Selasa, Disember 21, 2010

PENDIRIAN!!!! Matlamat Tak Menghalalkan Cara

tiba2 rasa mcm nak meluahkan isi hati yg dh lama terpendam ni...sejak hari pertama aku melangkahkan kaki sebagai pelajar diploma seni kulinari, perkara pertama yg terlintas adalah makanan...ya benar...makanan..makanan yg halal!!! adakah aku akan terlibat dengan benda2 yg haram atau syubhah selama aku berada dlm industri ini... ya memang tidak dapat disangkal lg, memang aku berhadapan dgn masalah terbesar bagi aku sepanjang hidup aku apabila terlibat secara sengaja+terpaksa dgn industri ni..

aku x kesah apa yg orang akan kata..tp aku memg berpendirian bahawa sebagai seorang muslim yg sudah mengerti apa itu hukum halal dan haram...aku berhak untuk mengatakan ini...sangat berhak!!!

sangat #$&%* la seseorang manusia (muslim) yg hanya mengikut rentak alunan syaitan jika sudah mengerti bahawa rentak itu akan membinasakan..

"ko ckp senang la...kita dh ada dlm industri ni, memg x boleh nk elak bnda2 cmni...''
(what kind of 'clever' statement is this??...)

dats why islam berkata matlamat tidak menghalalkan cara!!
kita diberi akal untuk berfikir, diberi hati untuk beriman..dats why kena tepuk dada tanya iman..jgn tanya selera...ikut selera, memg jahanam la dunia ni...

sepatutnye sebagai seorang yg trlibat dlm industri makanan ni, kita kena ubah...ya ubah cara kita menghasilkn makanan...cari bahan pengganti lain yg selamat untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat..bukan ikut segala telunjuk yahudi dan nasrani..kadang2 dorang x tunjuk pun...kita yg sebok mengikut cara dorg...

PENDIRIAN sangat penting dlm hal2 mcm ni...

Aku bukan nk jadi ustaz kt sini..ilmu pun seperti sebutir pasir di pantai Chenang je...tp mana yg boleh kita fikir, kita fikir...jgn dok membutakan mata, menulikan telinga jer..jadi muslim sejati...kalau dh x boleh nk elak sgt...x yahla dok rasa makanan yg terkandung bahan haram tu...sedangkan dok bikin pun berdosa apa lg dok rasa...

ermmhhh...fikir2 kan la ye...

kubur memang lain2, tp bahananye tetap akan terasa kalau x ingat mengingati...
wallahualam...

Rabu, Disember 15, 2010

the life is under programme

ermhhh......jap2..
assalamualaikum...
bosan, letih, ha??? inikah kehidupan aku pada masa akan datang???

ni antara persoalan yang sering aku dan sahabat aku rungkaikan sebelum pergi kerja...yela mana taknye aku dah rasa diri aku macam machine yg beroperasi mengikut waktu2 tertentu...yg hanya akan berubah bila di'setting' balik apa yg perlu dilakukan oleh machine tersebut... kira macam unlimited function punya machine la...



bukan apa kadang terfikir jugak di benak fikiran aku ni..inikah kehidupan aku bila dialam kerja yg sebenar nanti.. hari2 buat benda yg sama

contohnyer...

6.30am - bangun subuh
6.45am - tido kembali (jangan tiru aksi x senonoh ini k!!)
12.30pm - terjaga dari lamunan sambil mengelap 'ngences' pakai selimut, mandi2, solat2, siap2 nk g kerja
3.00pm - masuk kerja
11.00pm - keluar kerja
12.30am - tido


inilah die ha rutin harian aku...no life org kata...yela ape nk life nye kalau asek nk pikir bantal je kn?? tula ibu aku dah naik berbuih mulut (x pernah nampak pulak mulut beliau berbuih sebenarnyer) nasihat jgn tido balik kalau lps subuh...rexeki jd mahal....ishh!!! susah la...nafsu kuat sgt!! bak kata bidalan "ikut hati mati"," ikut rasa binasa", "ikut nafsu lesu"....memang benar la kata2 pujangga yg ntah sapa si pujangganye aku pun x tahu...
mana taknye memang kalau tido byk badan jd lesu per...pe cer??? dah tahu tapi still buat...

so nak x nak kita sendiri yg perlu mengubah perjalanan hidup kita, suka x suka, kehidupan mcm ni yg perlu dilalui...sebab dunia sekarang sume telah terprogram...di program oleh siapa?? anda perlu mencari jawapannyer...


btw, aku nak story lg yg tmpat kerja aku sebenarnyer best, tp agak bosan kalau xde customer!!!


Selasa, Disember 14, 2010

Kami.Mahsuri.Langkawi

Salam bicara.. lama juga tidak mengarang disini. sibuk menumpukan pada latihan industri katanya.. yang aku motif berbicara kayak generasi melayu lama ini apa dh buang tabiat ke..hahaha...aku ni bukan apa cuma teruja berada di Langkawi, ye Langkawi tanah Lagenda Mahsuri berdarah putih tu...x tau?? nk kene penyepak dgn aku ke kalau x tau...yela sebelum ni terdengar cerita ada remaja kita yg x kenal sape Mahsuri tu bila mereka menonton Magika yg memenangi anugerah di FFM baru2 ni...ape daa buta sejarah betol!!


okay berbalik pada motif cerita asal..


sebenarnya aku x pernah pun kesini sebelum ni, ini adalah kali pertama aku ke sini dan x mungkin pulang2 lg ke tanah besar semenanjung Malaysia inshaALLAH sampai awal bulan April 2011.. sedar atau x, celik ke pejam, makan ke minum, jalan ke duduk sudah dua minggu aku disini...ya untuk apa lagi kalau bukan 'training'... i hv my industrial training at The Westin Langkawi Resort and Spa for 18 weeks inshaALLAH..  huh!!! lagi 16 minggu pulak...


PENAT.....


ermhhh demi kesejahteraan hidup, follow je la apa yg dh ditetapkan untuk aku sepanjang diploma aku ni.. tapi berita gembiranya adalah, sampai sekarang aku tak pernah lagi rasa nak melawan ke menjeling ke mengata ke staff2 kt tempat aku training ni...errmmhh...mereka sangat baik dan mesra trainee pulak...x terasa asing bila bersama mereka... INILAH ENVIRONMENT KERJA YANG AKU INGINKAN... penat kerja pun rasa berbaloi.. 


ha inilah dia sedikit sebanyak sinopsis kehidupan aku kat sini...aku nak la jugak cerita yang dlm masa 2 minggu yg memberi aku cuti 2 kali ini sahaja aku sudah menjelajah boleh dikatakan keseluruhan selatan Langkawi ni...hahaha...dengan kenderaan segalanyanya mungkin...kenderaan bernombor plat KV @#$% telah menjadi tunggangan aku, ikmal, ekin dan husna untuk menjelajah keserata pelusuk pulau lagenda ni...tapi x mampu la kan dlm sehari nak terjah semua tempat, apa yg mampu kami ke makam Mahsuri, Galeria Perdana dan Pantai Chenang sehingga ke Awana Porto Malai Langkawi...alah tempat Star Cruise berlabuh tu...


ni ada la die sikit2 detik2 gembira kitorang yg sempat kami klik pakai 'DSLR'ekin dan saya...hahaha..mampu pulak ada DSLR...



antique pedati lembu @ Galeria Perdana

Awana Porto Malai


kesopanan Mahsuri terserlah pada si penggoreng penegham


bersiram di telaga Mahsuri...amek seri gamaknyer..


special pose for Galeria Perdana
 setakat ni dahulu kesempatan yg ada...lain hari kalau sempat, nk update lagi...

