Rabu, Mei 30, 2012

Kicau Burung Itu



Dingin

rasa indah pagi ini
tengahari masih terasa seperti pagi
selesa terasamemang rindu suasana sebegini
bukan lama tak terasa cuma rindu bila mendalami
kerana bukan mudah mahu terasa sebegini hari-hari

hidup dikesesakan manusia dan enjin-enjin janaan
memang menghilangkan seri sari rasa kehidupan

alhamdulillah kesempatan berada di luar kesesakan
mengembalikan ketenangan

aku terdengar kicau burung
comel bunyinya menghilangkan murung
kicauan yang bersambung-sambung
mendamaikan hati yang seolah terkurung

Ya Allah
Kau teruskanlah keindahan ini
keindahan yang diragut hari demi hari
oleh tangan-tangan manusiawi
yang tak pernah reti menginsafi

Ya Allah
Kau kurniakan keindahan rasa hati
pada seluruh ahli keluargaku
pada sahabat-sahabatku
pada rakan-rakanku
pada jiran-jiranku
pada seluruh 
hambaMu

Isnin, Mei 21, 2012

Kelebihan dan Fadhilat Bulan Rejab



Sabda Nabi s.a.w.:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
doa di bulan Rejab

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Wallahu A’lam…

Bukan Baju Kurung Sepatutnya Longgar ke?



Assalamualaikum wbt,

kan santek baju kurung longgar camnih!!

pernah tak cik adik, wanita melayu si cantik manis, intan payung semua mendalami sedalam-dalamnya perihal BAJU KURUNG? ke dari kecik dulu mak suruh pakai baju kurung taim nak raya pastu pegi sekolah pun kena pakai baju kurung kan? so pakai sekadar pakai atau melihat sisi baju kurung itu sebagai busana terindah warisan kita?


terus terang, aku gemar memerhati, eh bukan.. actually gemar melihat wanita mengenakan baju kurung..tak tahu kenapa..suka ngat aihh, lagi-lagi trend sekarang yang kembali dengan baju kurung yang 100% cotton tu..suka giler..sebab nampak sangat klasik, lepas tu dikenakan dengan tudung bawal plain..owh menariknyer...kemelayuan sangat kann??

okay enough!! tapi aku jadi menyampah bila ada orang Melayu sendiri menghina busana indah ini. ye menghina..sangat menghina.. aku benci dengan manusia yang memperlekeh asal-usul tradisi..baju kurung itu tradisi, supposed patern dia dari dulu sampai sekarang adalah sama..sebab, sebab apa kau tahu?

sebab baju kurung tu memang pakaian muslimah. melayu itu islam..menurut perlembagaan persekutuan..melayu itu islam okay!! JELAS??

SO APA YANG AKU NAK CAKAP SEBENARNYER?
take a look at this!!


aku tak pernah kesah kalau kau nak letak blink-blink, labuca-labuci, manik-manikam sume sampai dari 50km pon orang boleh nampak baju kau bercahaya-cahaya bila dipanah mentari, tapi harus ke kau nak cakap..yes aku pakai baju kurung, tapi lihatlah dadaku terbojol-bojol, pinggangku yang ramping semua-semua..kfain aku bukan anti fashion baru, moden, semua..tapi aku cabar keimanan korang kalau nak sangat pakai baju macam diatas, sila kenakan tudung labuh yang macam graduan dari Al-Azhar pakai tu yang sampai menutup bontot tu..mampu?? haruslah tak kan..sebab kau buat potongan baju macam ni memang kau nak tayang bahagian atas tu, apa celop nak pakai tudung labuh sume-sume, hapuslah reputasi kalau camtu.

so kalau nak pakai baju kurung, cari baju kurung yang betul-betul mengurung diri kau, mengurung aurat kau..jangan jadi orang yang hupdate pasal pesen tapi terbojol sana terbojol sini..eeuuuwww..geliiii

#ada jugak wanita yang aku nampak pakai baju kurung yang takde shape pun tapi pakai baju kurung adik yang 8 tahun tu, sama je lah kalau camtu..terbojol sana sini jugak..fikirlah sendiri dah besar kan?


Ahad, Mei 20, 2012

Macamlah Masalah Kau tu Membawa Maut




Assalamualikum wbt,

kajian mendapati lebih 80 peratus rakyat Malaysia tak solat, sama ada itu termasuk dalam data-data orang Islam Malaysia yang tak solat 5 waktu ataupon solat tak sempurna adalah diluar pengetahuan aku. sebab bukan aku yang menjalankan kaji selidik itu. aku percaya aku juga adalah antara yang menyumbang kepada peratusan itu. memalukan!!..yer kadang solat terlepas lagi-lagi solat subuh, jarang sangat solat subuh yang sebenar-benar subuh. SADIS..

jadi dekat sini tidak menghairankan bila ramai dari kita termasuk aku yang susah sangat nak mejalani kehidupan ini dengan rasa tenang, rasa bahagia. memikirkan masalah yang ada seolah Allah itu tiada untuk membantu. sedangkan Allah itu maha pengasih dan pemurah. minta saja apa yang kau mahu, inshaALLAH Dia akan permudahkan.

soal rasa kecewa, rasa tak guna, rasa bodoh itu sepatutnya diketepikan setelah kita bermuhasabah diri, bukan terus-terusan menyalahkan keadaan sekeliling seperti enggan beriman dengan Qada dan Qadar Allah saja.

jadi semuanya berbalik kepada hubungan kita dengan Pencipta kita, mengadu padanya segala permasalahan, bukan dengan menghupdate status di FB, Twitter mahupun Blog dengan harapan orang akan rasa simpati dekat kau sedangkan ramai orang yang hanya membaca status kau itu selagi ia terpampang di home fb atau timeline twiter mereka. lama-lama hilang orang pun lupa. Tapi jika kau mengadu pada Allah, Allah akan terus mendengar rintihan kau dan dengan segala rahmat yang Dia ada dicurahkan pada kau sebanyak-banyaknya nikmat yang tak terjangkau dek akal.

jadi terus bersyukur dengan apa yang kau ada, perbaiki hubungan dengan Allah. inshaALLAH semua kan kembali okay.

#sumpah entri ni untuk peringatan aku sendiri, jika ada yang rasa nak apply dalam kehidupan memasing, terserah kerana masalah takkan terhindar dari manusia selagi tiada rasa nak menyelesaikannya dari pucuk pangkal iman. 

Ahad, Mei 13, 2012

Hanya Dirimu..Ibu



Seraut wajah...ayunya
Sekuntum senyum...manisnya
Penawar jiwa lara
Menghilangkan sunyi
Menyembuh sukmaku nan selalu merindu
Hanya dirimu

Santun bicara...lembutnya
Amat pengasih jiwanya
Keluhuran budinya
Keikhlasan hatinya
Seri wajah bercahaya
Lambang kesucian di hatimu

Engkaulah teman engkau juga...segalanya
Engkau setia...melamar di jiwaku
Engkaulah tanda kasihmu nan suci abadi
Damainya hati ini
Hanyalah dirimu

Selama dirimu berada di hati
Selagi dirimu setia di sisi
Tak mungkin aku kan berduka...
Tak ku bersedih
Kerna bagi diriku
Hanya dirimu

Keanggunan...wajahnya
Manis bicara...sopannya
Segala keindahan ada pada dirinya
Tak pernah jauh dari hati
Yang selalu kesunyian

Engkaulah teman engkau juga...segalanya
Engkau setia...melamar di jiwaku
Engkaulah tanda kasihmu nan suci abadi
Damainya hati ini
Hanyalah dirimu

Selama dirimu berada di hati
Selagi dirimu setia di sisi
Tak mungkin aku kan berduka...
Tak ku bersedih
Kerna bagi diriku
Hanya dirimu


Ahad, Mei 06, 2012

Bulan Pula Berdusta

Malam ni kulihat Bulan terang 
memancarkan cahaya kekuningan
cantik sangat sumpah tak tipu
tapi berarak pula awan mendung menutup cahaya
apakah dosa bulan sehingga terlindungnya cahaya 
yang ingin dipancarkan pada sang alam

pernah juga terasa diberi cahaya, 
diberi harapan,
tetapi terlindung,
 tertepis ataupun mungkin
 sengaja tidak mahu terasa cahaya harapan
cahaya kasih sayang
sengaja menafi
atau sengaja tidak mempeduli

begitulah bulan pabila berdusta
tidak sangka cahaya yang ingin dipancar dianggap dusta
dusta kerana awan mendung
kerana awan mendung
kerana awan mendung

salahkah bulan?
atau awan yang mendustakan?

sukatilah.

Putih Mendung Kelabu

Hari ini aku lihat awan penuh
penuh melitupi langit
kebiruan langit tak kelihatan langsung
sungguh ku tak tipu

pernah terasa dan bertanya
kenapa selalu faham akan rasa
kenapa tindak tanduk alam sentiasa memahami
dan sentiasa mewakili apa rasa ini

mendung, putih terkadang kelabu
tatap lama-lama sakit juga mata
cahaya mentari seakan merajuk
terang tapi tiada sinar cahaya

sejuk jangan kata
sehingga menusuk ke tulang
jika ada yang dalam dakapan
alangkah nikmat dirasakan

tapi tidak mengapa
selagi bantal menjadi peneman setia
akan ku peluk bantal itu mewakili dirimu
nikmat.

even cloudy days is beautiful