Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, Allah itu maha berkuasa, Dia yang memberikan masalah, Dia juga yang memberikan ketenangan dalam jiwa. Jika kita tahu apa matlamat kehidupan kita nescaya kita akan lebih tenang dan menghadapai segala permasalahan dan kekacauan dalam jiwa dengan lebih teratur
sebenarnya jiwa kita tidak tenang, hati jadi gundah bukan kerana orang lain, tapi kerana diri sendiri yang tidak tahu kenal erti syukur, kita mahu dapatkan lebih dalam hidup, kita mahu macam-macam, bila tidak dapat kita memberontak seperti anak kecil.
apa yang ingin aku sarankan kepada sahabat semua, belajarlah erti menerima takdir dengan hati yang lapang. aku tahu terkadang bukan mudah untuk kita melaksanakannya, cakap mungkin senang kan, tapi kita still boleh berusaha untuk mencapai kebahagiaan dengan keadaan sekeliling kita.
macam orang bercinta yang baru putus kasih, yang kau cinta tu seorang, tapi keluarga kau, rakan kau, teman seperjuangan kau yang sokong kau beribu kali tanpa jemu kau tak endah. betapa rugi orang yang tidak kenal erti syukur, syukur bukan sekadar di mulut, tapi syukur datang dari hati. kau yang sendiri rasa apa itu syukur
inshaAllah lepas ni akan berangkat ke suatu tempat untuk bertemu sahabat seperjuangan..sempat update kan..kbai.
yup2..
BalasPadambersyukur..
tapi kadang2 terlepas jugak keluhan tu..
bila bersyukur, kita rasa semua sudah mencukupi biarpun sedikit.. ;)
BalasPadamBersyukur dengan nikmat yg dikurniakanNYA..
BalasPadam