Jumaat, Mei 16, 2014

Wajah

mengapa sakit jika kau yakin ini jalan bahagia
mengapa sebak jika kau tahu ini bukan pengakhirannya
mengapa persoal jika ini adalah ketentuanNya

kamu yang ditarbiyyah sepatutnya mengerti
jalan juang ini bukan boleh dihindari
kerana kau sudah berjanji pada diri
untuk kekal dijalan ini sehingga mati

wahai pembakar semangat yang jauh
wajah-wajahmu mungkin tiada lagi untuk disentuh
pengubat sakit jua penyembuh
namun jiwamu kekal meresapinya ke dalam tubuh
kerana ukhuwah ini tersangatlah utuh

doakan aku kekal dalam jalan ini
haluan tersedia untuk aku isi
terima kasih daun keladi
ada nyawa aku pasti jumpa kalian lagi
kerana aku terlalu rindu terlalu sayang akan keindahan ini

(27 Januari 2014)

1 ulasan:

  1. Barakallah. Moga teguh, 'jalan' ini penuh mehnah dan trebulasi kehidupan. Terkadang menghentikan seketika nafas kesibukan, memalingkan sebentar wajah-wajah kita untuk melihat sebuah 'kehidupan sebenar'. Sebenar-benarnya.

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya