Isnin, April 23, 2012

Garisan Pelangi

Garisan Pelangi..
Ada apa dengan garisan-garisan itu?
nak ingat garisan pelangi ikut turutan bukan susah
Michael Jackson Kena Hantar Balik India Utara

petang,
dalam petang
selalu juga terlihat garisan itu
hujan berhenti garisan muncul
garisan muncul bila mentari masih memancar
masa kecik ingat itu magik dan tercari-cari kaki garisan

kelakar..
kelakar sebab pernah mengayuh naik ke bukit 
hanya kerana terpersoal dari mana punca terpancar garisan itu
cuba mencari punca garisan,
sampai-sampai garisan masih tiada kaki
masih tidak tahu mana pangkal mana hujung

aipp!! jangan tunjuk garisan dengan jari telunjuk
teman menegah
kenapa wahai teman?
nanti jarimu kudung
nukilnya dengan senyuman

kelakar..
kelakar sebab aku percaya
aku pun tunjuk dengan ibu jari
disebalik itu tersirat lain makna
menunjuk dengan ibu jari
bukankah menampakkan pekerti?

teman..
garisan itu dari dulu tak pernah berubah
turutan garisannya
turutan warnanya
malah itu jugalah warna yang ada pun
tiada warna lain selain warna yang ada pada garisan
juga melengkung seperti gerbang
tidak pernah juga berubah

alam..
mampukah kau berikan aku garisan indah itu lagi
bila semuanya berubah, merubah, terubah oleh pengubah
moga kau pinjamkan aku nikmat garisan
selagi aku masih memerlukan

terima kasih garisan pelangi indahku

18 ulasan:

  1. lawa pelangi tu..bile la mmpu beli dslr ni..hmm..manifest2..

    hmm..sape la kawan ko yang cakap jgn tunjuk pelangi ngn jari ittew..kurafat ngat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...dunia ni memang indah, setakat ni pelangi-pelnagi indah hanya mampuku rakamkan dengan dslr minda sahaja...alhamdulillah masih mampu mengingat warna pelangi..

      masa kecik macam2 pangai, itu tak boleh, ini tak boleh hehe..tapi sopan kn lau menunjuk menggunakan ibu jari

      Padam
  2. i love u.pelangi...yes i always excited bila nampak pelangi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. i love u too.pelangi...sama la kita..melonjak kegirangan sangat bila nampak pelangi

      Padam
  3. dulu time kecik2, klaw nampak pelangi jer, mesti aku gembira sangat2.. tp bila besaq ni, macam dah payah nak jumpa pelangi.. HUHU.. btw, teringat plak time blajaq sains time skolah rendah dulu ngan formula tu..
    "Michael Jackson Kena Hantar Balik India Utara"
    HAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sume pon masa kecik2 je ek leh nampak pelangi..risau kan zwan, nape besar2 ni sukar dapat lihat pelangi, sukar sangat, dalam setahun rasanya tak pernah kelihatan..apakah kita yang terlebih sibukkan dunia sehingga karakter alam tidak lagi menjadi perhatian..ya ALLAH...

      Padam
  4. Masa kecik-kecik, aku takut nak tunjuk jari kat arah pelangi. Nanti kudung. Betul ke? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..nak taubetul ke tak, lau jumpa pelangi..bolehla try tunjuk pakai jari telunjuk..hhehe

      xkot aizie..sebab aku ni jenis yg memang pantang percaya selagi tak buat sendiri, masa yg kwn aku tegah aku dr tunjuk plangi tu,next time nye time aku jumpa pelangi terus aku tunjuk pakai jri telunjuk..xde pape pon...hew3

      Padam
  5. akk kan yamin..eh, tetiba je main bedal yamin..redha tak ni? huhu
    minggu lepas balik kerja 3x akk nampak pelangi yg sangat cantik, separuh bulatan..mengiringi sepanjang perjalanan akk. sungguh indah..huiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. yamin pon yamin la kak..bedal sajalah..hehehe...laka ngat akak nih,

      beshnyer akak jumpa pelangi petang.,,siap mengiringi tu yg tak menahan kan...hehehe..

      Padam
  6. engkau tibaaaaa...bagai kan PELANGI..... *amboi saja nak komen lg*

    BalasPadam
  7. aku rase wawa nk potong jumlah koleksi komen ak kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...kau ni x baik tetuduh camtteeww...xpelah aku suka je korang berlumba-lumba..motif aku suka?

      Padam
  8. mungkin juga kau nak kata yg kau kini sdg bahagia seperti pelangi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak ni magik ngat, dapat rasa apa pelangi rasa..hehee

      Padam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya