dalam setiap hela nafas ini
dalam setiap kerdipan mata ini
dalam setiap kumat kamit bibir ini
dalam setiap deru darah ini
dalam setiap gerak jari ini
dalam setiap bicara, dengar, hidu, rasa ini
segalanya kerana kasih sayangmu Ya Rabbi
aku tidak mampu membalasnya
dengan apa cara sekalipun ya Allah
malah aku tidak mampu membalasnya
dengan segala ibadahku ya Rahman
walau sejuta tahun kau beri masa jua
nescaya nikmatMu tidak pernah dapat ku balas
aku hambaMU yang fakir
aku tiada punya apa-apa
yang punya sifat kesempurnaan,
itu hanya Engkau Yaa Rahim
Mohon Kau jauhkan aku dari sifat takbur dan ujub
kerana aku tidak mampu menahan azab siksa dariMu
Assalamualaikum..sy suka dgr background muzik ini.. bole tau apa tajuk sentimental ini.. tkasih..
BalasPadamAlina Shuhaida Mohammad Ramly (facebook)
owh instrumental yg ni nama dia pot elegance..kalau kamu nk terus ke youtube boleh klik pada profile blog saya dan klik audio klip..
Padamok..tkasih.. :)
Padam