Isnin, Ogos 29, 2011

Debaran Lebaran

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...salam 1 Syawal 1432Hijriah...
apa 1 Syawal?? Alhamdulillah setelah 29 hari kita berpuasa akhirnya kita ketemu dengan hari kejayaan dan kebesaran kita. sedih, hiba dan sayu tu memang perkara biasa bila diri ini dah meningkat dewasa, kalau 10 tahun dulu, bila diumumkan raya je mula la bersorak riang sampai tak ingat dunia, main bunga api warna warni sambil nyanyi lagu Saloma (selamat hari raya) main mercun kebabom kababam sana dan sini, meriah memang tak dapat nak lupa..

tapi lain benar rasanya saat ini, tak ada apa yang nak diseronokkan bila raya diumumkan penyimpan mohor besar raja-raja..bukan setakat tak rasa apa-apa malah rasa sedih lagi ada, yela bila dah dewasa ni rasanya Ramadan tu lebih indah berbanding Syawal..kan? am i right?? entahlah walaupun rasa raya tu aku cuba timbulkan dengan mendengar lagu raya, tapi tak berjaya lah..sayu jiwa tu menguasai diri yang amat sangat..

apa-apa pun raya tetap akan menjelma dan memang dah menjelma pun..dikesempatan ini aku dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, pembaca setia dan yang kurang setia, follower dan seluruh umat islam di dunia ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..jom kita bertakbir...


Ahad, Ogos 28, 2011

Ramadan Mengucapkan Selamat Jalan Manusia

Assalamualaikum dan salam 29 Ramadan pada semua Muslimin seluruh dunia..
InshaAllah kita akan menyambut hari kejayaan kita pada esok hari maksud aku selepas maghrib esok hari kita akan mula bertakbir menandakan tamatnya sudah bulan Ramadan dan tanda datangnya Syawal yang mulia. Alhamdulillah semoga bulan mulia dan bulan rahmat yang akan meninggalkan kita, kita akan terus membawa segala amalan-amalam mahmudah yang telah kita amalkan sepanjang bulan ini, macam tak best je kan kalau kita terus tamatkan amalan setelah tamatnya Ramadan, it was like weird la kan, kalau boleh teruskan lah dengan membaca Al-Quran, pegi surau, bersedekah..inshaAllah sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih baik.

dalam waktu-waktu genting macam ni kadangkala kita ucap selamat jalan ramadan, tapi sebenarnya Ramadan yang perlu ucap selamat jalan pada kita, sebab kita lah yang akan teruskan perjalanan kehidupan ini, adakah kita berjaya meneruskan amalan-amalan pada bulan-bulan yang akan datang, kita yang akan menentukannya disamping terus mengharapkan supaya Allah terus membimbing kita ke jalan yang diredhainya. InshaALLAH..

dalam pada itu, antara anda perasan atau pun anda sedar, setiap tahun pabilanya hadirnya Ramadan, kenapa 29 atau 30 hari itu terasa seperti hanya 29 atau 30 jam..makin lama makin pantas masa berlalu kan..macam tak sempat nak buat semua..mungkin ini hanya alasan seorang yang telah menyesal sebab tidak menggunakan masa yang diberi itu sebaik mungkin..sesungguhnya itu adalah aku..rugi woi rasanya..



Akhir kata, Salam Aidilfitri, lepas ni jom puasa enam pulak..inshaALLAH..

tintatakberdakwat:: malam ni rasa sejuk jer..sesuatukah??

Sabtu, Ogos 27, 2011

Menangis Kerana MatLuthfi

Assalamualaikum...
Memang bukan tujuan aku nak share benda ni dengan sapa2,sebab memang agak terlambat sebab korang ramai yang dah tengok kan? tapi cuma nak nyatakan bahawa pendirian Aku selama ini tentang Malaysia telah diwakilkan oleh seorang yang membawa inspirasi pada seluruh rakyat Malaysia, terima kasih banyak Mat Luthfi dan seluruh rakyat Malaysia yang berpendirian sama tentang kita..Kita Malaysia, tiada beza..we all stand for a better Malaysia..thank you so much!!

Dulu Kalamullah Sekarang Astaghfirullah.....

Assalamualaikum...raya dah dekat kan? puasa dah nak jauh kan?..seperti apa yang kita tahu, Ramadan adalah untuk mentarbiyah hati dan jiwa supaya menjadi muslim yang lebih berkualiti dari segi lahiriah dan batiniah..dan seperi yang kita tengok rancangan-rancangan keagamaan seperti tazkirah ada juga menyebut bahawa bulan ini sebagai bulan untuk melatih diri jauh dari perkara-perkara kemaksiatan (walaupun tak semua yang berjaya melawan nafsu serakah).

tapi apakan daya lepas bulan puasa, bulan raya menjelma..sepanjang bulan raya tu, agak-agak apa yang terhidang di kaca tv yer??..sekarang ni pun dah sebok menjaja apa rancangan menarik aidilfitri kat kaca-kaca televisen negara, rancangan hiburan jangan cakap lah!! almost 2 weeks of Syawal we will fully viewed with those kind of programme yang melalaikan dan merosakkan (terpulang kepada individu untuk menilai)

Mentor Raya

mcam takda motif je kan bulan puasa macam-macam rancangan agama keluar dengan tazkirahnya, kalamullahnya, jejak rasul etc..., malam raya pulak mula sudah adegan-adegan maksiat ditonjolkan tanpa kita sedari..tak caya nanti tengok lah rancangan macam sampaikan raya ke apa bagai, lihat apa artis-artis kita pakai dan buat atas pentas tu...astaghfirullah...

terus terang memang aku pun suka adanya rancangan-rancangan yang dapat meriahkan suasana raya kita..sekali setahun pulak..tak kan nak diamkan diri pulak kan??tapi pihak-pihak stesen tv janganlah terlalu excited membawa adegan-adegan maksiat sempena Syawal yang mulia ni, sikit-sikit ada konsert la, fenomena seni la tiga gegaran la, melodi raya, fuhh raya apa macam (dan-dan semua program tv3)

tinta tak berdakwat:: paling best bila kita mula terconggok depan tv sedang jiran-jiran dan saudara-mara mengharapkan kehadiran kita ke rumah mereka (ala dorang pon terconggok depan tv jugak..apa kesah!!)

Aku Dapat Banyak Kad Raya..Korang Hado??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
dalam zaman serba sosial sekarang ni dengan facebook, blog, twirerr (yuna's pronouncation) dan yang seangkatan dengannya mana mngkin aku dapat mengatasi korang semua dengan menerima sejmlah lebih 30 kad raya yang real bukan yang dalam alam maya tu yer..tak percaya..tengok nih..ni pon baru suku yang aku tunjuk tau
koleksi kad raya
tapi realitinya kad-kad raya ini adalah untuk aidilfitri tahun 2003 hingga 2007, musim klimaks zaman berbalas2 kad raya ini masa aku dalam menengah rendah lah..naik menengah atas, makin kurang, makin kurang dan terus kurang sampai la saat ini langsung aku tak memberi dan menerima kad raya lagi

kalau nak cerita pasal kad raya ni, aku antara manusia yang begitu excited dan adrenalin aku berkecamuk bila nampak kad raya mula dijual..setiap tahun aku akan beli kad raya tapi bukan 3 tahun kebelakangan ini yer..aku mula berhenti membeli kad raya sejak aku melangkah ke universiti. 4 tahun lepas punya kad raya yang belum bertulis pun masih tersimpan rapi.

ni kad raya buatan tangan..excited tak aku??.pakai kertas lukisan je tau..ni masa 2003 ke 2004, ingat nak bagi kat orang yang kita suka, tp xpelah tengoklah sapa yang bakal dapat kad raya paling sentimental aku ni..mungkin akan terus disimpan buat tatapan anak cucu aku nanti,,mungkin..

aku cuma terfikir, apalah rasanya raya tanpa kad raya yang boleh dipegang berbanding kad raya yang sememangnya bukan kad yang hanya boleh ditatap melalui skrin. terus terang aku cakap, makin moden,makin kurang semangat rayanya..mana taknya dah lah mercun, meriam pon dah tak boleh main sekarang ni..kad raya pun makin tersisih. apa lagi warisan raya yang bakal terhapus lepas ni, ketupat, dodol, lemang?? masing-masing dah instant sekarang nih..

sesungguhnya aku akan terus memperjuangkan nasib kad raya yang terus dipinggir dek arus kemodenan yang sekali gus membunuh nilai-nilai sentimental sesebuah kad raya..hidup kad raya !!

"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"...

