Selasa, April 29, 2014

Malu

dalam setiap hela nafas ini
dalam setiap kerdipan mata ini
dalam setiap kumat kamit bibir ini
dalam setiap deru darah ini
dalam setiap gerak jari ini
dalam setiap bicara, dengar, hidu, rasa ini
segalanya kerana kasih sayangmu Ya Rabbi

aku tidak mampu membalasnya
dengan apa cara sekalipun ya Allah
malah aku tidak mampu membalasnya
dengan segala ibadahku ya Rahman
walau sejuta tahun kau beri masa jua
nescaya nikmatMu tidak pernah dapat ku balas

aku hambaMU yang fakir
aku tiada punya apa-apa
yang punya sifat kesempurnaan
itu hanya Engkau Yaa Rahim
Mohon Kau jauhkan aku dari sifat takbur dan ujub
kerana aku tidak mampu menahan azab siksa dariMu

Rabu, April 16, 2014

Bila Banyak Suka

bila jiwa kita banyak suka, kita lupa pada sengsara
mungkin lupa pada sengsara yang dihadapai diri
namun adalah parah untuk lupa pada sengsara manusia lain

Allahuakbar yang maha kasih yang maha sayang pada hambaNya
disaat aku bersuka dan bergelak tawa
ada insan yang sedang derita
ada insan yang sedang dicengkam duka
ada insan yang sedang dipijak si durjana

Allah jua dengan kekasihMu Muhammad
aku tahu aku selalu lalai dalam mentafsir matlamat hidup didunia
terkadang aku sedar terkadang aku alpa
kerana aku kurang mengingatiMu
kerana aku kerang kasih pada kekasihMu

sesungguhnya aku hamba yang sering leka
iman didada tidak pernah tetap untuk teguh
terpengaruh dengan nafsu yang dusta
kerana seronok sementara yang cuba aku cipta

ya Allah ya Rahman
aku malu padaMu ya Allah
aku yakin kewujudanmu melihat tingkahku
namun aku tidak takut akan Mu
aku tidak takut akan azabMU

Allah, kau bunuhlah aku saat iman aku tinggi ya Allah
tariklah nyawaku ketika aku sedang beramal ya Allah
kau bawa rohku terbang tika aku sedang melakukan kebaikan ya Allah
kerana aku malu andai aku pergi ketika aku leka
ketika aku suka memuaskan nafsu yang tiada tara

ampunkan aku kerana meminta yang bukan bukan
seperti mahu menipu dunia sekeliling
mahu menunjuk mati dalam keadaan baik
namun tika hidup banyak masa dihabiskan dengan perkara durjana

Allahu Allah
maafkan aku

Selasa, April 15, 2014

Serikandi Cintaku


andai bicara ini hanya fantasi, 
aku bermohon ampun jua maaf darimu
andai sarang hatiku hanya memikirkan kamu, 
aku jua bermohon ampun darimu

wahai serikandi cintaku, 
aku tidak tahu siapa dirimu
aku tidak tahu kapan mungkin aku memilikimu
sumpah aku tidak tahu siapa kamu 
yang sering berlegar dalam benakku

aku terasa bahagia bila memikirkan masa depan
namun aku tidak tahu gerangan siapa yang buat aku bahagia
kerana serikandiku masih bersembunyi disebalik gelapan
yang hanya mampu diterangi oleh aku sang pemilik cahaya

istikharah cintaku buat kamu wahai rahsia
aku pasti aku akan bersyukur walau siapa jua kamu
kerana Allah tetap akan menjodohkan aku
dengan serikandi cintaku yang aku telah jumpa
kerana sejak azali nama kita dibicara