Assalamualaikum..ergghhh..pagi semalam aku pergi la bermain-main di kolam milik jiran sebelah ni, cuba-cuba mahu menangkap ikan flowerhorn yang terdapat didalam kolam tersebut..kot-kot la rezeki dapat gak aku buat ikan bakar cicah air asam..ada orang kata ikan tu lagi sedap kalau masak tempoyak..ada ku kesah yang pasti aku nak bakar ikan tu..
nak dijadikan cerita, aku pon bawala jaring, sebab memang ikan tu aku dah nampak depan mata..tup-tup dia masuk bawah rumpai air tu..terus hilang dari pandangan mata. maka kempunanlah aku untuk makan ikan bakar pada hari itu.
tapi disebabkan aku tak dapat tangkap ikan tersebut aku pon pergi berlari ke rumah rakan aku untuk meminta dia temankan aku bermain badminton, tiba-tiba rakaet yang bapak aku beli puluhan tahun lepas patah gara-gara aku pukul raket tu kat dahan pokok yang menjadi tempat bulu tangkis tu berpaut. hai apelah nasib, ikan tak dapat, raket patah, kena la menjawab dengan bapak aku yang memang suka membebel tu.
lepas mood main badminton pon spoil, aku minta diri dari kawan aku untuk sambung mandi-manda di sungai belakang rumah dia, untunglah belakan rumah dia ada sungai..walaupon cetek tapi dapat jugak hilangkan peluh-peluh berahi yang membusukkan diri.
dan lagi sekali aku terkejut dengan kehadiran rakan perempuan sekolah aku yang dah lama gila tak jumpa, tetiba pulak nak muncul-munculkan diri time aku mandi..motif nak tengok body aku leteww..nyampah!! pastu siap dia bawak bekalan pulak..haih kau macam tahu aku tengah lapar kan? nak tahu apa dia bawak, ikan bakar wei..siap dengan sambal kicap sekali..mak oi..apa semua ni macam cerita rekaan je kan peristiwa ni..segalanya nak bermotif dan kebetulan-kebetulan bagai..cam tak logik giler..takpelah tetiba rasa cam apa aku merepek ni..owh nak kembalikan semangat berblogging kot..tu yang create cerita bukan-bukan ni..terima kasih kerana membaca..bubye..
rakan-rakan yang dok aku bayang dalam cerita diatas |
tipu ke betul ni?
BalasPadamishhhh
malas nak baca dua kali !
follwed ;)) nice entri btw~
BalasPadamcantik sangat ker badan 2 sampai org nak intai2...hahahah...
BalasPadam