Rabu, Februari 19, 2014

Upload Gambar dalam IG pun kena ada cara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

salawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, juga buat isteri-isteri baginda, dan para sahabat baginda. alhamdulillah terasa ada topik yang sedang menyinggah didalam benak fikirku, jadi sebelum ia luput marilah saya berkongsi sedikit.

sekarang ni ramai lihat benda remeh itu terlalu ringan, tapi bagi aku ia sangat penting sebab kalau kita terlepas pandang benda-benda remeh macam ni, takut kita dapat saham ke neraka nanti. sekarang ni ramai dari kita suka upload gambar dekat sosial media kan termasuk FB, IG, Twitter, Blog. adakala gambar yang kita masukkan adalah gambar kita sendiri juga gambar kawan-kawan.

hihi mesti dah ada yang dapat tangkap aku nak cakap pasal apa kan. okay betul tu aku nak cakap yang kita perlu sangat berhati-hati dalam memasukkan gambar orang-orang yang kita sayang ni dalam sosial media sebab sekali masuk kita akan turut dapat sahamnya.

contoh kalau kita masukkan gambar kawan kita pakai seluar pendek atas lutut, tak pakai hijab, pakai baju ketat juga lengan pendek secara langsung kita dapat saham dosa sebab kita bagi kawan-kawan kita yang lain lihat aurat mereka.

bukan itu sahaja, kalau kita like gambar mereka yang tak tutup aurat dengan sempurna ni pun secara tak langsung kita dah share gambar tersebut kepada kawan-kawan kita yang lain yang-tak-fren-dan-tak-follow-pon kawan kita tu. yela macam dekat IG kalau kita like gambar terus dia keluar kat 'news' kita yang mana kawan-kawan kita yang lain boleh lihat apa gambar yang kita like

jangan upload gambar cekci tau


jadi antara tips yang aku buat adalah
1) tidak upload gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna
2) tidak like gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna
3) tidak like gambar lelaki perempuan bukan muhrim tak jaga ikhtilat

benda ni memang nampak kecil dan remeh, tapi kita tak tahu perbuatan kita yang manakah yang akan membawa kita ke neraka..boleh jadi sebab benda-benda kecil macam ni kan...who knows? Allah knows :)



4 ulasan:

  1. salam,

    betul tu! kdg2 serba slh dibuatnya bila nak upload gambar2 yg x menutup aurat ni... klu sy selalunya rakan perempuan tk pakai stoking or nampak lengan sebab lengan baju terjatuh huhu... terpaksa crop yg patut huhu...

    BalasPadam
  2. salam..
    saya setuju..tambah skrg zman berselfie ..smuanya nak diuplode..
    kna tahu batas..dan adap :)

    BalasPadam
  3. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  4. atau tak perlu diupload langsung.

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya