Isnin, September 03, 2012

Paranoia Stage 2

Assalamualaikum wbt,

Paranoid is a thought process thought to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion. Paranoid thinking typically includes persecutory beliefs concerning a perceived threat towards oneself. Historically, this characterization was used to describe any delusional state." (Wikipedia)

disimpulkan mudah..saya mengidap penyakit psikologi yang dipanggil Paranoid..ya im paranoia!! this is the example of person who have a symptom of paranoid:

tanpa asas yang mencukupi, pesakit merasakan dirinya dieksploitasi,dirosakkan dan ditipu oleh orang sekeliling

meragui tentang kesetiaan dan kepercayaan rakan-rakan

keberatan untuk menceritakan pada orang lain kerana takut maklumat itu akan digunakan dengan niat jahat terhadap dirinya

Berterusan menanggung dendam dan sukar memaafkan

Menganggap serangan ke atas watak beliau atau reputasi yang tidak jelas kepada orang lain dan cepat untuk bertindak balas dengan marah 

Mempunyai syak wasangka yang berulang-ulang, tanpa justifikasi, mengenai kesetiaan pasangan atau pasangan seksual


i'm just google it and if you guys had found your friends being such a ridiculous, too protective, and all of the above symtomps..just advice him to see the psychiatrist and therapist..if not he just make you in trouble. believe me because im the Paranoia


Ceriterama Raya 2: Jejak Kasih

Masyarakat : Geng Masa Diploma
Lokasi: Kelanang, Bukit Jelutong, Damansara Damai, Serendah








Sabtu, September 01, 2012

29 Februari

Assalamualaikum wbt,

seperti yang lepas, sekarang baru juga pulang dari menonton wayang sesi malam. hey since panggung wayang depan mata, ringan pula kaki menjejakkannya, hidup kat bandar camnilah gamaknyer..kfain itu mengarut, aku orang kampung okay..tak nampak ke aku sedang perli anak-anak bandar yang kerap berembun sana-sini macam dah takde kerja lain..hehe..

29feb.jpgokay seperti biasa aku bukanlah pakar dalam mereview filem-filem terbaru yang hangat di punggung-punggung wayang berhampiran. cuma nak cakap sikit yang cerita 29 Februari lakonan Remy Ishak sebagai Budi ni sebenarnya secara peribadi yang datang dari kaca mata 3D aku keika menonton sebenarnya tak seberapa sampai la dekat hati gua..dari saat pertama hingga saat akhir gua cuba keluarkan air mata, tapi gua tak mampu..cerita ni bukanlah berunsurkan patriotisme sebenarnya cuma disebabkan jalan ceritanya yang 'panjang' yang memang menampakkan perjalanan sebuah negara Malaysia, jadi secara tak langsung ia macam sebuah filem khas kemerdekaan..okay itu bukan yang aku nak cakap sebenarnya

cerita ni lebih kepada kisah cinta terhalang kerana berlainan agama dan bangsa. itu main plot dia, lain-lain lagi yang ada nilai tersendiri adalah bagaimana persahabatan Budi dan Razak (Izzue Islam) seorang buta yang memang menyentuh hati aku. part ini saja yang aku rasa 'semacam'. mungkin yelah persahabatan kan..senang pun kau kat situ, susah pon kau kat situ..sebenarnya kisah percintaan Budi dengan gadis cina Lily (Jojo Goh) ni pon aku tak rasa 'semacam' macam kisah persahabatan Budi dan Razak. 'semacam' yang aku maksudkan adalah rasa yang seakan berderau darah dalam peparu, ha itu definisi 'semacam' sebenarnya. hehe

mungkin juga disebakan filem ini filem muzikal kan jadi seakan susah aku nak menjiwai dan merasai keperitan yang dialami Budi sebab bila Budi start menyanyi aku pun start ketawa..so aku tak boleh nak menjiwai sangat. ketawa sebab yela tengah nak sedih-sedih lepastu menyanyi pulak..kan lain macam tu kan..hehe

tapi aku ada perasan jiwa aku rasa semacam masa certain part saja, masa bapa Budi dipancung, masa peristiwa pengisytiharan  kemerdekaan, juga masa peristiwa 13 Mei 1969. ketiga-tiga peristiwa yang ada dalam filem ini walaupun sedikit cuma telah membuat aku berfikir akan sejarah negara, nak nak tengah sambutan merdeka macam ni, makin sayu la gamaknya bila terkenang peristiwa dulu. aku memang senang meruntunkan jiwa kalau bab bab negara bangsa gini, kau suruh aku tonton 1957 Hati Malaya berpuluh kali pon, part masa rakyat jelata derma duit dan rantai gelang emas semua dekat Tunku untuk perjalanan ke London adalah part paling laju lah kalau nak keluar air mata pon..serius aku tak tipu.


spek 3D boleh ambil..worth it
okay untuk filem 29 Februari, isi cerita memang mantap, cuma klimaks untuk cerita ni sepatutnya perlu diperkemas dan diperjelas, sebab dari awal sampai akhir, seakan kabur dimana klimaksnya, letih tau tunggu tak klimaks klimaks..eh lagi satu umur Budi hanya 120 tahun, jadi bukan ke itu umur biasa je sebenarnya jika diteliti dalam Guiness World Book of Record, owh mungkin Budi mati disebabkan sakit yang tak diberitahu itu sehingga menyebabkan kemalangan. kalau tak kemalangan mungkin Budi mampu hidup sampai 240 tahun..manakan tidak empat tahun bersamaan 1 tahun usia Budi meningkat. overall from ten, I give six and plus one because of the CGI and the 3D format. mengkagumkan bila Tunku laung merdeka merdeka merdeka tapi nampak macam depan mata..well done..cuma memerlukan lebih masa dan lebih kepakaran mungkin to make it very very real..


sejujurnya, gua tengah tunggu Tanda Putera ditayangkan. sehebat 1957 Hati Malaya kah? hey dude, tak payah lah politikkan filem, cerita sejarah yang benar lah..masakan pohon bergoyang kalau tiada angin..owh ye monyet yang tolong goyang..

Bubye. Jagalah Diri :)