Sabtu, Disember 24, 2011

Turki Dan Belanda



Assalamualaikum..

bila tiba 25 Disember, terbayang pohon mengelap-ngerlip dan ayam bakar besar gedabak..fuhhh sedap kot..

last year, aku dapat melihat suasana cukup meriah di The Westin Langkawi Resort and Spa untuk perayaan krismas ini, seronok dapat menyiapkan segala hidangan-hidangan untuk perayaan tersebut bersama chef2 hebat hotel terkemuka itu..


cak!! 

dan momen paling tak dapat dilupa aku adalah bila aku dan rakan berbicara pasal ayam belanda yang dalam english nyer adalah Turkey

dan tidak semena-mena, kawan aku sebut turkey itu dengan sebutan turki..gelak terbahak-bahak aku, mana taknya bunyinya sangat pelik okay..yela dalam bahasa melayunya turkey itu ayam belanda, bukan ayam turki..

i miss that moment damn much friends...entah bila nak bergelak sakan macam tu lagi since now we have our own journey..

mungkin korang tak faham..eleh benda tu pon nak gelak ke..tapi itulah sedikit kenangan yang aku boleh cerita, kadangkala kegembiraan itu boleh kita rasai, tapi tak boleh dikongsi..apa lagi hanya dengan penulisan sebegini

Khamis, Disember 22, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat

Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya aku bersama rakan-rakan telah berjaya melaksanakan projek multimedia yang dirasakan agak berat untuk ditanggung untuk semester ini. terima kasih kepada groupmate yg memang sangat berdedikasi dan bertoleransi antara satu sama lain..kita sendiri dapat lihat masa pembentangan tadi bahawa kerjasama amat-amatlah penting dalam melaksanakan sesuatu kerja kumpulan. timbul pula rasa simpati kepada kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai ahli kumpulan yang sangat tidak matang dalam mengendalikan perkara seperti ini. lari dari projek, tak bagi kerjasama yang sepatutnya dan akhirnya memberi kesan yang sangat besar kepada markah bawaan mereka untuk peperiksaan akhir nanti...markah bawaan tau tak ape dia..carry marks la..haiyyooo...

projek multimedia ni memang agak mencabar untuk orang-orang macam kita yang memang langsung tidak mengerti apa itu photoshop, flash dan sebagainya..tetapi dalam masa yang sama kita membuktikan kita boleh buat dan tidak mustahil ada benda lebih mencabar lagi yang mampu kita buat. 

terkadang kelakar bila dalam masa yang sangat mencemburui, ayat-ayat cabul, kasar terkeluar bila dah penat-penat buat, komputer hang, terdelete lah, macam-macam lah yang berlaku dan itu antara cabaran yang sangat besar dan menjetik emosi yer..tapi berkat kesabaran, kurang waktu rehat dan waktu makan semata-mata untuk projek yang satu ini..tidak ada yang lebih relevan berbanding untuk aku bercakap AKUUUUU PUAASSSS

Last word, thanks to Amirah Abdullah and Nurrul Farzana...lepas ni korang boleh tido puas-puas dan ermhh bila kita nak raikan kejayaan ini...dengar cerita nak pegi nengok Mission Impossible..hahaha..kbai

Isnin, Disember 19, 2011

Ariff Alfian Rosli : Apabila Tempelak Menjadi Keutamaan

Assalamualaikum semua, tetiba terfikir nak bukak topik panas dalam blog yang serba indah ini..okay kau asek memuji blog kau je kan..memang kau ni syok sendiri..

okai..back to the very impressive topic that I write here..about the Ariff Alfian yang mengejutkan dunia dengan tindakan memuka-tembokkan diri sendiri dengan mengahwini kaum sejenis di Ireland, aku tak nak cerita background dia, famili dia, tajaan petronas and watsoever especially who's the wife, who's the husband and all the shit thing!! but i want you to imagine, if u in the shoes of Ariff Alfian..what you feel? all the kata-kata kejian, hinaan terhadap dia..okay what?? he/she deserve to get that rite? padan muka dengan muka tembok hang!!

tapi apakah kejian, hinaan dan tempelak itu memang tiada pengganti? why not you especially we who are in the same belief, race, dan dia pakai songket, aku pakai songket (konvokasi aritu), dia pakai baju melayu, aku pakai baju melayu (nak raya) cuma tengkolok belum sempat pakai..apa kata gantikan kejian, hinaan itu kepada doa.

ibu aku yang merangkap ustazah dalam rumah aku itu pesan, jika terlihat perkara yang memang tahu bahwa itu salah disisi agama, the best thing is to pray for them..sebab kita kesian kat dia..kesian sebab dia jahil, kesian sebab di tak tahu dan kesian sebab dia memang pura-pura tak tahu tentang hukum-hakam, halal haram dalam Islam. 

jadi berdoalah untuk dia, kalau tak tergamak sangat nak berdoa untuk dia...kita doakan famili dia, doakan ibu bapa dan adik beradik dia supaya tabah hadapi dugaan yang maha hebat ini..terus-terang aku menitis air mata mengenangkan bapak dia..nasib kan? anak buat hal, kena pulak bayar balik segala kos sebab pelanggaran kontrak dengan pihak Petronas..aku teringat bapak dia, aku terkenang abah aku, betapa dari kecil bertungkus-lumus mencari rezeki untuk kami adik-beradik..dan aku harap aku takkan buat sesuatu yang bodoh yang boleh memalukan ibu dan abah aku..itu je satu benda yang selalu aku akan pastikan..

berbalik kepada doa, Allah beri kita pilihan, sama ada mahu menghina atau mahu berdoa, memanjatkan keampunan bagi diri kita dan Ariff Alfian serta seluruh umat Islam..dalam hidup sentiasa ada pilihan, jadi pilihlah yang terbaik untuk diri dan untuk orang lain, jika hinaan dan kejian itu mampu merubah dia, aku salute hampa, tapi kalau itu menambah kan lagi keburukan dalam diri dia, kamu semua tanggunglah dosa bersama-sama..so pilihlah untuk berdoa, bukan untuk dia sahaja, tetapi untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh umat Muhammad di muka bumi ini sama ada yang telah tiada, yang ada atau yang bakal ada..terus-terusan memanjatkan doa keampunan..semoga perilaku kita diatas pentas ujian Allah ini sentiasa mendapat redha dariNya. inshaALLAH

*no picture of their wedding in this post because it will make my blog tak hensem dan kacak lagi nanti..

Ahad, Disember 18, 2011

Lelah

Aku lelah dengan semua ini,
 dunia menuntut untuk aku lelah, 
dan kelelahan ini pasti dapat aku sudahi 
dengan bantuan nafas dari kamu kesayanganku
semoga dapat kita tangani segala
ujian ini

Jumaat, Disember 16, 2011

Study Week : Dilarang Pulang

Uweekkk Uweekkk Uweeekk...okay anoyying!!!

Assalamualaikum... salam kesayuan petang Jumaat rakan taulan sekalian..

okay sempena minggu belajar yang akan datang ini, aku telah meminta keizinan ibu untuk pulang ke kampong halaman..ermhh okay jawapan yang diberi sangat memberangsangkan dan ibu aku ni sungguh memahami keperihalan apa yang aku pinta, 

ermhh aku dilarang balik okay, sebab katanya nanti aku tak belajar, kalau aku dekat umah, aku akan banyak tido, online, nengok tibi dan paling mustahak aku akan selalu disuruh melakukan kerja rumah..untuk mengelakkan semua ini terjadi, ibu telah mencadangkan supaya hentikan saja niat suci aku untuk pulang ke rumah yer..sesungguhnya betapa didalam bilik disini menelaah pelajaran adalah lebih menguntungkan badan

kfain ibu...kalau ibu rasa ancik boleh belajar dekat sini, ancik terima, doa dan harapan ibu adalah pembakar semangat ancik untuuk terus maju kehadapan walaupun mimpi untuk mencapai status DL yang pernah memuncak pada awal2 semester dulu makin malap dirasakan..tapi tidak mengapa selagi masa itu belum masa menunjukkan tamatnya final exam selagi itu perjuangan masih belum selesai..

tak sabar nak habiskan segala petaka ini yer...chaiyook chaiyyook...okay gedik sangat!!


Apa Pengorbanan Paling Besar Dalam Hidup Anda?

Assalamualaikum...just wanna share somethin on fb, im really sure that most of u especially who are fans of Chef Wan had read this. 

okay sekarang sudah jelas kita memang patut mengumpul harta sebanyak-banyaknya bukan sebab nak meriak tapi supaya harta kita dapat dikongsi oleh orang lain yang kurang berkemampuan..aku bukan nak cakap apa yang chef wan dah cakap ni cuma pernah tak korang terfikir bahawa dalam setiap dari kita, setiap daripada kewujudan makhluk tak kira yang berakal mahupun tidak punya peranan dan tanggunjawab tersendiri, ia adalah fitrah, Fitrah kehidupan. 

kita atau lebih tepatnya aku selalu memandang jelik dengan pengemis. dalam hati aku sentiasa berbisik, kenapa la kau ni pemalas? kau cukup sifat tapi dok kat kaki lima mintak bantuan dengan mengemis, pura-pura sakit la sambil kendong baby dan anak kecil, titiskan air mata lagi bagai..kenapa kau macam ni? pegila cari kerja, dah la mengemis mencemarkan pemandangan pulak tu, 

selalunya perasaan ini terpacul pabila bejalan melalui lorong-lorong pejalan kaki dan kaki lima di ibu negara, yela aku selalu fikirkan mat saleh..apa la mat saleh fikir bila datang Malaysia jumpa pengemis-pengemis macam ni. tapi apakah rasionalnya pengemis itu mengemis! adakah dia mengemis kerana dia miskin, ataupun dia mengemis kerana itu adalah profession paling mudah selain hanya perlu menampakkan rasa simpati pada orang ramai? tidak. tidak sama sekali, mungkin memang itu niat mereka, tapi daripada niat mereka itu cuba kita berbalik kepada situasi dimana setiap manusia ada tanggungjawab dan peranannya tersendiri. 

peranan yang dimaksudkan adalah pengemis itu sendiri, tanggungjawabnya pula adalah kita. kenapa? sebab tanpa pengemis tiadalah kita beribadah pada Allah SWT. sebab ibadah-ibadah wajib tidak terlalu lengkap, dengan lbocor dan lopong sana dan sini jadi dengan bersedekah sedikit dapat merapati kembali segala kelopongan dan kebocoran ibadah-ibadah wajib. jadi makin jelas bukan apa yang cuba hendak aku sampaikan? selain peranan organisasi-organisasi yang dapat ditubuh untuk membantu orang-orang seperti ini sekaligus membuka ruang kerja kepada kita, nampak tak perkaitan yang terjadi, macam rantai makanan dan siratan makanan yang kau belajar masa darjah empat dulu..segalanya berkait antara satu sama lain.

jadi pengemis itu mengemis bukan kerana dia sendiri mahu begitu tetapi dari sudut hikmahnya itu, banyak yang dapat kita perolehi dari seorang pengemis. aku bukan mahu mengiktiraf profession pengemisan, tetapi aku nak membawa satu paradigma baru dalam cara kita berfikir, selain aku yang semakin hari semakin kenal dengan dunia ini, semakin itu jugak aku tidak tahu apakah benda yang aku tahu tentang dunia ini..semakin kita mendalami hikmah sebuah kejadian, semakin  bertambah misterinya sukar untuk dirungkai. 

dan contoh pengemis ini adalah hanya sekecil-kecil contoh, banyak lagi benda, perkara dan situasi yang boleh kita aplikasikan dalam mendidik emosi supaya sentiasa bertindak positif dalam segala yang dilakukan.

akhir kata, terimalah keadaan sekeliling seperti mana  keadaan sekeliling menerima kamu

Khamis, Disember 15, 2011

Apakah Harga Kehidupan Anda Dalam Sejam?

Assalamualaikum semua..first of all rasa best sangat sebab aku peneka terpantas dan terbetol dalam mainan teka-teka yang dianjur oleh cik fiezah..seronok wei,,thanks again fiezah..tak sabar nak tunggu habuan, tapi sekarang kena fokus dekat final exam dulu..nanti aku pesan dekat ibu suruh simpan dulu adiah tu, jangan bukak sampai aku balik..heheh

okay semalam secara tak sengaja aku macam nak tahu berapa nilai hidup aku dalam sejam dalam matawang ringgit malaysia

korang mesti pernah kan terpikir macam aku..ke tak pernah? ke aku memang pelik punya orang sebab pikir bukan main jauh lagi..okay terus terang aku cakap semenjak aku menjadi mahasiswa dalam 4 tahun ini setiap perbelanjaan tak kira yang datangnya dari mana akan aku catit pengeluarannya berapa banyak.

okay untuk semester kali ini, dari september hingga saat ini yakni 13 minggu sudah aku lalui semester yang serba baru ini..aku kira punya kira nilai kehidupan aku dalam sejam adalah rm1.40...so sehari aku belanja rm33.60, diikuti seminggu rm235.20 dan sebulan rm940.80 dan sekarang ni minggu ke tiga belas semester sudah mencecah rm3057.60


aku rasa begitu...pejadah-pejadah semua ni...dan minggu sehingga tamatnya final exam masih berbaki 5 minggu..dan aku tak sanggup melihat matawang aku mengalir keluar bagai air terjun mencurah-curah ke ladang gandom..

tapi apa kan daya, hidup memang perlukan duit, dan jangan nak tipu diri sendiri dengan mengatakan duit bukanlah segalanya la apa bagai, sanggup meredah lautan api dan segala metafora-metafora cinta kau..dan mulai sekarang cubalah nilai kan jam kehidupan anda..sama ada anda sedar anda seorang yang begitu mementingkan duit atau pon masih kekal dengan hiperbola kehidupan anda itu..huh!!

Isnin, Disember 12, 2011

Andai Keindahan Hati Itu Milikku

Dalam keheningan pancaindera meresapi tingkah dan peri manusia
ramai juga yang terlalu pantas menduga dan memeriksa
fitrah makhluk berakal, mahukan yang terbaik dan terindah
mungkin kesedaran melengkapi keindahan itu tidak terlintas sama
apa yang diharap sering tertindas oleh harapan yang berharap
kamu, sedar kah akan kekurangan yang melengkapi keistimewaan?
makhluk berakal dicipta untuk saling melengkapi,
jadi mengapa terlalu memilih dan mengharap kesempurnaan
jika sempurna itu masih terlalu jauh untuk aku, dan kamu beri pada kamu dan aku?
bangunlah aku, jagalah kamu, tidak semua mimpi itu indah walaupun sering tersenyum dalam lena
kerana realiti alam itu jauh lebih bergelora dari kocakan ombak yang menggila

Ahad, Disember 11, 2011

Ahad Yang Suram

Seakan dapat dibaca gerak naluri ku 
Alam yang didiami sayu menghentak jiwa
Renyai hujan mendeklamasi rentak degup jantung
Mungkin ini hanya retorik emosi
Tapi aku tahu jua apa aku rasakan
Dalam kepingin dekat denganmu
Semakin jauh rasa itu.


Alamku, kenapa kau bicara sunyi,
Kenapa kau meredup hati
Aku bosan rasa begini
Tetapi seronok kerana kau seakan mengerti
Terima kasih Ya Allah kerana masih ku temui hari seperti ini
Kerana ia akan kekal terpatri didalam memori

Selasa, Disember 06, 2011

Kerana Aku Lelaki dan Kau Wanita

Assalamualaikum..

malam tadi ada suatu peristiwa yang sangat mendebarkan bak pelem omputih gua cakap kat lu..gua cakap kat lu sebab gua rasa gua sedang menipu..okay ntah pape..

malam tadi dalam pukul 3 pagi ada awek gegar umah aku..housemate aku yang lain sume dah cuak, apa kes ada orang gegar pintu umah pepagi cam gitu kan?? nak nak wanita pulak yang gegar..actually takdelah gegar sangat..cuma ketuk dengan sopan la..sayup-sayup kedengaran gitu..tu yang masing-masing takut nak bukak.

ni semua cerita dari awek tu tau..sebab aku memang dah tido masa tu, aku tak tau apa yang jadi..awek ni cite kat aku apa yang housemate aku buat tatkala dengar pintu rumah diketuk..kelakar jugak osmet-osmet aku ni..penakut bak kata Yuna..

malam tadi awek sorang ni meranngkap kawan kelas aku, dia pegi berembun dekat kepsi 24jam tu, buat esemen akaun katanya, pastu terjadi sesuatu pada mereka..dalam pada mereka sedang sebok menyiapkan esemen kedengaran wanita menangis teresak-esak, wanita hokkien tu mahu dibawa pulang ke Melaka Raya

so awek yang gegar pintu umah aku tadi bersama dua awek yang lain yang juga merangkap klasmet aku dengan hati penuh berbunga sudi membantu wanita cina ni tadi pulang, tapi dalam masa yang sama berlegar-legar perkara negatif..yela mana tau wanita cina ni tadi berlakon menangis sebab nak culik dorang ke..pura-pura suruh anta ke hape kan..almaklumlah suruh anta kat Melaka Raya..dah kata Melaka Raya, memang tak pernah tahu la kat mana tempat tu..pekerja-pekerja kepsi tu pon cam risau nak melepaskan mereka hanta wanita cina tu..takut terjadi apa-apa.

tu yang sebagai langkah berjaga-jaga mereka terpaksa gegar umah aku panggil aku suruh ikut mereka..teman mereka la..takut-takut diapa-apakan..so dalam erti kata lain aku ni boleh dianggap sebagai penjaga la kan..aku yang dalam keadaan mamai boleh lagi cakap "ala..xyah la anta pompuan tu, biar la dia.." tapi setelah menyedari peranan aku sebagai lelaki, aku pon ikut mereka, teman mereka hanta manusia tu ke Melaka Raya..

yang awek lagi sorang ni pulak boleh pulak buat lawak, dia tanya "Melaka Raya ni dekat Melaka Sentral ke?"..hadoi...kalau kat Melaka Sentral, baik tak payah kau kejut aku dari lamunan..dah sah-sah depan mata je Melaka Sentral ni kan?

pastu tunjuk punya tunjuk arah mana mahu dituju..

la..kat sini je ke Melaka Raya..awat tak cakap area2 DP ke, Banda Hilir ke?? kan senang takdelah mereka cuak sangat tak tahu nak anta kat mana kan, maklumlah kitorang belum sempat nak explore 1 Melaka lagi, baru 3 bulan dekat sini..wanita cina tu suruh drop dkat depan 7E..kemana die selepas tu..wallahualam..

dari cerita yang disampai..wanita cina tu dibuang famili kerana masalah sosial dan sekarang dia takde tempat tinggal bila hotel yang dia diami telah menghalau dia keluar, so dia takde tempat tinggal..sian dier..

moral of the story...fitrah wanita mahukan lelaki menjadi pelindung..so kepada lelaki sekalian..tolong jangan aniaya wanita apa lagi wanita itu merangkap ibu, kakak, adik mahupun isteri kita kelak..peranan dan tanggungjawab kita besar..jangan sia-siakan..jagalah mereka kerana 



Wanita bukan dari tulang ubun ia dicipta
Sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja
Tak juga dari tulang kaki
Kerana nista menjadikannya diinjak dan diperbudak
Tetapi dari rusuk kiri
Dekat ke hati untuk dicintai
Dekat ke tangan untuk dilindungi. 

sama-sama kita menghargai wanita!! 

i love u wanita. X.O.X.O

Rabu, November 30, 2011

Apabila Bicara Ilmu Dikatakan Poyo

Assalamualaikum...hye selamat tengah hari pada semua rakan taulan, aku tahu hari ini hari rabu, so ramai yang menyenyapkan jari-jemari daripada menulis, almaklum wordless wednesday gamaknye..so ada aku kesah, aku tulis ke tak tulis ke post sebijik apa-apa pic sekalipun bukan ada orang bayo aku..tak gitu??

make sure ilmu mendalam baru yakin berbicara

so topik hari ini adalah tentang penerimaan manusia tentang bicara, anda pernah berbicara tentang ilmu dalam situasi dimana bukan berada dalam suasana ilmu, yela maksudnya, kalau kau nak bercakap pasal ilmu dunia ke, ilmu akhirat ke boleh la utarakan dalam kelas-kelas kuliah kau, bukan tengah karaoke ke, masa tengah menyedok lauk kat gerai Mak Temah ke, segala bagai kan??.

aku kadang konfius dengan penerimaan manusia zaman sekarang, nak ditegur atau dibicara takut dikata poyo macam bagus sangat, macam alim sangat, macam hebat sangat!!! tapi nak dibiar, buat sakit hati, tambah dosa tak tegur, dan tambah dosa membenci pulak kan.

sekarang ni aku nak korang abaikan stanza kedua entri ni..aku nak becakap pasal situasi yang sangat umum, apabila nak bercakap dimana-mana sahaja, pernah tak anda diperli sedemikian rupa tak kira lah masa dalam suasana ilmu mahupun tidak kan? kalau tak perli pun, ternampak la memek muka rakan-rakan sekeliling yang macam memperkecilkan suara kita dan sebagainya.

kalau korang pernah rasa, korang persetankan je semua tu, sebab mereka melakukan itu sebab atas dasar setan yang membisikkan ke telinga mereka-mereka itu lah, so sebelum setan, mempersetankan kita, baik kita mempersetankan setan dulu,, boleh??

maaf la agak kasar pula bicara saya pada tengahari yang hening ni..bukan apa kadangkala kita takut bersuara sebab takut dikatakan itu dan ini, berlagak poyo, bagus sangat la tu dan sebagainya tak kurang jugak ada yang cakap, walamak skema giler kau!! wadafak apa kriteria skema pon aku tak tahu so korang-korang yang rasa ingin bicara atau melontarkan sesuatu isu, teruskan tapi niat kena betul la jangan niat macam nak tunjuk bagus depan khalayak, bila kita niat macam tu inshaAllah time tu pun orang sekeliling akan rasa yang kita tengah tunjuk bagus..jadi berhati-hati dengan susun kata, dan keadaan sekeliling supaya tidak mengguris mana-mana pihak.


lagi satu dekat facebook, kalau ada rakan-rakan yang post something pasal agama ke peringatan ke, apa salahnya kita repost balik, ala macam retweet gitu, berkongsi ilmu Allah walaupun satu ayat sangat besar pahalanya tau, jangan pulak ada yang mula berbisik disamping setan yang sedang berbisik jugak "poyonya post pasal agama konon, solat pon tak cukup, ada hati..."...

sekurang-kurangnya dia tambah sedikit pahala, untung-untung orang amal pulak apa yang dia post lagi bertambah la pahala dia kan? kome? dapat apa??

Jumaat, November 18, 2011

Kau Bukan

derita aku
kau apa kesahkan
hati sakitnya aku
bukan pulihkan kau tahu

akunya kejam
persepsi itu membunuh
jelas tentang itu
kerna tak mengerti kau
aku siapa

pohon aku
kau agar berubah kelak
bukan aku kerna terpaksa
hati ikhlas mungkin cuma
kau mengerti kelak jua

Sabtu, November 12, 2011

Jiwa Terindah

dalam kesepian menduga hadapan
tiada sesiapa menoleh menghadap daku
daku keseorangan tiada berbekal
mencari cahaya dalam keterangan

aku tidak pernah mengharap bintang
jika awan pun tidak bisa ku sentuh
aku hanya mahu berteman
mencari sebuah episod bahagia yang utuh
jika tiada lagi halaman pertemuan
aku berdoa agar sentiasa dipermudahkan

sayang, bukan itu yang cuba ku maksudkan
memahamkan pemahaman itu sukar
jika tidak berbekalkan keilmuwan
semoga indah jiwa dalam perpisahan
kerna itu suatu kepastian

Sabtu, Oktober 01, 2011

Aku, Syaitan dan Malaikat

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je
..

Ahad, September 25, 2011

Khamis, September 15, 2011

Atau

keperihalan
 apa
yang
menjengah
jika
selalu
mengecewakan

bukan
mahu 
kegembiraan 
yang
bertimbun-timbun

cuma 
menginginkan
secebis
rasa 
kasih 
dari 
sejuta 
pemberi 
kasih

Selasa, September 13, 2011

Dan....

Dalam pada keindahan direntap jasad perpisahan,
Tidak ada keraguan untuk merindukan,
Disamping kenyataan senantiasa dalam kekeliruan,
Bukanlah kehidupan jika terus membahagiakan

Isnin, September 12, 2011

Dulu-Dulu Masa Teringat

teringat masa dulu-dulu tangan aku dipimpin..
dipimpin melintasi jalan,
dipimpin menaiki bas,
dipimpin masa jalan-jalan pegi shopping,
dan dipimpin arah tujuh

teringat masa dulu-dulu pipi aku dicium..
dicium sebelum pergi ke sekolah,
dicium selepas pulang dari tempat jauh,
dicium sebelum tidur,
dan dicium buat hatiku berbunga-bunga

teringat masa dulu-dulu aku membatu kerana dimarah..
dimarah sebab main kotor,
dimarah sebab pecahkan pinggan
dimarah sebab tumpahkan air
dan dimarah kerana aku disayangi

teringat masa dulu-dulu
semuanya kerana dulu itu sangat bermakna
dan
dulu-dulu buatku teringat
kerana dulu-dulu tidak akan pernah berulang kembali

Sabtu, September 10, 2011

Aku Dah Tua

SELAMAT ULANGTAHUN KE 22 UNTUK DIRI AKU SENDIRI.

HARI INI 12 SYAWAL 1432H ADALAH HARI JADI AKU MENURUT KALENDAR ISLAM

assalamualaikum..korang tau birthday korang dalam tahun hijrah??, pernah cuba ambil tahu tak?? ke buat-buat tak nak tahu?? hehe aku rasa kan kita sebagai umat islam perlu tahu serba sedikit pasal takwim islam ni. kalau anda nak tahu, kalendar islam ni agak pendek tempoh dia, yela bulan Mei lepas harijadi aku yang ke 21,tapi hari ini hari jadi aku yang ke 22. jadi dapat disimpulkan dalam tempoh setahun hari-hari dalam kalendar Masihi itu lebih panjang dari Hijrah.

aku harap lepas ni aku menjadi lebih matang dalam mengendalikan urusan-urusan hidup. 22 dah kot..

Jumaat, September 09, 2011

Allah Sebaik-baik Perancang

Assalamualaikum..salam jumaat..
aku percaya ramai anak muda diluar sana yang punya cita-cita tetapi ramai jugak yang tak punya cita-cita, kalau tanya aku masa kecik dulu memang nak jadi polis lah, bomba lah, cikgu lah..kelaka cam takda kerja lain je kan..yela masa kecik2 dulu tak terdedah lagi dengan computer programmer, chef, pegawai tadbir dan sebagainya..

tapi bila meningkat dewasa pulak, makin tak tahu nak jadi apa walaupun kau dah ada sijil dalam bidang itu, diploma dalam bidang ini mahupun degree dalam bidang sana dan sini, maksudnya disini hati sentiasa tak tetap nak kerja dalam bidang apa, tapi aku percaya selagi kita berusaha untuk mengorak langkah, selagi itu ada sesuatu yang akan kita temui walaupun kadangkala bidang yang kita ceburi itu bukanlah 'taste' kita. jadi aku sangat yakin dengan apa yang jadi atas diri aku kala ini, ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dan tentukan untuk kehidupan aku. sememangnya Allah sebaik-baik perancang dan aku hanya menunggu apa sebenarnya Allah nak bagi dekat aku, tapi ingat jangan hanya mengharap tanpa usaha..yes sekarang aku sangat positif!!

kepada rakan-rakan yang dulunya seperjuangan dengan aku,selamat berjaya tempuhi alam yang lebih mencabar lepas ni..dah nak masuk alam sarjana muda ni mungkin hati dah tetap kan nak jadi apa lepas ni..moga-moga Allah melancarkan perjalanan kehidupan anda..

Khamis, September 08, 2011

Kau Ni Poyo, Konon Baik, Pijak Semut Kau Tak Mati!!!

Assalamualaikum..errr memalam ni ingat nak terus tido jer, tapi tetiba gatal jari nak update blog..

korang kan manusia kan?? pernah tak rasa macam..euuuwww aku menyampah lah tengok kau..cara kau betul-betul buat aku nak menyumpah seranah tahap cinta dewa dewi..pernah tak?..atas alasan yang kadangkala tak masuk akal pun


serius aku pernah!! aku ni senang bersikap skeptik pada orang-orang yang macam "errr ni bukan diri kau ni..aku tau kau cover macam kau bagus"..aku terlalu negatif pasal peribadi seseorang.. bak kata pepatah aku ni suka menilai pada kulit buku, kulit buku nampak kelam je aku tau dalam dia mesti boring macam buku teks sejarah tingkatan 3.

maksudnya disini kenapa ada sikap macam tu yer? tapi alhmdulillah sekarang aku dah sedar, bersikap positif tu lebih baik dan buat diri rasa tenang, tak perlu jeles kan orang lain sebab kau pun manusia biasa, dia pon manusia biasa..apa yang membezakan antara kau dan dia adalah cara pemikiran kerana dewasa kadangkala tak menetukan kematangan seseorang, tetapi minda yang mampu berfikir secara rasional adalah sesuatu yang boleh diperlihatkan pada umum tentang sisi positif dalam diri.

dan sebelum aku tak tahu kemana arah tuju akhir tulisan aku ni..baik aku berhenti sekarang!!

Selasa, September 06, 2011

Korang Dah Kahwin??

Assalamualaikum ya ahli dunya!!
lurus ke titik..tak perlu nak mukadimah panjang lebaq..penat lah tulis panjang-panjang..

apa first impression korang bila mana nampak couple (remaja yang hati naluri korang berkata mereka belum nikah) pegang-pegang tangan, lentok atas bahu, lelap mata sama-sama, kalau sejuk mula berpeluk bagi badan terasa panas..Ya Tuhanku..maafkan aku jika aku tak berdaya menyuruh apa yang Kau suruh..

dont try this if you unmarried

terus terang first impression..errr geli kot... aku rasa macam nak pegi perhambat sekoq-sekoq couple ni..tapi apa kan daya iman aku lemah, nak bukak mulut tanya "korang dah kahwin??" pon aku tak mampu apa lagi nak perhambat kan?? so aku hanya membenci dan aku tahu itu adalah selemah-lemah iman.

aku macam tak faham, nampak macam well educated bebudak ni, tapi kenapa dalam hal ni dorang tewas ek? apa tak belajar ke? mak bapak tak pernah tegur ker? atau ustaz ustazah korang mati sebelum dapat ajar silibus adab-adab pergaulan masa kat sekolah dulu? aku rasa tak mungkin korang tak tahu hukum, okay aku mengaku aku pun bukan baik sangat, kadang tersalam jugak dengan bukan muhrim, sebab aku tak kuat iman bila perempuan hulur tangan untuk bersalam..tak mampu nak menolak tangan-tangan mereka yang terlalu 'mesra'..


itupun aku dah rasa sangat..euuuww geli ambil menggigil peparu dan jejantung aku, apa lagi nak lentok-lentok, pegang sajer2,peluk-peluk..mintak dijauhkan..

aku tak kisah kalau kau nak pegang-pegang dan lentok-lentok dekat dalam umah korang sendiri yang orang lain tak nampak, tapi janganlah depan public..korang buat dosa, orang melihat yang tak mampu nak tegur ni pon dapat dosa la wei..aku merayu la pada korang-korang semua tolong jangan buat dosa dan libatkan manusia yang lain tanggung dosa korang sekali..esok aku kena hambat dengan malaikat tau dak, awat aku tak tegur hang!! so aku merayu lah..kesian pada kami yang tergolong dalam golongan lemah iman ni..

last-last aku pikir positif jer..maybe korang dah kawin..trend kawin muda ni kan dah kembali meningkat kala ini..tak gitu? padahal nak sedapkan hati  jer..

tintatakberdakwat:: lekas-lekaslah kahwin kalau belum tu, mak bapak tak bagi, cakap la "kitorang tak tahan la mak ayah, air dah sampai kepala ni.. mak ayah nak tanggung dosa kami ker?" confirm korang dapat kawin. amacam ada bran??

26 Jam Tak Mandi

Assalamualaikum..salam bape syawal ek arini..jap2..owhh... salam 8 syawal kepada semua pembaca blog kegemaran ramai ni..arini 8 Syawal bermakna lagi 4 hari birthday aku yg ke 22..fulamak tuanya haku...bulan mei lepas baru masuk 21 tetiba 4 hari lagi dah 22..ef yu hej hej hej... pantas, pantas, pantas sungguh masa berlalu..

ermhhh okay alhamdulillah semalam aku dapat isytiharkan diri aku sebagai bekas pelajar UiTM Permatang Pauh, Penang secara rasminya, secara rasmi sebab aku dah pun buat clearance seperti yang dituntut pihak universiti, kalau tak buat tak boleh konvokasi, tapi abang aku cakap dulu dia tak buat pon, dapat jugak konvo..takpa tu rezeki abang aku, tetiba kalau aku tak buat kang, betul2 tak boleh konvo baru padan dengan kepala lutut aku!!


 Bertolak dari KTM Rawang jam 11.45 malam sampai KTM Butterworth jam 6.30 pagi, sampai-sampai dengan langkah yang sungguh cemerlang walaupun dalam keadaan mengantuk, tetiba aku rasa sesuatu yang pelik..argghh tidak aku turun kat mana ni..kenapa macam bukan dekat Butterworth, apa sudah jadi ni..adoyai..ermhh dah tukar stesen rupanya,stesen dulu dah roboh la..sedih wei..sepanjang 3 tahun aku selesa dengan stesen Butterworth yang lama tu tetiba baru beberapa bulan tak balik sana dah berlaku perubahan drastik, sapa tak tersentap!! stesen tu sentimental kot bagi aku, apa la semua benda lama nak roboh, nak tinggal,cukup-cukuplah stesen Tg. Pagar dah tamat perkhidmatannya, ni Butterworth pon sebok nak ikut jejak...

Stesen KTM Butterworth lama - tengah dirobohkan

Baru tapi hanya sementara
 pastu terus memacu ke Depoh Bas Butterworth, ambik bas rapid 702, nostalgik giler kot,3 tahun sebelum ni aku bergelar siswa UiTMPP, guna bas 702 tak pun 701 untuk ke P.Pauh, tapi tadi aku hanya dapat merasa nostalgianya sahaja, memandangkan memang ramai bebudak adek-adek junior aku la kiranya pulang ke kampus, baru habis cuti raya la tu gamaknyer kan, so aku pon follow dorang berlagak macam aku pon student situ. padahal kedatangan aku hanya untuk sementara

dulu dataran ni ada rumput jerr...
sampai-sampai terus pergi Pusat Islam (PI), UiTMPP. tempat dimana paling relevan untuk disinggahi tu sebab aku suka lawat PI, ah kat sini aku pi tukar baju, memandangkan semalam ari isnin so kena pakai baju formal, aku bawak baju formal kot, skema giler kan?? dah bekas pelajar pun still nak ikut rule..yerlaa aku ni memang sukar nak membelakangkan undang-undang..iiikutt je semampu yang boleh even kau bukan budak uitm lagi..fuhh dalam pada itu aku juga terkejut dngan pembaharuan PI..dah ada dataran PI, cantik la jeleszzz..

pastu buat lah apa-apa yang patut, mintak cop sana mintak cop sini..last2 jumpa bendahari, bendaharii..nak mintak sain..bendahari tanya aku, :"ermhhh awak memang takda dikenakan apa-apa saman yer?? dengan bangganya aku menjawab, saya memang tak pernah kena saman la..so adik2 junior, tengok abang sorang ni tak pernah tau, buat masalah time kat kampus dulu, kat mana pun kita just follow the rule, tak payah nak banyak soal, sebab kita kalau masuk kandang kambing kena mengembek kan??





lepas kad matrik aku dicacatkan di pejabat HEA, aku pergi shopping sat, kat mana lagi AEON Seberang Perai lah..fuiyyo berhabis ratusan ringgit untuk 3 barang sahaja..how come?? lepas shopping tu pun ada barang yg tak jumpa lagi kalau jumpa mahu ratusan lagi boleh habis..mentang-mentang dah gaji kau nak peghabih semua kan?? tamak loba toi hang nih!!

tempat selalu shopping time dulu2

apa barang dalam?? rahsier...


lepas shopping terus pegi balik KL naik Transnasional jam 3pm, entah apa hegeh-hegeh sangat hampir 6 jam atas jalan,sebelum ni 4jam je pun dah boleh sampai KL..sampai Pudu Sentral amek LRT ke Bandaraya, pastu Komuter Bank Negara sampai lah umah jam 11.40 hamir-hampir...fuh 26 jam tak mandi kot...

tintatakberdakwat:: selamat tinggal Penang, ta ktau bila nak jumpa hang lagi..segenap perincian pelusuk negerimu ada memori tersendri untuk aku, kalau sekarang nak kumpul ramai-ramai balik dengan kawan-kawan jenjalan satu penang pon dah tak sama dengan memori time menuntut dulu..rinduuunyerr..

bye bye UiTMPP!!

Sabtu, September 03, 2011

Bertuah Kot Jadi Lelaki

Assalamualaikum, salam syawal lima kepada pembaca setia dan pembaca yang sudi singgah baca.

Lelaki pernah tak korang rasa korang bertuah bila jadi lelaki, ke ada yang rasa macam tak suka dijadikan sebagai lelaki..

Kenapa aku cakap kita bertuah jadi lelaki, antara percaya atau tidak:

lelaki tak ramai yang masuk neraka tau kalau nak dibandingkan dengan perempuan tapi tak semestinya kau dan aku terlepas dari neraka kalau perangai kat dunia pun tak semenggah kan? so dalam hal ini perempuan ke lelaki ke ada chance nak masuk neraka, juga ada chance untuk masuk syurga..pilihlah..

pastu kan lelaki tak banyak syarat nak tutup aurat, nak beraya tanpa baju pun boleh tapi dengan syarat atas pusat sampai bawah lutut la kan..bertuah tak??

curlasss perhiasan kepala kau!!

pastu kan lelaki juga tak perlu banyak aksesori macam wanita, kalau nak dibanding lelaki dengan perempuan, mana paling banayak berbelanja masa nak raya, lelaki paling-paling baju melayu, jeans dan t-shirt jer pon dah memadai, tapi perempuan paling-paling mesti nak ada baju kurung, kasut tinggi, tudung Hana T, anting2, brooch, cincin, gelang tangan dan kaki, rantai,,huh serabut!!!

lelaki tak payah susah-susah mengandung walaupun mengandung itu terjadi atas perlakuan kita jugak..bertuah tak?? bertuah tak??
nak jadi melayu ke jepon??

selain itu lelaki tak yah susah-susah nak beranak, sakit woo..yela dah memang kita tak mengandung, mana mungkin beranak kan?? kesian perempuan kan?? bertuah tak kita?? bertuah kan??

tapi kan lelaki, dalam banyak-banyak benda yang kita faham pasal perempuan ni, dan dalam banyak-banyak kebertuahan yang kita dapat dalam hidup ini kenapa masih kita tak memahami perempuan?? kenapa yer?? kita sukar memahami apa kehendak mereka, sakit mereka kurang kita peduli, juga pengorbanan mereka atas kebertuahan yang kita dapat..fikir-fikirkan yer lelaki..

tintatakberdakwat:: dalam proses mengenali perempuan dan wanita

Isnin, Ogos 29, 2011

Debaran Lebaran

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...salam 1 Syawal 1432Hijriah...
apa 1 Syawal?? Alhamdulillah setelah 29 hari kita berpuasa akhirnya kita ketemu dengan hari kejayaan dan kebesaran kita. sedih, hiba dan sayu tu memang perkara biasa bila diri ini dah meningkat dewasa, kalau 10 tahun dulu, bila diumumkan raya je mula la bersorak riang sampai tak ingat dunia, main bunga api warna warni sambil nyanyi lagu Saloma (selamat hari raya) main mercun kebabom kababam sana dan sini, meriah memang tak dapat nak lupa..

tapi lain benar rasanya saat ini, tak ada apa yang nak diseronokkan bila raya diumumkan penyimpan mohor besar raja-raja..bukan setakat tak rasa apa-apa malah rasa sedih lagi ada, yela bila dah dewasa ni rasanya Ramadan tu lebih indah berbanding Syawal..kan? am i right?? entahlah walaupun rasa raya tu aku cuba timbulkan dengan mendengar lagu raya, tapi tak berjaya lah..sayu jiwa tu menguasai diri yang amat sangat..

apa-apa pun raya tetap akan menjelma dan memang dah menjelma pun..dikesempatan ini aku dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, pembaca setia dan yang kurang setia, follower dan seluruh umat islam di dunia ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..jom kita bertakbir...


Ahad, Ogos 28, 2011

Ramadan Mengucapkan Selamat Jalan Manusia

Assalamualaikum dan salam 29 Ramadan pada semua Muslimin seluruh dunia..
InshaAllah kita akan menyambut hari kejayaan kita pada esok hari maksud aku selepas maghrib esok hari kita akan mula bertakbir menandakan tamatnya sudah bulan Ramadan dan tanda datangnya Syawal yang mulia. Alhamdulillah semoga bulan mulia dan bulan rahmat yang akan meninggalkan kita, kita akan terus membawa segala amalan-amalam mahmudah yang telah kita amalkan sepanjang bulan ini, macam tak best je kan kalau kita terus tamatkan amalan setelah tamatnya Ramadan, it was like weird la kan, kalau boleh teruskan lah dengan membaca Al-Quran, pegi surau, bersedekah..inshaAllah sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih baik.

dalam waktu-waktu genting macam ni kadangkala kita ucap selamat jalan ramadan, tapi sebenarnya Ramadan yang perlu ucap selamat jalan pada kita, sebab kita lah yang akan teruskan perjalanan kehidupan ini, adakah kita berjaya meneruskan amalan-amalan pada bulan-bulan yang akan datang, kita yang akan menentukannya disamping terus mengharapkan supaya Allah terus membimbing kita ke jalan yang diredhainya. InshaALLAH..

dalam pada itu, antara anda perasan atau pun anda sedar, setiap tahun pabilanya hadirnya Ramadan, kenapa 29 atau 30 hari itu terasa seperti hanya 29 atau 30 jam..makin lama makin pantas masa berlalu kan..macam tak sempat nak buat semua..mungkin ini hanya alasan seorang yang telah menyesal sebab tidak menggunakan masa yang diberi itu sebaik mungkin..sesungguhnya itu adalah aku..rugi woi rasanya..



Akhir kata, Salam Aidilfitri, lepas ni jom puasa enam pulak..inshaALLAH..

tintatakberdakwat:: malam ni rasa sejuk jer..sesuatukah??

Sabtu, Ogos 27, 2011

Menangis Kerana MatLuthfi

Assalamualaikum...
Memang bukan tujuan aku nak share benda ni dengan sapa2,sebab memang agak terlambat sebab korang ramai yang dah tengok kan? tapi cuma nak nyatakan bahawa pendirian Aku selama ini tentang Malaysia telah diwakilkan oleh seorang yang membawa inspirasi pada seluruh rakyat Malaysia, terima kasih banyak Mat Luthfi dan seluruh rakyat Malaysia yang berpendirian sama tentang kita..Kita Malaysia, tiada beza..we all stand for a better Malaysia..thank you so much!!

Dulu Kalamullah Sekarang Astaghfirullah.....

Assalamualaikum...raya dah dekat kan? puasa dah nak jauh kan?..seperti apa yang kita tahu, Ramadan adalah untuk mentarbiyah hati dan jiwa supaya menjadi muslim yang lebih berkualiti dari segi lahiriah dan batiniah..dan seperi yang kita tengok rancangan-rancangan keagamaan seperti tazkirah ada juga menyebut bahawa bulan ini sebagai bulan untuk melatih diri jauh dari perkara-perkara kemaksiatan (walaupun tak semua yang berjaya melawan nafsu serakah).

tapi apakan daya lepas bulan puasa, bulan raya menjelma..sepanjang bulan raya tu, agak-agak apa yang terhidang di kaca tv yer??..sekarang ni pun dah sebok menjaja apa rancangan menarik aidilfitri kat kaca-kaca televisen negara, rancangan hiburan jangan cakap lah!! almost 2 weeks of Syawal we will fully viewed with those kind of programme yang melalaikan dan merosakkan (terpulang kepada individu untuk menilai)

Mentor Raya

mcam takda motif je kan bulan puasa macam-macam rancangan agama keluar dengan tazkirahnya, kalamullahnya, jejak rasul etc..., malam raya pulak mula sudah adegan-adegan maksiat ditonjolkan tanpa kita sedari..tak caya nanti tengok lah rancangan macam sampaikan raya ke apa bagai, lihat apa artis-artis kita pakai dan buat atas pentas tu...astaghfirullah...

terus terang memang aku pun suka adanya rancangan-rancangan yang dapat meriahkan suasana raya kita..sekali setahun pulak..tak kan nak diamkan diri pulak kan??tapi pihak-pihak stesen tv janganlah terlalu excited membawa adegan-adegan maksiat sempena Syawal yang mulia ni, sikit-sikit ada konsert la, fenomena seni la tiga gegaran la, melodi raya, fuhh raya apa macam (dan-dan semua program tv3)

tinta tak berdakwat:: paling best bila kita mula terconggok depan tv sedang jiran-jiran dan saudara-mara mengharapkan kehadiran kita ke rumah mereka (ala dorang pon terconggok depan tv jugak..apa kesah!!)

Aku Dapat Banyak Kad Raya..Korang Hado??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
dalam zaman serba sosial sekarang ni dengan facebook, blog, twirerr (yuna's pronouncation) dan yang seangkatan dengannya mana mngkin aku dapat mengatasi korang semua dengan menerima sejmlah lebih 30 kad raya yang real bukan yang dalam alam maya tu yer..tak percaya..tengok nih..ni pon baru suku yang aku tunjuk tau
koleksi kad raya
tapi realitinya kad-kad raya ini adalah untuk aidilfitri tahun 2003 hingga 2007, musim klimaks zaman berbalas2 kad raya ini masa aku dalam menengah rendah lah..naik menengah atas, makin kurang, makin kurang dan terus kurang sampai la saat ini langsung aku tak memberi dan menerima kad raya lagi

kalau nak cerita pasal kad raya ni, aku antara manusia yang begitu excited dan adrenalin aku berkecamuk bila nampak kad raya mula dijual..setiap tahun aku akan beli kad raya tapi bukan 3 tahun kebelakangan ini yer..aku mula berhenti membeli kad raya sejak aku melangkah ke universiti. 4 tahun lepas punya kad raya yang belum bertulis pun masih tersimpan rapi.

ni kad raya buatan tangan..excited tak aku??.pakai kertas lukisan je tau..ni masa 2003 ke 2004, ingat nak bagi kat orang yang kita suka, tp xpelah tengoklah sapa yang bakal dapat kad raya paling sentimental aku ni..mungkin akan terus disimpan buat tatapan anak cucu aku nanti,,mungkin..

aku cuma terfikir, apalah rasanya raya tanpa kad raya yang boleh dipegang berbanding kad raya yang sememangnya bukan kad yang hanya boleh ditatap melalui skrin. terus terang aku cakap, makin moden,makin kurang semangat rayanya..mana taknya dah lah mercun, meriam pon dah tak boleh main sekarang ni..kad raya pun makin tersisih. apa lagi warisan raya yang bakal terhapus lepas ni, ketupat, dodol, lemang?? masing-masing dah instant sekarang nih..

sesungguhnya aku akan terus memperjuangkan nasib kad raya yang terus dipinggir dek arus kemodenan yang sekali gus membunuh nilai-nilai sentimental sesebuah kad raya..hidup kad raya !!

"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"...

Khamis, Ogos 25, 2011

Nasib Aidilfitriku

Assalamualaikum...
siapa dekat sini yang sudah menempuhi alam pekerjaan, yela yang terikat dengan jadual yang telah disediakan oleh pihak atasan. mahu tidak mahu kena diturutkan juga, bila sudah berada dalam alam pekerjaan ni rata-rata pihak mesti bersetuju, apalah yang ada pada sebuah aidilfitri jika kita perlu memenuhi tuntutan kerja. terutamanya orang-orang yang bekerja dimana kerjanya adalah untuk memberi perkhidmatan pada orang lain macam polis, doktor tak terkecuali pembantu jualan.


jangan diharap nak dapat cuti dua, tiga mahupun empat Syawal, paling-paling pun satu Syawal tu je la dapat nak rasa berayanya pun. sedih bukan..tapi lagi sedih orang yang terpaksa bertugas sejurus selepas solat sunat aidilfitri, lagi dahsyat rasa kesayuan tu gamaknyer.

tapi tulah dunia kalau tak kerja mahukan dapat beli baju rayanya, bila dah beli bajunya manakan pulak nak dapat menyarungnya lama-lama. yela sarung untuk solat sunat je, pastu pakai uniform kerja balik..sedih betul...

Tinta::Takda Life itu adalah Life sebenar!!





Ahad, Ogos 21, 2011

Lagu Raya Yang Sangat lah........

Assalamualaikum...aku tahu buat masa sekarang ni mesti semua sedang sebok tengah layan lagu raya. macam2 lagu raya yang sangat best untuk dihayati dalam Malaysia ni. Aku rasa orang Arab pun mungkin pelik sebab umat Islam kat Malaysia ni sangat bersemangat nak sambut raya lebih-lebih lagi aidilifitri.

tapi dalam banyak-banyak lagu raya yang korang dengar setiap kali menjelang raya ni pernah tak korang rasa macam nak bagi penampau kat penyanyi-pnyanyi yang nyanyi lagu raya yang langsung tak bunyi raya pada pendengaran korang? bukan tu saja ada jugak artis-artis baru yang buat cover version lagu-lagu asli aidilfitri ni.kau ingat sedap sangat cara pembawakan korang tu. kau pikir kau nyanyi lagi bagus dari penyanyi asal tak pun kau perasan suara kau merdu?

lagu raya paling hampeh
Gema Takbir Di Pagi Raya

versi baru paling sengau
Dendang Perantau

selain tu ada jugak lagu raya yang best walaupun terjadi kekeliruan disitu tatkala mendengarnya..lagu raya ke ni??
Halaman Asmara

sebenarnya banyak lagi lagu raya yang begitu tak seronok dan merosakkan mood raya aku tapi nasib baik aku punya pilihan lain untuk mendengar lagu-lagu yang lagi best..maklumlah kehidupan memang sentisa menuntut untuk kita memilih.