Rabu, November 17, 2010

The Qurban Celebration

assalamualaikum..
Hepy eidul adha to everyone,my family member, neighbours, friends n people who r know me..today is hari raya korban. Hari dimana nabi kita Ibrahim a.s dperintah oleh Allah swt supaya mengorbankn anakanda bginda nabi Ismail a.s..berkat kepatuhan bginda Ibrahim a.s trhadap suruhan Allah swt,tuhan pencipta alam seluruhnya,maka dgn seluruh kekuasaanNya telah bertukar Ismail a.s menjadi seekor kibas.. Bertitik tolak dr kjadian yg mmbwa 1001 pngertian itu,maka hari ini kita umat Islam trus meraikan hari trsbut,hari dmana Allah swt brjanji pd hambanya bhw akn dtunggang haiwan sembelihan pd hari akhirat mmbwa hmbanye yg melakukn korban memasuki Syurga Allah swt. Sungguh besar nikmat Allah...
Ini adalah skdar mukadimah untk hari kebesaran umat islam ini..pengisian penulisan akan dtruskan kelak.. Salam Aidiladha!!

Okay sekarang aku nak sambung balik ape yg terjadi pada hari ini. ermmhhh...seperti biasalah sebagai lelaki kena la pergi solat sunat aidiladha. solat sunat kali ini aku laksanakan di surau kat kawasan kejiranan aku ni...
after perform the solah, the we are as family go to put the all nasi impit, rendang and laksa into our stomoch through the mouth...haa... memang sedaap juadah di pagi raya kalau ibu yang masak...
lepas makan punye makan punye makan...kitorang menziarahi arwah adik Nur Iman di tanah perkuburan Islam kampung Gumut, Kalumpang.


selepas selesai menziarahi makam adik...kitorang meneruskan  misi dengan ibu ingin mencari yis basah untuk buat apam lokasi nye adalah Yat Yat Mini Market, Kg. Sejantung, Kalumpang alasannya kerana dekat serendah xde dijual yis basah yang memuaskan hatinya... lepas tu aku dengan adik siap mengenang memori lama apabila terjumpa aiskrim potong cendol, kacang merah dan jagung.. apa taknyer dah hampir 5 tahun tinggal kat serendah x pernah di jumpa aiskrim yg sedmikian rupa...maaf kalau kami terlepas pandang...siap daripada itu, kami meneruskan perjalanan ke pekan kg. baru Kalumpang aka Senchun (ntah betul ke idak aku eja ni). misinya adalah ingin mencari biskut untuk minum petang. ini bukan sebarang biskut tau..biskut yg kami cari biskut yg memang dh bersesuaian dgn tekak kami sekeluarga sebab biskut sedimikian memang ada dijual di sana tidak di Serendah...ape la nasib Serendah ni...hehehee..bukan apa almaklumlah tinggal kat Kalumpang sejak lahir, so segala macam benda memg dah sebati dgn kitorang...x boleh nak salahkan kitorg kn?? selesai membeli belah, kami terus pulang. adala juga suara2 sumbang ajak pergi Tanjung Malim. tp x pergi sebab bukan hari Sabtu. kalau hari sabtu ada pasar lambak, so memang ada alasan pergi sana, ni xde benda, motif apa nk menjengah ke sana kn...

deretan kedai runcit pekan senchun
 begitulah hari raya aidiladha kami sekeluarga....ermhh xde yg spesial dan eksklusif cuma dapat mengenang memori silam gara2 singgah kat tempat lama...alangkah seronok jika aku terus berada di sana. tapi xkn nk terus-terusan kt tempat yg sama kan? mesti kena ada perubahan.. hidup ini memang perlu kan perubahan. jika tidak berubah alamat kita ketinggalan...
wat eva it is..i wanna make an appology to all people during this celebration. semoga kita mndapat barakah dari setiapa amalan yg kita kerjakan. salam aidil adha, salam pengorbanan, salam 1 Malaysia (nak jugak...)