Khamis, Ogos 25, 2011

Nasib Aidilfitriku

Assalamualaikum...
siapa dekat sini yang sudah menempuhi alam pekerjaan, yela yang terikat dengan jadual yang telah disediakan oleh pihak atasan. mahu tidak mahu kena diturutkan juga, bila sudah berada dalam alam pekerjaan ni rata-rata pihak mesti bersetuju, apalah yang ada pada sebuah aidilfitri jika kita perlu memenuhi tuntutan kerja. terutamanya orang-orang yang bekerja dimana kerjanya adalah untuk memberi perkhidmatan pada orang lain macam polis, doktor tak terkecuali pembantu jualan.


jangan diharap nak dapat cuti dua, tiga mahupun empat Syawal, paling-paling pun satu Syawal tu je la dapat nak rasa berayanya pun. sedih bukan..tapi lagi sedih orang yang terpaksa bertugas sejurus selepas solat sunat aidilfitri, lagi dahsyat rasa kesayuan tu gamaknyer.

tapi tulah dunia kalau tak kerja mahukan dapat beli baju rayanya, bila dah beli bajunya manakan pulak nak dapat menyarungnya lama-lama. yela sarung untuk solat sunat je, pastu pakai uniform kerja balik..sedih betul...

Tinta::Takda Life itu adalah Life sebenar!!





Ahad, Ogos 21, 2011

Lagu Raya Yang Sangat lah........

Assalamualaikum...aku tahu buat masa sekarang ni mesti semua sedang sebok tengah layan lagu raya. macam2 lagu raya yang sangat best untuk dihayati dalam Malaysia ni. Aku rasa orang Arab pun mungkin pelik sebab umat Islam kat Malaysia ni sangat bersemangat nak sambut raya lebih-lebih lagi aidilifitri.

tapi dalam banyak-banyak lagu raya yang korang dengar setiap kali menjelang raya ni pernah tak korang rasa macam nak bagi penampau kat penyanyi-pnyanyi yang nyanyi lagu raya yang langsung tak bunyi raya pada pendengaran korang? bukan tu saja ada jugak artis-artis baru yang buat cover version lagu-lagu asli aidilfitri ni.kau ingat sedap sangat cara pembawakan korang tu. kau pikir kau nyanyi lagi bagus dari penyanyi asal tak pun kau perasan suara kau merdu?

lagu raya paling hampeh
Gema Takbir Di Pagi Raya

versi baru paling sengau
Dendang Perantau

selain tu ada jugak lagu raya yang best walaupun terjadi kekeliruan disitu tatkala mendengarnya..lagu raya ke ni??
Halaman Asmara

sebenarnya banyak lagi lagu raya yang begitu tak seronok dan merosakkan mood raya aku tapi nasib baik aku punya pilihan lain untuk mendengar lagu-lagu yang lagi best..maklumlah kehidupan memang sentisa menuntut untuk kita memilih.





Sabtu, Ogos 20, 2011

Aku Lupa Je Lah

assalamualaikum..
aku sering lupa niat puasa la..dah nak masuk 20 kali puasa untuk ramadan kali ni tapi seingat aku lima kali je aku berniat sahaja aku puasa esok hari di dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

nasib baik aku post entri ni dapat jugak secara tak langsung aku berniat malam-malan macam ni sebelum aku masuk tidur. pastu an aku jugak suka korek hidung dan telinga macam tak ada apa-apa yang berlaku.

tapi bukanla korek bagai nak rak kan..jas macam sipi-sipi je tapi aku rasa masuk jugak la dalm rongga penghiduan dan pendengaran tu. rasa bersalah sangat tapi tulah masa syawal nanti orang puasa enam aku puasa sepuluh atau lebih lagi sebab nak cover balik puasa yang atas pagar tu sebab tak tahu sah ke tidak.
dan dan je masa aku google image cari budak sedang korek idung kat atas ni, imej ni ter'link' ke blog infozi.com dia cakap korek idung tak batal sebab bukan korek sampai 2 inci dalam pun, alhamdulillah puasa enam je lah nampaknya aku...

Rabu, Ogos 17, 2011

Islam Manyak Susah Wooaa!!!

Assalamualaikum, sebelum meneruskan upacara penaipan, aku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entri kali ini. ini realiti kehidupan di Malaysia, jangan ada pihak yang cuba sangkal dan menjadikan entri ni sebagai bahan provokasi. ceh cakap macam blog ko ramai yang baca pulak kan? aku yakin takda siapa yang nak provoke pon..perasan lebih!!

korang semua pernah tak alami situasi dimana seorang non-muslim tanya pasal islam, pasal solat 5 waktu, puasa, Tuhan dan pelbagai lagilah.

macam ada sorang amoi ni tanya aku kenapa ada orang pegi solat pada pukul 6 petang sedangkan azan berkumandang pada jam 4.45 petang. dan aku jelaskanlah pada dia solat boleh dilakukan daripada mula azan yang ini sampai kepada azan yang seterusnya, seperti yang tak dijangka, dia sangat sukar untuk memahami, okay dalam islam ada 5 waktu solat tau dalam sehari, dan dalam setiap kali azan bermakna solat perlu dikerjakan dan tempoh waktu solat itu adalah dari azan yang sekarang ni ke azan yang berikutnya, macam tu lah lebih kurang penyampaian aku kepada dia, tapi bahasaaku tak la seformal macam ni, agak santai sikit, bagi dia senang faham.. dalam pada aku bercakap tadi tu dia mula menggelengkan kepala tanda betapa sukarnya dia nak memahami konsep solat dalam kehidupa muslim seharian,dan akhirnya dia mengutarakan pendapat peribadi dia...manyak susah woaaa!!! agak hampa juga perasaan aku kala itu, bukan hampa sebab dia tak faham konsep solat ini, tapi hampa betapa kerana rendahnya ilmu aku untuk sampaikan kepada dia tentang konsep solat dalam bahasa yang mudah untuk dimengerti. dalam erti kata lain aku gagal untuk memahamkan dia secara total!! sangat hampa kot..

tadi tu isu solat, ni pulak isu Tuhan, mati dan kiblat ketika solat. dalam kisah ini memang dia ni yang selalu membuka bicara, dia bercerita bagaimana kehidupan buddha memberi makanan dan minuman kepada tuhan mereka ketika upacara sembahyang dilakukan, dan seperti budak inoccent aku bertanya, u nampak ke dia makan dan minum makanan yang u bagi pada dia. dia jawab "memang la aku tak nampak, kalau nampak aku pon pengsan". dia cakap macam tu kat aku. tanya la dia kenapa mesti bagi makan pada tuhan, dia cakap entahlah aku pon hanya ikut nenek moyang aku saja.  fine.. itu jawapan yang ko bagi kat aku??


tanya dia jugak lepas mati nanti apa nasib korang ek? dia jawab kalau masa didunia berkelakuan baik dan taat pada agama kitorang akan jadi tuhan, dan kalau jahat kitorang akan jadi hantoooo...woooitt takutnyer...dalam agama buddha tiada konsep syurga dan neraka (seperti yang aku fahamlah berdasarkan apa jawapan yang diberi oleh amoi tu). aku pulak cerita konsep syurga dan neraka pada dia, kalau baik masuk syurga, kalau jahat masuk neraka.. dalam syurga kita boleh mintak apa sahaja, belum kita minta, baru niat pun benda tu dah datang depan kita, aku cakap macam tu lah..dan lagi sekali aku hampa sebab dia buat muka sinis macam cerita aku ni tiada logika la macam tu...haishhh...

pastu dia tanya kenapa orang islam sembahyang mengadap mana-mana saja? dan aku terus menyentap, ish mana adalah. kitorang umat islam seluruh dunia menghadap satu yakni kaabah dekat mekah tu..mekah apa tu mekah? dia tanya..mekah tu kat Arab sana tu aku jawab..haish geografi kau teruk la amoi...hahaha.dia tanya balik .macam mana u tahu u mengadap mekah? aku jawab, tahulah sebab setiap tempat solat seperti surau dan masjid telah ditentukan arahnya menggunakan kompas...owhhh...kali ni aku puas sikitlah sebab dia agak mengerti disitu, tak terpinga-pinga macam isu-isu yang sebelum ni..

sebenarnya ada lagi benda yang dibangkitkan kami berdua, tulah bila dua manusia yang gemar bercakap bertemu ada saja isu yang nak dibangkitkan, dan dari situ aku sangat merasa kerdil, betapa aku hanya muslim pada nama Tidak pada sebenar-benarnya, sebab aku gagal menunjukkan islam itu mudah dan indah. terfikir pula bagaimana nabi kita memperkenalkan islam pada manusia yang langsung tak kenal agama ini,,hebat bukan? sedangkan amoi ni yang hidup berkelilingkan masjid dan umat islam pun dia sukar mengerti dengan jelas, apalagi golongan jahiliah dulu..SubhanAllah


Ahad, Ogos 14, 2011

Aku Yakin Aku Dapat Bertemu Ramadan Lagi

Assalamualaikum..
kenapa aku begitu yakin bahawa aku dapat berjumpa dengan Ramadan yang akan datang,
mana taknya kalau aku rasa ini Ramadan yang terakhir mesti aku berusaha mengabdikan diri pada Allah SWT untuk memohon rahmat yang memang tak dapat nak dibayangkan banyaknya. tapi sehingga kini hampir setengah bulan Ramadan berlangsung aku terus leka dengan urusan duniawi.


entah apa yang aku kejar, aku yakin ianya hanya untuk dunia yang fana ini. terdetik juga mengapa dunia yang fana ini sering memerlukan aku untuk memberi komitmen yang aku rasa aku akan hidup seribu tahun lamanya sedang kehidupan yang abadi di sana kelak aku tak pernah peduli. masa mula-mula Ramadan dulu, aku berbisik alaahh lama lagi, boleh buat amal ibadah lagi, banyak masa lagi la..tapi hingga kini, ramadan yang semakin hampir penamatnya ku rasa semakin jauh ku tinggalkan. kenapa tak ambil peluang masa dan tika ini untuk beribadah sedang aku leka menaip untuk entri yang ke sekian kalinya, apakah ini lebih penting dan barakah dari membuka helaian al-furqan. sungguh ia melalaikan sehingga kita cuba melalaikan ia.

Ya Allah Kau selitkanlah sedikit rasa untuk aku merasakan ini bulan rahmat yang terakhir untukku supaya aku dapat beribadah mengumpul jutaan rahmat yang kau campakkan Ya Allah.. Jangan Kau biarkan diriku terus ditipu oleh dunia yang bakal menjadi debu-debu tatkala Kau mengkehendakinya kerana aku mahu memiliki syurgamu yang abadi dengan membawa timbangan rahmat yang Kau beri dalam bulan ini. Wallahualam

Sabtu, Ogos 13, 2011

Hard To Fall

Assalamualaikum..
someone ask me about mine,
i answer to a lot of someone that 
i dont have a someone that can call as a mine 
because i really dont have that, 
how should i pretend to have someone 
if in the real life i never meet a someone that make me to fall
dont ask me why its very hard to fall
because i will answer them with "i dont know"
in the really real, 
its gonna be lame for someone who doesn't
have someone
to show off that "she's mine"
but for me
hard to fall is better
because this is me
.....feel very free.....

Jumaat, Ogos 12, 2011

Semangat Gila Nak Raya

Assalamualaikum..can u see that? ha itu namanya semangat nak raya, korang pon boleh guna widget yang Budak Nakal dah buat ni..click je pautan yang dekat widget ketupat atau pelita jaya tu..wah tetiba pelita jaya pulaks..thanks dak nakal, ko memang comel la...

I Heart Egypt: Kisah Aku Dapat Tiket Free

Assalamualaikum.

kisah ini bermula apabila aku dipertemukan dengan seorang pemudi yang sangat baik hati untuk menghadiahkan sesuatu padaku...yes akhirnya aku dapat tiket free ke Egypt yang hanya menjadi mimpi mungkin bagiku buat masa ini.

har har har okay tak lawak pun..sebenarnya aku pernah jadi follower bertuah untuk sebuah blog terkemuka dekat Mesir tu, jadi aku dah dapat pun habuan aku, maaf kepada awak Syazwanie sebab tak update cerita ni masa hadiah tu sampai sebab baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis. untuk pengetahuan saudari, saya telah pun menerima hadiah dari saudari pada Selasa lepas, 9 Ramadhan 1432H pada jam 2.20 petang waktu Malaysia

terima kasih yang tak terhingga sebab sudi juga meluangkan masa mencari hadiah yang sangat sesuai untuk saya. saya sangat hargainya..

semoga kita dapat bertemu suatu hari nanti..saya doakan saudari terus berjaya dalam mengorak langkah sebagai seorang pelajar di bumi anbiya' tu

jap2 ni entri ataupun kisah surat menyurat antara dua benua ni. musykil kejap..

Isnin, Ogos 08, 2011

Senyum Pon Salah

Assalamualaikum
aku nak mulakan hari selepas hari minggu ini untuk isu terbaru untuk blog ini. isu yang menyingkap tentang perihal positif yang dilihat negatif bagi sesetengah pihak. isu ini disebut ApaPunTakBoleh, dan aku hanya mula tertarik untuk mengetengahkan isu ini selepas apa yang terjadi kelmarin

"kau sepatutnya kurangkan senyum lah, kau ni asek senyum jer..bla bla bla..." dan aku pun gelak dan individu lain menyapa "sapa suruh kau gelak??"

wat da issue is this??

aku mula berfikir, dunia ni dah nyanyok atau aku yang diangap kurang siuman??
persoalan ini sering berlegar dalam minda apabila senyum tidak lagi diangap sebagai tanda kemesraan antara individu dalam dunia yang kurang siuman kala ini.

hanya ada beberapa sebab mengapa aku sering tersenyum; aku senyum sebab aku takut orang kata aku sombong, nak elak orang kata aku ni moody memanjang, nak jauhkan diri dari sifat takabbur, bongkak mahupun hidung tinggi (walau hakikatnya memang aku mempunyai hidung yang agak gemilang ketinggiannya), mengguna pakai apa yang Rasulullah sarankan, dan paling penting supaya orang rasa selesa dengan aku.


tapi peristiwa kelmarin sangat menjengkelkan bagi aku apabila ada individu yang menegur aku sebab aku terlalu kerap senyum, dalam isu sekarang mungkin aku yang dilihat negatif kerana terlalu negatif dengan kenyataan individu tersebut, tetapi isu senyum ini memang meremangkan nafsu amarah aku dalam bulan mulia ni.

aku tak tahu pulak selama ni orang akan rasa 'offended' bila aku kerap senyum dan paling merisaukan aku jika ada yang 'annoying' bila aku tersenyum. aku rasa sangat terhina. yela sangat  tidak munasabah untuk mempertikaikan senyuman seseorang lebih-lebih lagi bila kita ikhlas mengukirnya pada wajah. kau ingat senang nak tersenyum sentiasa dalam keadaan kita penat bekerja dalam bulan puasa ni. sangat WTF 4686 (no plat kegheta).

dalam pada itu ak juga terfikir mungkin individu tersebut rasa terhina bila aku beri senyuman sedangkan dia mahukan aku bertindak seperti dia yang sentiasa moody dan berpura-pura okay bila orang bertanya "kau okay ke tak ni?.."

apakah dunia ini sudah tidak munasabah untuk dihuni oleh orang-orang yang suka senyum atau kau yang patut keluar dari dunia yang kau hukum atas senyuman orang lain ini. sebab kau seorang aku rasa macam dunia ni tidak adil.

akhir kata senyumlah sentiasa walau apa pun yang orang akan tafsir dan kata. ApaPunTakBoleh

Selasa, Ogos 02, 2011

Tabah Hadapi Dugaan

Assalamualaikum..
kadangkala kita rasa terseksa dan terbeban dengan dugaan hidup, ujian yang dilemparkan pada kita sering disalah tafsir dengan menyalahkan Pencipta kita. rungutan dan perkataan 'kalau' sering tercabul dengan sendirinya  pabila musibah menimpa. dan kita juga sentiasa memikirkan bahawa kita adalah manusia yang paling terbeban dengan ujian ini. tiada manusia lain yang rasa terbeban melainkan aku, bisik nurani. kita salahkan sana, salahkan sini tak kurang juga sering salahkan situ. tanpa sedikit pun muhasabah diri sendiri dengan memikirkan dosa yang terdahulu.

pagi tadi kejadian yang tidak diingini berlaku kepada sahabat aku apabila rumahnya terbakar dalam keadaan umat islam masih baru untuk menyemai rasa kemanisan Ramadan. mungkin ini telah membuka mata dan telinga aku bahawa ada manusia yang lebih hebat dugaannya daripada aku. aku tidak tahu jika ini berlaku kepadaku, apakah aku akan sering menyalahkan sana, sini dan situ atau apakah aku akan tunduk mengabdikan diri kepada Tuhanku dengan sehina-hina rasa, aku sendiri tidak mengetahuinya. sesungguhnya rasa mulia, takbur, tinggi diri adalah rasa yang sangat manis untuk dirasakan tetapi sangat hina untuk dihisabkan. moga-moga aku terus sedar bahawa tiada yang lebih berkuasa berbanding kuasa Ilahi dan tiada yang lebih menyayangi diri berbanding kasih sayang Ilahi.

kepada sahabatku semoga terus tabah hadapi dugaan, dalam bulan Ramadan ini segala tindak tanduk kita dihisab sehingga sekecil-kecil benda seperti tidur pun mendapat ganjaran. wallahualam...

Memori Ramadan Part 3 and 5

assalamualaikum..semoga kita masih bertenaga untuk mnjalani ibadah puasa yang merupakan satu ujian terbesar untuk kita yang tak pernah merasa lapar. maklumlah rakyat Malaysia majoritinya langsung tak pernah rasa lapar sepanjang 11 bulan dalam setahun..baru 1 bulan ni jelah kita diuji, tu pun ada yang yg curik curik minum air dlm bilik air..ooppss macam ada pengalaman jer..hahaha alhamdulillah setakat ni tak pernah pulak buat macam tu.

okay aku nak cerita pasal bahagian seterusnya dalam memori ramadan aku..ha mengapa tetiba je dri bahagian 1 melompat ke bahagian 3 dan 5 kan? yela Ramadan hadir masa aku dalam semester 1,3 dan 5..so next part is when im in semester 3 and 5

okay start je semester 3 aku dah di 'buang' dari kolej, kena merempat kat mana2 la..alhamdulillah aku ada rakan-rakan yang sedia ada merempat kt luar terlebih dahulu, so untuk sem 3 aku menumpang merempat dengan dorang la..xdalah merempat mana..menyewa la dekat Pangsapuri Pauh Damai, yeke pangsapuri?? nama tempat macam gah je kan?

bila tiba Ramadan kitorang akan bangun sahur dan bersahur berjemaah sambil menonton ulangan Nur Kasih..bila dah dok umah sewa xkan semua benda nak beli siap jugak kan..so kitorang masak la something untuk dijadikan juadah bersahur..masak takdala kelentang kelenting kelentang kelenting pagi2 buta tu kan..duduk dekat pangsapuri yang atas bawah kiri kanan ada umat manusia ni risau jugak kalau nak buat bising..so kitorang akan masak sebelum tidur la..masak apa? sup ayam, tom yam, mee rebus, pucuk paku masak lemak, ikan goreng berempah memang xpernah ada dalam menu harian la..apa ingat kitorang ni rajin sangat ke? boleh dikata nasi goreng adalah menu harian untuk bersahur, kalau ada rezeki lebih dapatla jamah roti gardenia celup nescafe..ermhh tp kitorang sangat hepi tau dgn kehidupan mcm ni.. so simple...

bila time berbuka pulak perkataan so simple yg dh dipraktikkan masa bersahur tidak lagi mnjadi buah mulut..yela kalau nak berbuka tu memang macam2 nak dibeli, lagi2 dah duduk kat luar, bazaar ramadan dalam beberapa langkah je kan..boleh kata pangsapuri pauh damai tu dalam kawasan segi empat emas bazaar ramadan la..apa tidaknya kat sebelah barat laut dia ada bazaar ramadan termasyhur sekali yakni dekat Masjid Bandar PERDA, kat sebelah tenggara pulak ada bazaar ramadan kt kawasan perumahan Pauh Indah, pastu dekat sebelah timur laut dia pulak ada bazaar dekat Masjid Jalan Baru dan sebelah utagha dia ada beberapa kedai kecil, nak dipanggil bazaar pun macam masuk tak masuk jer yakni dekat dengan Kolej Mutiara.. so no wonder la bila time berbuka tu macam2 juadah yang nak dibeli kan. smua tu nafsu kot..tapi as long kitorang hepi itu cukup memadai..yela bebudak culinary ni memang pantang nampak makanan..ada je benda yang nak cuba ditelan

itu belum campur lagi makanan yg kitorang buat masa dalam kelas praktikal memasak..untuk part 3 memang kitorang ada dua shift memasak hari ini kelas kitorang masak esok kelas sebelah memasak esok lagi kelas yg tak berapa nak sebelah pulak memasak..dalam umah kitorang ni kira ada wakil untuk 3 kelas yg berbeza la so memang heaven bila dalam seminggu ada 3 kali makanan yang akan dibawa pulang, 3 kali okay bukan 3 jenis, dalam sekali tu ada la beberapa jenis yg akan dibawa pulang ikut rezeki masing2..pastu time tu mula la mengata kelas masing2..euuww ni yang dorang masak..keras macam batu je, baling anjing boleh mati ni..ermhh biasala bila masing2 dh buka pendapat sendiri kan? tp takpela nama pun student, belajar dri kutukan org tu mmg perlu...ambil kau pecah tembelang sudah aku mengata kelas kau..tapi takpa sebab aku tau kau pun mengutuk kelas aku..har har har har...yg penting semua pun dah berlalu kan..
tula serba sedikit detik Ramadan aku sepanjang bergelar pelajar diploma..akhir kata aku rindu nak jalani benda tu semua balik...

Isnin, Ogos 01, 2011

Memori Ramadan Part 1

assalamualaikum...
selamat berpuasa kepada seluruh umat islam
setiap orang ada memori ramadan sendiri kan? aku pun ada jugak.
memori aku berkisar masa aku diploma tak lama dulu. alhamdulillah dapat rasa 3 kali ramadan bersama rakan-rakan kat uitm penang. masa sem 1,3 dan 5. paling terasa sayu masa sem 1, itulah kali pertama dalam hidup aku menjalani ibadah puasa tanpa famili terchenta. tapi apa nak buat kewajipan harus ditunaikan.

benda paling aku ingat apabila kitorang ramai2 beli juadah untuk bersahur pada jam 12am..yela kafe kolej bukak pukul sampai 2am jer..so nak tak nak kena beli jugak lah, dah pilih juadah apa yang buat aku berselera untuk bersahur, balik bilik letak makanan atas meja pastu tidur, pukul 5am bangun sahur tedaghah la makanan yang dah dingin dek embun pagi tu, time tu teringat pulak kat umah, adek-adek aku kat umah mesti dapat mkan best2 sahur ni. yela ibu mesti sediakan makanan yang membuka mata yang layu bila time sahur, paling simple skali pun ibu akan buat sup sayur..time tu rasa macam nak nangis jer sebab aku kat bilik kolej ni makan lauk yang dh sejuk jer. alhamdulillah aku dgn roomate aku memang sekepala la.. yela setengah budak macam kitorang ni malas nak bangun sahur, makan time kol 12malam tu pastu bangun lepas subuh..seriously tak syiok..so kitorang xda masalah bangun sahur sebab masing2 main peranan dengan sungguh cemerlang sekali, kalau aku tak sedarkan diri yang sorang akan kejutkan, kalau dorang dh lupa diri aku tolong bangunkan..hahaha..cara kitorang kejutkan diri adalah dengan pasang alarm dengan volume yang paling memekakkan telinga secara serentak, macam tu boleh kata xda masalah bangun sahur ke der?? hahaha, yang penting kitorang berusaha tau untuk bangun, lebih barakah inshaALLAH.. Roomate aku yang tersangat best tu adalah Naim dan Fitri bebudak electric and mechanical engineering respectively.

pastu time nak buka pose pulak kalau aku rajin aku akan pegi bazaar yang berdekatan, kalau aku malas aku suruh bebudak tadi tu belikan je aku apa2, tapi aku lebih banyak membeli juadah di kafe kolej jer. dalam seminggu tu pulak memandangkan aku ni budak masak-masak, ada la sekali seminggu tu aku bawak balik juadah yang di masak untuk berbuka, walaupun masak masa tengahari, tapi kawan2 engineer aku ni tetap layaan makanan yang di bawa balik tadi tu, maklumlah berbuka dgn western food sape je tak tergoda..kelas tak kitorang buka pose pon dgn western tau.

lepas berbuka siap2 la nak gi terawih kat Pusat Islam.. suasananya sama saja macam dekat tempat2 lain, dari malam pertama sampai malam kelima macam tu sangat pack kot Pusat Islam..memasing rerajin nak terawih kan tp lepas tu makin lama makin lengang lengang dan lengang..adoyai bisik hati nurani ini...

begitulah serba sedikit memori ramadan aku, lepas ni aku nak cerita untk part yg seterusnya..nantikan..(haha ada ke orang nak nantikan)