Rabu, Februari 12, 2014

Istiqamah

bukan mudah untuk berjalan atas dunia ini dengan niat yang murni
bukan mudah betulkan niat untuk terus juga diaplikasi
bukan selalu apa yang kita ketahui baik, kita perolehi
bukan selalu apa yang kita buat akan dipandang elok oleh manusiawi

dunia sekarang penuh fitnah, baik fitnah yang orang lain cipta,
apa lagi fitnah yang datangya dari kita sendiri
ramai yang tidak sedar akan fitnah itu selalunya diri sendiri yang cipta

nak kekal istiqamah dalam melakukan amal kebajikan pun boleh ditohmah
apa lagi amal keburukan yang kita perbuat

jadi disini aku mahu bagitahu kalian bahawa, sekali kita rasa kita nak berhijrah
sekali tu lah kau cuba kekal istiqamah buat amal kebaikan
selalu pinta pada yang Esa untuk kau terus tinggalkan amalan kejahilan kau sebelum ni

semua kita perlu kembali pada fitrah
fitrah yang mana hidup ini tak lari dari merasakan adanya Tuhan
dimana satu masa kepada Tuhan jua kita ditempatkan

wallahualam

5 ulasan:

  1. Buat baik sikit2 dulu pon takpe, janji istiqamah. Tlg betulkan jika salah. Tq

    BalasPadam
  2. untuk istitiqamah memang bukan mudah.. cuma kalau ada kala tergelincir tu, cepat2lah bertaubat.. yer dak.. jangan hanyut dalam dosa...tangguh2 ni tak elok..

    BalasPadam
  3. Mujahadah...
    My friend used to remind me with this.

    BalasPadam
  4. perghh istiqomah. benda yang aku fail.

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya