Selasa, Julai 31, 2012

Fake

It’s amazing what you can hide by just putting on a smile

 

Assalamualaikum wbt, pernah buat begini tak? pernah berjumpa dengan orang-orang yang fake dengan kamu? atau kamu yang jadi fake untuk mereka? haha.

tak dinafi dalam dunia kita sering kita berjumpa dengan orang-orang yang fake. ada pelbagai jenis fake sebenarnye. aihh malas pulak tiba-tiba aku nak fikir jenis-jenis fake ni dan tulis disini, tiada mood sebenarnye nak menulis, tapi nak jugak update pasal fake ni.

okay menurut amalan gua, dan pengalaman menjadi fake kepada orang lain, fake ni sebenarnya perlu, perlu sebab bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. kadang-kala kita perlu jadi fake untuk buat diri sendiri rasa happy, ya fake untuk berasa happy..macam orang gila, orang gila happy-happy tu sebab die happy fake tau..dia tak tahu sebenarnye dia happy tu untuk apa..thats fake!!

fake yang itu perlu sebab dalam dunia ni memang ada manusia yang mungkin hanya segelintir dan tak penting pun dalam kehidupan kita, tapi once dia dah buat onar, dan buat rasa diri ni dah macam tak guna, so jadi fake depan dia dan sentiasa positif yang kita okay2 saja depan dia adalah antara tips terbaik untuk buat diri rasa tak apa-apa.

tapi ada juga fake yang betul-betul akan memusnahkan persahabatan atau perkawanan atau mungkin persetubuhan. sebagai contoh depan kita lain, belakang kita dia buat lain. ramai juga sebenarnya yang macam ni. untuk pengalaman aku tak pernah temui la orang macam ni, sebab apa, semua yang aku kenal dengan aku ni semua boleh tahan pangai cam pffftt..so dorang tak fake la kan? sebab pangai depan aku ke bakang aku sume sama saja..

dan mungkin juga aku bukanlah orang yang keterlaluan untuk memikirkan siapa yang fake depan aku ke bakang aku ke..sebab pernah pulak aku kesah dengan semua tu..janji aku ada famili aku sahabat amu yang   tidak akan mungkin jadi fake depan aku.

Isnin, Julai 30, 2012

Sahabat Lama

Assalamualaikum wbt,

inshaALLAH jika tiada aral, kami akan berkumpul kembali hari ini
segan sebenarnya ni, maklumlah mungkin aku dah berubah dalam pandangan mereka,
atau mereka dah berubah dalam pandangan aku

malu tapi mahu,
kita lihat apa yang terjadi
aku membayangkan aku hanya duduk diam tanpa banyak bicara
atau aku akan macam dulu lagi?
seorang yang bercakap banyak sehingga disuruh diam
haha..takutnyerrr

eh ada yang bakal bawa suami?
okay nampak tak kami dah mampu nak berumah tangga

jumpa petang ini kawan-kawan
IftaReunion

Ahad, Julai 29, 2012

Sesudah Subuh

Tatkala malam ingin melabuhkan tirainya, ramai umat manusia cuba mendapatkan keberkatan, bangun dari lena hanya untuk melakukan sahur

Rasulullah saw bersabda :
"makanlah sahur, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan" [HR Bukhari & Muslim], 
"bersahurlah walau hanya dengan seteguk air" [riwayat Ibn Hibban], 
"umatku terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur" [riwayat Ahmad]

sahur juga membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani

dulu..
rutin seperti biasa, bangun sahur, liatnya Allah jua yang tahu, lelah barangkali si Ibu mengejutkan anak-anaknya yang masing-masing seakan tidak mahu mengalah untuk menjadi yang paling liat dalam bangkit untuk bersahur.

pujuk si Ibu, hari ni ibu masak Tom Yam, atau mungkin dipujuk dengan Sup Ayam, Sup Sayur..masak sangat dengan perangai anak-anak...anak-anak ni hanya berselera untuk bersahur kalau dengar juadah yang terhidang adalah juadah yang berair, atau berkuah

benda-benda berkuah ni lebih mendatangkan selera dan membuatkan kami segar mata apabila dapat menghirupnya

pengorbanan..
3 pagi, Ibu sudah bangkit, kadang terdengar kelentang kelentung di dapur, huh, hati suci suruh diri ini bangun membantu, tapi hati busuk, menarik selimut yang sudah kemana perginya diperkemas ke seluruh tubuh dan arghhh nikmatnya tidur..

tahu-tahu semua dah siap, tugas anak-anak tinggal nak telan sahaja masakan ibu.

perkara pertama, buka televisi tonton drama Ramadan yang terhidang pagi-pagi itu, masih teringat drama Nur Ramadan, atau mungkin drama bersiri Hariyati lakonan Umie Aida

mengadaplah aku depan televisi sambil menyuap juadah ke mulut dengan harapan aku takkan berasa lapar sepanjang hari. itu juga janji ibu semasa mengejut aku untuk bangkit bersahur, Ibu janji kalau aku bangkit dan bersahur nescaya aku takkan berasa lapar sepanjang hari malah akan terus-terusan bertenaga tanpa menelan Scott Emulsion mahupun meminum Ho Ho Ho

Imsak..
stop, jangan telan apa-apa, minum cepat banyak-banyak, 1 liter air suam paling-paling menjadi rebutan di saat akhir.

Usai Subuh..
berlegar aku dan rakan-rakan beradik yang lain ke luar rumah, mengambil udara pagi sambil menyegarkan mata dengan titis-titis embun yang masih berserakan di ruang udara, menghayun buaian sambil menyaksikan bulan terang.

kau nampak tak kat permukaan bulan tu ada semacam manusia sedang bertahiyat akhir, tanya kakak
a'ah lahh kak, jawab aku dan adik
kuasa Allah yang mengkehendakkan sesuatu maka terjadilah ia

sememangnya sedari kecil aku rapat dengan kakak, dengan adik juga teman bermain basikal diwaktu pagi selepas subuh
Abang? tido balik mungkin..


aku rindu saat-saat segala semua itu, rindu zaman kanak-kanak, rindu suasana tenteram dan damai, rindu semuanya tentang masa kecil, rindu sebab masa tu minda aku bebas, bebas puas tiada yang menyakitkan dan melemaskan. Rindu Ramadan Dulu-dulu

is it iftar already?

Jumaat, Julai 27, 2012

Butterfly..Fly Away So High


"chase butterflies and they will never be caught,
watch them and they will come to you"


secantik mana sayapnya rama-rama, seanggun mana warna-warna yang ada padanya
tidak sekali-kali setara dengan keindahan yang ada pada perhubungan kita

Khamis, Julai 26, 2012

5 Rencah 5 Rasa Sangat

Assalamualaikum wbt,

hampir terlupa sudah
tiba-tiba pon pon, pos laju-laju sampai

betul ke alamat ni dik,
untuk sape ni bang?
owhh arghhh, tapi alamat ni betul

ye ni untuk saya,
thanks Reader's Digest Asia


share je resipi rekaan mahupun turun-temurun keluarga dan resepi dari sejarah hitam dan silam anda di


untuk berpeluang menangi hadiah yang macam-macam
bai

Memori Banjir di Petang Raya

Assalamualaikum wbt,

aku tahu puasa baru nak masuk enam hari, bukanlah tujuan aku untuk menunjukkan betapa keghairahan aku menyambut raya, sememangnya raya aku dah tak semenggah macam dulu-dulu, sekarang semua hambar

cuma sekarang aku teringat akan memori aku berkonvoi raya dengan kawan-kawan, dah enam tahun lepas dah pun, lamanya enam tahun dah rupanya..tapi semuanya macam baru semalam, ntah kenapa aku tetiba teringat, mungkin sebab ada salah sorang rakan konvoi aku ni sekarang macam dah jauh dengan geng-geng yang ada kot, so aku teringat dia, terus aku teringat memori-memori dulu, cumanya disebabkan tiada memori ramadan bersama dia jadi yang paling hampir memori aidilfitri la kan? haha

macam biasa cerita dia, bila kami ni dah dijadikan Tuhan sebagai manusia gila, tak kira apa jua keadaan, semua benda nak ditertawakan. teringat lagi meredah banjir untuk kerumah ustazah kami, masa tu hujan lebat, redah je lah dan kami ketawa-ketawa sambil main hujan dan air banjir macam budak kecik, tapi memang kecik pong baru form 4 (sekarang kalau nak buat camtu lagi pon boleh)

kawan, jangan la macam ni, mana kau. raya kali ni konvoi la lagi dengan kami..jangan la jauh macam ni..aku rindu jugak dengan kau ni..sejak kau masuk matrik dan sekarang kau dah habis degree pon, sangat jarang aku dengar khabar kau, bukan aku tak ambil tahu, tapi kau yang semacam mengelak.. bila ada event class kita dulu pon kau tak join..ada je alasan kau..ermhh tak apalah..

aku raya rumah kau tau tahun ni..minum air sirap manis kat umah kau..rindu kau la kawan..kbai.

aku takkan bagitau aku nak datang bila umah kau, sebab aku taknak kau mengelak..aku bukan nak kau sediakan macam-macam, cuma segelas sirap merah pekat yang manis macam dulu tu.. :)

Rabu, Julai 25, 2012

Diari Ramadhan #2 - Kelebihan dan Ganjaran

1. Diampun segala dosa yang lepas dan akan datang

Sabda Rasulullah saw: barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka diampunka segala dosa-dosa yang lepas dan akan datang [HR Al-Bukhari]

untuk mendapatkan keampunan Allah ini, orang yang berpuasa bukan sahaja wajib menahan dirinya daripada makan dan minum, bahkan wajib menjaga anggota badannya daripada perkara yang diharamkan Allah sama ada perkataan atau perbuatan seperti melihat dan mendengar perkara yang haram, mengumpat, dengki, membuang masa etc. semua ini akan menghalang dari mendapat keampunan dari Allah

2. Ganjaran Pahala Yang Berganda

sabda Raslullah saw: semua amalan anak adam akan diganda pahalanya, setiap amalan baik bersamaan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. maka firman Allah Ta'ala: maka sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku [HR Muslim]

3. Puasa dan membaca Al-quran diwaktu malam akan memberikan syafaat di hari akhirat

sabda Rasulullah saw: puasa dan al-quran akan me,beri syafaatkepada hambaNya pada hari kiamat. berkata puasa: wahai tuhanku! aku telah menghalangnya dari makan dan minum dan syahwat, maka berilah syafaat kepadaku untuk (menyelamatkan) nya. Al-Quran pula berkata: aku telah menghalangya daripada tidur di waktu malam, maka berilah syafaat kepadaku untuk (kuberi) padanya. Kata Allah: maka kedua-duanya memberi syafaat [Hadis sohih - Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi]

4. Mendapat dua kegembiraan, satu didunia dan satu di akhirat

Sabda Rasulullah saw: bagi orang yang berpuasa, ia memperoleh due kegembiraan, apabila ia berbuka, ia gembira dengan berbukanya, dan apabila ia berjumpa Tuhannya, ia gembira dengan puasanya (yang diterima). [HR Al-Bukhari]

orang yang layak bergembira dengan dua kegembiraan ini ialah orang yang puasanya dapat menghalangnya dari melakukan kemungkaran dan perbuatan keji

5. Bau mulut yang disukai oleh Allah, bahkan lebih wangi daripada bau kasturi di akhirat

sabda Rasulullah saw: demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya, sudah pasti bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau wangi kasturi.[HR Al-Bukhari]

walaupun bau ini tidak wangi tetapi ia tetap disukai oleh Allah kerana ia berpunca dari amalan ketaatan kepada Allah. Walaupun berpuasa, disunatkan juga membersihkan mulut dan gigi setiap kali hendak berwudhuk atau solat dan ia tiada kaitan dengan bau mulut yang lebih dicintai oleh Allah dan bau kasturi

6. Disediakan pintu syurga khas al-Rayyan untuk orang-orang yang berpuasa

sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.” [HR Bukhari & Muslim]

7. pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai

sabda Rasulullah saw:

“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”[Bukhari & Muslim]

ini memudahkan lagi hamba-hamba Allah untuk tunduk dan patuh kepada Allah serta memperbanyakkan lagi amalan-amalan soleh di bulan Ramadan

8. Sedekah di bulan Ramadan

dari Ibnu Abbas, berkata: "Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi S.A.W). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.' [Hadis Bukhari dan Muslim]

9. Bonus lebih 1000 bulan (bersamaan 83 tahun)

Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya. (Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)

"Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lailatul-Qadar ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah kita jelas tadi. Sabda baginda;

"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari)

Isnin, Julai 23, 2012

Tersenyum Sendiri Dalam Surau

Assalamualaikum wbt,

sementara menunggu azan isyak habis dikumandangkan oleh Bilal bertugas, aku duduk bersedeku di saf paling belakang, dengan tidak semena-mena, ramai..memang ramai..ramai sangat kanak-kanak secara tiba-tiba duduk mengelilingi aku, ye memang ramai, kanak-kanak comel mungkin berusia dalam lingkungan 4 hingga 7 tahun yang tidak lepas untuk mengambil peluang mengimarahkan surau, walaupun suara-suara nyaring mereka memecah sedikit kemerduan azan yang berkumandang, adakala terasa mereka mengganggu, tetapi entah kenapa tiba-tiba bibir aku mengukirkan senyuman tatkala memandang wajah-wajah suci mereka, wajah yang tiada cela, tiada noda, tiada dosa.

memang benar kanak-kanak seperti kain putih, tanggungjawab ibu bapa dan manusia dewasa sekeliling yang akan mencorakkan perilaku mereka. jangan diherdik kanak-kanak ini jika mereka membuat bising di Masjid atau Surau, nasihati mereka dengan penuh kasih sayang, mereka bukan tiada akal, mereka akan mendengar arahan jika kita tahu mengendalikannya. buktinya, aku sendiri saksikan kanak-kanak yang mengelilingi aku tadi, bermula saja imam mengangkat takbiratul ihram, saf diluruskan, mulut dikatup, dan mereka bersama-sama orang dewasa melakukan solat berjemaah. indah pemandangan ini

Ya Allah kau jadikanlah setiap dari kanak-kanak ini supaya sentiasa patuh pada tuntutan dan syariatMu, jauhi mereka dari perbuatan yang menggoyahkan keimanan dan ketaksubaban mereka untuk terus beribadah kepadaMu

Ahad, Julai 22, 2012

Kisah Aku dan Waktu Berbuka Puasa/Imsak



Assalamualaikum wbt,

ececeh tajuk kau macam nak story cerita tergempar je kan? tiada maknanya disitu, cuma kalau nak tahu antara satu tabiat pelik aku masa zaman kanak-kanak adalah aku sangat bergembira, melonjak keriangan berserta ibadah puasa aku dirasakan sangat lengkap apabila aku menyaksikan rancangan waktu berbuka puasa/imsak..

jap aku sebenarnya tidak tahu nak sebut apa, rancangan cam tak sesuai je kan, tak kisahlah janji korang faham, boleh dikata dulu setiap stesen televisyen aku tune untuk tengok jadual berbuka puasa/imsak ni. entah kenapa sangat eksaited nak tengok padahal aku duduk dekat dengan KL, kalau tak tengok pon tak mengapa sebab kalau kuar azan maghrib kat tv1 tu maknanya dah berbuka la kan. 

tapi aku jenis macam nak tahu Tumpat buka pukol bape, Ba'kelalan buka pukol bape, Kundasang buka pukoi bape..motif kundasang? DejavuDiKinabalu sanat..yela aku macam curious tempat-tempat lain buka pukul berapa sume kan..kadang cam pikir, okay harini aku sahur dekat rumah, petang nanti aku buka dekat Sandakan, so puasa aku jadi singkat lah..hrmhh macam-macam..lagi-lagi bila rancangan buka/imsak itu berlatar belakangkan muzik ala-ala arab yang boleh joget-joget sekali (hakikatnya tak larat nak joget sebab letih pose)..best kot,masih diingat lagi antara penaja-penaja waktu berbuka puasa antaranya minyak cap buruh dan minyak sri murni sungguh suci sungguh murni itteww

itu je sebenarnye nak cerita.kbai

Khamis, Julai 19, 2012

Diari Ramadhan #1 - Peluang Keemasan Bagi Orang Beriman

Bismillahirahmanirrahim
"wahai orang-orang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (al-baqarah: 183)

sabda Rasulullah (saw) "puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada hambaNya pada hari kiamat" (hadis sohih - riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi)

Kisah Amirul Mukminin Ali Bin Abi Tholib
apabila masuk bulan Ramadhan dan saat malam melabihkan tirai, beliau menghadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu menangis sambi berkata "wahai dunia! sama ada kamu menghadap kepadaku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. sesungguhnya umurmu pendek, urusanmu(menipu daya manusia) sangat hina dan tipu dayanya sangat besar. ohh!! alangkah sedikitnya bekalanku sedangkan perjalananku sangat jauh dan jalan juga sukar!"

sebagai manusia harus mengerti tujuan sebenar kehidupan yang sementara ini

Tujuan: untuk diuji siapakah amalan yang paling baik dan ikhlas
Masa ujian tamat: Mati
Tarih tamat ujian: bila-bila masa dan di mana-mana

Ramadan 2012

Ramadan adalah bulan yang penuh kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah. ia ibarat pasar perniagaan yang semua barang dagangan adalah yang terbaik dan dijamin kekal selamanya. inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.

Allah swt berfirman yang bermaksud: "wahai orang-orang yang beriman! mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya? iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu. yang demikian itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (as-Saf: 10-11)

adalah wajib bagi kita mengambil peluang keemasan ini yang barangkali takkan berulang lagi untuk kita. rebutlah peluang ini sementara kita masih wujud di dunia dengan beramal sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk meneruskan perjalanan ke akhirat yang pasti tiada penghujung.


Rabu, Julai 18, 2012

"Aku Mahu Bertanggungjawab ke Atas Kamu"

Mencari bakal individu pertama yang berhak mendengar kata-kata ini


sampai bila?
Allah tahu bila

dengan siapa?
Allah tahu siapa

bagaimana?
Allah tahu segalanya

sebagai hamba hanya perlu usaha, dan terus berdoa

Pertemukan Aku Dengan Yang Masih Segar

Jika bunga itu pernah dipetik, tidak mengapa..aku hanya menginginkan yang belum dipetik, kerana aku tidak pernah memetik..bukan memilih, cuma menginginkan kesaksamaan dan keadilan.


kalau boleh..

Bila Aku Rasa Nak Mati

Assalamualaikum wbt,

puas juga mencari dan mengkerah neuron proton mahupun medulla oblongata demi mencari sesuap idea untuk aku kembali merancakkan jari jemari mengemaskini belog yang semakin sepi di mamah usia ini. alhamdulillah dapat juga aku idea ini.

mati, sesungguhnya melupakan mati adalah satu kerugian besar untuk kita. jadi sentiasa beringat untuk mati juga sedikit sebanyak menambahkan iman didada. aku taknak la jadi pak ustaz kat sini berbicara seperti belajar dekat Al-Azhar saja, cumanya sejak akhir-akhir ini aku rasa macam nak mati.

ni bukan perkara main-main, bercerita disini pun bukanlah suatu tindakan bijak umpama aku menyediakan diri untuk bersifat takbur, yelah ada la kot nanti yang cakap aku macam cuba nak cakap yang aku ni sentiasa ingat mati la kan? faham tak ayat aku.

nevermind, im just curious why i feel like malaikat maut dah ada depan aku.. nak cabut nyawa aku esok ataupon malam ni time aku tido, ataupun esok aku pegi pasar tetibe ada orang giler bawak pistol nak merompak bank sebelah pasar jual ikan tu tetibe tertembak aku yang sedang pilih-pilih bunga kantan untuk dijadikan bahan untuk memasak asam pedas ikan pari, selain itu kematian paling cliche lain dan tak bukan eksiden tengah jalan. aku rasa macam-macam kejadian kematian yang akan aku hadapi dalam masa terdekat ni.

ini bukan kisah dejavu di kinabalu ke apa ke, tapi adalah perasaan. ia tidak la mengganggu aku sangat pun, cumanya terdetik dihati, kalau aku mati malam ni, ataupun esok, maksudnya usia aku memang tak panjang dah kan? cukup ke amalan aku wei? boleh ke aku jawab soalan kat kubur nanti? nescaya aku boleh saja hafal jawapan untuk soalan yang akan ditanya kat kubur nanti, sedangkan 8 prinsip 1Malaysia pun aku boleh hafal apa lagi soalan-soalan kubur yang ada berapa kerat je soalannya tu. tapi hakikatnya aku takkan dapat jawab soalan itu jika memang pasti amalan aku didunia tidak mencerminkan agama yang aku anuti.

apa yang paling aku risaukan, adalah Ramadan yang seakan lambat sangat nak muncul ni, aku takut tak sempat, walaupun inshaALLAH lagi empat hari saja lagi kan, tapi ia tetap tidak akan sempat bagi aku jika aku mati sekarang mahupun mati sebelum tibanya malam pertama Ramadan.

Ya Allah aku mahu bertemu Ramadan lagi..berilah aku kesempatan ini lagi..
disini aku mahu memohon ampun dan maaf dari korang semua para pembaca yang kenal aku mahupun hanya kenal melalui tulisan-tulisan aku, aku nak pesan, jika ada jarum yang patah jangan la disimpan didalam laci yer..pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...tetibe kau feeling kad raya sangat kan?

Bubye

Isnin, Julai 16, 2012

Kembali Senyum


Assalamualaikum wbt,

End of my first year..Alhamdulillah..
senyum juga kerana gembira..
Ramadan bakal menjelma, InshaALLAH panjang umur dapat lagi merasai kemanisan menjalaninya


Thanks for everything

Ahad, Julai 01, 2012

Amirul dan Irine Nadia





"SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIRNYA"

LOKASI: MASJID TANAH
TARIKH: 30 JUN 2012