Assalamualaikum wbt,
rata-rata pelajar degree mungkin akan, atau sedang, atau telah pon menemui keputusan final exam memasing kan?
dekan tak? ANC? wow..lagi best..alhamdulillah..semoga puas dengan keputusan anda itu.
aku? tak yah cerita lah..seperti biasa result so so jer..eh macamlah result dah keluar..untuk bebudak UiTM khabarnya 22 Februari baru keluar..aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal supaya aku mampu menerima hakikat setelah apa yang berlaku sepanjang semester lepas.
DL atau Dekan bukanlah sebuah parti politik yang diimpikan untuk menerajui negara, juga bukanlah pejabat yang menjadi tempat duduknya para dekan universiti-universiti anda semua, ia adalah title..anugerah atau mungkin pencapaian yang membezakan antara yang dapat 3.5 and above or 3.49 and below of the GPA.
Semua orang gila dekan, semua orang nak 3.5 and 4 leper. orang gila je tak nak title dekan atau dean tu? pelbagai cara dilakukan dan yang paling jelas mestilah sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan menunaikan segala kewajipan sebagai Muslim, barulah belajar pon terang hati kan?
kepada yang berkenaan aku mahu meminta maaf terlebih dahulu dengan penulisan ini..tetiba terasa macam, alamak baru mukadimah rupanya apa yang aku tulis diatas. terima kasih kerana gigih membaca. ini mungkin hanya sebuah nukilan rasa dengan apa yang aku alami.
pernah jugak terlintas di benak fikiran dan hati aku yang busuk yang penuh dengan noda hitam ini berbisik dan bertanya sendirian, kenapa kau dapat dekan ek sedang kau tinggal solat, ponteng kelas, tak puasa, buat maksiat, layan pompuan macam layan bini etc..
Tuhan tak adil, tuhan tak makbulkan doa aku, buat penat aku beribadah..nauzubillah..ampunkan aku Tuhanku, sungguh hina dan sungguh jijik hambaMu ini kerana bersangka buruk terhadapMu.
Ada rakan yang tak henti-henti memberi sokongan moral dengan mengingatkan Allah beri keputusan itu atas usaha kita, apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat dan Allah tidak sesekali berlaku zalim melainkan kita yang menzalimi diri sendiri.
bila fikir balik memang betol apa? memang lah kita ni solat tapi usaha tak sangat kan? kalau orang lain belajar ikut jadual, kau tidur tak ikut jadual..orang lain stay bilik mengadap buku, kau berjimba diluar sana, orang lain prepare untuk final sejak awal semester, kau esok nak exam baru nak pulon semua,lepas tu nak salahkan takdir sebab result kau ala kadar jer tak pun memang takde kadar.
kfain..sekarang aku dah setuju cakap kau sebab usaha aku ala kadar,so result pon ala kadar je la kan?. tapi tapi tapi, aku nak tanya kau balik, kenapa orang yang tak jaga ibadat boleh berjaya?
sejujurnya aku juga merasa pelik dengan semua ini, tetapi bagi menyedapkan hati yang lara, secara mudahnya cenggini,,lihat orang kafir, mereka tidak beriman kepada Allah tetapi mereka berjaya membina kuasa yang sangat besar dengan ilmu yang mereka miliki.
mungkin aku salah, tapi bagi aku ilmu ini adalah hak Allah. Dia berkuasa meletakkan ilmu kepada sesiapa sahaja, tidak kira yang beriman kepadaNya mahupun tidak. sama juga dengan orang Islam yang kurang ibadahnya kepada Allah tapi masih lagi berjaya dalam pelajaran dan memiliki ilmu yang tinggi berbanding orang yang kuat ibadahnya kepada Allah.
apa yang menjadi persoalan sepatutnya bukanlah kenapa dia dapat aku tak dapat sedang aku buat (beribadah) tapi dia tak buat, tapi sebaliknya adalah dengan menanam rasa optimis dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..ini mungkin ujian untuk kita, Allah menguji iman kita dengan cara begini..sahabat, jika dengan cara begini pun, iman kita dah goyah, apa lagi ujian-ujian yang lebih besar yang akan kita hadapi pada masa depan. semua perkara dah tertulis sejak azali dan termasuk dalam qada dan qadar Allah SWT, sebagai manusia bukanlah tanggungjawab kita untuk mencari salah orang lain tetapi bagaimana kita mahu improves diri kita sendiri mencapai apa yang kita mahu.