Sabtu, Ogos 20, 2011

Aku Lupa Je Lah

assalamualaikum..
aku sering lupa niat puasa la..dah nak masuk 20 kali puasa untuk ramadan kali ni tapi seingat aku lima kali je aku berniat sahaja aku puasa esok hari di dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

nasib baik aku post entri ni dapat jugak secara tak langsung aku berniat malam-malan macam ni sebelum aku masuk tidur. pastu an aku jugak suka korek hidung dan telinga macam tak ada apa-apa yang berlaku.

tapi bukanla korek bagai nak rak kan..jas macam sipi-sipi je tapi aku rasa masuk jugak la dalm rongga penghiduan dan pendengaran tu. rasa bersalah sangat tapi tulah masa syawal nanti orang puasa enam aku puasa sepuluh atau lebih lagi sebab nak cover balik puasa yang atas pagar tu sebab tak tahu sah ke tidak.
dan dan je masa aku google image cari budak sedang korek idung kat atas ni, imej ni ter'link' ke blog infozi.com dia cakap korek idung tak batal sebab bukan korek sampai 2 inci dalam pun, alhamdulillah puasa enam je lah nampaknya aku...

Rabu, Ogos 17, 2011

Islam Manyak Susah Wooaa!!!

Assalamualaikum, sebelum meneruskan upacara penaipan, aku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entri kali ini. ini realiti kehidupan di Malaysia, jangan ada pihak yang cuba sangkal dan menjadikan entri ni sebagai bahan provokasi. ceh cakap macam blog ko ramai yang baca pulak kan? aku yakin takda siapa yang nak provoke pon..perasan lebih!!

korang semua pernah tak alami situasi dimana seorang non-muslim tanya pasal islam, pasal solat 5 waktu, puasa, Tuhan dan pelbagai lagilah.

macam ada sorang amoi ni tanya aku kenapa ada orang pegi solat pada pukul 6 petang sedangkan azan berkumandang pada jam 4.45 petang. dan aku jelaskanlah pada dia solat boleh dilakukan daripada mula azan yang ini sampai kepada azan yang seterusnya, seperti yang tak dijangka, dia sangat sukar untuk memahami, okay dalam islam ada 5 waktu solat tau dalam sehari, dan dalam setiap kali azan bermakna solat perlu dikerjakan dan tempoh waktu solat itu adalah dari azan yang sekarang ni ke azan yang berikutnya, macam tu lah lebih kurang penyampaian aku kepada dia, tapi bahasaaku tak la seformal macam ni, agak santai sikit, bagi dia senang faham.. dalam pada aku bercakap tadi tu dia mula menggelengkan kepala tanda betapa sukarnya dia nak memahami konsep solat dalam kehidupa muslim seharian,dan akhirnya dia mengutarakan pendapat peribadi dia...manyak susah woaaa!!! agak hampa juga perasaan aku kala itu, bukan hampa sebab dia tak faham konsep solat ini, tapi hampa betapa kerana rendahnya ilmu aku untuk sampaikan kepada dia tentang konsep solat dalam bahasa yang mudah untuk dimengerti. dalam erti kata lain aku gagal untuk memahamkan dia secara total!! sangat hampa kot..

tadi tu isu solat, ni pulak isu Tuhan, mati dan kiblat ketika solat. dalam kisah ini memang dia ni yang selalu membuka bicara, dia bercerita bagaimana kehidupan buddha memberi makanan dan minuman kepada tuhan mereka ketika upacara sembahyang dilakukan, dan seperti budak inoccent aku bertanya, u nampak ke dia makan dan minum makanan yang u bagi pada dia. dia jawab "memang la aku tak nampak, kalau nampak aku pon pengsan". dia cakap macam tu kat aku. tanya la dia kenapa mesti bagi makan pada tuhan, dia cakap entahlah aku pon hanya ikut nenek moyang aku saja.  fine.. itu jawapan yang ko bagi kat aku??


tanya dia jugak lepas mati nanti apa nasib korang ek? dia jawab kalau masa didunia berkelakuan baik dan taat pada agama kitorang akan jadi tuhan, dan kalau jahat kitorang akan jadi hantoooo...woooitt takutnyer...dalam agama buddha tiada konsep syurga dan neraka (seperti yang aku fahamlah berdasarkan apa jawapan yang diberi oleh amoi tu). aku pulak cerita konsep syurga dan neraka pada dia, kalau baik masuk syurga, kalau jahat masuk neraka.. dalam syurga kita boleh mintak apa sahaja, belum kita minta, baru niat pun benda tu dah datang depan kita, aku cakap macam tu lah..dan lagi sekali aku hampa sebab dia buat muka sinis macam cerita aku ni tiada logika la macam tu...haishhh...

pastu dia tanya kenapa orang islam sembahyang mengadap mana-mana saja? dan aku terus menyentap, ish mana adalah. kitorang umat islam seluruh dunia menghadap satu yakni kaabah dekat mekah tu..mekah apa tu mekah? dia tanya..mekah tu kat Arab sana tu aku jawab..haish geografi kau teruk la amoi...hahaha.dia tanya balik .macam mana u tahu u mengadap mekah? aku jawab, tahulah sebab setiap tempat solat seperti surau dan masjid telah ditentukan arahnya menggunakan kompas...owhhh...kali ni aku puas sikitlah sebab dia agak mengerti disitu, tak terpinga-pinga macam isu-isu yang sebelum ni..

sebenarnya ada lagi benda yang dibangkitkan kami berdua, tulah bila dua manusia yang gemar bercakap bertemu ada saja isu yang nak dibangkitkan, dan dari situ aku sangat merasa kerdil, betapa aku hanya muslim pada nama Tidak pada sebenar-benarnya, sebab aku gagal menunjukkan islam itu mudah dan indah. terfikir pula bagaimana nabi kita memperkenalkan islam pada manusia yang langsung tak kenal agama ini,,hebat bukan? sedangkan amoi ni yang hidup berkelilingkan masjid dan umat islam pun dia sukar mengerti dengan jelas, apalagi golongan jahiliah dulu..SubhanAllah


Ahad, Ogos 14, 2011

Aku Yakin Aku Dapat Bertemu Ramadan Lagi

Assalamualaikum..
kenapa aku begitu yakin bahawa aku dapat berjumpa dengan Ramadan yang akan datang,
mana taknya kalau aku rasa ini Ramadan yang terakhir mesti aku berusaha mengabdikan diri pada Allah SWT untuk memohon rahmat yang memang tak dapat nak dibayangkan banyaknya. tapi sehingga kini hampir setengah bulan Ramadan berlangsung aku terus leka dengan urusan duniawi.


entah apa yang aku kejar, aku yakin ianya hanya untuk dunia yang fana ini. terdetik juga mengapa dunia yang fana ini sering memerlukan aku untuk memberi komitmen yang aku rasa aku akan hidup seribu tahun lamanya sedang kehidupan yang abadi di sana kelak aku tak pernah peduli. masa mula-mula Ramadan dulu, aku berbisik alaahh lama lagi, boleh buat amal ibadah lagi, banyak masa lagi la..tapi hingga kini, ramadan yang semakin hampir penamatnya ku rasa semakin jauh ku tinggalkan. kenapa tak ambil peluang masa dan tika ini untuk beribadah sedang aku leka menaip untuk entri yang ke sekian kalinya, apakah ini lebih penting dan barakah dari membuka helaian al-furqan. sungguh ia melalaikan sehingga kita cuba melalaikan ia.

Ya Allah Kau selitkanlah sedikit rasa untuk aku merasakan ini bulan rahmat yang terakhir untukku supaya aku dapat beribadah mengumpul jutaan rahmat yang kau campakkan Ya Allah.. Jangan Kau biarkan diriku terus ditipu oleh dunia yang bakal menjadi debu-debu tatkala Kau mengkehendakinya kerana aku mahu memiliki syurgamu yang abadi dengan membawa timbangan rahmat yang Kau beri dalam bulan ini. Wallahualam