Khamis, Ogos 30, 2012

Merdeka Malaysia

Assalamualaikum wbt,

seperti biasa setiap tahun 31 Ogos adalah hari yang senantiasa ditunggu-tunggu. yela dapat cuti sehari kann? semangat patriotisme sejak dari dulu dah tertanam dalam diri. semua warga Malaysia sepatutnya ada nilai ini kerana ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan betapa kecintaan kita pada negara. 55 tahun negara menggapai  kejayaan, siapa tidak bangga dengan tanah air ini. tanah bertuah, tanah yang telah memberi seribu satu kenikmatan dalam diri. dh tak payah nak formal sangat macam baca perutusan rasmi dari Najib saja kan.

okaylah sempena merdeka dan hari Malaysia yang akan kita sambut sebentar saja lagi, aku juga ada buat header baru,,hehe..dulu punya header tak santek sangat..yang ini aku rasa dah cukup santek la kan..tu yang aku berani jadikan header



satu saja permintaan aku, supaya kita semua dapat jadikan Malaysia ini sungguh sempurna dari segi kestabilan ekonomi, politik dan memperkasakan nilai-nilai Islam yang sememangnya akan berlaku adil kepada seluruh rakyat Malaysia jika difahami dan diimplementasi menurut kehendak-kehendak syarak yang sebenar..ameen.

China Suka Tersepit

Assalamualaikum wbt,

dah lama sangat aku nak story dan nak meluahkan sesuatu pasal benda ni kat sini. bila tengok kesian, tapi bila keluar berita saja, aku ketawa..ketawa simpati katanya..ada ke ketawa simpati?

kepala besar ngat tu
boleh masuk tak boleh keluar ke dik?
apa salah buat bangunan terus melekat,
tiadalah bebudak suka main di celah-celah  ni
nasiblah kau kepala keluar dulu, ingat acara balapan ke?
itu mesin pengisar daging ayam,lembu juga babi la dek non oi
bukan suh masuk tangan dalam itu
sedap je kalau tengok depan mata kejadian ni,
pengsan seploh kali
taman permainan ada, kat sini jugak kau nak main

seolah-olah setiap hari ada saja kes yang sama berlaku. ni tengahari tadi buletin 130 tersepit kat pintu kereta..adoi sakitnyerr..tapi apa nak buat aku ketawa lagi..ibu pulak tercengang lagi..sebab apa..sebab China..kadang tengok je tajuk berita 'tersepit'..okay dah tahu itu mesti China..hehehe

Rabu, Ogos 29, 2012

Tak Larat

Belum masanya untuk semua ni
sebab dulu macam dah janji
untuk jadi teman setia sampai mati
tapi tidak mengapa aku mengerti
bukan salah kau dalam apa yang terjadi

berjanji untuk itu dan ini memang mudah
melaksanakannya agak susah
belum dicuba pon dah berasa payah
apa lagi mahu terus berbahagia tak sudah-sudah

melihat segalanya terlihat dirimu
apa lagi jika yang berkait rapat dengan sejarah dulu
aku cuba melakukan sesuatu kau juga begitu
tapi memang agak rasa tak sebulu
semua pon nampak macam celaru

mula-mula tak lama dulu kenal macam tak percaya
sebab bukan semua boleh merasa
nikmat berkenalan dengan orang yang rasa sekepala
pagi petang siang malam rasa suka
sebab yang menemani bukanlah sapa-sapa

duduk tepi katil, termenung seketika
hidup macam sunyi jika kau tiada
tapi apa kan daya aku menganggap kau pon serupa
tapi makin lama terlihat keaiban tak semena-mena

aku tahu aku selalu melihatkan diri aku terlalu baik
tapi aku tahu jahanam jugak perangai aku macam taik
kalau tak tiadalah kau cakap pelik-pelik
sampai hati meronta memekik menempik
hanya untuk bagitahu kaulah yang terbaik

bagaimana rasanya kalau dah rancang tapi tak jadi
bukan urusan aku untuk semua ini
Allah temukan kami untuk saling mengenali
kalau tak macam ni sampai bila pon tak kenal hati budi

mengingati, memikirkan kamu setiap saat
otak seakan berselirat
tapi apa nak buat sebab sayang sangat
dari dulu tak pernah penat
sebab hanya kerana satu kalimat

sayang, sayang, sayang
mungkin sayang telah menyihir aku
doa untuk tidak dapat membenci kamu
sebab dari dulu hanya sayang yang aku tahu

kelakar lah berderu-deru ayat yang terhasil
tanpa banyak memikir, semuanya mengalir
tak berniat lagi nak memanjangkan
cukup disini segala pengertian

owh kejap, banyak perancangan kita ukirkan
aku juga ada yang selalu aku cuba nak buat
tapi tak sangka bila semua ini hanya dianggap kenalan
aku hanya perlu jadi kuat
bukan lemah macam pondan tepi jalan
yang hanya menangis meratapi kenyataan

aku hanyalah sejarah
keluargamu, teman-teman mu, kekasihmu, juga kerjayamu adalah masa depan
jika yang ini adalah mungkin yang terakhir untuk aku tulis sesuatu untuk kau faham
aku nak kau tahu aku tetap menyayangi kamu
tak kira dimana bakal kau berada
jagalah dirimu, agamamu, keturunanmu sepenuh rela
tiada apa lagi yang perlu aku kata
sebab aku tak expect untuk kau akan lebih faham
jika aku cakap banyak berkalam-kalam

banyak lagi yang aku nak nukilkan
tapi tak mengapa kau boleh baca puluhan ribu riban yang berkaitan,
hanya kau dan aku tahu dekat mana
tapi mampukah nak scroll yang boleh makan masa seharian
aku? tak laratlah!!


Selasa, Ogos 28, 2012

Ceriterama Raya 1: Tak Matang

Masyarakat: Geng Budak Sekolah
Lokasi: Antara Gapi, Serendah
berbaringan di padang hijau katanya
we are twenty-two who are never achieve twenty
tuan punya beruang sila bau badan saya pabila anda memelok beruang anda yer :p

Ahad, Ogos 26, 2012

Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Assalamualaikum wbt,

baru balik dari melagha nonton midnite movie. habis bulan Ramadan aktiviti menyetan bermula kembali. Seperti seolah terpengaruh dengan keadaan semasa, ada kata best, filem pertama arahan budak bape belas tahun entah aku pon tak amik peduli since dia anak Yusof Haslam adik Shamsul Yusof, so apa nak heran, lain la anak penoreh getah kan, memang tabik spring la kalau cenggitu. sumpah memang sampai start je cerita ni baru aku tahu siapa pelakon dia..owh Shaheizy Sam, Lisa Surihani rupenya watak utama..dua-dua bukanlah feveret actor and actress. Actress paling aku suka haruslah Datuk Siti, okay gurau.

filem arahan Syafiq Yusof ni aku rasa a little bit cliche, a typical malay movie. typical yang aku maksudkan adalah ekspresi cinta melampau, pergaulan tidak sihat lelaki perempuan belum nikah..ermhhh..malas la nak explen apa-apa lagi. itu jela part yang macam argghhh, perlu ke??benda yang paling aku rasa tak perlu ada dalam cerita ni adalah masa Sam dan Lisa di I City, Shah Alam, perlu ke nak lama-lama kat bahagian situ pastu berlatarbelakangkan sebuah lagu, aku rasa hey aku tonton cerekarama tv3 pon macam ni kot.

masa korang menonton cerita ni korang akan macam boleh conclude apa akan jadi, masa sedang main pon boleh macam agak apa yang berlaku selepas ni,  tapi jangan nak perasan sangat. mengikut pengalaman memang apa yang aku ingat macam tu rupanya tak macam tu. so dekat situ dah macam best la..saspen juga. korang penah tengok citer SAW, yess SAM is SAW actually..haha..adala mungkin cedok sikit idea sana sini masa mereka di seksa disebuah kilang di Klang macam tu. cerita ni mendebarkan, layak dipuji sebab walaupun bukan cerita hantu yang menjerit-jerit macam cerita RazakMohaidin tu tapi tetap buat orang terperanjat-terperanjat. 

sinopsisnya adalah Sam adalah manusia kurang siuman yang sering bermain dengan ilusinya sendiri, die yang culik diri dia sendiri, dia yang seksa diri dia sendiri, dia yang seksa Lisa awek dia, dia yang bunuh Haikal yang kononnya adalah penculik dan endingnya...owh so sweet..itula namanya Sehidup Semati. ok itu je kot. dah seminggu tayangan wadahel aku nak cerita kemain kat korang kan yang sememangnya korang dah tonton cerita ni lepas korang solat sunat Aidilfitri hari tu. so overall not bad..sebab walaupun bukan cerita hantu tapi buat orang sentiasa berdebar-debar. from ten i give seven. kbai.

Sabtu, Ogos 25, 2012

Ada Tiada

Assalamualaikum wbt,

termenung. sememangnya terkadang diri berasa tidak ada apa-apa, tidak ada sesiapa, tidak ada apa yang sepatutnya ada. hanya lalui kehidupan seperti biasa, seolah segalanya melengkapi untuk aku merasa ada. air kosong jika diteguk pon masih hilang hausnya, roti kosong jika ditelan pon masih boleh mengenyangkan, apa lagi lagu Kosong, jika didengar pon masih boleh dialunkan bersama. tapi jiwa kosong, hati kosong nak disumbat dengan apa.

sekarang dalam kata lain sedang sebolehnya membuat keputusan untuk kehidupan sendiri, bukan untuk sesiapa. dua dekad umur aku tidak akan mungkin salah untuk aku menentukan jalan hidup aku sendiri. matang tidak lagi, tapi mampu berfikir yang sebaiknya untuk diri sendiri aku rasa sudah memadai.

hari ni aku lihat langit cerah, esok mungkin langit tak secerah ini. jadi apa yang aku cuba sampaikan adalah apa pun jalan yang aku pilih, jika aku tahu apa yang aku lakukan tidaklah merosakkan diri sendiri, Allah sentiasa ada untuk mengiringi perjalanan ini.

Selasa, Ogos 21, 2012

Duit Raya RM100: Sebulan V Sehari

Assalamualaikum wbt,

hamboi kemain rancak pulak aku menghupdate belog musim-musim perayaan cenggini, padahal tahu orang ramai espeseli blogger kurang online dan blogwalking taim-taim camni kan..so peratusan yang datang ke ruangan aku ni pon memang merudum gegilerrr..adakukesah..

ye kisahnye begini, dulu masa umur aku BELUM mencecah belasan tahun, aku ingat juga la paling banyak aku dapat kumpul duit raya sepanjang sambutan Aidilfitri adalah lebih kurang RM100++..yer ingin ditegaskan HANYA RM100++..tak banyak kan? tapi pada masa tu aku rasa macam dah jadi jutawan saja, seronok kemain bila banyak sangat keping-keping warna merah dan hijau, dan menjadi kewajipan warna biru pon turut serta. ekceli warna biru tu la yang banyak dan menebalkan keadaan kan, tu yang rasa macam jutawan

tapi tu dulu, sekarang aku dapat jumlah yang sama pada hari 1st day aidilfitri saja dan tak bercadang untuk menambah atau pun tak terfikir jumlahnya akan bertambah untuk hari-hari berikutnya. yer dalam sehari aku dapat seratos..tapi yang aku pelik, aku cakap dalam hati, lah apa je lah yang dapat aku buat dengan duit ni. siyess dulu aku rasa jutawan tapi sekarang aku tak rasa apa-apa. mungkin dengan barang-barang keperluan dan kehendak sekarang ni mencanak-canak naik harga dia kan, so macam tiada maknanya duit seratos tu. tapi tipulah kalau aku tak bersyukur kan, sekurang-kurangnya dapat aku buat top up bahan api untuk 'baraan' bersama-sama rakan nanti

duit sekarang macam air sungai yang turun dari puncak bukit, asal keluar rumah saja, kelajuan duit itu mengalir keluar sangat dahsyat dan tak terbendung..tak boleh langsung nak menyimpan zaman sekarang ni..hadoi..kepada pakcik makcik semua sepatutnya kalian kena tahu bahawa orang-orang yang macam umur-umur saya ni la yang memerlukan duit raya, bukan kanak-kanak kecil yang tak mengerti hape-hape itteww. kalau tidak masakan Najib mengedarkan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 untuk kami siswa-siswi ini. :D

bubye

Ahad, Ogos 19, 2012

Raya Yang Sungguh Bermakna

Assalamualaikum wbt,

aku tahu ramai yang sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan raya, ataupun sedang nyenyak dibuai mimpi sebab esok pepagi dah kena bersiap pakai baju baru cantik-cantik, yang jejaka terus kacak menggayakan baju melayu, yang si gadis bermekap nipis dan mungkin juga tebal tanda meraikan hari mulia yang juga disunatkan untuk bergembira dan bercantik-cantik.

aku? haha..dah lama aku tinggalkan zaman bersuka-suka aku...raya ke tidak memang tak pernah menjadi satu keperluan pun dalam hidup. terkadang terfikir juga aku bersuka-suka ikut rakan-rakan bershopping bukan sebenarnya untuk bersuka-suka untuk diri sendiri tapi hanya ikut trend..yer trend, sebab orang pegi shopping, aku pon pegi la shopping. tu sebab bila tengah shopping, tetiber je rasa eh malas lah nak cari apa-apa lagi, eh jalan-jalan je lah kat jalan TAR suka-suka jalan tengok orang yang sangat ramai, eh terdengar lagu raya kat jalan masjid india. eh eh eh, terjumpa baju yang cantik-cantik, tapi eh lagi sekali, aku tak rasa apa-apa pun sebenarnya..

ramai yang melihat aku gembira dari luaran, perit dalam hati tak ramai yang dapat baca.bukan mengharap untuk orang lain baca, sebab bukan kehendak aku pun untuk orang lain interframe dalam masalah kesihatan sanubari aku ni, tu sebab dalam ruangan blog aku ni sajalah aku rasa aku dapat melepaskan semua. memang tak pernah puas pon luah kat sini, i need someone to talk to..family? friends? owh..sebenarnya aku taknak pon bercerita apa yang aku rasa atau alami, siapa yang tahu, tahulah..yang tidak tahu tak payah tanya.

dulu bila raya, tuhan saja yang tahu betapa meriahnya rasa hati,..dulu la zaman kanak-kanak, tapi sekarang sampai aku rasa berdosa terhadap Allah swt, dan rasa malu dengan Rasulullah saw, sebab Baginda menyarankan untuk bersuka ria, dan bergembira di hari kemenangan, tapi entah apa kan daya, hati aku sendiri, aku takkan pernah bisa menipu apa yang aku rasa..aku boleh tipu korang semua dengan pretend to be hepy at all time, tapi..owh please i dont want to share anything here, its too private and confidential.

to my future, i beg to you, please be kind to me.. semoga masa depan aku tak sehodoh masa kini aku, aku rindu untuk bersuka ria lagi, aku rindu semua itu..tapi adakah mungkin? yer mungkin setelah aku bina kehidupan aku sendiri pada masa depan, bina keluarga sendiri, jadi bapa yang baik untuk anak-anak, suami yang penyayang pada isteri..oh lengkapnya kehidupan aku.

ya Allah permudahkan itu semua, dan jangan Kau pernah hilangkan rasa syukur aku walaupun perit untuk aku lalui. sesungguhnya aku tahu ramai lagi yang menanggung keperitan lebih dalam daripada yang aku rasa. tapi aku berharap dan aku berdoa untuk Kau titipkan rasa bahagia dalam hati aku pabila ramai yang berbahagia dan bergembira di hari raya ini, aku tahu sukar untuk aku didik jiwa ini, tapi aku sangat berharap untuk itu atau mungkin lagi sekali memerlukan aku untuk buat-buat bahagia. 

arghhh..air apa yang mengalir dipipi ni? sudahlah kau!! hepy-hepy saja yer..selamat hari raya semua :D

Sabtu, Ogos 18, 2012

Tak Payah Ucap Raya lah!!

Assalamulaikum wbt, 

memandangkan semua orang nak bagi ucapan raya, aidilfitri, lebaran sana sini, terasa macam apakah perlu aku juga terlibat untuk semua ini? raya datang minta maaf zahir batin, lepas raya buat dosa lagi, and it will goes like this for the next raya, and next and next and next until we die. cliche..very cliche..

tapi nak buat macam mana, manusia bukan malaikat yang super sempurna tiada dosa..kita cuma manusia biasa yang sering khilaf sana sini, dengan Allah pun hubungan cacat serba serbi, apa lagi hubungan sesama manusia yang sememangnya senang sangat nak terlihat compang-campingnya sana sini.

jadi, untuk kesekian kalinya saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kertelanjuran kata, perbuatan yang terlebih sana sini, perkataan yang keluar andai menyakitkan dan menyinggung perasaan kalian, tidak kira yang sudah lama mengenali diri ini, atau yang baru kenal. 

dan aku pasti aku juga akan tersilap lagi selepas ini dan inshaALLAH jika janji Allah untuk mencabut nyawa aku bukan dalam masa terdekat ini dan aku masih berkesempatan untuk menyambut Ramadan dan Syawal untuk tahun hadapan, aku akan memohon ampun lagi daripada kalian yer. :)


khas untuk sahabat yang selalu disakiti hatinya, saya minta maaf lagi sekali, saya tahu sepanjang perkenalan kita dah berpuluh ribu kali saya minta maaf atas perbuatan buruk saya yang dah berjuta-juta kali keatas kamu. saya tahu bukan mudah untuk mengembalikannya kepada keadaan seperti yang mula-mula dahulu. jadi maafkan saya yer.

Memaafkan tak semudah ABC,
Kalau boleh jagalah semua hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Jangan buat dosa lagi pasni.

Jom Takbir!!

Selasa, Ogos 14, 2012

Ingat Penghuni Dunia ni Perempuan Saja ke?

Assalamualaikum wbt,

aku tahulah fitrah wanita suka bergaya, suka melaram, tapi jangan la bukak kedai kalau barangan dan baju untuk lelaki tidak ada..aku meluat la bila susah sangat nak cari baju raya yang berkenan dihati..bila ada yang berkenan warnanya, tiada pulak saiznyer..bila ada saiznyer, tiada pula warna yang berkenan..

ke aku yang memang taste anak-anak raja giteww, sume tak kena, sume tak santek..aku cuba mengelak dari berbelanja di Kuala Lumpur..malas bersesak-sesak katanyer. atau perlu ke aku ke Kuala Lumpur untuk berhabis-habisan berbelanja.

aku tak tahu jika ada lelaki diluar sana yang banyak songeh sangat macam aku ni..sana sini tak kena, ada je yang tak puas hati. lagipun makin tahun, raya dah macam tak raya, so tak salah rasanya hanya mengenakan baju lama-lama pada tahun ini.

pakai untuk first day raya je pon, tak pon memang untuk solat sunat aidlifitri saja, so tak payah kesah sangat lah ada baju baru ke tidak..

indah pada mata, tidak bererti indah pada hati, indah pada hati sejujurnya bermula dari mata

Selasa, Ogos 07, 2012

Kau Yang Terindah: Nilai Moral Yang Rendah

Assalamualaikum wbt,

kenapa semenjak lapan menjak ni banyak sangat drama Melayu, Filem Melayu yang mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah. aku tak tahu mana silapnya, dari pengarah yang sesedap rasa mengikut hati mengolah cerita kepada penerbit yang sesuka hati bersetuju terbitkan drama atau filem sebegitu? memang sedap..ye sedap..nak dijadikan cerita memang jalan cerita sedap kan? tapi jangan la benda-benda mudah macam tu dipamerkan sewenangnya tanpa ada rasa bersalah. jangan terlalu membaratkan drama dan filem kita. ye memang itu realitinya. siapa yang dapat nafi dengan gejala sosial, clubbing, rogol paksa atau rela, anak luar nikah, anak haram, mak GRO, orang-orang kaya bunuh orang sana sini demi kepentingan peribadi..siapa dapat nafi? memang itu realitinya..tapi aku rasa sangat salah la bila sesedap je nak implementasikannys buat tatapan umum? 

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah
ye disebalik apa yang aku nak cakap ni memang ada la baiknya bila bersetubuh dengan awek sendiri lepas tu awek mengandung dan rela bertanggungjawab semua, ye bersetubuh dengan awek, bukan dengan isteri maknanya anak luar nikah telah dihasilkan dengan jayanya. dan pada sesiapa yang menonton Kau Yang Terindah pasti tahu apa yang aku cakapkan bukan? yes true we can take the positive side, jadi jangan terkejut pulak lepas ni ramai anak muda yang berkelakuan sebegini, ala nanti i dah setubuhi you, i bertanggungjawab la kalau you pregnant..pastu main sentuh-sentuh perut depan public..hey ape ni? dah la buat anak haram lepas tu tak malu, nak show off pada semua yang awek kau mengandung..bangang ke apa?

tu sebab benda-benda mudah macam ni janganla diambil mudah. melalui cerita macam ni seolah-olah pengarah 'menghalalkan' persetubuhan luar nikah, macam perjuangkan sangat kebebasan bersenggama..ha kau..keluar semua ayat-ayat macamni. paling macam nak bagi penampa bila Abang berlaku sumbang depan mata, si Adik boleh tengok saja..rendah betul nilai moralnya.

tapi yela baru masuk episod dua kan so memang agak awal untuk aku judge drama ni..ermhh tapi aku sangat konfius kenapa si bibik pakai uniform Puteri Islam dalam drama ni..tergelak-gelak aku tengok..so pertubuhan Puteri Islam se Malaysia sila tampil untuk menuntut keadilan..hahaha..maklumlah uniform korang dah jadi uniform bibik-bibik sekarang nih.


