Ahad, Mei 18, 2014

Kerana Cinta Ada Dalam Dirimu

Suatu hari kau datang bertemu aku
seperti biasa memang aku rasakan bahagia
bila bersamamu, aku bahagia bukan kepalang
bahagia yang sebenar-benar bahagia
seumpama berjumpa dengan kekasih hati

kau datang bukan untuk sia-sia
kau datang mengisi jiwa
kau datang memberikan rasa
kau juga datang menanamkan cinta

sebelum kau berkata pertemuan kita adalah ketentuan yang Esa
aku sudah dulu merasainya sewaktu pertama kali kita bersua
seperti biasa firasat aku kerap kali benar belaka
kau kini jadi sahabatku yang paling akrab didunia

sahabatku yang tak jemu menasihatiku
kau membimbingku ke jalan yag tidak pernah aku tahu
aku tak malu untuk mengaku
yang aku sayangkan kamu
wahai sahabatku

demi Allah aku mahu persahabatan ini kekal
aku mahu bimbingan kau terus
kerana aku percaya Allah hadirkan kamu
adalah sebagai wasilah
untuk aku lebih mencintai Rasul dan Tuhanku
terima kasih sahabatku
walau kini kau tiada lagi dihadapanku selalu

(27 Mei 2013)

Jumaat, Mei 16, 2014

Wajah

mengapa sakit jika kau yakin ini jalan bahagia
mengapa sebak jika kau tahu ini bukan pengakhirannya
mengapa persoal jika ini adalah ketentuanNya

kamu yang ditarbiyyah sepatutnya mengerti
jalan juang ini bukan boleh dihindari
kerana kau sudah berjanji pada diri
untuk kekal dijalan ini sehingga mati

wahai pembakar semangat yang jauh
wajah-wajahmu mungkin tiada lagi untuk disentuh
pengubat sakit jua penyembuh
namun jiwamu kekal meresapinya ke dalam tubuh
kerana ukhuwah ini tersangatlah utuh

doakan aku kekal dalam jalan ini
haluan tersedia untuk aku isi
terima kasih daun keladi
ada nyawa aku pasti jumpa kalian lagi
kerana aku terlalu rindu terlalu sayang akan keindahan ini

(27 Januari 2014)

Ahad, Mei 04, 2014

Menjiwai Tauhid

dalam setiap hela nafas ini
dalam setiap kerdipan mata ini
dalam setiap kumat kamit bibir ini
dalam setiap deru darah ini
dalam setiap gerak jari ini
dalam setiap bicara, dengar, hidu, rasa ini
segalanya kerana kasih sayangmu Ya Rabbi

aku tidak mampu membalasnya
dengan apa cara sekalipun ya Allah
malah aku tidak mampu membalasnya
dengan segala ibadahku ya Rahman
walau sejuta tahun kau beri masa jua
nescaya nikmatMu tidak pernah dapat ku balas

aku hambaMU yang fakir
aku tiada punya apa-apa
yang punya sifat kesempurnaan,
itu hanya Engkau Yaa Rahim
Mohon Kau jauhkan aku dari sifat takbur dan ujub
kerana aku tidak mampu menahan azab siksa dariMu

Khamis, Mei 01, 2014

Datang Lagi

Lima datang lagi
kadang tersenyum suka
kadang tercarik duka
bila umur bakal bertambah

setiap hari yang dilalui
sebenarnya umur jua telah habis
cuma sedar bila tiba tarikh lahir
tiada yang berubah

umur yang banyak bukan tanda apa-apa
melainkan tua fizikal yang Allah hendak beri
emosi, perilaku, pandangan dan pengalaman
bukan tertakluk pada berapa banyak umur itu
apalagi sebuah amalan
memperbaiki hubungan
dengan Tuhan

tiada guna aku hidup dengan berapa banyak umurku
andai redha Allah tidak aku kecap
andai kasih sayangNya tidak aku hargai
hanyalah sia-sia umurku sia-sia

terkadang diri ini penat 
kerana akal kurang berfikir secara ilmiah
kerana gagal mentafsir persekitaran dengan gagah
kerana selalu terasa diri ini lemah
tiada sesiapa yang tampil membahagia
walaupun diri ini sentiasa cuba memberi bahagia

Allahuakbar,
apalah ada pada makhluk ya Allah
Kau sudah cukup membahagiakan
makhluk yang cacat sana sini
apalah yang aku harapkan sangat dari mereka
hanya padaMu sepatutnya aku berasa cukup
keranaMu aku masih lagi hidup

aku yang dulu bukan yang sekarang ya Rabbi
tolong bangunkan aku sebelum aku lena lagi
lena yang dululah yang buat cacat memoriku sekarang
aku tak mahu memori dulu kembali
Kau pandulah aku dengan cahaya kasihMu
kerana aku buta ya Allah.
pandu aku ya Rahman.