“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31)
ayat diatas ringkas dan mudah difahami tetapi sungguh membawa kebaikan jika diamal selalu.
Assalamualaikum wbt,
hari ini mahu berkongsi rahsia ketampanan Rasulullah SAW, sebab kita zaman ni sebok la nak pegi gym ke gymnastik gymrama semua kita nak buat, tapi cara makan kita tak jaga. semuanya bermula dari perut, penyakit datang semua adalah dari perut, ditegaskan lagi sekali ya disini.
tahukah kamu Rasulullah sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang seimbang, sangat seimbang. tidak perlu berpaksikan piramid makanan pun yer. dan yang paling bestnya nabi saw kesayangan kita ni amalkan perkara-perkara mudah jer..takdelah nak kena ambil suplement seperti pil-pil edaran dr.Rozmey bebagai kan?
1. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
2. baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
3. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
4. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
5. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
6. Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
7. Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
8. Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNZo7bTmdQ7hyphenhyphenkkK1VSlvaSJUcM4qC56ycBh3OxE92D7w2xEn3LPDxNxc5gAGbSlvfLQxHUuNQ1G6k_yXpME-idxea-H0a6YFCzotFQm2kjFwP-WhMuChqBCNHwwQ_gLR2T3AQ_wCRszo/s1600/dietrasulullah.jpg)
9. Yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Jika mahu kekal anggun dan kacak ikutlah diet Rasulullah SAW ini..INI muda-muda dah perut maju kehadapan, paha sebesar balak. adoi-adoi.
Credit: Islam Itu Indah
copy paste ke ni?haha
BalasPadamhehe..pendahuluan dgn penutup je aku buat..tp aku dah bagi credit kt sumber die so bukan plagiarism sgt la kn?.erkk..plagiarism jugak sbnrnyer..
BalasPadamentah la aku pon tak pakar bab2 plagiat ni.tapi untuk aku pass hantar thesis nanti,kandungan artikel xleh lebih dari 30%.so ko punye plagiat ni bakal sangkut.wahaha..
BalasPadamselain tubuh badan kita sihat apabila kita mengikuti cara makan dan diet rasulullah ni, kita juga dapat pahala menghidupkan sunnahnya..:))
BalasPadamtak gitu saudara eszyamin?
pling suka mkn sblum lpr...brhnti sblm kyg..stay fit!!!
BalasPadamsambut Maulidur Rasul sana sini tapi bila Valentine Day berkepit dengan pakwemakwe sana sini..apekebende?
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/sambut-maulidur-rasul-tapi-sambut.html