Assalamualikum wbt,
kajian mendapati lebih 80 peratus rakyat Malaysia tak solat, sama ada itu termasuk dalam data-data orang Islam Malaysia yang tak solat 5 waktu ataupon solat tak sempurna adalah diluar pengetahuan aku. sebab bukan aku yang menjalankan kaji selidik itu. aku percaya aku juga adalah antara yang menyumbang kepada peratusan itu. memalukan!!..yer kadang solat terlepas lagi-lagi solat subuh, jarang sangat solat subuh yang sebenar-benar subuh. SADIS..
jadi dekat sini tidak menghairankan bila ramai dari kita termasuk aku yang susah sangat nak mejalani kehidupan ini dengan rasa tenang, rasa bahagia. memikirkan masalah yang ada seolah Allah itu tiada untuk membantu. sedangkan Allah itu maha pengasih dan pemurah. minta saja apa yang kau mahu, inshaALLAH Dia akan permudahkan.
soal rasa kecewa, rasa tak guna, rasa bodoh itu sepatutnya diketepikan setelah kita bermuhasabah diri, bukan terus-terusan menyalahkan keadaan sekeliling seperti enggan beriman dengan Qada dan Qadar Allah saja.
jadi semuanya berbalik kepada hubungan kita dengan Pencipta kita, mengadu padanya segala permasalahan, bukan dengan menghupdate status di FB, Twitter mahupun Blog dengan harapan orang akan rasa simpati dekat kau sedangkan ramai orang yang hanya membaca status kau itu selagi ia terpampang di home fb atau timeline twiter mereka. lama-lama hilang orang pun lupa. Tapi jika kau mengadu pada Allah, Allah akan terus mendengar rintihan kau dan dengan segala rahmat yang Dia ada dicurahkan pada kau sebanyak-banyaknya nikmat yang tak terjangkau dek akal.
jadi terus bersyukur dengan apa yang kau ada, perbaiki hubungan dengan Allah. inshaALLAH semua kan kembali okay.
#sumpah entri ni untuk peringatan aku sendiri, jika ada yang rasa nak apply dalam kehidupan memasing, terserah kerana masalah takkan terhindar dari manusia selagi tiada rasa nak menyelesaikannya dari pucuk pangkal iman.
kan?? pelik sungguh dgn manusia ni, ada masalah sikit up status kat fb, makan nasi tak sedap pun nak tulih, nak kentut pun bagitau kat org, dan yang paling menyedihkan lagi memalukan...bergaduh dgn laki pun sampai up status maki2 laki, terpekik terlolong kat fb...ish, mana lah letaknya pedoman hidup dorg ni. maruah tu yg penting...air muka suami tak jaga lgsg.
BalasPadam#akk dah tobat letak status kat fb. takdak pekdak kecuali yg berpekdah saja la. XD
moga kita sama-sama renungkan.
BalasPadamsukaaaaaaa, betul sangat. selama ni rasa diri sangat mental, padahal akhirnya Allah tunjukkan jua, Allah maha mengetahui dan adil, buruk baik sebenarnya ada sebab
BalasPadamkembali kepada yg esa.
BalasPadam