Assalamualaikum wbt,
hamboi tajuk kemain kan, macam dah tajuk-tajuk berita di tabloid-tabloid tempatan saja bunyinya. aku percaya antara pembaca-pembaca, follower mahupun rakyat Malaysia yang tak pernah jejak blog aku ni pong sememangnya adalah peminat setia Amar mahupong Bazli, siap vote lagi siapa yang mampu memenangi hati Nadira semua..tak gitteww? lagha betol kome ni, apakata la gantikan vote-vote korang tu menderma ke rakyat Palestin ke, kan pahala pon dapat, nak-nak di bulan mulia ni kan..hrmm takpayah tanya la berapa lipat kali ganda pahala yang korang akan dapat..
okay aku bukan nak story sangat atau nak buat kesimpulan sendiri mahupon meneka apa yang terjadi untuk episod akhir hari ni..benda ni kebetulan, kebetulan sebab mungkin ini adalah masa terbaik untuk aku publish entri yang dah lama terkepam ni.
okay korang tahu kan. drama ni berkisar tentang pendermaan jantung? jadi aku nak sarankan korang semua bertindak bijak dengan tidak terlalu memikirkan cerita ini. maksudnye jangan percaya lah, bila kita transfer jantung orang ni tetiba dapat rasa cinta kat orang lain, semua-semua..merepek sangat..
jadi apa sebenarnya tujuan aku? tujuan aku adalah untuk mengajak anda-anda semua supaya berikrar untuk menderma organ? menderma organ bukanlah sesuatu yang boleh dibincangkan sesuka hati, kena ada bicara ilmiah untuk menarik golongan-golongan seperti anda untuk berikrar mendermakan organ..
di negara kita, undang-undang tidak melarang untuk kita mendermakan organ, jika kita bersetuju dan sudah menandatangani memorandum pesetujuan dan persefahaman, maka kita layak untuk menderma organ setelah kita MATI OTAK yang tak tahu bila kan? macam ada juga negara yang sejak lahir-lahir saja mereka telah berikrar untuk menjadi penderma organ. maksudnya disini jika sebelum mereka mati mereka tidak menarik balik persetujuan maka mereka dianggap bersetuju untuk menderma organ. kerana semasa mereka lahir dengan secara automatis mereka adalah warganegara yang bersetuju untuk menjadi penderma organ.
menurut islam juga, menderma organ adalah sangat digalakkan, tidak wajib tapi digalakkan ini bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang kesusahan untuk mendapatkan organ. untuk lebih lanjut KLIK SINI
borang ikrar dan anda akan dapat kad hijau setelah mendaftar, kad tersebut hendaklah dibawa kemana-mana sahaja anda berada |
terdapat juga beberapa MITOS dan CERITA DONGENG RAKYAT mengenai pendermaan organ ini, ada yang kata selepas kita dibangkitkan kelak di padang mahsyar tubuh tak sempurna, jadi cacat la watsoever..kalau difikir dengan logik akal yang bangkit itu nanti bukanlah jasad kita yang sebenar, yela mana kan tidak jasad kita pon dah hancur dimamah ulat dan cacing masa dalam kubo kan? so segala kejadian ini adalah dengan kehendak Allah, kalau nak cuba cari alasan memang banyak benda kita boleh jadikan alasan.
ermhh aku pon dah banyak bagi link-link ni, supaya korang semua lebih faham, sebab nak tulis pepanjang pon agakla kan, banyak benda nak cerita tapi takut aku cerita banyak yang salah jadi lebih baik korang baca sendiri yer..korang boleh pergi website PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL untuk keterangan dan info lebih mendalam.
tak heranlah mengapa Erma terdetik nak buat cerita Dejavu Di Kinabalu. beliau juga antara pengikrar |
jadi jom bersama-sama kami merealisasikan hasrat kehidupan yang lebih sempurna. tapi mesti diingat sebelum anda bersetuju untuk mendaftar sebagai penderma organ, tanya dahulu pendapat dan persetujuan ahli keluarga yer..jangan jadi macam aku, mereka menerima keputusan aku tapi agak keberatan, tapi dengan keterangan demi keterangan, alhamdulillah mereka faham ini adalah satu cara tanggungjawab sosial yang terakhir aku boleh beri kepada manusia lain. pesan sorang kawan aku: "lepas ni kau kena jaga semua organ-organ kau baik-baik"..baik boss..inshaAllah..
sumber gambar-gambar adalah dari FACEBOOK..klik Like tanda sokongan anda
jap-jap nak jugak buat ramalan untuk Dejavu Di Kinabalu ni: aku teka Nadira mati dan kedua-dua Bazli dan Ammar tidak dapat mengahwini Nadira..habis cerita..kepada semua penerima organ jangan jadi macam Nadira yer yang tak bersyukur tu, seksa-seksa diri taknak makan ubat segala...untungla kau dapat Jantung, orang lain ramai lagi yang nak kot..huh!!
tu la,kadang rasa nak derma jugak organ.alang-alang tak merokok ni,mesti ramai rebut nak paru-paru n jantung aku kn.otak ke.tapi ginjal xpayah la.just aku pon ade rase yang curious.adekah mayat aku hodoh kalo aku derma mata?rompong.msti family sedih nmpk cmtu kn.tapi nak sbenarnya.
BalasPadamcik x penah tngok citer dejavu..huhu
BalasPadamnnti cik pon nak daftar gak la..nk derma..mane tau ade org perlu..kan3?hehe
sorry ek,lmbat singgah sini..busy nak exam ^^
Derma organ.. ada jugak terfikir sebelum ni mcm tu... tapi apa pun perlu fikir masak2... dari segala sudut... =)
BalasPadamBenda tak kena kt kita, kita tak tahu... kalau dah kene baru lah kita terasa kenapa la tak ada aorng nak bntu ringankan penderitaan kita.
happy blogging! ^___^
aku rasa macam nak buat derma organ ni. buat saham kat akhirat nanti. tapi tak taulah family macam mana reaksi diorang.huhu
BalasPadamOpsss say peminat bazli...Ammar org lama, mmg xminat sgt dia...huhu
BalasPadam