Rabu, Februari 01, 2012

Dalam Perjalanan Mencari Kesempurnaan

Assalamualaikum wbt,


salam bulan kedua masihi  wahai rakan-rakan pembaca, bulan dua, bulan kasih sayang..kata sesetengah orang..ditambah pula dengan kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya yang mana 12 Rabiulawal jatuh sekali lagi dalam bulan dua. kedatangan Rasulullah di muka dunia membawa sejuta rahmat dan kasih sayang kepada kita yang mana kasih sayang yang dibawa tidak terhad untuk disambut dalam bulan-bulan tertentu tetapi sepanjang tahun Rasulullah SAW telah mengajak kita untuk berkasih sayang, begitu tinggi falsafah baginda dalam mencorakkan kasih sayang dalam pemahaman manusia sejagat.

berbalik kepada penulisan yang sepatutnya, aku ingin memberitahu bahawa,

semangat aku untuk mencari pasangan hidup semakin membuak-buak apabila Ibu, manusia yang terlalu hampir dengan aku dan manusia yang terlalu faham akan aku sememangnya mengerti untung nasib anak dia yang seorang ini, dalam bicara yang tidak formal, ibu selalu menasihati aku agar mencari isteri yang dapat membantu aku melangkah masuk ke syurga. dalam masa yang sama menjadi suami yang dapat membimbing isteri ke arah syurgawi.

siapa yang berkehendakkan neraka jika syurga itu membawa sejuta kali kebahagiaan. tanggungjawab seorang lelaki sememangnya tersangatlah berat, tetapi berat itu bukanlah berat yang tak mampu lelaki kendong mahupun jinjing..Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling bantu membantu kearah kesempurnaan, kerana tidak ada kesempurnaan yang dilakukan bersendirian.

aku beruntung kerana punyai seorang wanita yang sering menasihati aku dalam menentukan untung nasib aku dalam menjalani kehidupan ini. tatkala nafsu aku bergejolak..(bergelojak ke bergejolak ek?apa-apa lah yang penting korang paham)..okay-okay tatkala nafsu aku menginginkan aku menyukai wanita yang ala-ala aku teringat akan pesan ibu, agar mencari yang sebaiknya..bukan yang ala-ala saja..aku juga lelaki biasa yang tidak dapat tidak cair dengan wanita berambut panjang, kulit putih mulus, bibir kemerah-merahan, dan pinggul yang menarik..

aku minta maaf kerana aku terlalu berdosa kerana sering membayangkan itu dan memikirkan ini..sesungguhnya aku bukannya maksum..tetapi aku tahu untuk memiliki dan mencari wanita yang benar-benar menjaga penampilan menurut hukum syarak adalah amat sukar tika ini..aku pernah berhadapan dengan seorang wanita yang berjilbab kemas, cantik dan menarik pandangan, tetapi aku terdengar bicaranya dengan seseorang di telefon, terus terdetik dihati, alangkah sempurnanya jika tutur bicaranya juga menampakkan kesopanan..

Allahuakbar..aku berdosa mungkin kerana terlalu mencari kesempurnaan, tetapi diri sendiri tidak sempurna untuk yang sempurna. manakan hadir keindahan pelangi jika tidak dilihat dari kaca mata hati. pelangi yang indah yang mempunyai tujuh jalur warna itu tidak akan kelihatan indah jika dipandang hanya atas nama pelangi tidak diselit dengan keagungan Pencipta..kerana sempurna sesuatu itu terletak kepada kesempurnaan hati yang memandang.

berbalik kepada rencah hidup masa kini, aku rasakan aku makin jauh dengan Illahi apabila sering terpesona dengan kecantikan wanita yang melepaskan rambutnya bebas beralun mengikut rentak angin yang sepoi-sepoi bahasa. jika dulu aku mudah terpesona dengan wanita bertudung labuh, tetapi tidak kini..aku sedar aku sudah berubah..dalam hati berkata..aku akan dapat mengubah dia menjadi wanita solehah jika aku memilikinya..ternyata itu hanyalah bisikan halus syaitan supaya aku tetap mencari yang melepaskan rambutnya bebas itu..sungguh licik permainan mu iblis..

sebagai seorang yang bakal bergelar suami, aku sangat menginginkan keindahan bunga yang belum dipetik orang, yang segar ditaman larangan, ditonton dan dihidu harumnya dari kejauhan, tidak diusik apa lagi dipetik. ini mungkin satu ujian getir untuk aku, ujian dalam mencari dan juga ujian untuk menjadi kumbang yang terbang dalam redha Illahi..aku sedar setiap langkah aku didunia tidak menggambarkan aku seorang lelaki muslim yang teguh iman dan taqwanya..aku sering hanyut dengan keseronokan dunia..dan jangan mimpi untuk memiliki bunga harum ditaman larangan jika menjadi kumbang yang bebas bersinggahan tanpa arah tujuan.

Ya Allah, aku punya Ibu yang sering menasihati tetapi aku sedar yang menjadi pembimbingku adalah Engkau satu-satunya..aku perlukan Malaikat Mu yang sering membisikkan aku kearah jalan yang benar dan lurus sebagaimana jalan yang Engkau redhai. hanya pada Engkau aku memohon agar aku dapat mencari taman larangan yang memungkinkan aku memetik bunga segar yang masih terpelihara. sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untuk diriku, dan Engkau mengerti apa yang terlintas dalam sanubariku.

wahai hatiku, janganlah engkau terburu mencari yang engkau perlu, sesungguhnya proses mencari kesempurnaan itu sememangnya tiada, kerana sempurna itu tidak akan wujud tanpa kau mengatakan ya, dia sempurna untukku..dan tolonglah wahai nafsuku supaya kau sentiasa beralah dengan imanku yang hanya separuh dari sebutir pepasir di pantai..kerana aku tidak ingin kau menggangu perjalananku dalam mencari seorang isteri yang kekal sempurna dalam hatiku.


dan kepada bakal isteriku, aku tidak mahu kamu menerima aku seadanya, kerana aku mahu kamu puas dengan apa yang kamu miliki dengan membantu aku untuk menjadi suami seperti apa yang kamu mahu...berilah aku kesempatan untuk perbaiki diri dengan bicara tulus mu dan nasihat murni mu..sesungguhnya aku pemimpin kamu dan pemimpin itu tidak selalunya benar.. salam kasih hingga ke syurga buat bakal isteriku...

7 ulasan:

  1. semoga mendapat seorang yang solehah utk menemani hidup yang masih bersisa......

    agar mendapat perkahwinan yang dirahmati......

    BalasPadam
  2. touching sgt entry nyh..peringatan utk kaum hawa jgk..lelaki akan jadi pembimbing kpd isteri..bkn perosak kpd isteri..nak2 bila dpt isteri yg solehah..jagalah sebaik2nye..moge capai kbahagaiaan dunia dan akhirat..Aminnn...

    BalasPadam
  3. salam ziarah..
    entry yg sgt kemas & menarik..
    benarlah pesan ibumu, kerna isteri penentu masa depan yg akan bertamu..

    nyway usah terpedaya..andai diri sendiri belum menuju sempurna manakan kita mampu untuk membentuk kesempurnaan..
    All Da Best br0! =)

    BalasPadam
  4. haih entri tengah malam lagi.tepat pukul 12 plak tu.

    hmm,ape pun arap ko dpt jodoh dengan orang yang terima ketidaksempurnaan ko sbgai bnda yang paling perfect untuk die, n ko pun camtu.

    ok sila nangis.hehe

    BalasPadam
  5. InsyaAllah akan mendapat apa yang terbaik untuk ko k, Allah telah tetap kan semuanya :)

    BalasPadam
  6. doalah kearah kebaikan agar dapat apa yang hendak dimiliki...insyaAllah....semoga temui wanita yg solehah kelak n didiklah ia semoga menjadi umat islam yg sempurna dari segi duniawi mahupun syurgawi...wallahualam....=)

    BalasPadam
  7. terima kasih semua kerana mendoakan yang terbaik untuk diri ini..seronok dapat rakan-rakan seperti kalian

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya