Selasa, Mei 31, 2011

Kamu Ni Teruklah!! Seriously Disgusting

Anda adalah...

 ...bapa yang tidak bertanggunjawab kerana mendukung anak kecil anda...

 ...anak yang biadap kerana membantu ibu di dapur...

 ...kawan yang tidak prihatin apabila membantu rakan anda dalam pelajaran...

 ...ibu yang bodoh kerana mengandungkan anak...

 SAMBIL MEROKOK


cool campaign!! rugi kan kalau sumbat dekat mulut jer? sumbatlah kat rongga2 lain jugak..baru JANTAN!!

31 Mei setiap tahun adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia..
apa itu tembakau...ada yang tidak kenal tembakau??
dalam erti kata mudah..Hari Tanpa Rokok la..

sudah-sudah la wahai perokok, malas aku nak cakap banyak..
korang tahu apa akibat merokok kan??
yang paling buat hati aku terbakar seperti terbakarnya batang2 rokok anda adalah kalau korang saja yg tangung akibat tak apa, orang2 sekeliling anda yg bertungkus lumus memartabatkan diri mereka sebagai BUKAN PEROKOK percuma2 je dapat penyakit...lagi teruk daripada korg pulak tu...
ingatlah wahai perokok..benda ni kelihatan kecil pada pandangan korang..
tapi besar pada pandangan Allah SWT...
Sebesar zarah molekul2 asap rokok beracun masuk dalam paru2 manusia sekeliling
korang tanggung la dosanya.
semuanya berbalik kepada Habluminannas
hubungan kita dengan manusia..
kalau benda mudah macam ni korang tak boleh nk fikir
terpulanglah..
ni belum cerita lagi tentang kebersihan, dekat mana agak2nya perokok semua buang puntung rokok ya. kalau dah dalam hal ni pun masih biol!! lagi bagus korang telan terus puntung rokok..

okay relax jap...

aku tertarik dengan pembawaan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menampilkan bagaimana masyarakat perlu bersatu dalam memerangi asap rokok basi ni..tapi sejauh mana praktikalnya benda ni untuk diaplikasikan..wallahualam...aku sendiri pernah rasa nak buat dekat depan perokok, tapi takut kena tumbuk pulak!! yela benda ni akan jadi kalau semmmuuuuuuuaaaaaaaaa rakyat bukan perokok buat benda ni, barulah si rakyat perokok rasa annoying dan akhirnya elakkan diri dari merokok depan khalayak..


cool kan kalau dpt buat cam kat atas ni..

hakikatnya selagi perokok tetap dengan muka tembok dorang selagi itu lah dorang merokok dengan selambanya...

sempena Hari Tembakau Sedunia..dengan ini diisyhtiharkan perang besar-besaran ke atas kaki batang rokok sedunia!! Allahuakbar!! 

perokok oh perokok!!  


Kepalaku Baru

Assalamualaikum...
sempena hari terakhir bulan Mei ni dan sempena kita nak bertemu Jun esok,
aku apply header baru dekat blog ni..
biasa-biasa jer..tak gempak macam blogger-blogger lain..
tapi bagi aku kepala ni simple jer, tak perlu nak serabut sangat..
serabut nanti buat orang migrain jer..



TENTANG KEPALAKU
bumi menjadi subjek atau identiti yang sangat signifikan dengan tajuk blog ni..
dua keadaan berbeza dimana di sebelah utara nampak bumi seolah-olah aman tenteram
berbanding di sebelah selatan, nampak macam panas dan huru hara.
itu menunjukkan kehidupan kita didunia ini tidak selalunya aman dan tidak seketikanya huru hara.
dibawah tajuk juga ada kenyataan
...."jikatikakita_____"...
yang bertujuan para pengkaji alam blog ini boleh menyusun dan melengkapkan ayat yang tidak lengkap itu dengan perkataan yang merujuk kepada situasi kehidupan anda sendiri..
pastu ada sepotong ayat al-quran yang boleh kita fikirkan bersama..

"Setiap makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian. Demikianlah sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah SWT yang menghiasi pentas kehidupan dunia ini. Namun, ada hikmat tersembunyi di sebalik proses kehidupan dan kematian."

aku nak berterima kasih pada ILuv Islam kerana menghadiahkan header ni pada aku*..tahniah kepada Zulhafidz kerana design wallpaper yang sangat menakjubkan sehingga ianya layak menjadi header di blog aku ni..

p/s:: waahhh...berkepala baru pon nak update post!! biarlah dunia blog aku, sukaduka aku la nak update ke tidak...*banyak la hadiah untuk aku..hadiah untuk semua sebenarnya..Untuk lebih lanjut klik pautan 'Klik Untuk Lebih Ilmu' di sebelah ini okay!! dan teruskan mendengar Radio Dari Hati Ke Hati...layannn

Isnin, Mei 30, 2011

Kalimah Allah Di Pergunungan Acheh

Subhanallah, maha suci Allah


namun difahamkan kalimah itu hanya boleh dilihat menggunakan perisian Google Earth
Kalimah Allah itu kelihatan berada di kedudukan koordinat 3°48′39.81″ Utara dan 97°46′17.01″ Timur. Lokasinya di sempadan Aceh dan Sumatera Utara. Nama daerah ini, Burni Uning Tualang.

Mike Tompkins..the cool dude

hye...
just nak share video pling cool abad ini...memandai aku jer..

Biodata dia:
Mike Tompkins
Ilderton, Ontario, London, England, UK
23 Tahun 

Dialah penyanyi, dialah gitaris dan dia segalanya
dan yg cool nya tiada 1 alat musik pon yang dia guna..

Banyak lagi video2 dia..search je YouTube!!!

X.O.X.O

Assalamualaikum..
korg tahu apa itu XOXO..
aku slalu sbut perkataan ini dgn bunyi ZOZO pabila trnampak kt mana2..
haha senang nk sebut brbanding nk sbut satu2..Eks O Eks O..kann...

aku nak tahu sangat apa kebendanya bnda nih..slalu dgr dan nampak org cakap dan tulis bnda ni..
giler curious!!!
XOXO byk dikaitkan dgn drama popular remaja Gossips Girl..betul tak?? aku rasa cerita ni la yg dh mmbawa fenomena XOXO ni..


okay aku try cari maksud XOXO ni...
menurut encik wiki a/l pedia..
X is refer to Hugs and O refer to Kisses
what?? apa kna mengena dia?? nape x sebut terus H.K.H.K..kan senang...
owh aku tahu sebab apa..sebab tak sedap disebut dan tak merdu di dengar..
kalau XOXO kan macam seksi sikit bunyi dia..hahaha..

okaylah walaupun pncarian aku tidak menemui jawapan yang betul2 pasti..tapi bolehlah diterima..dunia sekarang macam2 penemuan pelik berkaitan dgn perkataan, tatabahasa dan tatasusila..pening!!

p/s: pada sesiapa yg dpt bagi jawapan yg lebih tepat brkaitan XOXO..aku beri XOXO kat dia...haha just kidding..mampu ke aku nak bagi??

plus++

phototoshoot:  GG XOXO versi Melayu
location: Fort Cornwallis, PENANG

Rindu..XOXO

Ahad, Mei 29, 2011

OMG!!!

Assalamualaikum smua...
smoga dalam keadaan baik hendakNya..
okay puas aku memikirkan entri apa yg aku nk update dlm blog yg x brapa nk ada follower ni..
xda follower x pe..jnji ada yg mmbaca..bagi aku follower yg ramai itu mmg suatu yg mmbanggakan dan satu kelebihan untuk sesetengah blogger..dari situ diaorang dapat 'show off' sikit la kn?? yeah follower aku ramai giler..korg hado?? haha ni mungkin apa yg trlintas dlm kotak fikiran mereka la kn?? klu x fikir cmni, baguslah...
okay aku tak nak mkn kerepek ikan kerapu byk2 sangat..

sebenarnya sejak akhir2 ni..aku trsedar dari lamunan bahawa aku kerap menggunakan prkataan 'OMG!!' tatkala brsembang di laman sosial terutamanya Facebook!!.
OMG adalah singkatan daripada oh my god, oh my gosh, oh my goodness dan sgala yg senasib dgnnya lah!! terkadang aku trfikir, apakah aku maksudkan dgn apa yg aku ckp atau hanya mainan bibir dan lidah serta jari yg mengaplikasikannya. kebanyakan dari kita 'pndai' sebut OMG brbanding Ya Allah, Subhanallah dan Masha Allah. Bukan maksud aku kbanyakan dr kita x pandai sbut  Ya Allah, Subhanallah dan Masha Allah tu, maksud aku bilangan pnggunaannya x sebanyak  OMG!!..


adakah kita sedar bahawa pabila kita sbut OMG, x kurang dan tak lebih kita sekadar mnyebut tanpa memaksudkan apa2. setuju tak?? okay ada yg tak setuju. sebab sgala apa yang keluar dari mulut kita adalah niat. kalau niat kita baik, baik dan peroleh pahala la kita..Insha Allah..tapi jika prkataan OMG itu hanya pnyedap rasa dlm brkata2 atau tambahan ayat untuk mnunjukkan reaksi trkejut kita, ditakuti kita brmain2 dgn nama Tuhan.

Jika disemak kmbali OMG sama jugak dgn Ya Tuhanku dlm bahasa melayunya. tp cuba dihayati kmbali perkataan mana yg mmbuat kita lebih dekat dgn Pencipta kita..OMG!! atau Ya Tuhanku..??
atau mana yg mmbawa maksud yg lebih mndalam dan terus meyakinkan kita akan kekuasaan Allah OMG atau  Ya Allah, Subhanallah dan Masha Allah!!??

seperti yg aku beritahu tadi, semuanya bergantung pada niat. mungkin aku salah tetapi mari kita berfikir dua, tiga dan lapan kali balik dgn setiap sebutan yg keluar dari mulut kita. mudah-mudahan kita trgolong dlm golongan yg mahu berfikir. Wallahualam

p/s:: oooaammmjayyy!!! lagi aku confuse..fahamkan aku wahai Maria Elena Binti Zarul Ahmad. hahaha..

Rabu, Mei 25, 2011

The Result Show

Salam...
ermmmhhh...semua student diploma UiTM msti sdg sebok menyaksikan keputusan preksa masing2 kn?? tahniah pada yg rasa diri dia perlu dipertahniahkan...
untuk aku...
what???
pointer trjunam bagai nak rak!!


dan aku rasa macam nk mnjerit buat ke enam kalinya..yela spnjg 6 sem x prnah yg mmuaskan hati aku..adoyai u r so dumbell shafiq!!
tapi tulah dh abis dh pon..alhamdulillah...ttpi geram memg la geram...aku kisah tapi aku tak kisah sebab aku bangga dengan pencapaian peribadi aku. bangga sbb x prnah ponteng kelas spnjg diploma!! 1 pncapaian pribadi yg aku rasakan agak hebat disini...ececeh gmbirakan hati yg lara katanya..

pada yg susah payah nk penetrate sistem student portal untuk tgk result..x payah susah2..UiTM dh maju skrg..diorang hantar melalui emel jer..so check ur result on ur mail box okay!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Again and Again and Again and Again....

Salam..
dapat tangkap tak bait2 kata tajuk entri aku kali ni??

okay lama jugak aku x update blog aku ni kan??..
hye semua...sihat??
alhamdulillah aku pun sihat2 jer..

okay brkaitan dgn tajuk entri aku ni..mana yg dpt tangkap dapatlah..mana yg tak..meh sini aku nk maklum kn ni..
pertama sekali korg jgn ingt ni bait2 lirik lagu kumpulan K-Pop yg korg sanjung bagai nk gila babeng tu yer..mintak maaf sikit sbb blogger yg menulis entri ni sebesar zarah pon x prnah minat dgn k-pop tu..ini yg mmbuatkan org disini spesial dari korg2 semua..hahaha..

elehh..ckp x minat tp tahu jugak lirik lagu dia..okay fine,klu dh hadek aku pasang lagu ni 57 kali sehari sapa yg x boleh hafal!!..hehehe..klu lah pasang surah2 al-quran 57 kali sehari mungkin dh boleh jadi hafiz agaknyer aku nih...

okay aku sbnrnya bukan nk cerita pasal k-pop tp aku nk cerita pasal B-pop!! ya Bukit yg dh pop kebabomm..16 org menemui ajal..modal insan negara kita..bakal pemimpin kita!!..sampai bila ya?? dlm tempoh 18 tahun Malaysia dikejutkan dgn berita yg dh x perlu nk trkejut lg dah!! brmula dgn tragedi Highland Tower sampai tragedi Batu 14 Hulu Langat sabtu lepas!!

Government, PBT, JKR or what ever organization that related or who are responsible for this...please...please please SHUT UP!! i dont want to hear anything from ur mouth!!

AKU DAH BOSAN!! AKU DAH BOSAN!! AKU DAH BOSAN!!!

korg2 semua ni pandai propa jer..nk wat itu la..nk kaji inilah..nk haramkan itulah..nk ambil tindakan inilah!! tapi apa yg korg dh buat?? kalau korg buat kerja inshaAllah bnda ni x jadi...

dalam pada beberapa tragedi yg brlaku..aku tgk pmbangunan di lereng2 bukit bukan main rancak lagi brlangsung...tindakan apa yg korg dh ambil?? kajian apa yg korg dh buat??

okay aku cakap sng la...korg yg brkerja kan?? korg lebih tahu apa yg korg buat kan?? sbb korg lebih brkuasa kan?? sbb tu rintihan, seksaan rakyat korg x mahu dgr kan???

sudahla..xpayah nk jelaskan apa2..tugas korg skrg pergi buat kerja masing2 dgn penuh tanggungjawab..tanggungjawab pada rakyat dan tanggungjawab pada bumi/ alam sekitar kita..ingatlah kata2 Tuhan..tgn2 manusialah yg menyebabkan segala bencana yg berlaku..hanya mengaku kesilapan diri sendiri sudah cukup untuk muhasabah diri kita..wallahualam..



p/s: kaji balik penempatan lereng bukit, taman perumahan elit di Batu Feringghi, Penang!!! takut2 harga rumah dr Jutaan RM drop bagai nk gila pulak lps apa yg brlaku skrg ni!!

Isnin, Mei 16, 2011

Jika Hari Ini


USMAN AWANG
1979

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



sajak oleh sasterawan negara yg trsohor diatas adalah antara karya sastera yg pling mmberi kesan pada diri aku. aku mula mendeklamasikan sajak diatas secara tak rasmi dan tak formal apabila mula masuk Darjah 1 di SK Kalumpang..setiap pagi sebelum masuk kelas aku akan deklamasikan sajak yg trtera di dinding bangunan sekolah ni dgn cara aku sndiri yakni dgn mndendangkan sajak ini dgn lenggok suara aku sndiri dlm kata lain aku buat lagu la sajak ni..dr kecik memg minat nyanyi smpai sajak pon aku boleh buat lagu..
masa kecik aku x fhm apa yg trsirat, sdgkan yg trsurat pon aku x prnah nk amek tahu apa lg yg trsirat..shinggalah aku di skolah menengah baru aku tahu apa motif sajak ni dicipta..
Terima Kasih Cikgu..
sajak diatas sudah cukup untuk mewakili aku menyampaikan apa yg ada dlm lubuk hatiku..
Selamat Hari Guru cikgu cikgu!!

didedikasikan kepada bekas2 guru dan guru2 di:

Tadika Perpaduan Kalumpang
SK Kalumpang
SRA Kalumpang
SMK Kalumpang
SMK Serendah
UiTM Penang 

Ahad, Mei 15, 2011

Finally Ghost Sis Limah Come Back Home

Assalamualaikum semua..
okay kalau korg nk tahu aku baru ajer menonton filem Ghost Sis Limah Come Back Home aka Hantu Kak Limah Balik Rumah..
cecita ni dh pon jd fenomena dkt Malaysia ni, tp baru hari ini aku dpt menontonnya dek kerana selama 4 bulan ni aku sibuk dgn brmcm2 bnda..mana tak nye masa cita ni kuar bulan Januari yg lalu aku sdg brpraktikal di Langkawi..bukn Langkawi xde panggung wayang tp sbb aku masih pnduduk baru disana pada masa tu jd aku malas nk pegi mana2 sbb blum expert dgn kwsn tu..pastu time keje pon staff asik guna ayat yg sama yakni cecita cecita..aku smpai plik knapa ramai yg guna ayat tu pastu nyanyi soley2 la smbil gelek2 kan prgelangan tgn..
Selidik punya selidik upenye pengaruh Kak Limah punya pasal..dahsyat tol Kak Limah ni smpai jd fenomena.

pastu abis pktikal kena pulak buat report, pastu kena balik Penang amek exam, pastu pegi Melaka ada class trip. smpai la skrg aku cuba luangkan masa menonton dan hari ni aku brjaya mngetahui kisah sbnar kehidupan Kak Limah..

okay lg sekali aku mndedahkan diri aku sbgai seorang yg heygeyh heygeyh.
klau anda perasan 3 entry2 brturut trmasuk yg ini mnunjukkan aku antara manusia pling ktinggalan dlm Malaysia..brmula dgn cecita Najwa smpai Kak Limah ni..

tp apa kan daya sbb aku adalah aku..dan aku x kan sama dgn korg smua..apa yg korg buat dulu aku buat kemudian dan apa yg korg suka aku x suka..hehe..buktinya aku akan jelaskan di next entry..tunggu ya!!

Sabtu, Mei 14, 2011

Something Missing!!

assalamualaikum semua..
siang td para blogger semua hadapi masalah x time nk log in blog masing2..
okay... aku tau xde sape nk jwb..
aku hadapi ia siang td la..dan mlm ni bila aku dpt masuk balik..aku punya entri..the latest entry which is i update on 12 May was missing..sgt pelik...ala entri pasal Najwa Mahiaddin..geram betol tetiba je ilang...klu ada yg prnah baca entri ni korg tahu aku x menipu..

pastu siang td aku blaja cmana nk print screen..okay jgn nk brlagak sgt yer kome semua..aku mmg baru tau hari ni..jgn nk gelakkan aku..aku tau aku agak lmbap ttg ini..sbb apa sblum ni mmg xde bnda yg buat aku nk print screen..cuma siang td punya kejadian baru aku trgerak nk buat sbb nk update blog ni la..yela nk dijadikan cerita punya pasal..

ni ha..masa aku log in blog, kuar bnda nih..



aku belajar cara2 print screen ni dkt fb jer..
sng je upenyer..
nk jelas klik pada pic okay!!

Khamis, Mei 12, 2011

Najwa Muhyiddin Yassin

assalamualaikum
okay mungkin aku lambat, tp aku ada sbb untuk lambat okay.
ni ha aku nk bagitau yg aku dah jatuh hati dgn anak TPM kita ni..
suara dia best kot
Najwa Mahiaddin..aku x tau apa motif die guna nama Mahiaddin ni..terang2 org knal die sape n anak siapa dia ni..bg aku xpayah la tukar, tu nama org yg brtanggungjawab mnyebabkan dia ada kt dunia ni. nk nikah nanti pun kena sebut betul2 nama time akad tau..

to Najwa..keep up a good work, u got talent and gorgeous too but don't be too sexy please..


Selasa, Mei 10, 2011

Kesedihan Dalam Kemesraan

assalamualaikum...
hari ini adalah tahun ke enam rakan karibku Naresh Kumar pergi meninggalkan dunia buat selamanya..dlm tahun dimana dia akan tinggalkan dunia ni..dia banyak 'create moment' supaya rakan2 dia akan tetap mengingati dia.. tak terkecuali aku. sampai sekarang aku masih menyimpam dompet pemberian dia kepada aku..terima kasih Naresh!! dompet tu penuh dgn nilai sentimental untuk aku..Nilainya lebih dari harganya..

Ahad, Mei 08, 2011

Happy Mobirth Day!!!

assalamualaikum..wat is so special about today?? ya today is mothers day and also my birthday!! it so sweet when we cn celebrate 2 celebration in 1 day...actually the last time that i celebrate my birthday with mothers day is 6 years ago in 2005..for the additional information for who didn't know before..mothers day are being celebrate in second Sunday in month of May!! ha gitu la cerita dier..

keberkebetulan untuk aku sambut mothers day dgn birthday aku adalah dlm selang 5 ke 6 tahun..sebagai contoh aku akn smbut perayaan 2 dlm 1 ni pada tahun 2005, 2011 dan 2016...

okay..sebenarnye aku nk story ckit pasal kejadian pada tgh mlm 4 mei yg lps..sprti yg aku jnjikan..mybe xde org pon tau aku dh brjnji yg aku akn cerita pasal bnda ni..ermhh..aku telah dikejutkn oleh sahabat2 aku..seriuosly pd mulanya time kitorg beli kek sesama aku x expect kek tu untuk aku..mklumlah dorg ni memg suka mkn kek..mybe dorg beli kek tu untk kitorg mkn saje2 la..skjp singgah kt bakery's cottage, skjp ke secret recipe..aku pon follow je la tnpa sbrg kemusykilan...okay untuk pengetahuan kejadian ni brlaku di ermhh..mana ye?? jap2...kompleks beli belah dataran pahlawan rasanye..kt Melaka..ala time ni time aku dgn kwn2 kelas ada trip for our final year diploma! untuk maklumat lanjut sila la teroka entri2 aku yg sblum ni..

okay tnpa mengomel yg x tntu hala..slps ada Mlm Pra Graduan kitorg ..time hmpir pukul 1am 4 mei la..cmne nk cite yer? actually dorg x kejutkn aku pon sbb memg aku trkejut sndiri..yela mana x nyer..aku tahu dorg beli kek dan kek tu pon disimpan dlm peti sejuk bilik hotel aku..bilik 505 tu..cuma aku x tahu kek tu memg trpatri nama aku..tu je yg wt aku trkejut sbb lps beli aku x tgk pon rupa kek tu..

apa2 pun terima kasih banyak Nurasyikin Ishak, Ikmal Arif Azami aka Mike Radcliffe, Ashraff Annuar dan Nurhusna Shefek Afendi kerana sudi meraikan harijadi aku in advance!! aku sgt menghargainya...

The Cake!! : Choc Cheese Berries

bday men posing..men??..im still boyish maa..

i wish to........okay it is secret recipe!!


lagi sekali terima kasih banyak kepada 4 of The 5!! seperti yg aku ckp..korg x akan aku lupa..inshaALLAH!!
kepada yang dah ucap pada aku x kira la secara personal face to face, through sms or facebook..thank u so much!! u guys rock bebeyh!! satu je permintaan aku agar doa2 kalian terus memberi kekuatan rohani dan jasmani pada aku untuk meneruskan hidup!!

okay bye
lagi satu..aku ingat esok nak gi daftar sebagai Pemilih la..sebab apa PRU mungkin diadakan tahun ini..desas desus mengatakan ia berlangsung pada 11.11.11..aku xnk trlepas menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..huhuhu...

Ibu

assalamualaikum...
dabum..brereererrr...shihhhihhhhhh....
baby u r fireworks!!!

ha kau ingt new year je ada firework? hari ibu pn ada tau..hehehe
btw Selamat hari Ibu kepada ibuku Sawiyah Binti Mion..

she is my best partner in my life!!

spesial gilerr hari ini..i wish u, u wish me..
thanks mom!! 
today, 21 years, 9 months and 10 days ago.. u be my mom!!
officially be my mom!!
i know im not a good son for u.
but i wish i will be the best for u.



Sabtu, Mei 07, 2011

Penyata Pengeluaran Peribadi

salam...okay firstly korg klik ni dulu

http://eszylife.blogspot.com/2010/11/penyata-pengeluaran-peribadi.html


okay itu yg dulu ini yg skrg pulak..

okay ini dahsyat!!

x sangka aku ingt leh jimat lagi..upenye idak!!! fuhh!! takut kot tgk duit yg mengalir keluar...
astaghfirullahalazim...
no wonder la this sem is full with enjoyment n excitement!! so there's nothing weird about that!! ayat nk menenangkan jiwa!!

Jumaat, Mei 06, 2011

Osama Oh Obama

assalamualaikum..
dunia kini sdg kecoh ttg pembunuhan Osama oleh tentera Amerika..
kelakar giler siot..Obama dan Osama sdg buat lawak paling bodoh yg org trpikir2 nk gelak ataupon x..
x kesahlah anda yg baca ni nk percaya atau tidak dgn cerita tersebut..klu percaya pon anda bagus!! klu x percaya pon anda lebih bagus!!
aku nk cerita sikit la pasal teori aku sndiri tentang peristiwa ini...kes dlm negara kita ni pon aku prnah wat teori sndiri..tp aku x nk cecite teori ttg peristiwa dlm negara, aku nk cecite pasal peristiwa luar negara ni..bru ada class!!

ok semua org tahu yg Al-Qaeda pimpinan Osama adalah yg bertanggungjawab dlm runtuhnya WTC 10 tahun dulu..dn dari situ Islam tlh dpndg keji dn hina hingga trcipta islamophobia dlm klgn rakyat negara Uncle Sam tu..aku x slhkn dorg untuk takut dgn Islam..sbb dorg x fhm apa itu Islam yg sbnr..sbb dorg jahil!! so Osama adalah manusia keji yg brtanggungjwb dgn apa yg tlh trjadi kepada umat islam sejagat! die dn kumpulannye telah memburukkn imej Islam atas muka bumi ini..Islam dipandang serendah-rendahnya buat masa ni..
untuk itu aku dapat simpulkan yg Osama ni juga adalah org2 Bush yg menyamar sebagai Muslim yg menegakkan agama suci kononnya..padahal adalah perosak agama..drpd itu snglah usaha Bush untuk memerangi Islam dgn alasan menolak keganasan,,ok fine!! Bush memerangi Islam bukn memerangi keganasan okay..semua org sudah tahu itu..

selain itu setelah bertahun2 kononnye mencari Osama sekejap kt Afghanistan, skjp kt Pakistan, pastu x lepas juga ada yg berkata Osama bersmbunyi di Malaysia dan Indonesia..wt*..pastu dgn kemunculan beberapa video Osama dlm beberapa bulan yg menunjukkn die masih hidup..fuhh!! menggelegak kot..klu betul die pejuang islam die x perlu menyorok..sengal nk mam*^#..Nabi Muhammad di baris hadapan sekali ketika berperang, bukan dlm terowong bwh tanah atau gua okay!! itu sudah sedia maklum,,dr situ kita dpt tgk betapa jauhnye prinsip Rasul junjungan kita dgn perangai cilanat Osama...

berbalik kepada teori aku..
setelah mereka anjing2 kurap dunia ni penat bermain helah..so direka2 la cerita dimana Osama tlh mati dibunuh oleh tentera Amerika..untuk apa sbb Osama telah merayu pada Obama mengatakan yg die dh penat la nk terus berlakon..so apa kata korg pura2 bunuh aku..kata Osama kepada Obama..tu yg Obama tetiba wt perutusan diraja mengatakan Osama tlh mati sdgkn penduduk tempatan Pakistan sndiri x tahu menahu yg berlaku tembak menembak dlm kwsn kejiranan mereka..kelakar kn?? so bila org ramai anggap Osama dh mati, Osama riang ria di hari raya la die sbb die skrg dh bebas melakukan aktiviti harian die sprti sebelom ni mcm siram pokok bunga, cuci lantai rumah, basuh basikal..cm biasa..n pretend like nothing happen..dlm die menyiram pokok bunga die pon ckp selesai sudah kerja2 aku...penat tau..kesian, 10 tahun pokok bunga aku x bersiram..kata dia..

pastu 2 hari lepas Obama tetap dgn pendirian x mahu menunjukkn bangkai Osama..dn gmbar bagaimana bangkai itu dicampak dilaut juga menjadi rahsia yg diletak dlm "peti besi white house"!!
tp yg peliknye sebelum Obama mengeluarkn kenyataan dimana die xnk tunjuk gmbar bangkai..dh pon keluar gmbar bangkai Osama yg menjadi buah mulut dunia mengatakan gambar itu palsu..sbb pic bangkai dgn pic Osama time 'fresh' nmpak sama..so dr situ helah dorg seakan x mnjadi..yela mgkin sebelom dunia pertikai ttg pic tu mungkin Obama rasakan gmbr tu paling sesuai dijadikn bhn bukti..tp dunia x bodoh slps org pertikai pic yg td tu.. tup2 kata die x nk sebar pic bangkai tu pulak...kalah maharajalawak cerita dorg ni kn??

hanya buang serban dn tambah darah..senang..nenek kwn aku pon boleh buat

ni antara teori2 yg terpancar dlm benak fikiran aku jer..korg mungkin ada teori2 lain atau mungkin fakta ttg cerita ni..sperti yg kerajaan kita ckp DUNIA LEBIH AMAN TANPA OSAMA..dan AKAN LEBIH AMAN TANPA OBAMA!! ni aku yg ckp la...wallahualam...

Khamis, Mei 05, 2011

Finally...Its A Final (Malacca Magnifique, Mai 2011)

Assalamualaikum...
sedih, hiba, terharu, takjub, gembira, suka perasaan aku kali ini..sedih sebab berpisah dgn kwn2, hiba sbb mungkin x dpt jumpa semua org lepas ni, terharu sebab kami adalah satu-satunya batch culinary yg dirai dan dilayan sebegini rupa oleh PA kami Miss Anida Ismail, gembira sbb akhirnye perjalanan untuk menggenggam segulung diploma telah berakhir!!..ini antara sbb mengapa perasaan ini bercampr baur..3 tahun dari mei 2008 hingga april 2011 kami bertapa di Permatang Pauh..pelbagai kenangan suka duka yg kami raih untuk ini. tetapi yg ini adalah yg terakhir..kenangan yg terkahir untuk kami semua..ya terakhir!! terakhir?? ya yg ini memg terkahir untuk kami semua..

Ahad, 1 Mei
- perkumpulan di depoh bas UiTM Penang dgn ber 'Breakfast McD' around 8am to 10am
yna dan kopi-kopinya..lahap sgt!!
time nk berangkat
- sampai Melaka dlm jam 5pm..rehat2 kt homestay dulu
- 8pm, jalan2 kt Jonker Walk smbil menikmati keindahan malam di Melaka, sesak giler time ni..memg sesak tahap cipan dan gaban la gamaknyer. rumusan dr perjlanan ini aku rasa mcm ada kt hong kong!! seriously x tipu!!



Isnin, 2 Mei
- Taman Mini Malaysia dan Asean menjadi subjek yg dituju






- pastu belah petang kitorang gi jln kt banda hilir, pastu naik cruise yg kt Sungai Melaka tu..seronok sgt..

Malacca Duck Tours

Masjid Selat, Melaka - Pandangan dari Duck Tours



Malacca River Cruise
Selasa, 3 Mei
- Mlm ni kitorg ada Malam Pra Graduan..majlis ni untuk kitorg jer..berlangsung di Naza Talyya Hotel, Melaka. tema die tradisional..sesuai sgt dgn kitrog yg berada di Bandar Bersejarah



pabila Nasha dh naik Sheikh!!

pertemuan kita di suatu hari..lalala...
- lepas habis berparty...aku diberi kejutan di bilik 505, bilik dimana aku menginap..kejutan apa..wait for the next entry..inshaALLAH..

Rabu, 4 Mei
- hari ini hari terakhir kitorg punya rombongan di Historical City ni..kami tahu kami mungkin akan berpisah buat selamanya..tp masing2 buat cm x tau jer..sebelum berangkat ke Penang kami naik Taming  Sari dulu..

Dato' Pejal having a breakfast!!

Datin Tipah and the gang too..

bergambar kenagan dpn Naza

beratur menaiki Taming Sari

yeay dh ada kt dlm!!

Dataran Pahlawan
- lepas naik Taming Sari kitorg terus menuju ke utara..sesiapa yg duduk Klang Valley..kitorg diturunkn di KTM Padang Jawa..hasrat untuk ke Putrajaya terbatal atas sbb2 yg aku sndiri x pasti..
tapi untuk pengetahuan semua time dlm bas tu aku trlelap dn sempat bermimpi yg kita semua belum naik Taming Sari lg..mybe aku masih x puas brsama2 korg dn aku nk hari yg lebih pjg untuk bersama korg korg korg dn korg semua..agaknye la..

klah kepada semua rakan2 sahabat handai semua..semoga berjaya dgn apa yg bakal anda tempuh slps ni..diploma inshaAllah kita dh pasti dapat..yg bakal sambung study..study leklok, yg nk kereja..kereja baguih2 naa...as conclusion do the best in everything that u do k..love u all..

Ahad, Mei 01, 2011

Seruan Si Kecil Berbaju Merah

Assalamualaikum..
lama sgt rasanye x update blog ni..i sibuk dgn final exam la..kena balik penang n ada trip kelas ke melaka
sepanjang dkt penang sempat jugak la menonton wayang cerita horor terbaru yg bertajuk 'Seru' dan 'Red Riding Hood'. untuk seru i dgn kwn2 nonton di GSC Sunway Carnival Mall Seberang Jaya dan untuk Red Riding Hood di GSC Gurney Plaza..saje jln2 satu penang..lps ni ntah bila nk jln2 lg kn??


tujuan aku menulis bukanlah untuk mengutuk..cuma ingin memberi pandangan ttg 2 filem yg aku tonton ni.. first cerita Seru..cerita ni aku tgk memg ada kelainan tp pening pale sbb sepanjang cerita kamera dipegang oleh pelakon..so goyang2 goyang kepala guey nontonnya...cerita ni ada motif die sndiri tp aku x fhm motif kenapa die bermotif sedemikian...pastu watak Jeff dlm cerita ni nmpk sgt berlakon..memg la kau berlakon tp jgn tunjuk yg kau tu berlakon lg2 cerita ini menunjukkan korg hadapi bnda ni real2 punye..



Red Riding Hood pulak memang best tp x puas la sbb dapat tahu siapa serigala jadian tu cpt sgt..x taula mungkin perasaan aku jer..sbb time dpt tahu tu pon memg dh last2..tp aku ttp rasa mereka perlu memainkan perasaan dn pemikiran aku lebih lama smpai aku puas..sbb aku belum puas berfikir siapa serigala jadian tu tetiba je dh bgtau..x syok betol!! aku tgk cerita ni pon bersebab..sbb nk kenang memori dulu..time tadika dulu aku melakonkan watak bapa kepada si kecil berbaju merah tu..tp aku x pulak jd serigala..mybe die ubah sikit dgn cerita asal lagenda dongeng kanak2 ni..baru org berfikir2 dahulu..