Selasa, April 29, 2014

Malu

dalam setiap hela nafas ini
dalam setiap kerdipan mata ini
dalam setiap kumat kamit bibir ini
dalam setiap deru darah ini
dalam setiap gerak jari ini
dalam setiap bicara, dengar, hidu, rasa ini
segalanya kerana kasih sayangmu Ya Rabbi

aku tidak mampu membalasnya
dengan apa cara sekalipun ya Allah
malah aku tidak mampu membalasnya
dengan segala ibadahku ya Rahman
walau sejuta tahun kau beri masa jua
nescaya nikmatMu tidak pernah dapat ku balas

aku hambaMU yang fakir
aku tiada punya apa-apa
yang punya sifat kesempurnaan
itu hanya Engkau Yaa Rahim
Mohon Kau jauhkan aku dari sifat takbur dan ujub
kerana aku tidak mampu menahan azab siksa dariMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya