mereka orang tua
berjalan meniti kehidupan sudah lama
menyaksikan sisi hidup sendiri suka duka
anak cucu sentiasa bersama
itu yang diharapkan mereka
menyaksikan dengan mata kepala sendiri
terduduk sepi seolah menanti
kebahagiaan yang entah bila akan sampai
mungkin mati yang akan mengakhiri penantian ini
jika dulu masa kau masih bayi
minyak penuh ditatang tidaklah tertumpah
satu gigitan nyamuk buat mereka menyesal tak sudah
seperti tidak reti menjaga zuriat yang Allah anugerah
tapi itu dulu masa kau masih bayi
masa kau masih kecil
masa kau bodoh tak reti nak buat apa-apa
masa kau perlukan mereka
melihatkan mereka orang tua
pasti ada juraian air mata
teringat akan ayahanda dan bonda
yang semakin hari semakin jauh
aku takut aku jadikan orang tuaku seperti mereka
yang akan menghabiskan sisa hidup disini
menderita menyesali dalam melahir dan membesarkan anak sepeti aku
kisahnya mudah apabila aku membenarkan diri aku
berjaya hanya didunia tapi akhirat belum tentu
Ya Allah Kau anugerahkan syurgaMu yang tertinggi buat abah dan ibuku kelak
pengorbanan mereka sebutir pasir pon tak mampu aku balas
Kau jadikan aku anak yang sentiasa bersyukur
Kau berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka
walau hanya sedikit
aku mahu mereka merasa bergunanya aku
bergunanya aku sebagai zuriat mereka
yang mereka besarkan dari sebesar telapak kaki mereka
sehingga aku mampu mengorak langkah menuju kehidupanku sendiri
Ya Allah Kau berkatilah perjalanan hidup mereka
Kau jauhkan mereka dari segala kecelakaan didunia jua diakhirat
Abah Ibu, maafkan ancik atas segala kebiadapan ancik selama ini
terima kasih kepada penghuni Rumah Seri Kenangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Cheng, Melaka yang menerima dengan tangan terbuka akan kehadiran kami. masih teringat akan kegembiraan seorang nenek dan auntie yang cukup senang melihat kami meluangkan masa bersama mereka.
ingatan untuk diri sendiri, tiada guna air mata tadi jika suatu hari aku juga seperti anak 'Mereka Orang Tua'
:') terbaik entri ni :) suka ayat eszy tang - Ya
BalasPadamAllah Kau anugerahkan syurgaMu yang tertinggi buat abah dan ibuku kelak
pengorbanan mereka sebutir pasir pon tak mampu aku balas
InsyaAllah, masing2 mendoakan kedua ibu bapa masing2 dan semoga Allah mengasihani mereka bagaimana mereka mengasihani kita ketika kita kecil.
Sekali lagi, SAYA SUKA ENTRI NI !
teringat mak ayah..T.T semoga kita semua tergolong dlm kategori anak2 soleh n solehah :)
BalasPadam