Khamis, Mei 01, 2014

Datang Lagi

Lima datang lagi
kadang tersenyum suka
kadang tercarik duka
bila umur bakal bertambah

setiap hari yang dilalui
sebenarnya umur jua telah habis
cuma sedar bila tiba tarikh lahir
tiada yang berubah

umur yang banyak bukan tanda apa-apa
melainkan tua fizikal yang Allah hendak beri
emosi, perilaku, pandangan dan pengalaman
bukan tertakluk pada berapa banyak umur itu
apalagi sebuah amalan
memperbaiki hubungan
dengan Tuhan

tiada guna aku hidup dengan berapa banyak umurku
andai redha Allah tidak aku kecap
andai kasih sayangNya tidak aku hargai
hanyalah sia-sia umurku sia-sia

terkadang diri ini penat 
kerana akal kurang berfikir secara ilmiah
kerana gagal mentafsir persekitaran dengan gagah
kerana selalu terasa diri ini lemah
tiada sesiapa yang tampil membahagia
walaupun diri ini sentiasa cuba memberi bahagia

Allahuakbar,
apalah ada pada makhluk ya Allah
Kau sudah cukup membahagiakan
makhluk yang cacat sana sini
apalah yang aku harapkan sangat dari mereka
hanya padaMu sepatutnya aku berasa cukup
keranaMu aku masih lagi hidup

aku yang dulu bukan yang sekarang ya Rabbi
tolong bangunkan aku sebelum aku lena lagi
lena yang dululah yang buat cacat memoriku sekarang
aku tak mahu memori dulu kembali
Kau pandulah aku dengan cahaya kasihMu
kerana aku buta ya Allah.
pandu aku ya Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya