Selasa, Julai 15, 2014

Belum Berakhir Segalanya

Jika direnung lama-lama perjalanan ini terlalu sukar buat aku melupakan setiap detiknya
Terlalu banyak peristiwa dan cerita suka duka tangis dan tawa yang mengisi ruang ini
Satu demi satu peringkat aku tuju, satu demi satu jua peringkat aku tinggalkan
Hari ini mungkin hari terakhir aku bersama-sama mereka sahabat seperjuangan
Seperjuangan dalam menuntut ilmu, seperjuangan jua dalam melaksanakan gerak kerja

Jika diperhati lama-lama perjalanan ini aku seakan tiada percaya aku mampu laluinya
Semua manusia tiada pernah tahu kelebihan mereka melainkan mereka yang laluinya
Dan demi sesungguhnya segala kekuatan dan daya yang ada hadir kerana Allah
Bukan sesuatu yang terdaya untuk kita berjalan tanpa keizinan Yang Maha Esa

Selamat menempuhi dunia baru selepas ini wahai diri, 
tiada lagi lelah mentelaah ilmu hanya demi sebuah peperiksaan