Ahad, Oktober 28, 2012

Ahad, Oktober 21, 2012

Ahad

ahad
kenapa indah dirasa
adakah kerana terbawa-bawa memori dulu
masa kecil, ahad adalah hari bersama keluarga
pagi-pagi abah keluar cari paper
 dan sarapan disiapka ibu tercinta
bangun lewat hanya melahap hidangan yang tersedia depan mata

helaian akhbar diselak satu demi satu
sambil ditemani hembusan bayu,
pohon menari, burung menyanyi
indah sungguh

hari ini aku telah dewasa
ahad masih lagi sama
indah dahulu masih terasa
tetapi realitinya tidak seperti dahulu kala
mungkin kerana 'orangnya' dah tak sama



dikesempatan ini:: selamat bercuti pertengahan semester kepada pelajar UiTM, dan mungkin universiti lain

Ahad, Oktober 14, 2012

Macam Mana Nak Tulis Blog Nih!!

Assalamualaikum wbt,

pelik tak? pelik sangat kan..aku percaya ada diantara mereka yang pasti akan tertanya-tanya kemana hilangnya eszyamin..blogger hot seantero nusantara..dah lah! kemunculan kembali aku ni bukan nak jadi seperti dulu..taknaklah tulis benda-benda yang tak berfaedah,puji diri, angkat bakol sume..malasszz

tapi macam mana nak tulis blog nih..sumpah aku takdelah noob sangat..okay nak mention sikit, ini adalah entri first aku menulis menggunakan format blog yang baru...jap nak perinsekerin jap..

blog yang dah jadi orenputeh..sememangya aku sangat selesa dengan orenbiru


maklumlah dah lama tak hupdate..tengok-tengok dah jadi format baru..terkial-kial juga nak mencari-cari butang yang berkenaan..okay sila tepok tangan sebab aku adalah blogger terlewat yang menggunakan format baru ini berbanding dengan blogger yang sedang membaca entri ni kan..

okay ini adalah entri mukadimah aku..esok, lusa, tulat kalau ada masa aku update lagi..nak juga bagitahu kenapa aku merajok taknak hupdate belogg sumer2..sila tunggu dengan cemas yer berita yang aku nak sampaikan esok ni..kesian..wassalam 

dikesempatan ini:: Tahniah buat sahabat dan blogger, juga sahabat blogger, bff dan sebagainya..Donut Pisang, Encik Fikhri yang dah secara rasminya menge'hold' title graduan UTM..selamat berjaya tempuhi dunia pekerjaan pula Fikh..Aku lagi dua tahun..lemas..