Jumaat, Jun 15, 2012

Bubye

image

Hye entahlah, tajuk entri dan pic tidak menggambarkan apa-apa. 
just nak post something yang aku sendiri tak tahu kenapa aku post benda nih. 
unconscious mind aku bertindak macam ni kot.  
wat ever lah!! no one care. 
just pray for me please, for my upcoming final exam.

kepada yang konon-konon rindu, terima kasih sajalah
pffftt!! aku perasan lagi
tak bernafsu langsung aku nak berblog buat masa sekarang
so bubye!!

Rabu, Jun 06, 2012

Hadis Mengenai Sahabat

Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

(Hadis riwayat al-Hakim)


Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda :
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."

(Hadis riwayat Muslim)


"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."

(Hadis riwayat Abu Daud).


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."



"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."