Ahad, Mei 06, 2012

Putih Mendung Kelabu

Hari ini aku lihat awan penuh
penuh melitupi langit
kebiruan langit tak kelihatan langsung
sungguh ku tak tipu

pernah terasa dan bertanya
kenapa selalu faham akan rasa
kenapa tindak tanduk alam sentiasa memahami
dan sentiasa mewakili apa rasa ini

mendung, putih terkadang kelabu
tatap lama-lama sakit juga mata
cahaya mentari seakan merajuk
terang tapi tiada sinar cahaya

sejuk jangan kata
sehingga menusuk ke tulang
jika ada yang dalam dakapan
alangkah nikmat dirasakan

tapi tidak mengapa
selagi bantal menjadi peneman setia
akan ku peluk bantal itu mewakili dirimu
nikmat.

even cloudy days is beautiful

2 ulasan:

  1. every cloud has a silver lining.
    kan?

    p/s: tempat aku pun sama. ptg tadi kemain langit kelabu. gelap.

    BalasPadam
  2. aku suka lg peluk diri sendiri.
    hahaha

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya