Rabu, Julai 18, 2012

Bila Aku Rasa Nak Mati

Assalamualaikum wbt,

puas juga mencari dan mengkerah neuron proton mahupun medulla oblongata demi mencari sesuap idea untuk aku kembali merancakkan jari jemari mengemaskini belog yang semakin sepi di mamah usia ini. alhamdulillah dapat juga aku idea ini.

mati, sesungguhnya melupakan mati adalah satu kerugian besar untuk kita. jadi sentiasa beringat untuk mati juga sedikit sebanyak menambahkan iman didada. aku taknak la jadi pak ustaz kat sini berbicara seperti belajar dekat Al-Azhar saja, cumanya sejak akhir-akhir ini aku rasa macam nak mati.

ni bukan perkara main-main, bercerita disini pun bukanlah suatu tindakan bijak umpama aku menyediakan diri untuk bersifat takbur, yelah ada la kot nanti yang cakap aku macam cuba nak cakap yang aku ni sentiasa ingat mati la kan? faham tak ayat aku.

nevermind, im just curious why i feel like malaikat maut dah ada depan aku.. nak cabut nyawa aku esok ataupon malam ni time aku tido, ataupun esok aku pegi pasar tetibe ada orang giler bawak pistol nak merompak bank sebelah pasar jual ikan tu tetibe tertembak aku yang sedang pilih-pilih bunga kantan untuk dijadikan bahan untuk memasak asam pedas ikan pari, selain itu kematian paling cliche lain dan tak bukan eksiden tengah jalan. aku rasa macam-macam kejadian kematian yang akan aku hadapi dalam masa terdekat ni.

ini bukan kisah dejavu di kinabalu ke apa ke, tapi adalah perasaan. ia tidak la mengganggu aku sangat pun, cumanya terdetik dihati, kalau aku mati malam ni, ataupun esok, maksudnya usia aku memang tak panjang dah kan? cukup ke amalan aku wei? boleh ke aku jawab soalan kat kubur nanti? nescaya aku boleh saja hafal jawapan untuk soalan yang akan ditanya kat kubur nanti, sedangkan 8 prinsip 1Malaysia pun aku boleh hafal apa lagi soalan-soalan kubur yang ada berapa kerat je soalannya tu. tapi hakikatnya aku takkan dapat jawab soalan itu jika memang pasti amalan aku didunia tidak mencerminkan agama yang aku anuti.

apa yang paling aku risaukan, adalah Ramadan yang seakan lambat sangat nak muncul ni, aku takut tak sempat, walaupun inshaALLAH lagi empat hari saja lagi kan, tapi ia tetap tidak akan sempat bagi aku jika aku mati sekarang mahupun mati sebelum tibanya malam pertama Ramadan.

Ya Allah aku mahu bertemu Ramadan lagi..berilah aku kesempatan ini lagi..
disini aku mahu memohon ampun dan maaf dari korang semua para pembaca yang kenal aku mahupun hanya kenal melalui tulisan-tulisan aku, aku nak pesan, jika ada jarum yang patah jangan la disimpan didalam laci yer..pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...tetibe kau feeling kad raya sangat kan?

Bubye

5 ulasan:

  1. kau tahu, aku juga rasa benda yang sama :')

    BalasPadam
  2. Aku pun kadang2 rasa macam tu jugak.. walaupun Ramadhan hanya 2 hari je lagi tapi rasa takut jugak kalau2 x sempat nak bertemu dengan Ramadhan.. huhu

    BalasPadam
  3. inshaallah,doa la kalo kite pergi,ada yang tolong sedekahkan something untuk kite kt sane.maaf zahir batin ye zunnur

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaaLLAH fikhri..nanti kau doakan aku yer andainya aku pergi dulu sebelummu..ha kau allycat sgt lagu..maaf zahir batin juga fikh..

      Padam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya