Jumaat, April 27, 2012

Jangan Rasa Diri Dah Tiada Sesiapa Wahai Hatiku


Assalamualaikum wbt,
dulu aku pernah rasa sunyi, lagi-lagi bila musim-musim peperiksaan macam PMR dan SPM
tak tahu la motif apa aku nak rasa macam tu
buat ni tak kena
buat tu tak kena
rasa diri ni tiada sesiapa

kosong
umpama duduk dalam bilik yang serba putih
tiada warna melainkan warna putih

buntu
pusing kanan tiada sesiapa
pusing kiri entah siapa pula yang mahu menoleh kepadaku
jiwa gila, kacau, entahlah mungkin tak cukup iman kot

harini aku mula rasa lagi
arggghhh...aku punya ramai kawan
kenapa harus aku rasa macam ni

mungkin juga aku terlalu ambil kisah dengan keceriaan kawan-kawan
entah, cemburukah aku melihat kebahagiaan mereka
atau aku yang rasa mereka dah lupakan aku
atau aku yang mengada-ngada nak rasa macam tu

buntu
kosong
sunyi
gila
sewel

atau aku memang tak betah duduk lama-lama dirumah
sejak bila aku sudah pandai bosan berada dirumah?
atau aku sudah jatuh cinta dengan tempat baruku
itu lagi gila
aku tak pernah rasa aku akan suka negeri yang bukan tempat membesarku

tapi harus ke aku nak rasa semua itu
sedangkan Allah sentiasa mendampingiku
dan keluarga yang senantiasa disisiku

bodoh

Rabu, April 25, 2012

Minum Petang Bersama Donut Pisang

Assalamualaikum wbt, 

Okay kau nampak tajuk tu? aku tahu ramai yang suka Donut Pisang, buktinya ada tertera dalam komen-komen Kak Niza Romli punya entri masa penghujung Mac lepas..ngeh3.. yela blogger ni semua lahap, nampak je entri nama makanan ingat betul-betul ada makanan leteww..

Terus terang dari lubuk sanubari hati, aku nak habaq mai la kan..sebenarnya semenjak kak niza buat entri itu aku rasa macam..ish tolonglah, ish tolonglah, ish toloooonglah jangan ada mana-mana makhluk yang buat donut pisang sebelum aku buat (sila ulang sebut ayat ‘ish tolonglah’ lagi lapanbelaskali). sebab aku memang dah laaaaaaammmaaaaaaaaa nak buat donut pisang ni semenjak aku menjadi follower blog donut pisang bukan.blog.lucah (pronounce ikot gaya aku yakni bukan.blog.lukah) masa cuti semester lepas lagi, tapi aku ni suka bertangguh, dah nak buat tapi tak buat-buat juga. Memang tujuan nak seperaiskan malaon yang paling rajin menerjah dan mengomen ruangan eszyamin ni la kekdahnyer. Siapa lagi kalau bukan encik fikhri yang comel itteeww 

Alhamdulillah berkat kesabaran aku menanti cuti pertengahan semester ini, (sila refer ayat terakhir dalam entri yang ini..ayat ini telah mengundang kontroversi, ada yang kata ayat itu adalah petanda untuk aku menanti hari pertunangan sebab aku cakap aku tak sabar nak balik cuti mid sem, padahal memang ayat itu bertujuan untuk aku buat donut pisang yer)

tu sebab aku bertekad bahawasanya aku mahu jugak buat, tak kira apa pon yang berlaku, sakit pening demam kepialu serta onak ranjau aku tempuhi untuk mencari pisang-pisang gred A12 untuk dijadikan antara bahan dalam resipi kali ini..wah resipi kali ini gamaknyer..tak menahan macam lah banyak resipi aku share dalam blog ini. 

Tanpa berlengah masa ye hadek-hadek, meh sini secara rasmiya ahbang nak berkongsi resipi rekaan ahbang sendiri..seriousness tak memplagiat dari mana-mana pakcik atau pon mak hencek gugel…itu korang harus tahu dan yang paling penting encik fikhri harus bangga…ngeeee..(untuk jadi mahasiswa yng cemerlang jangan amalkan plagiarism) 

First haruslah korang buat dough dia..nama pon doughnut, haruslah ada doh..nut itu korang abaikan yer..sebab untuk membuat donut tak perlukan biji-bijian kekacang segala..

untuk buat doh

setengah paket tepung gandum yang sekilo tu (500gm la kekdahnyer)
setengah paket yis segera (mauripan)
3 - 4 sudu mentega
2 sudu gula
secawan air (terpulang)
3 - 4 sudu susu tepung
2- 5 titik minyak pisang

untuk filling (sos pisang)

2 sudu marjerin
3 - 4 batang pisang (potong dadu)
2 sudu gula
setengah cawan air


first, campur semua bahan kering macam tepung, yis, susu tepung dan gula, gaul-gaul-gaul, masukkan mentega, gaul lagi dan ramas pakai tangan saja, sampai adunan itu mampu dikepal (pastri rapuh). titiskan minyak pisang dan masukkan air. Uli elok-elok okey, tangan yang lemah gemalai sangat dituntut pada masa ini. Pada yang tangan berbulu, sila guna mixer saja..lebih hygiene katanyer..kih3..uli sampai jadi bulat dan tiada melekit di tangan. dah nampak macam doh, tutup doh pakai tuala basah, bukan spender basah ok.Tunggu doh kamu naik dua kali ganda.

sementara tunggu naik bolehlah buat sos pisang dengan cairkan mentega dulu, masukkan gula, masukkan pisang yang dah dipotong dadu itu.masak sampai entiti pisang yang bentuk dadu itu tak rupa macam dadu sangat..maknanya ilang sikitlah bentuk dier sebab dah mencair. tapi jangan hancur sangat nanti serupa kau lenyek macam nak buat cekuduk saja.

bila doh dah naik, Seperti biasa bentukkan donut kamu, jadikan dia berbentuk donut yer, kalau jadi bentuk karipap itu memang aku dah tak dapat nak tolong..kalau macam tu baik korang cepat-cepat buat filling karipap berasaskan pisang, baru synchronize dengan bentuk dia. Mampu? untuk buat bentuk pisang ambil doh itu dalam lebih kurang 90gram (sebesar buah ciku) dan bulatkan dia dan gunakan jari anda untuk lubangkan die ditengah-tengah dia..(pastikan guna jari selain jari hantu dan jari yang baru lepas korek idong)

Okay lepas tu korang boleh panaskan api, jangan panas sangat yer..eh silap nak panaskan api pulekk…panaskan minyak la sayang, tapi jangan panas menggelegak (mampu pulak minyak nak menggelegak kan) nanti hangus pula donut yang kamu mahu goreng itu..masa deep fried itu harus korang terbalik-terbalikkan dia sekerap mungkin untuk mendapatkan tona warna yang sekata diatas permukaan donut itu yer,ingat ya tona warna yang sekata bak menggunakan Garnier Lisa Sughihani itteww..sebab ditakuti nanti sebelah jadi subramanian, sebelah jadi chua soi lek..paling terbaik warna dia haruslah seperti kulit owner blog ini yer..sawo mateng katanyer. Boleh? 

Dah siap digoreng.. tetiber aku rasa macam tak sedap sajalah ayat menggoreng ini, macam tak sesuai dengan ayat menggoreng donut..ada ke dalam kamus dewan ayat menggoreng donut? Takde kan? Cam aneh sajalah bila menyebutnya. Tak kesahlah yang penting korang faham. Uuuuueuuue..dah nak siap dah ni dah nak ke final stage saja ni..tak sabar mahu tunjuk hasilnya. 

Okay dekat part ni dah boleh kata terletak kepada kreativiti korang sendiri nak deco macam mana donut pisang edisi istimewa musim lebaran ini yer. Korang macam la tak pernah buat part time dekat dunkin donuts ke big apple ke kan..haruslah korang tahu macam mana nak hias donut, kalau dah pemalas sangat tabor saja gula macam donut cik bibah debab tepi jalan itu, cliché la donut gula itu.

macam aku just letak sos pisang yang dah siap tadi tu diatas donut yang berbau pisang itu dan sprinkle dengan coklat rais

Taaraaaaaaa ni lah hasilnya, taklah semeriah mana sebab aku tak pernah buat part time dekat Dunkin dan Big Apple mahupun Tutti Frutti.




nak beritahu yer resipi ni memang tidak menjalani proses R&D sebelum di publish disini..sebab ini memang resipi campak mencampak saja, janji ada rupa donut, ada rasa pisang sudah memadai..sila cuba resipi ini jika mahu kelainan dalam menikmati donut di petang hari, dan share dimana-mana..tak perlu bagi kredit pada saya just ingat saya dalam doa kalian (haruslah aku pretend merendah diri, padahal dalam hati.. “eh sila papar nama aku berserta blog ini yer jika mahu share resipi ini..hengat free ker?”).. 

semoga resipi ini membawa kebahagiaan dalam hidup semua..gittewww… 

#ditulis pada 29 Mac 2012, 12.50am dan disimpan dalam Word 2010. Dan aku masih berdoa tika ini semoga belum ada yang membuat donut pisang sehingga aku buat dahulu khas untuk pembaca dan pengomen tegar belog ini, Encik Fikhri..sayang beliau ngat aihh.

Maaf ini sajalah Pastry Item yang mampu aku buat untuk hargai kamu. harap terima dengan hati yang tulus murni

Isnin, April 23, 2012

Garisan Pelangi

Garisan Pelangi..
Ada apa dengan garisan-garisan itu?
nak ingat garisan pelangi ikut turutan bukan susah
Michael Jackson Kena Hantar Balik India Utara

petang,
dalam petang
selalu juga terlihat garisan itu
hujan berhenti garisan muncul
garisan muncul bila mentari masih memancar
masa kecik ingat itu magik dan tercari-cari kaki garisan

kelakar..
kelakar sebab pernah mengayuh naik ke bukit 
hanya kerana terpersoal dari mana punca terpancar garisan itu
cuba mencari punca garisan,
sampai-sampai garisan masih tiada kaki
masih tidak tahu mana pangkal mana hujung

aipp!! jangan tunjuk garisan dengan jari telunjuk
teman menegah
kenapa wahai teman?
nanti jarimu kudung
nukilnya dengan senyuman

kelakar..
kelakar sebab aku percaya
aku pun tunjuk dengan ibu jari
disebalik itu tersirat lain makna
menunjuk dengan ibu jari
bukankah menampakkan pekerti?

teman..
garisan itu dari dulu tak pernah berubah
turutan garisannya
turutan warnanya
malah itu jugalah warna yang ada pun
tiada warna lain selain warna yang ada pada garisan
juga melengkung seperti gerbang
tidak pernah juga berubah

alam..
mampukah kau berikan aku garisan indah itu lagi
bila semuanya berubah, merubah, terubah oleh pengubah
moga kau pinjamkan aku nikmat garisan
selagi aku masih memerlukan

terima kasih garisan pelangi indahku

Sabtu, April 21, 2012

Teman Itu Persefahaman


Assalamualaikum wbt,
bertemu lagi kita dalam bicarawara aspirasi mahasiswa perdana peringkat tanjong keling,

teman, tak kira teman lelaki atau teman wanita yang merangkap sahabat kita yakni sekarang teman kau lah. ye teman kau? kau lelaki kan? jadi yang aku nak cerita ni teman lelaki kau atau pun teman wanita kau..untuk yang wanita..kau wanita kan? jadi sekarang aku nak cerita pasal teman wanita kau, atau pun teman lelaki kau. dalam hal ini bukanlah aku nak promote LGBT, tapi atas dasar teman yang selalu buat kamu bahagia. teman yang selalu ada disisi kamu bila kamu perlukan dia, scroll ke atas baca quote teman aku diatas tuh..call me when u need me..silent if u dont,

banyak perkara jika diteliti, dalam perhubungan sesebuah persahabatan perlunya persefahaman, perlunya ketabahan jiwa untuk memahami, untuk menyempurnakan apa yang tak sempurna dan untuk berkongsi segala apa yang dirasa. ye tidak semua benda harus dikongsi, sebagai teman bukanlah mengharap untuk kau bercerita semua apa yang berlaku pada kau hari ini. ya sangat kelakar jika sekecil perkara pun nak dikongsi yela kau dah besar aku pun dah besar, kenapa kau nak mengadu semua benda kan? "hari ni saya terpijak gonggok, saya geli ngat aiihh"..ye itu sangat mengada-ngada. tapi itulah yang kadang-kadang buat kita rasa "owh okey, harus ke kau nak cerita kau pijak si gonggok?", tapi sebenarnya dalam hati si teman yang mendengar begitu berbunga-bunga sebab yela dari sekecil perkara sehingga sebesar-besar perkara pun teman kita nak berkongsi kan.

terus-terang tak semua manusia bijak tonjolkan kasih dan sayang. macam aku, secara jelas dan terang orang hebahkan di facebook bahawa aku ni manusia yang tak pandai menjaga hati rakan, suka cari gaduh dan menyayangi mereka dengan cara mencari gaduh. okay i think dats not very sweeet..menyayangi dengan cara mencari gaduh? itu sangat sadis. tapi tidak mengapa at least dia tahu aku sayang die walaupun dengan cara macam tu.

okay perasan tak ada beberapa frasa diatas..aku pilih frasa 'menyempurnakan apa yang tak sempurna'. kenapa ini yang aku pilih? kerana ini adalah perkara utama yang harus ada dalam sesebuah perhubungan. ayat die senang nak baca kan? tapi nak implement benda ni makan masa wei.makan masa sebab perkenalan yang berkualiti harus dibina disitu barulah kau dapat memahami siapa teman kau dan seterusnya menjadi tanggungjawab kau untuk menyempurnakan mana  yang tak sempurna. 

untuk aku terangkan satu-satu perkara ni, memang memakan masa dan ruang yang lebar, dan aku tahu tak semua yang sanggup baca jika entri panjang melampaui batasan paradigma dunia. jadi sehingga bertemu lagi dilain masa. banyak lagi siri penulisan yang sentiasa menjadi kesinambungan yang tidak secara langsung adalah terkait antara satu sama lain. jadi kepada sahabat. aku mohon maaf diatas ketelanjuran kata dan ketidak-fahaman aku memahami kamu.


image

bubye

Ahad, April 08, 2012

Semua Ketenangan Dahulu

Assalamualaikum wbt,

sudah lama aku rasakan aku tidak beremosi dalam menghasilkan sesebuah entri, jika difikirkan kembali banyak ketenangan dahulu yang kita rasakan seakan direntap duri ketamakan. bukan mahu membangkitkan kisah silam yang memang sudah lama terkubur dan bersemadi bersama memori indah tetapi ingin merungkai apakah titik pengakhiran dari sebuah persengketaan. apakah keuntungan atau rugi yang kau rasa? jika beruntungnya perasaan kau tika ini, sesungguhnya aku tak tahu apakah hukuman yang setimpal untuk kau terima, tapi jika kau menyedari segala perilaku kau membawa kerugian besar dalam nilai sebuah persaudaraan, bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan, masih belum terlambat untuk bermaafan dan memulakan kehidupan baru selagi kesihatan dan nyawa kau tidak direntap oleh yang Maha Memiliki Alam ini.

kisah yang aku tulis ini mungkin saja berlaku kepada semua orang, dimana bila nafsu serakah meraja di hati dan minda, kisah keperitan orang lain tidak akan diambil peduli, apa aku kesah, janji aku dapat apa yang aku nak. hina bukan jika dalam kehidupan yang kita huni bersama sebilangan manusia lain tetapi dalam firasat dan kepala minda hanyalah untuk keuntungan dan kebahagiaan diri sendiri. bukankah Allah sudah berjanji tidak akan dikurangkan sedikit pun rezeki hambaNya jika berkongsi nikmat hidup ini bersama, malah akan ditambah-tambah lagi nikmat didunia ini sehinggakan dari mana datangnya rezeki dan nikmat itu pun kita tidak terjangkau datangnya dari celah mana.

dalam doa aku sering meminta agar kau dan kau dan juga aku kepada kau supaya jalinan ukhuwah ini kembali bertaut, hidup ini singkat, aku dan kau tidak hidup untuk seribu tahun, aku dan kau juga belum tentu berjumpa di syurga. jadi aku harap jalinkanlah kembali nilai sebuah persaudaraan yang sudah bertahun-tahun hilang selagi kita masih bernyawa. jika kau dan kau dan kau baca nukilan ini,sedikit sebanyak aku nak kau mengerti bahawa setiap dari kau aku fikirkan tanpa rasa benci, aku sayang pertalian ini, aku rindu hilai tawa kau dan kau dan kau..aku rindu akan suasana terik tetapi dingin seperti dahulu. duduk ditangga memerhati ayam mematuk-matuk tanah sambil angin sepoi-sepoi bahasa menyentuhi pipi dan menyirna setiap helaian rambut. aku dan juga yang lain berlari berdentuman seronok berkejaran bersama mereka, bermain, bermain dan terus bermain.

ye sekarang kami dewasa, dan kau juga dewasa. jadi bertindaklah seperti orang dewasa. bertindak seperti orang dewasa adalah bererti matang dalam segala tindak tanduk, tidak guna jika menjadi dewasa tetapi akal fikiran masih mentah sementah nasi yang terasa berasnya. aku berharap dengan kuasa Allah, kasih kita semua kembali bertaut dan yang musnah akan dibina dengan cerucuk yang lebih berketahanan. ini adalah hanya suatu permintaan dari aku yang juga saudaramu.

jika duduk termenung sambil angin memuntahkan jasadnya, aku sering terfikirkan kampung halaman. rindu pada yang tidak terwujud
nak bagitahu hari ini yakni dua-puloh-lapan-tahun yang lalu, di teratak inilah abah dan ibu diijab-kabulkan. 
lokasi - Piket 60, Sungai Besar, Sabak Bernam