Rabu, Februari 22, 2012

Wah Tak Sangka Aku Dekan

Assalamualaikum wbt,

tajuk nak gempak je kan? 
kalau aku dapat takde lah aku canang seluruh dunia, 
sebab boleh jatuh riak dan bila riak Allah tak suka, 
dan bila Allah tak suka, sem depan tak dapat dekan lagi, 
baru padan muka

so

tahniah lah sapa yang dekan, 
saya biasa-biasa saja..

tak dapat lah saya belanja kalian
sebab dulu pernah janji kalau saya dekan saya belanja makan

cukuplah apa yang saya dapat ini sebab ini adalah usaha saya
saya percaya akan janji Tuhan
Anda Buat Anda Dapat
Allah Maha Adil bukan?

gugel anugerah dekan muncul yang ini..
musykil n confuse
maybe makan ni everyday boleh dapat dekan kot =)
bubye

Isnin, Februari 20, 2012

Saya Tak Kacau Awak

Kenapa sibuk tentang saya sedang saya tak sibuk tentang awak?
Kenapa mengumpat sedang saya tak pernah mengumpat pasal awak?
Kenapa kisah sangat dengan apa yang saya pakai sedang saya tak pernah kisah pun dengan apa awak pakai?
Kenapa suka sangat perli-perli saya sedang saya tak pernah pun perli awak?
Kenapa suka ejek-ejek saya sedang saya tak pernah pun ejek awak?
Kenapa suka sakitkan hati saya sedang saya..emrhh, kfain saya pon pernah sakitkan hati awak, tapi awak over acting bila sakitkan hati saya

cop!! tak payah jawab sebab saya tahu jawapannya
 awak sebenarnya suka akan saya kan?

image

Assalamualaikum wbt,

buat pengetahuan saudara/i, 
dialog diatas sengaja aku reka-reka
 ada yang betul-betul ada yang aku tokok tambah, 
sebab kadang-kadang kita terasa benci dengan orang-orang yang suka sangat bercakap pasal kita
yang suka kacau hidup kita, sebab kita tak selesa agaknya kan?

tapi apa kata ambil ini sebagai cara yang mudah
kita biarkan saja dengan orang-orang macam ini
sebab kadang-kala benda ni boleh jadi positif bila kita treat this as postive way
anggap saja dia sukakan kita, mungkin dia benci tapi kita boleh beranggapan dia sukakan kita
sebab mana mungkin kalau benci asek nak sebok-sebok ambil tahu perihal diri kita kan?

kepada awak yang sukakan saya itu, terima kasih banyak-banyak
sebab saya tak dapat nak kunci, zip mahupun tutup mulut awak dengan penutup periuk
cumanya saya harap, daripada awak jaja-jaja nama saya tak tentu hala
lebih baik awak doakan kesejahteraan saya
boleh macam ittew??

Ahad, Februari 12, 2012

Debunga



Assalamualaikum wbt,

ermhhh,,tak ada apa nak cakap, ada topik tapi macam tak terluah saja disini..cuma nak bagitahu yang aku nak uruskan segala keperluan semester baru, itu dan ini,sana dan sini sepanjang minggu ini..inshaALLAH kalau ada kesempatan adalah berhupdate blog ni, kalau takda tu maknanya takdalah yer..rasanya schedule entry aku pon masih takda schedule yang sesuai untuk aku release sebab semua pon masih belum habis dikarang....sebab selalunya kalau aku tahu aku ada hal, aku akan buat schedule entry untuk nampak macam blog ini sentiasa berhupdate..tapi takpalah takda siapa kisah pon, cuma nak ucap terima kasih saja pada semua yang sudi menjengah blog murahan tak punya apa-apa ini. gua chow dulu. semoga bersua lagi. salam kemaafan.

Rabu, Februari 08, 2012

Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Assalamualaikum wbt, 

dalam kehidupan ini, kita berjumpa dengan bermacam-macam manusia, ada yang jahat, ada yang baik. dan dalam terma jahat dan baik itu tercabangnya lagi bermacam-macam nilai yang kadang kita tak dapat nak olah atau categorized manusia ni duduk dalam cabang mana sebenarnya? 

alhamdulillah sepanjang kehidupan, yang hadir dalam hidup aku, kebanyakannya yang baik-baik. walaupun tak lama dulu pernah jugaklah berhadapan dengan manusia jahat yang sentiasa menyakitkan hati. tapi itu mungkin salah aku jugak sebab aku jahat dengan orang. macam kata-kata hikmah la, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, syurga untuk orang baik, neraka untuk orang jahat.

tapi aku pasti, baik itu tak cukup untuk kita berasa kehidupan ini sesuatu yang mengghairahkan. sebab kita perlu ada seorang yang baik yang dekat dengan kita barulah hidup terasa serinya. kalau setakat baik tapi bila dekat rasa tak selesa, macam kurang gunanya la jadi baik kan? kurang ya bukan tiada.

pernah tak dengar lagu doa perpisahan?, kalau tak pernah meh dengar sama-sama, kalau pernah pun jom dengar lagi sekali.




kadang pernah jugak terfikir, Allah pertemukan kita dengan orang yang kita suka dan rasa selesa untuk apa sebenarnya? pabila akhirnya kita perlu berpisah dengan mereka-mereka itu.

puas aku fikir dan aku rasa jawapannya lain dan tak bukan adalah untuk kita kenali diri sendiri melalui manusia tersebut, manusia yang terkadang menjengkelkan tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam jika mereka tiada. terus terang aku cakap, aku bukanlah manusia yang sesuai dijadikan teman, aku tidak punya apa. aku egois, sombong dan memang selalu buat orang annoyed dengan aku. tapi bila kehadiran seseorang itu menerima tanpa mempersoal, aku rasa terharu. owhh ada jugak lagi manusia yang berhati tulus dalam kancah dunia yang penuh kebusukan kala ini.

benar kata orang, seorang sahabat ni hadirnya menenangkan, tapi bila perginya kita rasa kehilangan dan tertanya-tanya manakah kau, buat apa kau sekarang, lagi-lagi jika perginya tanpa berita.
bila nak dibicara tentang sahabat satu persatu memakan masa yang agak panjang, cuma apa yang dapat aku rumuskan adalah hargailah sahabat anda semahu mungkin, sebab tak semua orang yang mampu menerima diri kita seadanya, jadi sahabat anda yang menerima anda seadanya itu adalah manusia hebat. jadi jangan persiakan mereka.

kepada sahabatku, semoga kau sentiasa berada dalam rahmat Allah, dimana pun dikau, aku tidak pernah runsing kerana aku tahu kau sahabat yang tahu halal-haram dalam menjalani kehidupan. apa yang perlu aku dan kau lakukan adalah sentiasa memperelok tingkah kita dalam bersahabat dan semoga persahabatan ini kekal dalam tali Allah dan redhaNya.

Selasa, Februari 07, 2012

Tak Semayang Tapi Dekan

Assalamualaikum wbt,

rata-rata pelajar degree mungkin akan, atau sedang, atau telah pon menemui keputusan final exam memasing kan?

dekan tak? ANC? wow..lagi best..alhamdulillah..semoga puas dengan keputusan anda itu.

aku? tak yah cerita lah..seperti biasa result so so jer..eh macamlah result dah keluar..untuk bebudak UiTM khabarnya 22 Februari baru keluar..aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal supaya aku mampu menerima hakikat setelah apa yang berlaku sepanjang semester lepas.

DL atau Dekan bukanlah sebuah parti politik yang diimpikan untuk menerajui negara, juga bukanlah pejabat yang menjadi tempat duduknya para dekan universiti-universiti anda semua, ia adalah title..anugerah atau mungkin pencapaian yang membezakan antara yang dapat 3.5 and above or 3.49 and below of the GPA.

Semua orang gila dekan, semua orang nak 3.5 and 4 leper. orang gila je tak nak title dekan atau dean tu? pelbagai cara dilakukan dan yang paling jelas mestilah sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan menunaikan segala kewajipan sebagai Muslim, barulah belajar pon terang hati kan?

kepada yang berkenaan aku mahu meminta maaf terlebih dahulu dengan penulisan ini..tetiba terasa macam, alamak baru mukadimah rupanya apa yang aku tulis diatas. terima kasih kerana gigih membaca. ini mungkin hanya sebuah nukilan rasa dengan apa yang aku alami.

pernah jugak terlintas di benak fikiran dan hati aku yang busuk yang penuh dengan noda hitam ini berbisik dan bertanya sendirian, kenapa kau dapat dekan ek sedang kau tinggal solat, ponteng kelas, tak puasa, buat maksiat, layan pompuan macam layan bini etc..

Tuhan tak adil, tuhan tak makbulkan doa aku, buat penat aku beribadah..nauzubillah..ampunkan aku Tuhanku, sungguh hina dan sungguh jijik hambaMu ini kerana bersangka buruk terhadapMu.

Ada rakan yang tak henti-henti memberi sokongan moral dengan mengingatkan Allah beri keputusan itu atas usaha kita, apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat dan Allah tidak sesekali berlaku zalim melainkan kita yang menzalimi diri sendiri.

Anda Buat Anda Dapat..tak gitew..

bila fikir balik memang betol apa? memang lah kita ni solat tapi usaha tak sangat kan? kalau orang lain belajar ikut jadual, kau tidur tak ikut jadual..orang lain stay bilik mengadap buku, kau berjimba diluar sana, orang lain prepare untuk final sejak awal semester, kau esok nak exam baru nak pulon semua,lepas tu nak salahkan takdir sebab result kau ala kadar jer tak pun memang takde kadar. 

kfain..sekarang aku dah setuju cakap kau sebab usaha aku ala kadar,so result pon ala kadar je la kan?. tapi tapi tapi, aku nak tanya kau balik, kenapa orang yang tak jaga ibadat boleh berjaya?

sejujurnya aku juga merasa pelik dengan semua ini, tetapi bagi menyedapkan hati yang lara, secara mudahnya cenggini,,lihat orang kafir, mereka tidak beriman kepada Allah tetapi mereka berjaya membina kuasa yang sangat besar dengan ilmu yang mereka miliki.
mungkin aku salah, tapi bagi aku ilmu ini adalah hak Allah. Dia berkuasa meletakkan ilmu kepada sesiapa sahaja, tidak kira yang beriman kepadaNya mahupun tidak. sama juga dengan orang Islam yang kurang ibadahnya kepada Allah tapi masih lagi berjaya dalam pelajaran dan memiliki ilmu yang tinggi berbanding orang yang kuat ibadahnya kepada Allah.

apa yang menjadi persoalan sepatutnya bukanlah kenapa dia dapat aku tak dapat sedang aku buat (beribadah) tapi dia tak buat, tapi sebaliknya adalah dengan menanam rasa optimis dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..ini mungkin ujian untuk kita, Allah menguji iman kita dengan cara begini..sahabat, jika dengan cara begini pun, iman kita dah goyah, apa lagi ujian-ujian yang lebih besar yang akan kita hadapi pada masa depan. semua perkara dah tertulis sejak azali dan termasuk dalam qada dan qadar Allah SWT, sebagai manusia bukanlah tanggungjawab kita untuk mencari salah orang lain tetapi bagaimana kita mahu improves diri kita sendiri mencapai apa yang kita mahu. 

kepada mereka yang kita rasa kurang ibadahnya kepada Allah tetapi masih boleh bejaya, jangan kita berasa benci pada mereka, tetapi ambil segala perkara baik yang mereka lakukan, contohi mereka dalam aspek cara mereka belajar dan yang seumpama dengannya. ibadah dia adalah antara dia dengan Allah SWT, mungkin dekat dunia dia dihormati tetapi diakhirat? wallahualam..dan sebagai rakan ajaklah sentiasa rakan-rakan kita itu kearah kebaikan, memang bukan mudah tetapi ini tanggungjawab, once kita dah ajak atau tegur, so kita dah lepas seksa..inshaALLAH..

always be optimist to God, InshaALLAH make us feel better

*sedang menggugel nak cari pic yang relevan untuk diselit disini ter'link' pula kepada isu yang lebih kurang sama, dan mungkin lebih mudah difahami silalah kesini


Isnin, Februari 06, 2012

Mereka

Jika diteliti kisah hidup ini
tidak banyak yang mampu membuat aku tersenyum
aku sering berada didalam dunia aku sendiri
mencari-cari dan terus tercari-cari identiti diri.

sehingga saat aku bertemu dengan isi dunia
baru aku sedar akan pentingnya mereka
menerima aku seadanya
dan membuat aku terus terleka dalam hilai tawa

wahai mereka, aku terhutang kasih padamu
aku tumpang ketawa atas perahu senyummu
memecah badai dan ombak rindu
juga menangis tanpa silu dibahumu

mereka, aku tahu, tanpa kehadiranku,
kamu juga tidak kenapa-napa
kerana kelibatku bukanlah menguntungkanmu
cuma penerimaanmu yang terus menghargaiku
buat aku tersedu-sedan mengingatkanmu

sesunguh aku tidak mahu tahu apa akan jadi
kerana kasih dan cintamu tetap tersemat kemas dalam hati
dan juga mungkin kekal dalam sanubari
akan datang pasti kan menerpa,
jika sulit mengenangkan kesayuan
lupakanlah aku terus kelak hatimu bisa tenang

mereka, ketahuilah aku sayang benar padamu
jika aku dahulu pergi menemui janjiku bersama Tuhanku
hanya satu aku pinta
doakan kesejahteraanku usai solatmu
dan maafkan aku atas perilaku celakaku terhadapmu

Ahad, Februari 05, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt, seperti semua sedia maklum hari ini adalah hari kebesaran seluruh umat Islam, Umat akhir zaman, umat Rasulullah SAW. 12 Rabiulawal tarikh keramat, tarikh dimana datang dan perginya Nabi Muhammad SAW. Sebagai umat Baginda, rasa kasih kita terhadap Baginda memang jauh beno dengan rasa kasih dan cinta baginda kepada kita. Kita dicemburui oleh sahabat-sahabat baginda kerana sehingga saat terakhir pun, baginda masih menyebut-nyebut Ummati, Ummati, Ummati..betapa kasihnya baginda Rasulullah SAW terhadap kita.

sumbangan  dari http://www.fizgraphic.com

Jika difikirkan dengan  sedalam-dalamnya, apa benda lagi yang perlu kita buat selain membalas rasa kasih dan cinta itu kembali ke baginda. tiada alasan untuk kita tidak menyemai rasa kasih dan cinta itu terhadap baginda kerana seluruh jasa yang baginda lakukan merubah seluruh perilaku alam dari zaman kegelapan dan jahiliyah itu kepada zaman yang lebih mulia seprti apa yang kita rasa kini.

sesungguhnya saat entri ini ditulis pun, jari aku tak mampu untuk menukilkan betapa besarnya rahmat yang dibawa Rasulullah SAW. Dan alhamdulillah selagi kita masih dipinjamkan nyawa ini semoga kita sama-sama terus menyemai rasa kasih kepada Rasululah dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. malulah kita jika kita sebagai umat pilihan, yang dianggap al-ikhwan oleh Rasulullah sengaja melupakan segala ajaran dan sunnah baginda hanya kerana cabaran globalisasi yang mendesak. Islam is the way of life and always be relevant to be practiced until the world end. wallahualam


Sabtu, Februari 04, 2012

"Jom Pii Karok, Nak Lepas Tensen"



Assalamualaikum wbt,

sape tak pernah pegi karok? sape yang tak pernah pegi, korang memang terpuji. aku? opkos pernah. aku sebenarnya memang suka melalak instead of mengaji. mengaji dan melalak adalah dua perilaku yang berbeza, walaupun masa kecik dulu aku mengaji pun memang boleh jatuh dalam kategori melalak sebab aku memang suka menjerit tak kira la sedang membaca atau mengira, tapi dalam apa yang aku nak bezakan disini ialah melalak adalah karok dan mengaji adalah mengalunkan ayat al-quran dengan merdu.


terus terang aku ada masalah sedikit dengan orang-orang yang suka cakap, "jom pii karok, nak lepas tensen lah"..amboi kemain macam lah lepas kau karok tu boleh lepas tensen kau seumur hidup kan? why not ko pegi mengaji. al-quran itu kan syifa. pengubat segala penyakit. kenapa nak lepas tensen dengan cara melalak kat pusat2 karok seisi keluarga tuh? kau buat aku annoying saja.


kau boleh pegi karok, tapi tolong kalau boleh ko cakap kat aku camnih.."jom pii karok, dah lama tak karok" atau pon "jom pii karok, aku belanja" ataupon "jom pii karok, aku nak pecahkan anak tekak aku lah"

sebab apa tau keseronokan melalak itu berakhir taim kat situ saja, hati kau lapang bila bersama rakan-rakan taim kat situ saja. bila kau balik rumah, kau akan tensen balik mengingatkan segala ketensenan kau sebelum nih.

so watch out with your own words..Allah kan ada.


Kekal Kacak Gaya Rasulullah

“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31)

ayat diatas ringkas dan mudah difahami tetapi sungguh membawa kebaikan jika diamal selalu.


Assalamualaikum wbt,
hari ini mahu berkongsi rahsia ketampanan Rasulullah SAW, sebab kita zaman ni sebok la nak pegi gym ke gymnastik gymrama semua kita nak buat, tapi cara makan kita tak jaga. semuanya bermula dari perut, penyakit datang semua adalah dari perut, ditegaskan lagi sekali ya disini.


tahukah kamu Rasulullah sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang seimbang, sangat seimbang. tidak perlu berpaksikan piramid makanan pun yer. dan yang paling bestnya nabi saw kesayangan kita ni amalkan perkara-perkara mudah jer..takdelah nak kena ambil suplement seperti pil-pil edaran dr.Rozmey bebagai kan?

1. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

2. baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

3. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

4. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

5. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

6. Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

7. Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

8. Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

 

9. Yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”


Jika mahu kekal anggun dan kacak ikutlah diet Rasulullah SAW ini..INI muda-muda dah perut maju kehadapan, paha sebesar balak. adoi-adoi.

Credit: Islam Itu Indah

Jumaat, Februari 03, 2012

Himpunan Hadith Rasululllah SAW

Assalamualaikum..salam keindahan Jumaat buat para tamu sekalian alam..hari ni aku nak berkongsi sedikit tentanh hadis-hadis Rasulullah SAW buat peringatan diri aku sendiri dan rakan-rakan.

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:

"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.


BUMI AKAN MENJADI SAKSI
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.


KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.


CINTAKAN DUNIA
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.


DOA MALAM LAILATUL QADAR
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.


ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut



Rabu, Februari 01, 2012

Dalam Perjalanan Mencari Kesempurnaan

Assalamualaikum wbt,


salam bulan kedua masihi  wahai rakan-rakan pembaca, bulan dua, bulan kasih sayang..kata sesetengah orang..ditambah pula dengan kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya yang mana 12 Rabiulawal jatuh sekali lagi dalam bulan dua. kedatangan Rasulullah di muka dunia membawa sejuta rahmat dan kasih sayang kepada kita yang mana kasih sayang yang dibawa tidak terhad untuk disambut dalam bulan-bulan tertentu tetapi sepanjang tahun Rasulullah SAW telah mengajak kita untuk berkasih sayang, begitu tinggi falsafah baginda dalam mencorakkan kasih sayang dalam pemahaman manusia sejagat.

berbalik kepada penulisan yang sepatutnya, aku ingin memberitahu bahawa,

semangat aku untuk mencari pasangan hidup semakin membuak-buak apabila Ibu, manusia yang terlalu hampir dengan aku dan manusia yang terlalu faham akan aku sememangnya mengerti untung nasib anak dia yang seorang ini, dalam bicara yang tidak formal, ibu selalu menasihati aku agar mencari isteri yang dapat membantu aku melangkah masuk ke syurga. dalam masa yang sama menjadi suami yang dapat membimbing isteri ke arah syurgawi.

siapa yang berkehendakkan neraka jika syurga itu membawa sejuta kali kebahagiaan. tanggungjawab seorang lelaki sememangnya tersangatlah berat, tetapi berat itu bukanlah berat yang tak mampu lelaki kendong mahupun jinjing..Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling bantu membantu kearah kesempurnaan, kerana tidak ada kesempurnaan yang dilakukan bersendirian.

aku beruntung kerana punyai seorang wanita yang sering menasihati aku dalam menentukan untung nasib aku dalam menjalani kehidupan ini. tatkala nafsu aku bergejolak..(bergelojak ke bergejolak ek?apa-apa lah yang penting korang paham)..okay-okay tatkala nafsu aku menginginkan aku menyukai wanita yang ala-ala aku teringat akan pesan ibu, agar mencari yang sebaiknya..bukan yang ala-ala saja..aku juga lelaki biasa yang tidak dapat tidak cair dengan wanita berambut panjang, kulit putih mulus, bibir kemerah-merahan, dan pinggul yang menarik..

aku minta maaf kerana aku terlalu berdosa kerana sering membayangkan itu dan memikirkan ini..sesungguhnya aku bukannya maksum..tetapi aku tahu untuk memiliki dan mencari wanita yang benar-benar menjaga penampilan menurut hukum syarak adalah amat sukar tika ini..aku pernah berhadapan dengan seorang wanita yang berjilbab kemas, cantik dan menarik pandangan, tetapi aku terdengar bicaranya dengan seseorang di telefon, terus terdetik dihati, alangkah sempurnanya jika tutur bicaranya juga menampakkan kesopanan..

Allahuakbar..aku berdosa mungkin kerana terlalu mencari kesempurnaan, tetapi diri sendiri tidak sempurna untuk yang sempurna. manakan hadir keindahan pelangi jika tidak dilihat dari kaca mata hati. pelangi yang indah yang mempunyai tujuh jalur warna itu tidak akan kelihatan indah jika dipandang hanya atas nama pelangi tidak diselit dengan keagungan Pencipta..kerana sempurna sesuatu itu terletak kepada kesempurnaan hati yang memandang.

berbalik kepada rencah hidup masa kini, aku rasakan aku makin jauh dengan Illahi apabila sering terpesona dengan kecantikan wanita yang melepaskan rambutnya bebas beralun mengikut rentak angin yang sepoi-sepoi bahasa. jika dulu aku mudah terpesona dengan wanita bertudung labuh, tetapi tidak kini..aku sedar aku sudah berubah..dalam hati berkata..aku akan dapat mengubah dia menjadi wanita solehah jika aku memilikinya..ternyata itu hanyalah bisikan halus syaitan supaya aku tetap mencari yang melepaskan rambutnya bebas itu..sungguh licik permainan mu iblis..

sebagai seorang yang bakal bergelar suami, aku sangat menginginkan keindahan bunga yang belum dipetik orang, yang segar ditaman larangan, ditonton dan dihidu harumnya dari kejauhan, tidak diusik apa lagi dipetik. ini mungkin satu ujian getir untuk aku, ujian dalam mencari dan juga ujian untuk menjadi kumbang yang terbang dalam redha Illahi..aku sedar setiap langkah aku didunia tidak menggambarkan aku seorang lelaki muslim yang teguh iman dan taqwanya..aku sering hanyut dengan keseronokan dunia..dan jangan mimpi untuk memiliki bunga harum ditaman larangan jika menjadi kumbang yang bebas bersinggahan tanpa arah tujuan.

Ya Allah, aku punya Ibu yang sering menasihati tetapi aku sedar yang menjadi pembimbingku adalah Engkau satu-satunya..aku perlukan Malaikat Mu yang sering membisikkan aku kearah jalan yang benar dan lurus sebagaimana jalan yang Engkau redhai. hanya pada Engkau aku memohon agar aku dapat mencari taman larangan yang memungkinkan aku memetik bunga segar yang masih terpelihara. sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untuk diriku, dan Engkau mengerti apa yang terlintas dalam sanubariku.

wahai hatiku, janganlah engkau terburu mencari yang engkau perlu, sesungguhnya proses mencari kesempurnaan itu sememangnya tiada, kerana sempurna itu tidak akan wujud tanpa kau mengatakan ya, dia sempurna untukku..dan tolonglah wahai nafsuku supaya kau sentiasa beralah dengan imanku yang hanya separuh dari sebutir pepasir di pantai..kerana aku tidak ingin kau menggangu perjalananku dalam mencari seorang isteri yang kekal sempurna dalam hatiku.


dan kepada bakal isteriku, aku tidak mahu kamu menerima aku seadanya, kerana aku mahu kamu puas dengan apa yang kamu miliki dengan membantu aku untuk menjadi suami seperti apa yang kamu mahu...berilah aku kesempatan untuk perbaiki diri dengan bicara tulus mu dan nasihat murni mu..sesungguhnya aku pemimpin kamu dan pemimpin itu tidak selalunya benar.. salam kasih hingga ke syurga buat bakal isteriku...