kepada mereka yang kita rasa kurang ibadahnya kepada Allah tetapi masih boleh bejaya, jangan kita berasa benci pada mereka, tetapi ambil segala perkara baik yang mereka lakukan, contohi mereka dalam aspek cara mereka belajar dan yang seumpama dengannya. ibadah dia adalah antara dia dengan Allah SWT, mungkin dekat dunia dia dihormati tetapi diakhirat? wallahualam..dan sebagai rakan ajaklah sentiasa rakan-rakan kita itu kearah kebaikan, memang bukan mudah tetapi ini tanggungjawab, once kita dah ajak atau tegur, so kita dah lepas seksa..inshaALLAH..
always be optimist to God, InshaALLAH make us feel better
*sedang menggugel nak cari pic yang relevan untuk diselit disini ter'link' pula kepada isu yang lebih kurang sama, dan mungkin lebih mudah difahami silalah kesini
ok sentap
BalasPadamsejujurnya emy tak pernah 4leper/ dean list itu..
BalasPadamekcely, kan... Allah sebenarnya akan memberi ganjaran yang lebih besar di masa akan datang. bak kata orang, time ni dia dapat ikan yang BESAR, tapi nanti kita akan dapat ikan yang BANYAK. ada beza kan? nak yg mana, pilih la, lalalalala. hehe
p/s;konfius ke male o female? i'am female.sekian. bukan blog farid, tapi emy. hehe
tapi kan..aku jumpa kengkawan yang tak semayang, memang dorang dekan. dorang tak brsyukur. dapat result ok jek, gi enjoy. Apa nak jadi tah..banyak kali tegur pun tak berubah.
BalasPadamApa pun usaha tetap kn ada. Yg lain serahkan padaNya n tawakal. Sesungguhnya Ia lebey mngetahui. Kot bg dean list, kita terus terlupa daratan.. Kn?
BalasPadamkita kena ingat, tuhanbagi kita kesenangan sebab dia tgh uji kita, lihat kita bersyukur atau tidak
BalasPadamSentiasa mendekatkan diri dengan Allah adalah jalan yang terbaik untuk kita kecapi kejayaan,,agar apa yang dituntut akan mendapat keredhaan dari-NYA..Sebagai manusia kita mesti ingat segala yang kita lalui telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T. di muka bumi ini...X semestinya orang yang x mendapat DL tidak akan berjaya di masa hadapan,,,malah orang yang sebeginilah sebenarnya rezekinya luas untuk masa-masa akan datang...kalo dapat DL tapi x tahu sebenarnya apa yang dipelajari pun tidak guna jugakan...so its better for u get what u want to get...^___^...bertawakallah atas usaha yang sudah pun dilakukan....cayok2 frens...masa masih panjang untuk kecapi kecemerlangan...jadikan pengalaman lama sebagai pendorong untuk berjaya k....^__^
BalasPadamx semesti nya x solat itu x berjaya ya, usaha itu perlu la kena betul, tetapi sbg orang islam kita x boleh nak kata sebegitu rupa nya, apa yang penting keberkatan hidup kita, jangan kita bangga 4 leper di sekeping kertas je....
BalasPadambila masuk alam pekerjaan nanti kita tahu di mana tahap kita sebenarnya...apa pun usaha dan tawakkal itu penting, Allah tetap no 1 dalam hidup kita....
@fikhri...maaflah
BalasPadam@emy...sy nk ikan yg banyak supaya dpt diberi kepada org2 yg memerlukan..tetiba nk jd nelayan pulak..
@peah..alhamdulillah peah tak tergolong dlm org2 yg cenggitu kn? peah dh tegur, lepas lah tggungjawab peah..inshaALLAH..
@Lidia...kannn...
@Rozuan...yup2..kesenangan itu pon ujian, kesusahahn itu pon ujian kan?
@Hanis...setuju ngat..Allah itu kan maha adil..Dia tahu apa yg Dia lakukan
@Khairiz...kerana title dekan tak dikira di padang mahsyar nnti kn??..wallahualam..
wow ! dasat !
BalasPadamEntry kau motivate aku. Anyway thanks.
BalasPadamsama2 an najwa..nice to know your feeling after read this :)
Padam