Assalamualaikum wbt.
okay ghairah blogging aku dah muncul la gamaknya..
cuba angkat kening siapa dekat sini tak nak nikah dan seterusnya berkahwin? dulu masa sekolah rendah, ada seorang member aku ni mati-mati pertahankan prinsip dia bahawa dia tak nak kahwin, dia benci perempuan. dia sangat tak suka bila aku ramai kawan perempuan, tak tahu sama ada di cemburu ataupun memang dia geli tengok aku ramai kawan perempuan. dia ni bukan gay, yela sekolah rendah gay ke lesbo ke tak wujud langsung time tu, takda nafsu pun nak kearah-arah benda camtukan, cuma yang peliknya dia ni sampai bertegang-tegang leher dengan cikgu tatkala cikgu mengusik dia dengan berkata "cikgu nak tengok betul ke tidak kau tak kan kahwin"...dan dia jawab.."ya saya takkan kahwin, saya tak suka kahwin" camtulah lebih kurang bunyinya, kami satu kelas hanya tersenyum dan gelak sinis terhadap dia.
yang aku ni pulak memang dah telebih matang sejak sekolah rendah, siap boleh nasihat-nasihat dia bagai, yang nikah dan kahwin ni tuntutan lah, baik dari segi rohani, jasmani la, macam-macam lah aku cakap kebaikan berkahwin..macam nak tergelak bila time-time macam tu dah berlagak macam tahu semua pasal kahwin-kahwin ni kan? yela hingus meleleh pun ibu masih lapkan ada hati nak bercakap pasal nikah kahwin kejadah bagai kan.
tapi alhamdulillah semenjak rakan baik aku tu sekolah menengah, prinsip dia serta-merta bertukar..dia rasa dia nak kahwin, dan dia perlu berkahwin..kann..tengok siapa yang benar sekarang? aku dah cakap dulu, kau mesti nak kahwin punya bila kau dah besar nanti..kalau jumpa dia mesti nak menganjeng dia dengan pertanyaan "ko nak kahwin tak?"..huhuhu
okay sebenarnya aku terfikir, apakah kahwin itu hanya sekadar ucapan aku terima nikahnya......atau lebih dari itu. aku selalu melihat perkahwinan itu satu keindahan, aku tak pernah fikir langsung perkahwinan itu mungkin bakal menjadi satu mimpi ngeri buat aku...baguslah kan kita sentiasa positif dengan memikirkan keindahan perkahwinan itu senantiasa berpanjangan, tapi seakan mustahil untuk mendapat yang indah-indah sahaja kan,,mesti ada yang berlaku dalam tempoh kita berkahwin tu, krisis la, bermasam muka lah..bila fikir pasal negatif dia hati terus berkata, ya Allah sanggupkah aku hadapi semua itu, bukan setakat kerenah si isteri yang dicintai, tapi juga kerenah anak-anak yang lahir kelak, juga mungkin kerenah aku sendiri..
dan tiba-tiba pulak terdetik..tak nak kahwin la camni...owh tidak..tidak..sebagai lelaki, cabaran itu perlu disahut, memang dalam perkahwinan pasti akan berlaku yang kita tidak duga..sedangkan lidah lagi tergigit kan..ermmh sampai dekat aku bukan setakat lidah yang tergigit tapi pipi pon aku boleh tergigit tau,,sakit bongok..aku ni memang gelojoh makan pon sampai tergigit pipi.
aku ni bukan apa, cuma sangat seronok bila melihat anak-anak muda yang sangat muda yang sebaya dengan aku ni ha, meletakkan pernikahan itu ditempat yang sangat teratas..mereka-mereka ni aku lihat sangat positif terhadap Allah swt..yelah Allah kan berjanji sesiapa yang mendirikan masjid rezeki melimpah-ruah akan diterima lebih-lebih lagi bila terhasilnya zuriat..jadi disini, bukanlah aku nak cakap yang..okay kau tak payah kerja bagus-bagus pon, tak payah kumpul duit pon,,ko pergi lah kahwin, lepas kahwin mesti dapat rezeki lebih kan? bukan macam tu, maksudnya disini, jika anda sudah berkemampuan sekadar yang mampu untuk mendirikan masjid..apa salahnya yakinkan orang tua anda, yang anda memang mahu memperisteri/suamikan sipolan-sipolan.
tapi yang aku lihat sekarang ni ramai anak muda yang seakan..alah relax la dulu..kahwin bukan perkara main-main..memang bukan perkara main-main..tetapi anda "bermain-main" dengan pasangan anda, apa tak berdosa ke? kahwin adalah jalan yang paling mulia sekali dan jalan terbaik untuk elakkan maksiat..tapi aku yakin kebanyakan orang tua kita akan berkata.."hamboi kemain gatal muda-muda lagi dah nak kahwin"...jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meyakinkan mereka yang kita memang sudah berkemampuan untuk berkahwin..
sebenarnya aku tulis entri ni selepas aku ter-blogwalking dekat blog pasangan muda ni..mula-mula terlihat profile pic blog ni..dan hati berkata, beraninya dia bergambar macam tu..lepas tu tengok-tengok..jeng jeng jeng..aku yang termalu sendiri..mereka sudah berkahwin..sangat sweet kot..semoga kalian kekal bahagia yer..hati ini berbisik bestnya berbulan madu di Moscow sambil sedang menyambung pelajaran disana..btw, sorry curi gambar Radzi dan Fatin untuk entri ni..kepada anda yang lain cer terjah blog mereka ni, klik je pic diatas untuk kesana,,kbai
kau biler nak kahwin?? hahahaha
BalasPadamthanks bg tips tadi.. aku cuba :)
BalasPadamehem2.jangan lupe invite aku bila nak kwin nnt beb.haha
kawen??..wahh...nnti jgn lupe jemput keh..kata kawan..err..kawan kn??..tq..lalalaaaaaaa
BalasPadamteringin nak kawen jugak.
BalasPadamkawen bestt.
nanti nak shopping boleh mintak duit suami.
lallalal~~