Ahad, Ogos 05, 2012

Happy Friendship Day

Assalamualaikum wbt,

Siyes tak tahu apa-apa..sampai jadi trending dekat twitter baru tahu..
selamat hari sahabat pada sahabat aku yang jauh dan yang dekat..
nah video spesial dari aku untuk kamu

Sabtu, Ogos 04, 2012

Dia...Sahabat

kau selalu buat aku ketawa
 dan lupa seketika masalah yang melanda,
 ketawa yang entah sebab apa aku pun tak tahu, 
bila pandang wajah kau, aku rasa suka, 
bila nampak kau ada, aku rasa seronok, 
bila kau nak pergi, aku cakap kau berlagak,
 masa tu kita berdua ketawa lagi..haha
sahabat oh sahabat

its has been six years, and we are still the same

Khamis, Ogos 02, 2012

Dejavu Di Kinabalu: Di Sebalik Kisah Sebenar Pendermaan Organ

Assalamualaikum wbt,

hamboi tajuk kemain kan, macam dah tajuk-tajuk berita di tabloid-tabloid tempatan saja bunyinya. aku percaya antara pembaca-pembaca, follower mahupun rakyat Malaysia yang tak pernah jejak blog aku ni pong sememangnya adalah peminat setia Amar mahupong Bazli, siap vote lagi siapa yang mampu memenangi hati Nadira semua..tak gitteww? lagha betol kome ni, apakata la gantikan vote-vote korang tu menderma ke rakyat Palestin ke, kan pahala pon dapat, nak-nak di bulan mulia ni kan..hrmm takpayah tanya la berapa lipat kali ganda pahala yang korang akan dapat..

okay aku bukan nak story sangat atau nak buat kesimpulan sendiri mahupon meneka apa yang terjadi untuk episod akhir hari ni..benda ni kebetulan, kebetulan sebab mungkin ini adalah masa terbaik untuk aku publish entri yang dah lama terkepam ni.

okay korang tahu kan. drama ni berkisar tentang pendermaan jantung? jadi aku nak sarankan korang semua bertindak bijak dengan tidak terlalu memikirkan cerita ini. maksudnye jangan percaya lah, bila kita transfer jantung orang ni tetiba dapat rasa cinta kat orang lain, semua-semua..merepek sangat..


jadi apa sebenarnya tujuan aku? tujuan aku adalah untuk mengajak anda-anda semua supaya berikrar untuk menderma organ? menderma organ bukanlah sesuatu yang boleh dibincangkan sesuka hati, kena ada bicara ilmiah untuk menarik golongan-golongan seperti anda untuk berikrar mendermakan organ..

di negara kita, undang-undang tidak melarang untuk kita mendermakan organ, jika kita bersetuju dan sudah menandatangani memorandum pesetujuan dan persefahaman, maka kita layak untuk menderma organ setelah kita MATI OTAK yang tak tahu bila kan? macam ada juga negara yang sejak lahir-lahir saja mereka telah berikrar untuk menjadi penderma organ. maksudnya disini jika sebelum mereka mati mereka tidak menarik balik persetujuan maka mereka dianggap bersetuju untuk menderma organ. kerana semasa mereka lahir dengan secara automatis mereka adalah warganegara yang bersetuju untuk menjadi penderma organ.

menurut islam juga, menderma organ adalah sangat digalakkan, tidak wajib tapi digalakkan ini bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang kesusahan untuk mendapatkan organ. untuk lebih lanjut KLIK SINI

borang ikrar dan anda akan dapat kad hijau setelah mendaftar,
kad tersebut hendaklah dibawa kemana-mana sahaja anda berada

terdapat juga beberapa MITOS dan CERITA DONGENG RAKYAT mengenai pendermaan organ ini, ada yang kata selepas kita dibangkitkan kelak di padang mahsyar tubuh tak sempurna, jadi cacat la watsoever..kalau difikir dengan logik akal yang bangkit itu nanti bukanlah jasad kita yang sebenar, yela mana kan tidak jasad kita pon dah hancur dimamah ulat dan cacing masa dalam kubo kan? so segala kejadian ini adalah dengan kehendak Allah, kalau nak cuba cari alasan memang banyak benda kita boleh jadikan alasan.

ermhh aku pon dah banyak bagi link-link ni, supaya korang semua lebih faham, sebab nak tulis pepanjang pon agakla kan, banyak benda nak cerita tapi takut aku cerita banyak yang salah jadi lebih baik korang baca sendiri yer..korang boleh pergi website PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL untuk keterangan dan info lebih mendalam.
tak heranlah mengapa Erma terdetik nak buat cerita Dejavu Di Kinabalu. beliau juga antara pengikrar
jadi jom bersama-sama kami merealisasikan hasrat kehidupan yang lebih sempurna. tapi mesti diingat sebelum anda bersetuju untuk mendaftar sebagai penderma organ, tanya dahulu pendapat dan persetujuan ahli keluarga yer..jangan jadi macam aku, mereka menerima keputusan aku tapi agak keberatan, tapi dengan keterangan demi keterangan, alhamdulillah mereka faham ini adalah satu cara tanggungjawab sosial yang terakhir aku boleh beri kepada manusia lain. pesan sorang kawan aku: "lepas ni kau kena jaga semua organ-organ kau baik-baik"..baik boss..inshaAllah..

sumber gambar-gambar adalah dari FACEBOOK..klik Like tanda sokongan anda

jap-jap nak jugak buat ramalan untuk Dejavu Di Kinabalu ni: aku teka Nadira mati dan kedua-dua Bazli dan Ammar tidak dapat mengahwini Nadira..habis cerita..kepada semua penerima organ jangan jadi macam Nadira yer yang tak bersyukur tu, seksa-seksa diri taknak makan ubat segala...untungla kau dapat Jantung, orang lain ramai lagi yang nak kot..huh!!

Rabu, Ogos 01, 2012

Ogos: Aku Pong Nak Jugak

Assalamualaikum wbt,

kemain ramai blogger yang dah menghias blog masing-masing kann..so aku pon tak nak terlepas..hiasan aku tiadalah cantik mana, cuma tacap siket kat header jer...

bulan Ogos dah menjelma, ingat Ogos ingat Merdeka, Merdeka, Merdeka..ya aku tahu sejak dua menjak ni aku juga rasa semangat patriotisme aku untuk sambut bulan merdeka ni agak luntur..ini aku..ye aku..aku yang memang dari kecik dulu kalau nak bercerita pasal merdeka memang boleh sampai nangis-nangis..pon tahun ni aku rasa kurang semangat nak sambut, apa lagi kome yang memang dari dulu tak amek pot pong bulan-bulan pasang Jalur Gemilang sume nih, lagi la tak kan..haha..amboi cakap macam nak cari gaduh..

elek der. elek der, gua bukan apa, gua bosan la orang yang dok kondem dengan logo merdeka, kondem-kondem macam la teror sangat reka logo kan..kalau hang tera, hang pegi anta resume kat kementerian penerangan kot-kot boleh apply jadi designer logo-logo kerajaan, malah mungkin juga dapat menjadi penulis lirik lagu Janji Ditepati yang lebih indah lirik dan lagunya dari penulis asal lagu tersebut..untung-untung tercalon masuk Juara Lagu..tak gittewww? ini kondem-kondem macam tera tapi habok pon tarak

sempena bulan mulia dan bulan merdeka ni sama-sama lah kita memenifestasikan kemerdekaan dengan menunjukkan sedikit rasa cinta kita pada Malaysia, kalau dah tak mampu sangat nak sangkut bendera kat depan umah, tu ha, doakan sikit kontinjen-kontinjen negara yang berhempas pulas kat London tu, supaya dapatla rasa pingat Emas pertama kan..kalau kali ni tak dapat Emas jugak, kempunan emas lagi la kita. berhabis RTM buat sorakan Emas Satu Malaysia bagai..kau nampak tak? sana sinun 1Malaysia..aku rasa selain gua, hang pong mesti dah nak muntah kan..Janji Ditepati, 1Malaysia..jelak telinga aku wei

tapi tak pa..bukan bermakna aku tak sayang Malaysia..Aku Sayang Malaysia. Selamat mengibarkan Jalur Gemilang (walaupun hanya kat blog!!)