Assalamualaikum, sebelum meneruskan upacara penaipan, aku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entri kali ini. ini realiti kehidupan di Malaysia, jangan ada pihak yang cuba sangkal dan menjadikan entri ni sebagai bahan provokasi. ceh cakap macam blog ko ramai yang baca pulak kan? aku yakin takda siapa yang nak provoke pon..perasan lebih!!
korang semua pernah tak alami situasi dimana seorang non-muslim tanya pasal islam, pasal solat 5 waktu, puasa, Tuhan dan pelbagai lagilah.
macam ada sorang amoi ni tanya aku kenapa ada orang pegi solat pada pukul 6 petang sedangkan azan berkumandang pada jam 4.45 petang. dan aku jelaskanlah pada dia solat boleh dilakukan daripada mula azan yang ini sampai kepada azan yang seterusnya, seperti yang tak dijangka, dia sangat sukar untuk memahami, okay dalam islam ada 5 waktu solat tau dalam sehari, dan dalam setiap kali azan bermakna solat perlu dikerjakan dan tempoh waktu solat itu adalah dari azan yang sekarang ni ke azan yang berikutnya, macam tu lah lebih kurang penyampaian aku kepada dia, tapi bahasaaku tak la seformal macam ni, agak santai sikit, bagi dia senang faham.. dalam pada aku bercakap tadi tu dia mula menggelengkan kepala tanda betapa sukarnya dia nak memahami konsep solat dalam kehidupa muslim seharian,dan akhirnya dia mengutarakan pendapat peribadi dia...manyak susah woaaa!!! agak hampa juga perasaan aku kala itu, bukan hampa sebab dia tak faham konsep solat ini, tapi hampa betapa kerana rendahnya ilmu aku untuk sampaikan kepada dia tentang konsep solat dalam bahasa yang mudah untuk dimengerti. dalam erti kata lain aku gagal untuk memahamkan dia secara total!! sangat hampa kot..
tadi tu isu solat, ni pulak isu Tuhan, mati dan kiblat ketika solat. dalam kisah ini memang dia ni yang selalu membuka bicara, dia bercerita bagaimana kehidupan buddha memberi makanan dan minuman kepada tuhan mereka ketika upacara sembahyang dilakukan, dan seperti budak inoccent aku bertanya, u nampak ke dia makan dan minum makanan yang u bagi pada dia. dia jawab "memang la aku tak nampak, kalau nampak aku pon pengsan". dia cakap macam tu kat aku. tanya la dia kenapa mesti bagi makan pada tuhan, dia cakap entahlah aku pon hanya ikut nenek moyang aku saja. fine.. itu jawapan yang ko bagi kat aku??
tanya dia jugak lepas mati nanti apa nasib korang ek? dia jawab kalau masa didunia berkelakuan baik dan taat pada agama kitorang akan jadi tuhan, dan kalau jahat kitorang akan jadi hantoooo...woooitt takutnyer...dalam agama buddha tiada konsep syurga dan neraka (seperti yang aku fahamlah berdasarkan apa jawapan yang diberi oleh amoi tu). aku pulak cerita konsep syurga dan neraka pada dia, kalau baik masuk syurga, kalau jahat masuk neraka.. dalam syurga kita boleh mintak apa sahaja, belum kita minta, baru niat pun benda tu dah datang depan kita, aku cakap macam tu lah..dan lagi sekali aku hampa sebab dia buat muka sinis macam cerita aku ni tiada logika la macam tu...haishhh...
pastu dia tanya kenapa orang islam sembahyang mengadap mana-mana saja? dan aku terus menyentap, ish mana adalah. kitorang umat islam seluruh dunia menghadap satu yakni kaabah dekat mekah tu..mekah apa tu mekah? dia tanya..mekah tu kat Arab sana tu aku jawab..haish geografi kau teruk la amoi...hahaha.dia tanya balik .macam mana u tahu u mengadap mekah? aku jawab, tahulah sebab setiap tempat solat seperti surau dan masjid telah ditentukan arahnya menggunakan kompas...owhhh...kali ni aku puas sikitlah sebab dia agak mengerti disitu, tak terpinga-pinga macam isu-isu yang sebelum ni..
sebenarnya ada lagi benda yang dibangkitkan kami berdua, tulah bila dua manusia yang gemar bercakap bertemu ada saja isu yang nak dibangkitkan, dan dari situ aku sangat merasa kerdil, betapa aku hanya muslim pada nama Tidak pada sebenar-benarnya, sebab aku gagal menunjukkan islam itu mudah dan indah. terfikir pula bagaimana nabi kita memperkenalkan islam pada manusia yang langsung tak kenal agama ini,,hebat bukan? sedangkan amoi ni yang hidup berkelilingkan masjid dan umat islam pun dia sukar mengerti dengan jelas, apalagi golongan jahiliah dulu..SubhanAllah
nice sharing....huh...maknanya banyak lagi ilmu islam yang perlu kita perkukuhkn dalam diri supaya dapat disampaikan dengan baik kepada orang lain...(^_^)...
BalasPadamerrkk..aku tak komen lg ke or ko simpan komen aku?rasenye da komen aritu..cis la internet ni..
BalasPadambtw siyes aku pon bnyk kali jadi cmni.kalo berdebat ngn kawan christian aku tu mmg kadang2 aku pon tak tahu nk jawab camne nk bg dorang paham..tak berhikmah kn kite sbgai muslim tak mmpu nk bg dorang paham betape senangnye islam ni.