Ahad, November 14, 2010

Penyata Pengeluaran Peribadi

sekarang ni aku nk berkongsi sedikit tentang perbelanjaan yg telah aku keluarkan untuk semester 5 ini.. percaya atau tidak dengan terkemukanya penyata pengeluaran yg aku 'list'kn setiap kali aku mengeluarkan duit dr pihak yang bertanggungjawab menyimpan duit aku. mesti akan ada yang kata macam2 sama ada aku sangat berjimat, sangat boros, nk simpan duit watpe bukan boleh bawak masuk kubo atau ape2 pon pndgn yg akan terhasil. aku still nk ckp yg aku sendiri trkejut dgn ape yang dh aku kluarkan untuk sepnjang semester 5 yang hanya berdurasi selama 4 bulan 15 hari ini sahaja. sesunggunhya ini adalah telah melampaui norma-norma kehidupan seseorang yg bernama Shafiq Zunnur...

Aliran Wang Keluar sesi Julai - November 2010

Apa pun aku tetap menganggap ini adalah musim terboros yg pernah aku lalui. tapi xpe bukan aku boros untuk perkara yg bukan2..cuma komitmen sebagai mahasiswa itu yg menyebabkan ia terjadi sedemikian..

Aku Sedia Pulang

balik kampong hohohoh..
balik kampong...

itulah bait2 lirik lagu malar segar Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yg mungkin paling sesuai untuk dinyanyikan saat ini...bukan apa selain ingin pulang berhari raya Korban, aku juga secara rasminya telah tamat semester 5 untuk program masak memasak yg aku jalani di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang ini. Percaya atau tidak hari ini adalah mungkin tiga atau empat hari terakhir untuk aku mnjejakkan kaki di kampus kecil yg padat dengan projek2 MEGA ni... kerana untuk semester 6, aku akn menjalani latihan industri untuk kali keduanya...dan akan kembali menjejakkn kaki di kampus ini pada tahun hadapan inshaALLAH hujung April 2011 untuk menghantar laporan industri dan menghadapi peperiksaan akhir...peperiksaan la sangat...

Barang dah 'packing'

Tiada Lagi Pemandangan Kebergantungan ini

memori belajar
-this is d way we study, lack of facility...hanya di lantai bertemankan bantal peluk dan secawan nescafe-

Perjuangan Yang Hampir Pasti

Hari ini 14 November 2010 adalah hari terkakhir untuk kami menjalani peperiksaan akhir bagi sesi julai-november 2010 yakni juga hari terakhir kami bergelar mahasiswa dalam erti kata yg sebenarnyer sebab lepas ni aku dan rakan2 akan bekerja untuk industri...PRAKTIKAL...sedar atau pun tak perjuangan untuk menghabiskan diploma sekali gus menggenggam sijil tersebut kini hampir pasti...boleh kata sekarang ni hanya selangkah untuk kami semua menghabiskan diploma seni kulinari kami...huhuhu...memang penat bila difikirkan dgn ape yg aku dan rakan2 aku alami dan jalani sepanjang berkampungnye kami di bumi Allah tadbiran Guan Eng ini.. kalau nk dicerita satu satu rasanyer x terdaya...almaklumlah setiap sem ada saja cerita baru dan pengalaman baru yg singgah menerpa jiwa dan hati aku..

Semester 5 ini juga aku berkesempatan mengambil test yg mungkin menjadi idaman setiap warga diploma..apa tidaknya, test ini la yg akan menentukan kedudukan orang-orang ini sama ada berkesempatan menjengah masuk jendela ijazah atau pun tidak..lain dan x bukan..Malaysian University English Test (MUET) peristiwa ini berlaku semalam yakni 13 November 2010.. Semoga mndapat keputusan yg memuaskan...

Reading Test Paper


Masyarakat Mahasiswa berpusu2 keluar Dewan Besar UiTMPP