Sabtu, April 13, 2013

Mereka Orang Tua

mereka orang tua
berjalan meniti kehidupan sudah lama
menyaksikan sisi hidup sendiri suka duka
anak cucu sentiasa bersama
itu yang diharapkan mereka

menyaksikan dengan mata kepala sendiri
terduduk sepi seolah menanti
kebahagiaan yang entah bila akan sampai
mungkin mati yang akan mengakhiri penantian ini

jika dulu masa kau masih bayi
minyak penuh ditatang tidaklah tertumpah
satu gigitan nyamuk buat mereka menyesal tak sudah
seperti tidak reti menjaga zuriat yang Allah anugerah

tapi itu dulu masa kau masih bayi 
masa kau masih kecil
masa kau bodoh tak reti nak buat apa-apa
masa kau perlukan mereka

melihatkan mereka orang tua
pasti ada juraian air mata
teringat akan ayahanda dan bonda
yang semakin hari semakin jauh

aku takut aku jadikan orang tuaku seperti mereka
yang akan menghabiskan sisa hidup disini
menderita menyesali dalam melahir dan membesarkan anak sepeti aku
kisahnya mudah apabila aku membenarkan diri aku
berjaya hanya didunia tapi akhirat belum tentu

Ya Allah Kau anugerahkan syurgaMu yang tertinggi buat abah dan ibuku kelak
pengorbanan mereka sebutir pasir pon tak mampu aku balas
Kau jadikan aku anak yang sentiasa bersyukur
Kau berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka
walau hanya sedikit
aku mahu mereka merasa bergunanya aku 
bergunanya aku sebagai zuriat mereka
yang mereka besarkan dari sebesar telapak kaki mereka 
sehingga aku mampu mengorak langkah menuju kehidupanku sendiri

Ya Allah Kau berkatilah perjalanan hidup mereka
Kau jauhkan mereka dari segala kecelakaan didunia jua diakhirat



Abah Ibu, maafkan ancik atas segala kebiadapan ancik selama ini

terima kasih kepada penghuni Rumah Seri Kenangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Cheng, Melaka yang menerima dengan tangan terbuka akan kehadiran kami. masih teringat akan kegembiraan seorang nenek dan auntie yang cukup senang melihat kami meluangkan masa bersama mereka. 

ingatan untuk diri sendiri, tiada guna air mata tadi jika suatu hari aku juga seperti anak 'Mereka Orang Tua'




Sabtu, April 06, 2013

Syukurlah Dengan Sekeliling Mu

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Allah itu maha berkuasa, Dia yang memberikan masalah, Dia juga yang memberikan ketenangan dalam jiwa. Jika kita tahu apa matlamat kehidupan kita nescaya kita akan lebih tenang dan menghadapai segala permasalahan dan kekacauan dalam jiwa dengan lebih teratur

sebenarnya jiwa kita tidak tenang, hati jadi gundah bukan kerana orang lain, tapi kerana diri sendiri yang tidak tahu kenal erti syukur, kita mahu dapatkan lebih dalam hidup, kita mahu macam-macam, bila tidak dapat kita memberontak seperti anak kecil. 

apa yang ingin aku sarankan kepada sahabat semua, belajarlah erti menerima takdir dengan hati yang lapang. aku tahu terkadang bukan mudah untuk kita melaksanakannya, cakap mungkin senang kan, tapi kita still boleh berusaha untuk mencapai kebahagiaan dengan keadaan sekeliling kita. 

macam orang bercinta yang baru putus kasih, yang kau cinta tu seorang, tapi keluarga kau, rakan kau, teman seperjuangan kau yang sokong kau beribu kali tanpa jemu kau tak endah. betapa rugi orang yang tidak kenal erti syukur, syukur bukan sekadar di mulut, tapi syukur datang dari hati. kau yang sendiri rasa apa itu syukur


inshaAllah lepas ni akan berangkat ke suatu tempat untuk bertemu sahabat seperjuangan..sempat update kan..kbai.




Isnin, April 01, 2013

Sahabat Karib Dunia Akhirat

Assalamualaikum wbt

usai sahaja program kepimpinan yang diadakan hasil cernaan minda dinamik MPP yang juga melibatkan beberapa pemimpin atasan Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan Akademik dan bukan akademik universiti aku hujung minggu lepas yakni Ahad lepas hati ini terdetik rasa pilu dan sebak apabila ingin meninggalkan kem, tiga hari bukanlah masa yang perlu untuk aku berasa apa-apa, bukan jua untuk aku rasa aku sudah kehilangan segalanya..tapi itulah yang aku rasa tanpa aku paksa

sebagai pengganti kepada presiden persatuan yang tidak dapat hadir atas beberapa urusan, aku boleh dikatakan hanya sebagai bidan terjun, sehari sebelum kem baru lah aku dikhabarkan perlu pergi kem tersebut dengan perasaan terpaksa, aku merelakan diri atas dasar tanggungjawab, memang tak mudah untuk membuat keputusan.

tapi aku banyak belajar dari keadaan, dari pembacaan juga dari pengalaman, siapa kita hamba Allah yang perlu menolak takdirnya. yes aku anggap ini adalah takdir aku, ruang aku untuk aku jalani kem seumpama ini adalah rezeki yang Allah turunkan. dalam ramai-ramai kenapa aku yang Allah pilih untuk sertai kem? dekat situ aku bermuhasabah.

Alhamdulillah dalam tiga hari, pengisiannya lengkap, ditambah berkenalan dengan sahabat yang aku rasa tenang melihatnya. tidur bersama, subuh bersama, berjemaah bersama, ingat-mengingati akan nikmat yang Allah beri. kem ini lebih dari sekadar cukup untuk aku berasa nikmatnya hidup bersahabat dan berpersatuan.

sahabat yang aku maksudkan adalah presiden kelab yang agak islamik dekat universiti aku ini,jadi inshaAllah semoga persatuan aku dan kau dapat bergabung suatu hari nanti demi mahasiswa yang akan menerajui kepimpinan anak bangsa

dan yang paling utama semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal hingga akhirnya..aku belum puas taaruf dengan hangpa semua.. :)