Selasa, Mei 31, 2011

Kamu Ni Teruklah!! Seriously Disgusting

Anda adalah...

 ...bapa yang tidak bertanggunjawab kerana mendukung anak kecil anda...

 ...anak yang biadap kerana membantu ibu di dapur...

 ...kawan yang tidak prihatin apabila membantu rakan anda dalam pelajaran...

 ...ibu yang bodoh kerana mengandungkan anak...

 SAMBIL MEROKOK


cool campaign!! rugi kan kalau sumbat dekat mulut jer? sumbatlah kat rongga2 lain jugak..baru JANTAN!!

31 Mei setiap tahun adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia..
apa itu tembakau...ada yang tidak kenal tembakau??
dalam erti kata mudah..Hari Tanpa Rokok la..

sudah-sudah la wahai perokok, malas aku nak cakap banyak..
korang tahu apa akibat merokok kan??
yang paling buat hati aku terbakar seperti terbakarnya batang2 rokok anda adalah kalau korang saja yg tangung akibat tak apa, orang2 sekeliling anda yg bertungkus lumus memartabatkan diri mereka sebagai BUKAN PEROKOK percuma2 je dapat penyakit...lagi teruk daripada korg pulak tu...
ingatlah wahai perokok..benda ni kelihatan kecil pada pandangan korang..
tapi besar pada pandangan Allah SWT...
Sebesar zarah molekul2 asap rokok beracun masuk dalam paru2 manusia sekeliling
korang tanggung la dosanya.
semuanya berbalik kepada Habluminannas
hubungan kita dengan manusia..
kalau benda mudah macam ni korang tak boleh nk fikir
terpulanglah..
ni belum cerita lagi tentang kebersihan, dekat mana agak2nya perokok semua buang puntung rokok ya. kalau dah dalam hal ni pun masih biol!! lagi bagus korang telan terus puntung rokok..

okay relax jap...

aku tertarik dengan pembawaan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menampilkan bagaimana masyarakat perlu bersatu dalam memerangi asap rokok basi ni..tapi sejauh mana praktikalnya benda ni untuk diaplikasikan..wallahualam...aku sendiri pernah rasa nak buat dekat depan perokok, tapi takut kena tumbuk pulak!! yela benda ni akan jadi kalau semmmuuuuuuuaaaaaaaaa rakyat bukan perokok buat benda ni, barulah si rakyat perokok rasa annoying dan akhirnya elakkan diri dari merokok depan khalayak..


cool kan kalau dpt buat cam kat atas ni..

hakikatnya selagi perokok tetap dengan muka tembok dorang selagi itu lah dorang merokok dengan selambanya...

sempena Hari Tembakau Sedunia..dengan ini diisyhtiharkan perang besar-besaran ke atas kaki batang rokok sedunia!! Allahuakbar!! 

perokok oh perokok!!  


2 ulasan:

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya