk kat cheq!!

seperti biasalah aku selalu berpandangan positif..so mari kita semak balik kelebihannya terhadap kaum kita ni apabila koc pink ini diwujudkan::

1) lelaki dapat kurangkan dosa sebab terhindar dari memandang aurat wanita
2) lelaki dapat kurangkan dosa sebab terhindar dari menatap wanita dgn penuh nafsu
3) lelaki dapat kurangkan dosa sebab terhindar dari terpegang, tersentuh, terrrraba dan sebagainya

nggak paham bahasa ya kamu??

4) wanita tak dapat tuduh lelaki bahawa dia dinodai oleh seseorang lelaki apabila berada dalm koc pink (tentu2nya semua wanita dalam tu),yela kalau sblum ni dia boleh tuduh2 sembarangan. maklumlah sesak xtau sapa yang noda siapa.
5) seperti no 1, 2 dan 3, wanita juga dapat kurangkan dosa sebab mereka antara penyebab mengapa nafsu lelaki tak terkawal. bila dia dok diam2 dalam koc pink, lelaki tak dapat ganggu dia.
6) paling best lelaki tak payah nak cover macho sepanjang perjalanan..bayangkan kalau nak cover macho dari Rawang sampai Seremban..lebamm woi!! so kita orang leh tido ternganga sambil keluarkan jus laici masam tanpa rasa ragu.

okay list kat atas ni pandangan peribadi aku jer..lain orang lain resepsi..ehh persepsi (nak carut Adira AF8 jap!! english education penting nox)..lelaki kalau dah miang perempuan tudung litup pon die nak sembat!! so pandai2 jaga diri..

kepada wanita, gunakan kemudahan yang kerajaan sudah sediakan, jangan nanti timbul kes lagi..lelah telinga aku nak mendengarnya..silap2 ari bulan nanti kita orang cakap pulak padan muka kat hang, siapa suruh x guna koc pink!!

Khamis, Jun 16, 2011

Solat Sunat Gerhana

Assalamualaikum..
Malam ini dari jam 1 pagi hingga 7 pagi dijangka gerhana bulan akan berlaku, mari sama2 kita saksikan kebesaran Allah SWT. Pada jam 4.12 pagi dijangka kemuncaknya.



kat sini aku nak share cara-cara nak solat sunat gerhana.

(Sumber mufti.perak.gov.my)

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf ( (الخُسُوف bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا


Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i.        Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

  
ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

 
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
  

                                                                                     
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :

   Rakaat Pertama

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

    Rakaat Kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.

*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*       Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.    Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.     Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.     Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

Selasa, Jun 14, 2011

Blood Donation

Assalamualaikum..
Hari ni Hari Derma Darah Sedunia.
Jom derma darah!!




Faedah derma darah:


*menyelamatkan nyawa orang lain
*merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru
*meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darahbaru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
*kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat
*membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi 
*Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. 
*secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik.


sumber,
Faedah derma darah


Isnin, Jun 13, 2011

Aku Pembosan

jika diberi ruang untuk memilih,
akan ku pilih yang tiada dalam ruangan itu,
andai dipilih ruangan yang diberi,
akan ku beri ruangan itu kembali,

kerana

aku cepat bosan dengan segala sesuatu,
bagiku dunia ini terlalu sempit untuk diendah,
dan terlalu besar untuk dihirau.

apa yang aku mahu,
aku sndiri tidak tahu,
bukan kerana aku berselera besar,
bukan juga aku bernafsu nafsi
tetapi habitat ini yang mengajar aku erti ketidakpuasan,
ruangan ini yang membenarkan segala sesuatu


Rabu, Jun 08, 2011

Facebook dan Kematian

Assalamualaikum..
topik kali ni adalah tentang kematian..
semua orang pasti akan mati.
dan hampir semua orang juga mempunyai akaun facebook pada masa kini.

hello apa kaitan facebook dengan ajal kita??
sejujurnya bukan aku nak cerita kesan kita melayari facebook berjam-jam akan menyebabkan kematian..
sebab aku bukanlah ahli geofizik..ha?? ada kaitan ke?? hahaha..

sebelum ni ramai juga saintis dalam dan luar negara membuat kajian tentang kesan-kesan buruk jika kita menghadap facebook atau rangkaian sosial yang lain berjam-jam yang antaranya juga akan menyebabkan kematian. bukanlah direct matinya..online lama depan facebook boleh mati on the spot..bukanlah macam tu..tapi side effect dia seperti lemah jantung, obesiti dan sebagainya..

ish aku ni dah kata tak nak cerita kesan facebook atas diri kita, tiba-tiba tercerita jugak...mukadimah katanya..

bob the sponge is tumbby!!
okay..anda pernah terfikir tak tentang kematian anda? ya..bila aku akan mati, dengan cara apa aku akan mati, dekat mana aku akan menemui mati, kondisi jasad aku macam mana bila aku mati..etc???
sesungguhnya mati itu pasti..tetapi persoalan diatas hanya diketahui dan ditentukan Allah S.W.T. kerana hanya Dia yang berkuasa menentukan segala apa yang berlaku di alam semesta ini..

bila anda mati, anda mungkin tidak tahu bila anda mati kan?? sempat ke tidak anda deactivate akaun facebook anda?? haha...mesti ada antara kita pernah mengalami situasi dimana rakan atau ahli keluarga kita yang mempunyai akaun facebook yg masih aktif tetapi si tuan punya akaun tu sudah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya..dan kita mungkin akan terus melayari profile dia untuk melepaskan rindu..
tengok gambar-ganbar dia..kenangan dia dengan kita..mesti ada yang mengalirkan air mata bukan??

tetapi pernah kah anda terfikir tentang dosa2 yang kita tinggalkan dalam facebook?? gambar2 tidak senonoh kita, mesej-mesej biadab kita, status-status kuang ajo kita..sakit bukan bila ianya tetap dikira walaupun kita sudah secara rasminya tidak dapat menambah pahala mahupun dosa kerana kita tidak lagi bermain di pentas dunia!!..

bila disoal malaikat di alam barzakh kenapa kamu upload gambar2 tak senonoh kamu, post mesej dan status tidak berbudi bahasa kamu dan sebagainya..apa kita nak jawab?? nak jawab yang kita dah pun deactivate akaun facebook kita?? jangan nak tipu..kita tak sempat pun nak deactivate sebelum kita pergi mengadap Illahi tadi!!

bukan sebab tu sahaja..seramai mana rakan-rakan kita yang bila mereka tatap gambar-gambar kita dalam facebook akan mendoakan kesejahteraan kita di alam sana? atau mereka hanya pandang sekali lalu bagi melepaskan rindu atau pandang lama-lama dengan perasaan dendam terhadap kita dan terus-terusan mengumpat tentang keburukan diri kita?? fikir-fikirkan!!



sudah tiba masanya kita suggest dekat syarikat pengendali laman-laman sosial untuk membolehkan rakan-rakan kita yang masih hidup untuk tolong deactivate akaun laman sosial kita tanpa mengetahui password kita..
mungkin boleh diadakan pautan deactivate dalam profile kita yang mana rakan-rakan boleh klik untuk membolehkan akaun kita ter-deactivate secara automasinya!!..dengan syarat jika pemilik akaun itu tidak memberi respon sama ada dia masih hidup dalam tempoh sekian-sekian, pihak pengendali bolehlah terus delete akaun itu..

mungkin bunyinya agak kelakar...yela Dholl dapat tahu Dhall mati pastu Dholl bolehlah klik pautan 'rakan ini sudah mati' di dalam profile Dhall...jika Dhall masih tidak memberi respon dia masih hidup, pengendali laman sosial boleh lah delete akaun Dhall tu menandakan akaun itu memang tidak pernah di log-in dalam tempoh sekian-sekian..

ini penting agar segala dosa-dosa alam maya kita dapat terhapus secara total agar tidak terus menghantui kita dialam Barzakh..Wallahualam...

Jangan Jaga Tepi Kain Orang!!

Assalamualaikum...
pernah tak rasa macam nak luahkan tajuk entri aku ni pada manusia yg suka menyebok nak tahu hal kita?
ataupun kita dah pernah dah pun suarakan ia sampai orang tu terasa hati?
atau kita biarkan saja apa yang orang nak tahu pasal kita dan biar orang berkata pasal kita. sebab orang tu ada mulut..kita ni siapa sajalah nak menghalang orang dari berbicara pasal kita kan..tu lah terkadang rasa diri ini macam orang popular pulak..orang jaja cerita kita sana sini baik yang baik atau buruk ...ermmhh dunia dunia..

ada orang cakap istilah jangan jaga tepi kain orang dah tak relevan pada zaman sekarang..yela tengok jelah kalau kita tak ambil tahu pasal jiran sebelah, pencuri dangan jiran pun kita dah tak tahu nak beza..ingatkan penghuni rumah rupa2nya pencuri..lain-lain contoh nampak anak orang main tepi lombong, kalau tak ditegur nanti anak tu terjun lombong, mati lemas baru kita nak rasa bersalah..sebab dalam hati pasti berkata kalau lah aku tegur anak jiran aku tu tadi..tapi bila ditegur, takut2 budak tu mengadu kat orang tua diorang kata kita marah dia, x pasal2 bermasam muka dengan jiran2..dan yang paling perit bila kena sound "jangan jaga tepi kain orang boleh tak?? jagalah anak kau sendiri!!"...makan dalam betul kan??

tu la zaman sekarang ni nak buat salah, tak buat salah..segala-galanya buatkan diri kita dalam dilema..
berbalik pada tajuk entri aku..kau orang rasa patut ke ada lagi istilah jgn jaga tepi kain orang pada zaman sekarang ni??

bagi aku lah kan..jaga tepi kain orang ini ada beberapa maksud yang tersirat

1) berkongsi suka duka susah senang dgn org lain dengan bertanya akan apa masalah yg dihadapi agar dapat mengurangkan bebanan orang tersebut
2) menjadi pendengar yang baik kepada rakan2, jiran2 dan ahli keluarga kita dengan niat bukan nak menyebok.
3) menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh org yg ditimpa masalah setelah kita beria-ia nak tahu apa masalah mereka kn?..tu lah tadi nak tahu sangat, sekarang selesaikanlah masalah orang tu..
4)tiada niat buruk selain nak meringankan beban orang yang ditimpa masalah atau yang bakal menerima masalah..


tu lah bagi aku la kan kita patut bersyukur jika ada orang yang hendak ambil tahu pasal kita, sebab jika suatu saat tiada siapa pun nak bertanya akan khabar kita..muhasabah lah diri anda yer!!

istilah jangan jaga tepi kain orang bagi aku sangat-sangat lah tak relevan dan kurang beradab jika kita lontarkan pada orang yanh nak tahu pasal perkembangan diri kita lebih-lebih lagi jika yang nak tahu sangata2 tu adalah rakan baik kita mahupun keluarga tersayang kita..

so lepas ni silalah JAGA TEPI KAIN AKU tapi JANGAN LUCUTKAN KAIN AKU okay!
ingat JAGA dgn LUCUT adalh dua perkara yang sangat berbeza dari segi hukum alam

p/s: agak-agak la nak tahu pasal orang pun, tengok keadaan masa tu. tak semua orang nak kongsikan masalah dgn hampa!!