Isnin, Ogos 08, 2011

Senyum Pon Salah

Assalamualaikum
aku nak mulakan hari selepas hari minggu ini untuk isu terbaru untuk blog ini. isu yang menyingkap tentang perihal positif yang dilihat negatif bagi sesetengah pihak. isu ini disebut ApaPunTakBoleh, dan aku hanya mula tertarik untuk mengetengahkan isu ini selepas apa yang terjadi kelmarin

"kau sepatutnya kurangkan senyum lah, kau ni asek senyum jer..bla bla bla..." dan aku pun gelak dan individu lain menyapa "sapa suruh kau gelak??"

wat da issue is this??

aku mula berfikir, dunia ni dah nyanyok atau aku yang diangap kurang siuman??
persoalan ini sering berlegar dalam minda apabila senyum tidak lagi diangap sebagai tanda kemesraan antara individu dalam dunia yang kurang siuman kala ini.

hanya ada beberapa sebab mengapa aku sering tersenyum; aku senyum sebab aku takut orang kata aku sombong, nak elak orang kata aku ni moody memanjang, nak jauhkan diri dari sifat takabbur, bongkak mahupun hidung tinggi (walau hakikatnya memang aku mempunyai hidung yang agak gemilang ketinggiannya), mengguna pakai apa yang Rasulullah sarankan, dan paling penting supaya orang rasa selesa dengan aku.


tapi peristiwa kelmarin sangat menjengkelkan bagi aku apabila ada individu yang menegur aku sebab aku terlalu kerap senyum, dalam isu sekarang mungkin aku yang dilihat negatif kerana terlalu negatif dengan kenyataan individu tersebut, tetapi isu senyum ini memang meremangkan nafsu amarah aku dalam bulan mulia ni.

aku tak tahu pulak selama ni orang akan rasa 'offended' bila aku kerap senyum dan paling merisaukan aku jika ada yang 'annoying' bila aku tersenyum. aku rasa sangat terhina. yela sangat  tidak munasabah untuk mempertikaikan senyuman seseorang lebih-lebih lagi bila kita ikhlas mengukirnya pada wajah. kau ingat senang nak tersenyum sentiasa dalam keadaan kita penat bekerja dalam bulan puasa ni. sangat WTF 4686 (no plat kegheta).

dalam pada itu ak juga terfikir mungkin individu tersebut rasa terhina bila aku beri senyuman sedangkan dia mahukan aku bertindak seperti dia yang sentiasa moody dan berpura-pura okay bila orang bertanya "kau okay ke tak ni?.."

apakah dunia ini sudah tidak munasabah untuk dihuni oleh orang-orang yang suka senyum atau kau yang patut keluar dari dunia yang kau hukum atas senyuman orang lain ini. sebab kau seorang aku rasa macam dunia ni tidak adil.

akhir kata senyumlah sentiasa walau apa pun yang orang akan tafsir dan kata. ApaPunTakBoleh

4 ulasan:

  1. kene tegur sebab selalu sgt senyum!!!...
    ish ish ish...
    fire je balek mamat tu.... >,< pfft


    Acapsuur: snap dan snap dan snap dan kongsi... ;)

    BalasPadam
  2. uittt...spe la k tego ko senyum???hihi

    BalasPadam
  3. apa nak masalah pulaknya kalau orang senyum. aneh btol -.-'

    BalasPadam
  4. sabar je lah shafiq...manusia x semuanye perfect tok menilai keikhlasan seseorang...mereka yg mcm tu sbnarnye x tahu yg mana baik n buruk...jgn amik pusing sgt k...biarkan mereka tok berkata apa pun jnji kita ikhlas melakukannya...itu dah cukup...^__^

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya