Dingin
rasa indah pagi ini
tengahari masih terasa seperti pagi
selesa terasamemang rindu suasana sebegini
bukan lama tak terasa cuma rindu bila mendalami
kerana bukan mudah mahu terasa sebegini hari-hari
hidup dikesesakan manusia dan enjin-enjin janaan
memang menghilangkan seri sari rasa kehidupan
alhamdulillah kesempatan berada di luar kesesakan
mengembalikan ketenangan
aku terdengar kicau burung
comel bunyinya menghilangkan murung
kicauan yang bersambung-sambung
mendamaikan hati yang seolah terkurung
Ya Allah
Kau teruskanlah keindahan ini
keindahan yang diragut hari demi hari
oleh tangan-tangan manusiawi
yang tak pernah reti menginsafi
Ya Allah
Kau kurniakan keindahan rasa hati
pada seluruh ahli keluargaku
pada sahabat-sahabatku
pada rakan-rakanku
pada jiran-jiranku
pada seluruh
hambaMu
tenag, damai, indah..
BalasPadamni yg dapat aku gambarkan bila selesai baca penulisan kau.
:)
PadamInsyaAllah.. Amin! :)
BalasPadamterima kasih
Padamuntung la cuti kn..leh la peratikan burung berkicau ke idok ke..haha..kalo kejenye masok lab dari pagi smpai mlm mmg matehari terik pon da lupe camne..
BalasPadamalamak sadisnye hidup..adoi..xpe2..kelak ada kejayaan menanti dihadapan..inshaALLAH
Padam