Rabu, Ogos 20, 2014

Cerita Tamat Zaman 'Bachelor'

Alhamdulillah berkat doa keluarga dan sahabat akhirnya berjaya untuk sampai ke garisan penamat, menamatkan zaman 'bujang' adalah sesuatu yang diimpikan ramai orang. Terlalu banyak mehnah dan tribulasi sepanjang bersama 'dia' dan akhirnya terungkai sudah segalanya.

Kepada teman sesungguhnya kejayaanku memilikinya adalah berkat usaha kalian juga yang selalu membantu aku dalam pelbagai perkara tidak kira dalam soal gerak kerja mahupun soal dimana aku mahu mendapatkan kekuatan menghadapinya. Doa kalian senantiasa ingin aku tagih selepas ini kerana aku tahu doa doa kalianlah yang membawa aku ke mercu kejayaan

Salam Cinta buat kamu teman, doakan aku bertapak kemas dalam arena berbeza sebagai pekerja lepas ni, zaman belajar tamat buat masa ni..InshaAllah bakal kembali memegang title itu jika ada rezeki 

Selasa, Julai 15, 2014

Belum Berakhir Segalanya

Jika direnung lama-lama perjalanan ini terlalu sukar buat aku melupakan setiap detiknya
Terlalu banyak peristiwa dan cerita suka duka tangis dan tawa yang mengisi ruang ini
Satu demi satu peringkat aku tuju, satu demi satu jua peringkat aku tinggalkan
Hari ini mungkin hari terakhir aku bersama-sama mereka sahabat seperjuangan
Seperjuangan dalam menuntut ilmu, seperjuangan jua dalam melaksanakan gerak kerja

Jika diperhati lama-lama perjalanan ini aku seakan tiada percaya aku mampu laluinya
Semua manusia tiada pernah tahu kelebihan mereka melainkan mereka yang laluinya
Dan demi sesungguhnya segala kekuatan dan daya yang ada hadir kerana Allah
Bukan sesuatu yang terdaya untuk kita berjalan tanpa keizinan Yang Maha Esa

Selamat menempuhi dunia baru selepas ini wahai diri, 
tiada lagi lelah mentelaah ilmu hanya demi sebuah peperiksaan


Khamis, Jun 26, 2014

Ujian Itu Cinta

Lihatlah kecintaan itu dengan kaca mata jiwa
kecintaan yang akan membahagiakan
setiap gerak geri dan perilaku jasad
menanam syukur atas segala nikmat

Ujian untuk dunia itu juga Cinta
yang memungkinkan untuk kita berusaha
dalam mengenali kekuatan dan ketabahan diri
untuk kita selalu dekat pada Ilahi

segala kesusahan dan kepayahan
tagihlah kekuatan itu dari Dia
hanya bersandarkan padaNya
jiwa jiwa akan kembali bahagia

wahai jasad yang bernyawa kerana CintaNya
berilah peluang untuk kau balas segala jerit perih orang tua
penuhilah cita-cita mereka
kerana syurga ada dibawah kaki mereka


Ahad, Mei 18, 2014

Kerana Cinta Ada Dalam Dirimu

Suatu hari kau datang bertemu aku
seperti biasa memang aku rasakan bahagia
bila bersamamu, aku bahagia bukan kepalang
bahagia yang sebenar-benar bahagia
seumpama berjumpa dengan kekasih hati

kau datang bukan untuk sia-sia
kau datang mengisi jiwa
kau datang memberikan rasa
kau juga datang menanamkan cinta

sebelum kau berkata pertemuan kita adalah ketentuan yang Esa
aku sudah dulu merasainya sewaktu pertama kali kita bersua
seperti biasa firasat aku kerap kali benar belaka
kau kini jadi sahabatku yang paling akrab didunia

sahabatku yang tak jemu menasihatiku
kau membimbingku ke jalan yag tidak pernah aku tahu
aku tak malu untuk mengaku
yang aku sayangkan kamu
wahai sahabatku

demi Allah aku mahu persahabatan ini kekal
aku mahu bimbingan kau terus
kerana aku percaya Allah hadirkan kamu
adalah sebagai wasilah
untuk aku lebih mencintai Rasul dan Tuhanku
terima kasih sahabatku
walau kini kau tiada lagi dihadapanku selalu

(27 Mei 2013)

Jumaat, Mei 16, 2014

Wajah

mengapa sakit jika kau yakin ini jalan bahagia
mengapa sebak jika kau tahu ini bukan pengakhirannya
mengapa persoal jika ini adalah ketentuanNya

kamu yang ditarbiyyah sepatutnya mengerti
jalan juang ini bukan boleh dihindari
kerana kau sudah berjanji pada diri
untuk kekal dijalan ini sehingga mati

wahai pembakar semangat yang jauh
wajah-wajahmu mungkin tiada lagi untuk disentuh
pengubat sakit jua penyembuh
namun jiwamu kekal meresapinya ke dalam tubuh
kerana ukhuwah ini tersangatlah utuh

doakan aku kekal dalam jalan ini
haluan tersedia untuk aku isi
terima kasih daun keladi
ada nyawa aku pasti jumpa kalian lagi
kerana aku terlalu rindu terlalu sayang akan keindahan ini

(27 Januari 2014)

Ahad, Mei 04, 2014

Menjiwai Tauhid

dalam setiap hela nafas ini
dalam setiap kerdipan mata ini
dalam setiap kumat kamit bibir ini
dalam setiap deru darah ini
dalam setiap gerak jari ini
dalam setiap bicara, dengar, hidu, rasa ini
segalanya kerana kasih sayangmu Ya Rabbi

aku tidak mampu membalasnya
dengan apa cara sekalipun ya Allah
malah aku tidak mampu membalasnya
dengan segala ibadahku ya Rahman
walau sejuta tahun kau beri masa jua
nescaya nikmatMu tidak pernah dapat ku balas

aku hambaMU yang fakir
aku tiada punya apa-apa
yang punya sifat kesempurnaan,
itu hanya Engkau Yaa Rahim
Mohon Kau jauhkan aku dari sifat takbur dan ujub
kerana aku tidak mampu menahan azab siksa dariMu

Khamis, Mei 01, 2014

Datang Lagi

Lima datang lagi
kadang tersenyum suka
kadang tercarik duka
bila umur bakal bertambah

setiap hari yang dilalui
sebenarnya umur jua telah habis
cuma sedar bila tiba tarikh lahir
tiada yang berubah

umur yang banyak bukan tanda apa-apa
melainkan tua fizikal yang Allah hendak beri
emosi, perilaku, pandangan dan pengalaman
bukan tertakluk pada berapa banyak umur itu
apalagi sebuah amalan
memperbaiki hubungan
dengan Tuhan

tiada guna aku hidup dengan berapa banyak umurku
andai redha Allah tidak aku kecap
andai kasih sayangNya tidak aku hargai
hanyalah sia-sia umurku sia-sia

terkadang diri ini penat 
kerana akal kurang berfikir secara ilmiah
kerana gagal mentafsir persekitaran dengan gagah
kerana selalu terasa diri ini lemah
tiada sesiapa yang tampil membahagia
walaupun diri ini sentiasa cuba memberi bahagia

Allahuakbar,
apalah ada pada makhluk ya Allah
Kau sudah cukup membahagiakan
makhluk yang cacat sana sini
apalah yang aku harapkan sangat dari mereka
hanya padaMu sepatutnya aku berasa cukup
keranaMu aku masih lagi hidup

aku yang dulu bukan yang sekarang ya Rabbi
tolong bangunkan aku sebelum aku lena lagi
lena yang dululah yang buat cacat memoriku sekarang
aku tak mahu memori dulu kembali
Kau pandulah aku dengan cahaya kasihMu
kerana aku buta ya Allah.
pandu aku ya Rahman.

Selasa, April 29, 2014

Malu

dalam setiap hela nafas ini
dalam setiap kerdipan mata ini
dalam setiap kumat kamit bibir ini
dalam setiap deru darah ini
dalam setiap gerak jari ini
dalam setiap bicara, dengar, hidu, rasa ini
segalanya kerana kasih sayangmu Ya Rabbi

aku tidak mampu membalasnya
dengan apa cara sekalipun ya Allah
malah aku tidak mampu membalasnya
dengan segala ibadahku ya Rahman
walau sejuta tahun kau beri masa jua
nescaya nikmatMu tidak pernah dapat ku balas

aku hambaMU yang fakir
aku tiada punya apa-apa
yang punya sifat kesempurnaan
itu hanya Engkau Yaa Rahim
Mohon Kau jauhkan aku dari sifat takbur dan ujub
kerana aku tidak mampu menahan azab siksa dariMu

Rabu, April 16, 2014

Bila Banyak Suka

bila jiwa kita banyak suka, kita lupa pada sengsara
mungkin lupa pada sengsara yang dihadapai diri
namun adalah parah untuk lupa pada sengsara manusia lain

Allahuakbar yang maha kasih yang maha sayang pada hambaNya
disaat aku bersuka dan bergelak tawa
ada insan yang sedang derita
ada insan yang sedang dicengkam duka
ada insan yang sedang dipijak si durjana

Allah jua dengan kekasihMu Muhammad
aku tahu aku selalu lalai dalam mentafsir matlamat hidup didunia
terkadang aku sedar terkadang aku alpa
kerana aku kurang mengingatiMu
kerana aku kerang kasih pada kekasihMu

sesungguhnya aku hamba yang sering leka
iman didada tidak pernah tetap untuk teguh
terpengaruh dengan nafsu yang dusta
kerana seronok sementara yang cuba aku cipta

ya Allah ya Rahman
aku malu padaMu ya Allah
aku yakin kewujudanmu melihat tingkahku
namun aku tidak takut akan Mu
aku tidak takut akan azabMU

Allah, kau bunuhlah aku saat iman aku tinggi ya Allah
tariklah nyawaku ketika aku sedang beramal ya Allah
kau bawa rohku terbang tika aku sedang melakukan kebaikan ya Allah
kerana aku malu andai aku pergi ketika aku leka
ketika aku suka memuaskan nafsu yang tiada tara

ampunkan aku kerana meminta yang bukan bukan
seperti mahu menipu dunia sekeliling
mahu menunjuk mati dalam keadaan baik
namun tika hidup banyak masa dihabiskan dengan perkara durjana

Allahu Allah
maafkan aku

Selasa, April 15, 2014

Serikandi Cintaku


andai bicara ini hanya fantasi, 
aku bermohon ampun jua maaf darimu
andai sarang hatiku hanya memikirkan kamu, 
aku jua bermohon ampun darimu

wahai serikandi cintaku, 
aku tidak tahu siapa dirimu
aku tidak tahu kapan mungkin aku memilikimu
sumpah aku tidak tahu siapa kamu 
yang sering berlegar dalam benakku

aku terasa bahagia bila memikirkan masa depan
namun aku tidak tahu gerangan siapa yang buat aku bahagia
kerana serikandiku masih bersembunyi disebalik gelapan
yang hanya mampu diterangi oleh aku sang pemilik cahaya

istikharah cintaku buat kamu wahai rahsia
aku pasti aku akan bersyukur walau siapa jua kamu
kerana Allah tetap akan menjodohkan aku
dengan serikandi cintaku yang aku telah jumpa
kerana sejak azali nama kita dibicara


Rabu, Februari 19, 2014

Upload Gambar dalam IG pun kena ada cara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

salawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, juga buat isteri-isteri baginda, dan para sahabat baginda. alhamdulillah terasa ada topik yang sedang menyinggah didalam benak fikirku, jadi sebelum ia luput marilah saya berkongsi sedikit.

sekarang ni ramai lihat benda remeh itu terlalu ringan, tapi bagi aku ia sangat penting sebab kalau kita terlepas pandang benda-benda remeh macam ni, takut kita dapat saham ke neraka nanti. sekarang ni ramai dari kita suka upload gambar dekat sosial media kan termasuk FB, IG, Twitter, Blog. adakala gambar yang kita masukkan adalah gambar kita sendiri juga gambar kawan-kawan.

hihi mesti dah ada yang dapat tangkap aku nak cakap pasal apa kan. okay betul tu aku nak cakap yang kita perlu sangat berhati-hati dalam memasukkan gambar orang-orang yang kita sayang ni dalam sosial media sebab sekali masuk kita akan turut dapat sahamnya.

contoh kalau kita masukkan gambar kawan kita pakai seluar pendek atas lutut, tak pakai hijab, pakai baju ketat juga lengan pendek secara langsung kita dapat saham dosa sebab kita bagi kawan-kawan kita yang lain lihat aurat mereka.

bukan itu sahaja, kalau kita like gambar mereka yang tak tutup aurat dengan sempurna ni pun secara tak langsung kita dah share gambar tersebut kepada kawan-kawan kita yang lain yang-tak-fren-dan-tak-follow-pon kawan kita tu. yela macam dekat IG kalau kita like gambar terus dia keluar kat 'news' kita yang mana kawan-kawan kita yang lain boleh lihat apa gambar yang kita like

jangan upload gambar cekci tau


jadi antara tips yang aku buat adalah
1) tidak upload gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna
2) tidak like gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna
3) tidak like gambar lelaki perempuan bukan muhrim tak jaga ikhtilat

benda ni memang nampak kecil dan remeh, tapi kita tak tahu perbuatan kita yang manakah yang akan membawa kita ke neraka..boleh jadi sebab benda-benda kecil macam ni kan...who knows? Allah knows :)



Rabu, Februari 12, 2014

Istiqamah

bukan mudah untuk berjalan atas dunia ini dengan niat yang murni
bukan mudah betulkan niat untuk terus juga diaplikasi
bukan selalu apa yang kita ketahui baik, kita perolehi
bukan selalu apa yang kita buat akan dipandang elok oleh manusiawi

dunia sekarang penuh fitnah, baik fitnah yang orang lain cipta,
apa lagi fitnah yang datangya dari kita sendiri
ramai yang tidak sedar akan fitnah itu selalunya diri sendiri yang cipta

nak kekal istiqamah dalam melakukan amal kebajikan pun boleh ditohmah
apa lagi amal keburukan yang kita perbuat

jadi disini aku mahu bagitahu kalian bahawa, sekali kita rasa kita nak berhijrah
sekali tu lah kau cuba kekal istiqamah buat amal kebaikan
selalu pinta pada yang Esa untuk kau terus tinggalkan amalan kejahilan kau sebelum ni

semua kita perlu kembali pada fitrah
fitrah yang mana hidup ini tak lari dari merasakan adanya Tuhan
dimana satu masa kepada Tuhan jua kita ditempatkan

wallahualam

Jumaat, Januari 24, 2014

Tertinggal

Assalamualaikum wbt,

first posting dalam tahun baru, masih tak terlambat untuk ucapkan salam kasih sayang buat junjungan besar Rasulullah saw, baginda kekasih Allah jua kekasih kita para umat baginda, Salam Maulidur Rasul buat semua. alhamdulillah sepanjang aku jarang jarang update belog ni hidup aku makin terasa bahagia, walaupun penat dengan pelbagai aktviti sepanjang berada di kampus tetapi perasaan gembira itu terlebih dahulu menerjah ke dalam jiwa.

posting ni aku keluarkan sebab aku memang terasa nak menulis sebab terlalu lama aku tidak berkongsi rasa disini. hanya mesej ringkas untuk para sahabat aku yang terlalu aku rindu, setiap detik aku teringatkan kamu semua. aku kenal kamu terlalu singkat tetapi ia terlalu berharga untuk aku lepaskan dari kotak fikir ini.

sahabatku semua, aku minta maaf andai rasa rindu dan cinta ini terlalu besar untuk aku luahkan, aku tidak tahu bagaimana mahu diekspresikan rasa ini, aku rindu bicara cintamu, aku rindu tingkah lakumu, aku rindu semuanya tentang kamu semua. dalam setiap tingkah kamu, semuanya hampir sempurna untuk aku rangkumkan menjadi satu keindahan.

ya Allah aku bersyukur Kau kurniakan sebuah persahabatan yang sangat indah buat diri aku. inilah sebuah talian yang aku perlukan sepanjang hidupku, sebuah cerita indah yang aku impikan dalam setiap doaku. kini Kau sudah kabulkan permintaan aku, aku amat berharap agar aku terus mendalami kisah indah ini, bimbinglah aku agar tidak tersasar daripada jalanMu ini.