Rabu, Februari 08, 2012

Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Assalamualaikum wbt, 

dalam kehidupan ini, kita berjumpa dengan bermacam-macam manusia, ada yang jahat, ada yang baik. dan dalam terma jahat dan baik itu tercabangnya lagi bermacam-macam nilai yang kadang kita tak dapat nak olah atau categorized manusia ni duduk dalam cabang mana sebenarnya? 

alhamdulillah sepanjang kehidupan, yang hadir dalam hidup aku, kebanyakannya yang baik-baik. walaupun tak lama dulu pernah jugaklah berhadapan dengan manusia jahat yang sentiasa menyakitkan hati. tapi itu mungkin salah aku jugak sebab aku jahat dengan orang. macam kata-kata hikmah la, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, syurga untuk orang baik, neraka untuk orang jahat.

tapi aku pasti, baik itu tak cukup untuk kita berasa kehidupan ini sesuatu yang mengghairahkan. sebab kita perlu ada seorang yang baik yang dekat dengan kita barulah hidup terasa serinya. kalau setakat baik tapi bila dekat rasa tak selesa, macam kurang gunanya la jadi baik kan? kurang ya bukan tiada.

pernah tak dengar lagu doa perpisahan?, kalau tak pernah meh dengar sama-sama, kalau pernah pun jom dengar lagi sekali.




kadang pernah jugak terfikir, Allah pertemukan kita dengan orang yang kita suka dan rasa selesa untuk apa sebenarnya? pabila akhirnya kita perlu berpisah dengan mereka-mereka itu.

puas aku fikir dan aku rasa jawapannya lain dan tak bukan adalah untuk kita kenali diri sendiri melalui manusia tersebut, manusia yang terkadang menjengkelkan tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam jika mereka tiada. terus terang aku cakap, aku bukanlah manusia yang sesuai dijadikan teman, aku tidak punya apa. aku egois, sombong dan memang selalu buat orang annoyed dengan aku. tapi bila kehadiran seseorang itu menerima tanpa mempersoal, aku rasa terharu. owhh ada jugak lagi manusia yang berhati tulus dalam kancah dunia yang penuh kebusukan kala ini.

benar kata orang, seorang sahabat ni hadirnya menenangkan, tapi bila perginya kita rasa kehilangan dan tertanya-tanya manakah kau, buat apa kau sekarang, lagi-lagi jika perginya tanpa berita.
bila nak dibicara tentang sahabat satu persatu memakan masa yang agak panjang, cuma apa yang dapat aku rumuskan adalah hargailah sahabat anda semahu mungkin, sebab tak semua orang yang mampu menerima diri kita seadanya, jadi sahabat anda yang menerima anda seadanya itu adalah manusia hebat. jadi jangan persiakan mereka.

kepada sahabatku, semoga kau sentiasa berada dalam rahmat Allah, dimana pun dikau, aku tidak pernah runsing kerana aku tahu kau sahabat yang tahu halal-haram dalam menjalani kehidupan. apa yang perlu aku dan kau lakukan adalah sentiasa memperelok tingkah kita dalam bersahabat dan semoga persahabatan ini kekal dalam tali Allah dan redhaNya.

5 ulasan:

  1. relax la der,berpisah bukan stop berkawan.there is no end in friendship.goodbye doesnt mean that forgetting,just temporarily pergi je..kate pun good bye.mesti la pemergian yang baik..hehe mesti tak paham kn..

    BalasPadam
  2. semoga pertemuan persahabatan membawa kebahagiaan dan keredhaan dariNya..

    BalasPadam
  3. @fikhri...alhamdulillah aku faham..

    @ejulz...amin..

    BalasPadam
  4. sahabat yg kita sayang krn-Nya ialah individu yg kita ingat apabila ingin menghampiri-Nya.

    inspired a lot~

    tq.

    BalasPadam
  5. rindu kengkawan ku d shah alam, kenapa kita berpisah?

    hehe drama, sbr je esz. meh karok meh. hehe

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya