Ahad, Oktober 21, 2012

Ahad

ahad
kenapa indah dirasa
adakah kerana terbawa-bawa memori dulu
masa kecil, ahad adalah hari bersama keluarga
pagi-pagi abah keluar cari paper
 dan sarapan disiapka ibu tercinta
bangun lewat hanya melahap hidangan yang tersedia depan mata

helaian akhbar diselak satu demi satu
sambil ditemani hembusan bayu,
pohon menari, burung menyanyi
indah sungguh

hari ini aku telah dewasa
ahad masih lagi sama
indah dahulu masih terasa
tetapi realitinya tidak seperti dahulu kala
mungkin kerana 'orangnya' dah tak sama



dikesempatan ini:: selamat bercuti pertengahan semester kepada pelajar UiTM, dan mungkin universiti lain

3 ulasan:

  1. Bagi aku Ahad akan terasa indah bila dapat luangkan masa dengan keluarga, buat kerja yang patut dekat rumah, main² dengan anak sedara, dapat lepak kejap dengan teman sebaya dll. ;)

    BalasPadam
  2. Bila baca penulisan kau kali ini, berteman pula intrumental lagi talking to the moon, tiba-tiba aku rindu keluarga di kejauhan. :(

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya