Isnin, Julai 23, 2012

Tersenyum Sendiri Dalam Surau

Assalamualaikum wbt,

sementara menunggu azan isyak habis dikumandangkan oleh Bilal bertugas, aku duduk bersedeku di saf paling belakang, dengan tidak semena-mena, ramai..memang ramai..ramai sangat kanak-kanak secara tiba-tiba duduk mengelilingi aku, ye memang ramai, kanak-kanak comel mungkin berusia dalam lingkungan 4 hingga 7 tahun yang tidak lepas untuk mengambil peluang mengimarahkan surau, walaupun suara-suara nyaring mereka memecah sedikit kemerduan azan yang berkumandang, adakala terasa mereka mengganggu, tetapi entah kenapa tiba-tiba bibir aku mengukirkan senyuman tatkala memandang wajah-wajah suci mereka, wajah yang tiada cela, tiada noda, tiada dosa.

memang benar kanak-kanak seperti kain putih, tanggungjawab ibu bapa dan manusia dewasa sekeliling yang akan mencorakkan perilaku mereka. jangan diherdik kanak-kanak ini jika mereka membuat bising di Masjid atau Surau, nasihati mereka dengan penuh kasih sayang, mereka bukan tiada akal, mereka akan mendengar arahan jika kita tahu mengendalikannya. buktinya, aku sendiri saksikan kanak-kanak yang mengelilingi aku tadi, bermula saja imam mengangkat takbiratul ihram, saf diluruskan, mulut dikatup, dan mereka bersama-sama orang dewasa melakukan solat berjemaah. indah pemandangan ini

Ya Allah kau jadikanlah setiap dari kanak-kanak ini supaya sentiasa patuh pada tuntutan dan syariatMu, jauhi mereka dari perbuatan yang menggoyahkan keimanan dan ketaksubaban mereka untuk terus beribadah kepadaMu

6 ulasan:

  1. Aku dah xsesuci mereka... Moga adik2 itu terus suci dari segala cela.. ;'(

    BalasPadam
  2. waahh..mcm retis pulak part yg kanak2 smua mengelilingi awk tu.. tehee...

    BalasPadam
  3. pastu mesti ade budak yang terawih yok2 je kan.time tahiyat akhir tu la diorang lari2 nak solat sekali..

    BalasPadam
  4. semalam, aku sembayang terawih pon ada budak kecik ni.. dia baring2 depan saf aku,ayah dia plak duk marah (isyarat mulut) or suh bangun.. aku senyum je dlm hati.aihh, macam ni ke aku dulu? haha

    BalasPadam
  5. aku rasa kau senyum keluar taring je..hehe

    BalasPadam
  6. huhu..kank2 tu mst berjemaah jg kn..hihi..alhamdulillah..tp ade jg yg kanak2 dtg bt bising..

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya