Khamis, Julai 26, 2012

Memori Banjir di Petang Raya

Assalamualaikum wbt,

aku tahu puasa baru nak masuk enam hari, bukanlah tujuan aku untuk menunjukkan betapa keghairahan aku menyambut raya, sememangnya raya aku dah tak semenggah macam dulu-dulu, sekarang semua hambar

cuma sekarang aku teringat akan memori aku berkonvoi raya dengan kawan-kawan, dah enam tahun lepas dah pun, lamanya enam tahun dah rupanya..tapi semuanya macam baru semalam, ntah kenapa aku tetiba teringat, mungkin sebab ada salah sorang rakan konvoi aku ni sekarang macam dah jauh dengan geng-geng yang ada kot, so aku teringat dia, terus aku teringat memori-memori dulu, cumanya disebabkan tiada memori ramadan bersama dia jadi yang paling hampir memori aidilfitri la kan? haha

macam biasa cerita dia, bila kami ni dah dijadikan Tuhan sebagai manusia gila, tak kira apa jua keadaan, semua benda nak ditertawakan. teringat lagi meredah banjir untuk kerumah ustazah kami, masa tu hujan lebat, redah je lah dan kami ketawa-ketawa sambil main hujan dan air banjir macam budak kecik, tapi memang kecik pong baru form 4 (sekarang kalau nak buat camtu lagi pon boleh)

kawan, jangan la macam ni, mana kau. raya kali ni konvoi la lagi dengan kami..jangan la jauh macam ni..aku rindu jugak dengan kau ni..sejak kau masuk matrik dan sekarang kau dah habis degree pon, sangat jarang aku dengar khabar kau, bukan aku tak ambil tahu, tapi kau yang semacam mengelak.. bila ada event class kita dulu pon kau tak join..ada je alasan kau..ermhh tak apalah..

aku raya rumah kau tau tahun ni..minum air sirap manis kat umah kau..rindu kau la kawan..kbai.

aku takkan bagitau aku nak datang bila umah kau, sebab aku taknak kau mengelak..aku bukan nak kau sediakan macam-macam, cuma segelas sirap merah pekat yang manis macam dulu tu.. :)

5 ulasan:

  1. tu dia siap panggil agi

    xdtg, xtau la ye

    BalasPadam
  2. aaa..mybe ade sbb dia meminggir..cuba kaji..dan kaji..dan cari gali..mngkin ada "sesuatu"

    air sirap merah pekat manis...aaa kalu tambabh susu lagi sedap..emm guppp

    BalasPadam
  3. same goes here.ala nak buat macam mane.yang penting jgn sedeh2 udoh le.kawan lain kn bnyk..

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya