assalamualaikum..semoga kita masih bertenaga untuk mnjalani ibadah puasa yang merupakan satu ujian terbesar untuk kita yang tak pernah merasa lapar. maklumlah rakyat Malaysia majoritinya langsung tak pernah rasa lapar sepanjang 11 bulan dalam setahun..baru 1 bulan ni jelah kita diuji, tu pun ada yang yg curik curik minum air dlm bilik air..ooppss macam ada pengalaman jer..hahaha alhamdulillah setakat ni tak pernah pulak buat macam tu.
okay aku nak cerita pasal bahagian seterusnya dalam memori ramadan aku..ha mengapa tetiba je dri bahagian 1 melompat ke bahagian 3 dan 5 kan? yela Ramadan hadir masa aku dalam semester 1,3 dan 5..so next part is when im in semester 3 and 5
okay start je semester 3 aku dah di 'buang' dari kolej, kena merempat kat mana2 la..alhamdulillah aku ada rakan-rakan yang sedia ada merempat kt luar terlebih dahulu, so untuk sem 3 aku menumpang merempat dengan dorang la..xdalah merempat mana..menyewa la dekat Pangsapuri Pauh Damai, yeke pangsapuri?? nama tempat macam gah je kan?
bila tiba Ramadan kitorang akan bangun sahur dan bersahur berjemaah sambil menonton ulangan Nur Kasih..bila dah dok umah sewa xkan semua benda nak beli siap jugak kan..so kitorang masak la something untuk dijadikan juadah bersahur..masak takdala kelentang kelenting kelentang kelenting pagi2 buta tu kan..duduk dekat pangsapuri yang atas bawah kiri kanan ada umat manusia ni risau jugak kalau nak buat bising..so kitorang akan masak sebelum tidur la..masak apa? sup ayam, tom yam, mee rebus, pucuk paku masak lemak, ikan goreng berempah memang xpernah ada dalam menu harian la..apa ingat kitorang ni rajin sangat ke? boleh dikata nasi goreng adalah menu harian untuk bersahur, kalau ada rezeki lebih dapatla jamah roti gardenia celup nescafe..ermhh tp kitorang sangat hepi tau dgn kehidupan mcm ni.. so simple...
bila time berbuka pulak perkataan so simple yg dh dipraktikkan masa bersahur tidak lagi mnjadi buah mulut..yela kalau nak berbuka tu memang macam2 nak dibeli, lagi2 dah duduk kat luar, bazaar ramadan dalam beberapa langkah je kan..boleh kata pangsapuri pauh damai tu dalam kawasan segi empat emas bazaar ramadan la..apa tidaknya kat sebelah barat laut dia ada bazaar ramadan termasyhur sekali yakni dekat Masjid Bandar PERDA, kat sebelah tenggara pulak ada bazaar ramadan kt kawasan perumahan Pauh Indah, pastu dekat sebelah timur laut dia pulak ada bazaar dekat Masjid Jalan Baru dan sebelah utagha dia ada beberapa kedai kecil, nak dipanggil bazaar pun macam masuk tak masuk jer yakni dekat dengan Kolej Mutiara.. so no wonder la bila time berbuka tu macam2 juadah yang nak dibeli kan. smua tu nafsu kot..tapi as long kitorang hepi itu cukup memadai..yela bebudak culinary ni memang pantang nampak makanan..ada je benda yang nak cuba ditelan
itu belum campur lagi makanan yg kitorang buat masa dalam kelas praktikal memasak..untuk part 3 memang kitorang ada dua shift memasak hari ini kelas kitorang masak esok kelas sebelah memasak esok lagi kelas yg tak berapa nak sebelah pulak memasak..dalam umah kitorang ni kira ada wakil untuk 3 kelas yg berbeza la so memang heaven bila dalam seminggu ada 3 kali makanan yang akan dibawa pulang, 3 kali okay bukan 3 jenis, dalam sekali tu ada la beberapa jenis yg akan dibawa pulang ikut rezeki masing2..pastu time tu mula la mengata kelas masing2..euuww ni yang dorang masak..keras macam batu je, baling anjing boleh mati ni..ermhh biasala bila masing2 dh buka pendapat sendiri kan? tp takpela nama pun student, belajar dri kutukan org tu mmg perlu...ambil kau pecah tembelang sudah aku mengata kelas kau..tapi takpa sebab aku tau kau pun mengutuk kelas aku..har har har har...yg penting semua pun dah berlalu kan..
tula serba sedikit detik Ramadan aku sepanjang bergelar pelajar diploma..akhir kata aku rindu nak jalani benda tu semua balik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya