Isnin, Januari 30, 2012

Baik Disebalik Keji

Assalamualaikum wbt,

lama aku tidak berceloteh panjang mengenai perspektif aku sebagai manusia tentang keadaan sekeliling mahupun keadaan diri aku sendiri dalam konteks yang begitu ilmiah sekali. almaklum sedar tak sedar, banyak pulak benda merapu yang aku update dalam blog ini, hiburan la..lagha lagha...

aku mahu kau orang anggap aku keji apabila membaca entri ni sebab sememangnya aku manusia keji. aku keji tapi selalu bertopengkan baik, aku sedar aku baik tapi aku keji. ataupun aku sedar aku keji tapi orang nampak aku baik.

sebagai manusia yang sering menurut nafsu dalam menjalani kehidupan, tidak banyak amal ibadah aku yang aku rasa sampai ke pengetahuan Allah SWT. Ya..Allah itu maha tahu tapi dalam bicara yang aku maksudkan ini adalah aku sangat rasa ibadah aku hanya dipandang sepi oleh Allah..aku mencuri dalam solat, apatah lagi sering meninggalkan solat yang dalam pemikiran aku juga disertai bisikan syaitan mengatakan..tidak mengapa, dah tertido atau dah terbangun lewat nak buat macam mana (selalunya waktu subuh)

dan juga dengan segala excuse yang cuba aku reka sendiri semacam aku mempermainkan tuhan aku sendiri..ya semua tahu, Allah itu maha pengampun..tu sebab aku rasa aku akan dapat pengampunan dari Allah dan selalu bertangguh dalam mencari keampunan..kerana apa..kerana aku tak fikir aku boleh mati sekarang atau kejap lagi atau esok hari..kerana aku angkuh dengan tuhan aku, tuhan kamu dan tuhan mereka seluruh semesta alam.

doa aku dapat bertaubat sebelum ajalku

itu baru berbicara tentang solat, belum lagi segala perbuatan jahat, segala pancaindera yang bergelumang maksiat, yang seakan menjadi tabiat dan terkadang terlupa akan perkara-perkara sam'iyat yang menjadi teras keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat.

aku alpa, lupa, lali dengan keindahan maksiat dunia, segala maksiat aku buat seperti aku berada di syurga kerana aku lupa aku masih didunia yang mana Allah, Malaikat sering memerhati tindak tanduk keji aku dan yang paling best aku selalu dipandang baik oleh masyarakat, aku hipokrit.. pernah terdetik disanubari aku memang lebih keji dari segala pelacur, GRO, anak hekan, mak hayam dan gigolo diluar sana sebab ada diantara mereka sememangnya nampak jelas kejahatannya sedang aku yang berpura baik tetapi sebenarnya setaraf dengan mereka-mereka yang dipandang keji oleh masyarakat. aku malu..

lagi sekali jangan ada yang terpedaya dengan entri aku yang nampak aku dah bertaubat dan..oowhhh baiknya dia ni..tulis2 entri agama seperti ini kerana hanya Allah yang dapat menilai aku dengan sesunguh-sungguhnya..wallahualam..

Jumaat, Januari 27, 2012

Punthen

Assalamualaikum wbt, semalam aku dah berjanji nak share sesuatu kepada kalian kan..
dapat agak tak amende si Punthen ni?

okay sesiapa orang Jowo mesti tahu apa benda ni..jawapannya adalah sejenis makanan..

aku bersyukur sebab ibu selalu mendedahkan aku dan adik-beradik yang lain dengan makanan tradisi Jawa ni..macam entri aku yang lepas Sambal Tahun...

jadi kali ni Punthen pulak..makanan Jawa ni biasanya ringkas tapi berkhasiat, dan yang paling wajib adalah mesti pedas membakar, seolah-olah anda akan mati 8 kali kerana kebakaran lidah dan tekak yang berpanjangan.

first and foremost, bahan yang perlu ada:

Beras, 2 pot
Kelapa Parut, 1 pot
Garam, 3 cubit
Air, 5 pot

bahan-bahan untuk 'dressing' dia pulak:

Ikan Bilis, segenggam
Cili Padi, 1/2 genggam
Bawang Merah, 3 biji
Bawang Putih, 3 ulas
serbuk perasa
Garam

Cara-cara:

1. basuh lah cam biasa beras tu, pastu masuk air dan kelapa parut dan garam
2. gaul- gaul atas api yang sederhana macam nak masak bubur.
3. masak sehingga beras itu bertukar menjadi nasi dan seakan hancur sedikit, jangan hancur sangat
4. keadaan dia mesti seakan bubur tapi tidak lembik sangat, so so je lembik dier
5. tuang dalam loyang bulat ke 4 segi ke, dan ratakan permukaan, macam buat kuih loyang tu
6. biarkan dia sejuk

untuk dressing:
 just tumbuk je semua benda alah tu bagi lumat, guna pengisar pon boleh kalau pemalas
pastu saute (tumis) atas minyak yang sedikit
masuk serbuk perasa dan garam secukup rasa

cara hidangan:
potong Punthen dalam loyang tu ikut cara anda
dan makan bersama sambal ikan bilis tadi

Punthen
Selamat Mencuba

Allah Tidak Melayan Pengharapan (Doa)



Assalamualaikum..selamat hari raya mingguan kepada muslimin dan muslimat sekalian..

di pagi yang serba indah, permai, redup dan beangin ini ingin lah saya berkongsi serba sedikit sebab dan musabab kenapa doa kita terhijab

1. Melakukan kesyirikan tatkala berdoa, kerana ketulusan dan pemurnian niat merupakan syarat sahnya doa

2. terburu-buru, seperti ucapan ucapan seseorang : saya sudah berdoa, saya sudah berdoa, tapi tidak dikabulkan.

3. berdoa untuk berbuat dosa dan memutuskan tali silaturrahmi

4. memakan makanan dan minuman yang haram, serta memakai pakaian yang didapatkan secara haram

5. melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang diharamkan.

6. meninggalkan kewajipan terhadap Allah SWT.


jadi disini jelaslah bahawa ketaatan yang menyeluruh kepada Sang Pencipta sangat dititikberatkan dalam menjadikan pengharapan dan rayuan kita dikabul Allah SWT.. samalah contohnya masa kecik-kecik dulu kalau kita degil tak dengar cakap ibu abah, nak mintak apa pun tak boleh, malah kena rotan lagi ada..fikir-fikirkan dan selamat mengaplikasikan ilmu..wallahualam

Selasa, Januari 24, 2012

Betul ke Pakaian Itu Melambangkan Maruah

Assalamualaikum wbt.

nampak tajuk mesti fikir..alah bosanlah nak mengomen pakaian perempuan la tuh? pasal tak pakai tudung, baju jarang, seluar ketat leteww..nyampah??

hey no no no..aku bukan orang yang selayaknya bercakap sedemikian..malah kalau anda semua nak baca artikel2 sedemikan, dah beratus juta, billion, trillion yang bercerita halal haram pakain yang dipakai kita bebudak zaman sekarang nih, pulas je telinga, tarik je hdung encik google nescaya korang dapat artikel2 sedemikian.

sebenarnya macam ni, aku ni kalau pergi solat jumaat, nampak segak giler berbaju melayu lengkap (aku rasa sendiri jelah). dan aku ni sepanjang belajar tidak kiralah semasa diploma mahupun sekarang ni sangat jarang berkenderaan untuk ke masjid, selain berkehendakkan ganjaran pahala yang lebih, sememangnya aku berjalan kaki kerana memang tidak ada kenderaan yang mampu untuk aku tunggangi..hehehe


aku terperasan dengan sikap aku pabila pergi berjalan ke masjid berbaju melayu dan songkok dengan berjalan kekelas berkemeja serta bertali leher..sikap aku antara dua contoh situasi diatas sangat jauh berbeza, umpama dr. jekyll and mr. hyde.

nak tahu apa aku buat bila berkemeja dan berjalan menuju ke kelas? sambil aku berjalan, aku sangat berlagak kacak, sambil membetul-betulkan tali leher di khalayak wanita. tidak cukup dengan itu, mata aku agak meliar kesana kemari, mengesan wajah-wajah cantik siswi-siswi sekampus, Ya Allah maafkan aku.

comel kan saya berkopiah..nampak alim ngat!!

tapi lain jadinya bila aku berbaju melayu lengkap serta bersongkok berjalan menuju masjid pada hari jumaat untuk menunaikan solat jumaat, aku seboleh-bolehnya langsung tidak mahu memandang wanita, aku segan, aku malu, aku rasa aku tak tampan, aku rasa aku berdosa jika aku mengangkat kepalaku, dan akhirnya aku berjalan menundukkan kepala sepanjang-panjang adanya wanita di kanan, kiri depan mahupun belakang aku..nak-nak bila ke masjid, aku akan melalui kolej kediaman pelajar wanita, dan masa ke masjid juga kemain ramai pulak siswi-siswi seiring dengan aku dengan satu arah yang sama yang mana mungkin mereka ingin pulang ke kolej untuk tidur di tengahari jumaat selepas tamat kelas, aku pula ingin mendengar khutbah jumaat.
aku rupanya sedar itu adalah kerana pakaian. kalau dilihat sedalamnya, aku juga menutup aurat dengan berpakaian kemeja itu tadi tetapi jiwa keislaman tidak aku letak seiring dengan kemeja tadi, bebeza dengan baju melayu serta songkok yang aku rasa aku sangat hampir dengan Allah swt dan terasa Allah itu memerhati segala tindak-tanduk aku..sesungguhnya aku memang lemah iman,dan sangat jahil,,yelah bagaimana aku mahu jalani kehidupan, takkan perlunya aku hari-hari berbaju-melayu serta songkok untuk elak mata aku meliar sana sini..

tetapi sedikit sebanyak aku ingin berkongsi rasa, bagaimana pakaian yang kita pakai sangat mencerminkan maruah diri kita seluruhnya. dan yang lebih seronok, ia menjaga maruah si pemakai dan orang sekelilingnya sekali sebab orang sekeliling tidak akan memandang dengan pandangan nafsu jika kita berpakain sopan dan cantik dalam terma yang Allah tetapkan. tidak kira lelaki mahupun wanita, jika kita berpakaian kerana Allah, nescaya akan terbitlah rasa keinsafan dari dalam sanubari kita. akan tetapi jika berpakaian itu kerana ingin tampil hebat di khalayak, tidak ada yang lebih sia-sia selain mendapat pandangan yang hina dari Pencipta kita..wallahualam.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." (Surah al-Nur:30-31)

Isnin, Januari 23, 2012

Cerita Nikah Kahwin

Assalamualaikum wbt.
okay ghairah blogging aku dah muncul la gamaknya..

cuba angkat kening siapa dekat sini tak nak nikah dan seterusnya berkahwin? dulu masa sekolah rendah, ada seorang member aku ni mati-mati pertahankan prinsip dia bahawa dia tak nak kahwin, dia benci perempuan. dia sangat tak suka bila aku ramai kawan perempuan, tak tahu sama ada di cemburu ataupun memang dia geli tengok aku ramai kawan perempuan. dia ni bukan gay, yela sekolah rendah gay ke lesbo ke tak wujud langsung time tu, takda nafsu pun nak kearah-arah benda camtukan, cuma yang peliknya dia ni sampai bertegang-tegang leher dengan cikgu tatkala cikgu mengusik dia dengan berkata "cikgu nak tengok betul ke tidak kau tak kan kahwin"...dan dia jawab.."ya saya takkan kahwin, saya tak suka kahwin" camtulah lebih kurang bunyinya, kami satu kelas hanya tersenyum dan gelak sinis terhadap dia.

yang aku ni pulak memang dah telebih matang sejak sekolah rendah, siap boleh nasihat-nasihat dia bagai, yang nikah dan kahwin ni tuntutan lah, baik dari segi rohani, jasmani la, macam-macam lah aku cakap kebaikan berkahwin..macam nak tergelak bila time-time macam tu dah berlagak macam tahu semua pasal kahwin-kahwin ni kan? yela hingus meleleh pun ibu masih lapkan ada hati nak bercakap pasal nikah kahwin kejadah bagai kan.

tapi alhamdulillah semenjak rakan baik aku tu sekolah menengah, prinsip dia serta-merta bertukar..dia rasa dia nak kahwin, dan dia perlu berkahwin..kann..tengok siapa yang benar sekarang? aku dah cakap dulu, kau mesti nak kahwin punya bila kau dah besar nanti..kalau jumpa dia mesti nak menganjeng dia dengan pertanyaan  "ko nak kahwin tak?"..huhuhu


okay sebenarnya aku terfikir, apakah kahwin itu hanya sekadar ucapan aku terima nikahnya......atau lebih dari itu. aku selalu melihat perkahwinan itu satu keindahan, aku tak pernah fikir langsung perkahwinan itu mungkin bakal menjadi satu mimpi ngeri buat aku...baguslah kan kita sentiasa positif dengan memikirkan keindahan perkahwinan itu senantiasa berpanjangan, tapi seakan mustahil untuk mendapat yang indah-indah sahaja kan,,mesti ada yang berlaku dalam tempoh kita berkahwin tu, krisis la, bermasam muka lah..bila fikir pasal negatif dia hati terus berkata, ya Allah sanggupkah aku hadapi semua itu, bukan setakat kerenah si isteri yang dicintai, tapi juga kerenah anak-anak yang lahir kelak, juga mungkin kerenah aku sendiri..

dan tiba-tiba pulak terdetik..tak nak kahwin la camni...owh tidak..tidak..sebagai lelaki, cabaran itu perlu disahut, memang dalam perkahwinan pasti akan berlaku yang kita tidak duga..sedangkan lidah lagi tergigit kan..ermmh sampai dekat aku bukan setakat lidah yang tergigit tapi pipi pon aku boleh tergigit tau,,sakit bongok..aku ni memang gelojoh makan pon sampai tergigit pipi.

aku ni bukan apa, cuma sangat seronok bila melihat anak-anak muda yang sangat muda yang sebaya dengan aku ni ha, meletakkan pernikahan itu ditempat yang sangat teratas..mereka-mereka ni aku lihat sangat positif terhadap Allah swt..yelah Allah kan berjanji sesiapa yang mendirikan masjid rezeki melimpah-ruah akan diterima lebih-lebih lagi bila terhasilnya zuriat..jadi disini, bukanlah aku nak cakap yang..okay kau tak payah kerja bagus-bagus pon, tak payah kumpul duit pon,,ko pergi lah kahwin, lepas kahwin mesti dapat rezeki lebih kan? bukan macam tu, maksudnya disini, jika anda sudah berkemampuan sekadar yang mampu untuk mendirikan masjid..apa salahnya yakinkan orang tua anda, yang anda memang mahu memperisteri/suamikan sipolan-sipolan. 

tapi yang aku lihat sekarang ni ramai anak muda yang seakan..alah relax la dulu..kahwin bukan perkara main-main..memang bukan perkara main-main..tetapi anda "bermain-main" dengan pasangan anda, apa tak berdosa ke? kahwin adalah jalan yang paling mulia sekali dan jalan terbaik untuk elakkan maksiat..tapi aku yakin kebanyakan orang tua kita akan berkata.."hamboi kemain gatal muda-muda lagi dah nak kahwin"...jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meyakinkan mereka yang kita memang sudah berkemampuan untuk berkahwin..

sebenarnya aku tulis entri ni selepas aku ter-blogwalking dekat blog pasangan muda ni..mula-mula terlihat profile pic blog ni..dan hati berkata, beraninya dia bergambar macam tu..lepas tu tengok-tengok..jeng jeng jeng..aku yang termalu sendiri..mereka sudah berkahwin..sangat sweet kot..semoga kalian kekal bahagia yer..hati ini berbisik bestnya berbulan madu di Moscow sambil sedang menyambung pelajaran disana..btw, sorry curi gambar Radzi dan Fatin untuk entri ni..kepada anda yang lain cer terjah blog mereka ni, klik je pic diatas untuk kesana,,kbai

Apa Itu Melaka

Assalamualaikum wbt.

Tajuk entri macam nak kena mintak penampar kan?siapa yang tak kenal Melaka..Melaka adalah tapak sejarah negara yang terulung..segalanya bermula disini, ketamadunan, peradaban, budaya, bangsa, agama, politik dan segalanya muncul disini..

Okay takyah cerita lebih la pasal Melaka yang pasti semua orang dah tahu kan. aku cuma ada beberapa masalah sikit dengan Melaka ni, almaklumlah bila dah 5 bulan tinggal disana menjalani satu sesi kehidupan yang baru, ada saja benda yang tidak memuaskan dan yang terasa macam, alamak kenapa semua benda ni terjadi

1. Syurga Makanan

Ada orang kata Melaka syurga makanan..senang nak dapat makan sana sini..tapi aku rasa tak. aku sebagai manusia yang hanya mampu berjalan menggunakan kaki kesana kesini, tak rasa yang gerai makanan disini mesra pelanggan. maksudnya disini agak pelik apabila tiba hujung minggu, kebanyakan kedai tutup. bukan sahaja kedai makan, tapi kedai-kedai biasa pon banyak yang tutup. apa ni kata nak maju, time2 hujung minggu la awak-awak semua kena bukak kedai. dan lagi pelik, aku tinggal di pusat bandar, bagaimana semua ini boleh terjadi? wallahualam.. tapi minta maaf la, mungkin di tempat-tempat lain banyak kedai bukak, cuma aku je yang susah nak bergerak jauh gara-gara tiadanya transport..tapi tak kira, disebabkan aku duduk di pusat bandar, sepatutnya adalah mustahil untuk aku sukar mendapatkan apa yang aku nak ketika hujung minggu.

2. Bandar Teknologi Hijau

Melaka Negeri Ku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. aku tak tahu mana silapnya sebab aku tak nampak mana-mana projek yang melambangkan kehijauan. minta maaf lagi sekali jika aku memang tidak nampak, tapi yang aku tahu, takkan hanya sebuah projek solar valley dekat alor gajah tu dah senang-senang nak claim melaka bandar teknologi hijau kan? ke belum nak merancakkan lagi implementasi teknologi hijau ni? bila nak merancakkannya pun, kalau tak sekarang kan. dari segi kebersihan pun, aku lihat sebilangan rakyat masih tidak memahami konsep yang dibawa kerajaan, sampah dibuang merata-rata, kesian tengok sg. melaka yang tercemar tu, busuk..biawak pon bermaharajalela..kata Vanice of the East..tapi bagai langit dengan bumi kot.

3. Pantai Klebang dan Dataran 1Malaysia

sebenarnya aku kurang suka dengan dua tempat yag tertera diatas, dua tempat diatas ni saling berdekatan. tempat ni gelap pada waktu malam, ramai muda-mudi yang melampiaskan nafsu di pantai klebang ni. tapi sekarang dah ada kapal selam kan kat situ,mungkin dah ada la lampu-lampu yang menerangi, sebab tak berkesempatan lagi nak berkunjung selepas kapal selam itu ditempatkan disana. dataran 1Malaysia pulak macam padang jarak padang terkukur jer, rasa cam tak menarik, selain ada lalang-lalang terhuyung-hayang ditiup angin.

okay 3 diatas antara yang terserkap diminda bila berbicara tentang Melaka, tapi banyak jugak tempat dan perkara best-best tentang Melaka..tapi jika dibandingkan dengan Penang, tempat lama dulu, jauh sangat perbezaannya. bagi aku Penang lagi syiok kot walaupun bukan duduk dekat bandar sangat, tapi kemudahan nak dapat segala benda sangat banyak dan mesra pelanggan selain kehidupan malam yang sangat rancak dan buat aku sangat teruja bila pergi ke sesuatu tempat tu. Tapi tidak mengapa next sem aku berjanji untuk teroka lebih lagi tentang Melaka dan cari tempat-tempat yang menarik untuk dikongsi bersama para pembaca..

Sekian Kesian

Assalamualaikum..ergghhh..pagi semalam aku pergi la bermain-main di kolam milik jiran sebelah ni, cuba-cuba mahu menangkap ikan flowerhorn yang terdapat didalam kolam tersebut..kot-kot la rezeki dapat gak aku buat ikan bakar cicah air asam..ada orang kata ikan tu lagi sedap kalau masak tempoyak..ada ku kesah yang pasti aku nak bakar ikan tu..

nak dijadikan cerita, aku pon bawala jaring, sebab memang ikan tu aku dah nampak depan mata..tup-tup dia masuk bawah rumpai air tu..terus hilang dari pandangan mata. maka kempunanlah aku untuk makan ikan bakar pada hari itu.

tapi disebabkan aku tak dapat tangkap ikan tersebut aku pon pergi berlari ke rumah rakan aku untuk meminta dia temankan aku bermain badminton, tiba-tiba rakaet yang bapak aku beli puluhan tahun lepas patah gara-gara aku pukul raket tu kat dahan pokok yang menjadi tempat bulu tangkis tu berpaut. hai apelah nasib, ikan tak dapat, raket patah, kena la menjawab dengan bapak aku yang memang suka membebel tu.

lepas mood main badminton pon spoil, aku minta diri dari kawan aku untuk sambung mandi-manda di sungai belakang rumah dia, untunglah belakan rumah dia ada sungai..walaupon cetek tapi dapat jugak hilangkan peluh-peluh berahi yang membusukkan diri.

dan lagi sekali aku terkejut dengan kehadiran rakan perempuan sekolah aku yang dah lama gila tak jumpa,  tetiba pulak nak muncul-munculkan diri time aku mandi..motif nak tengok body aku leteww..nyampah!! pastu siap dia bawak bekalan pulak..haih kau macam tahu aku tengah lapar kan? nak tahu apa dia bawak, ikan bakar wei..siap dengan sambal kicap sekali..mak oi..apa semua ni macam cerita rekaan je kan peristiwa ni..segalanya nak bermotif dan kebetulan-kebetulan bagai..cam tak logik giler..takpelah tetiba rasa cam apa aku merepek ni..owh nak kembalikan semangat berblogging kot..tu yang create cerita bukan-bukan ni..terima kasih kerana membaca..bubye..

rakan-rakan yang dok aku bayang dalam cerita diatas

Sabtu, Januari 21, 2012

When It Pull My Tears

Assalamualaikum..
okay sebenarnya nak bagitahu..haha semua pon tahu kot cuti semester untuk bebudak ijazah baru je bermula..so aku nak cakap yang aku seronok sangat sebab tadi dapat makan masakan ibu. maklumlah dah lama sangat duduk di negeri selat, Melaka Bandar Bersejarah, Negeri Ku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau..hamekkaww cuba cakap dekat aku negeri mana dekat Malaysia ni yang mampu berslogan gempak mak datok camni..cite kat aku sekarang..cite la cepat..gempak kan Melaka..walaupon..

okay sebenarnya berdasarkan tajuk entri, aku sebenarnya takda idea nak menulis apa sebab dah lama tinggalkan zaman penulisan..so dah macam lack of idea, kiranya sekarang ni aku nak cakap yang aku masih takda mood nak update blog la..ghairah tu belum hada..dah lama bercuti kan gara-gara fokus pada final exam..

ya alhamdulillah aku sudah tamat semester satu ini..masih berbaki lima semester..takpe-takpe sabar k..sekejap je tu..ayat nak menyedapkan jiwa sangat..tadi aku ada sebut kan aku dah tiga minggu tak berblog gara-gara nak fokus on exam..puihhh!! fokus la sangat..

okay sepanjang time 'focus on exam' tu ofkos la macam mustahil sahaja unutk mengadap buku 24/7 kan..so aku mengambil keputusan untuk melayan seberapa banyak movie yang mampu untuk aku kurangkan bebanan stress di kepala..sumber movie2 tersebut semestinyalah dari kawan aku, sebab aku ni malas nak donlod2 muvie..so amek dari orang adalah perkara yang paling relevan untuk org pemalas macam aku..

aku nak cerita yang aku ni jenis suka dengan cerita-cerita romantik, dan kasih sayang, yang boleh titis-titis air mata..ha macam tula..

dan aku nak senaraikan movie yang telah menarik perhatian aku juga menarik air mata aku keluar..hehe walaupun agak ketinggalan kan..mungkin korang dah tengok dah pun cerita-cerita ini:

Waiting For Forever
cerita diatas tentang bagaimana seorang lelaki yang sangat menghargai teman sepermainannya dia diwaktu kecil, sehingga dewasa pon tiada siapa yang dia rasakan mampu menggantikan tempat rakan perempuannya itu dan membuatkan dia mengikut sahaja kemana perempuan itu pergi walaupun hanya merantau dengan menumpang kereta-kereta dijalanan. 
Camille
cerita ini pulak tentang seorang wanita yang sangat talkative, dia punya perangai adalah sangat excited dengan segala benda especiallly when she married with her beloved husband, that she call as Tiger, (cam comel giler kalau isteri panggil kita tiger kan? huhu gross!!) dan suami dia ni fed up dengan dia yang banyak cakap dan marah-marah la dia dan suatu insiden telah mengubah segalanya yang mana suami dia terbukti sangat sayangkan dia dan menerima dia seadanya, walaupun pada hakikatnya perempuan ini telah pun menjadi mayat. sedih cerita ni sebab yelah kita selalu akan sayang seseorang semasa mereka telah tiada.
Forever Strong
cerita ni pulak pasal sukan rugby based on true story. hero dalam cerita ni dia telah dimasukkan ke pusat pemulihan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kecedaraan pada orang lain, dan semasa dalam pusat inilah dia telah ditawarkan untuk join kumpulan rugby yang mana kumpulan ini sebenarnya adalah musuh tradisi kumpulannya yang asal, kumpulannya yang asal itu adalah bawah seliaan ayahanda dia. jadi dia dilatih untuk menentang kumpulan ayah dia la camtu lebih kurang. aku sangat tertarik bagaimana didalam kupulan baru, dia diajar untuk menjadi pemain yang baik tanpa mengetepikan nilai-nilai murni seperti pergi membuat kebajikan dan yang paling penting sentiasa menjaga maruah diri, keluarga dan kumpulan. dan yag lagi best silalah belajar kenali rakan-rakan anda. mana yang baik dan buruk.
The Last Song
yang ni pulak cerita pasal seorang bapa yang nak sangat spent time dengan anak-anak dia setelah perceraian dengan isterinya. sebab bapa ni tahu ini adalah peluang terakhir untuk dia bersama anak-anak dia kerana dia punya penyakit yang akan membawa maut. tapi dia tak pernah bagitahu anak-anak dia tentang penyakit itu. lagi-lagi pulak anak perempuan dia seakan kurang suka untuk bersama bapanya itu dan sering marah-marah dan tengking-tengking bapa dia, tapi bapa ni sangat cool, sabar je dengan kerenah anak dia ni sampai dia buat lagu untuk anak dia ni, dan malam sebelum dia pergi, dia tak sempat pon siapkan lagu ni, tapi telah disempurnakan oleh anak perempuan dia ni yang semakin lembut hatinya setelah tahu bapanya ada penyakit. tapi malangnya bapa ini telah pergi saat anaknya ini hampir pasti menyiapkan lagu tersebut.

Soul Surfer
cerita ni berdasarkan true story jugak, tentang seorang surfer yang sangat enthusiast towards surfing..walaupun setelah dibaham jerung yang mengakibatkan tangannya hilang, semangatnya tak pernah pudar. sangat kuat perempuan ni punya semangat, dia berusaha jugak surf walaupun kurang upaya dan membuktikan tiada apa yang dapat mematahkan potensi diri selain diri kita yang melakukan itu. jadi teruslah menanam sedalam-dalam semangat untuk miliki apa yang kita mahu.


okay begitulah keadaanya week exam aku yer, sangat baik menggunakan waktu, dan lepas ni jangan nak merungut kalau result bawah paras yang dingini fullstop!!