Kenapa aku suka membenarkan diri aku berada dalam dilema?
Aku selalu menuntut untuk memilih,
memilih pilihan 1, pilihan 2, malah pilihan 3
dan apabila pilihan-pilihan itu datang menerpa
dan menerjah kehidupanku
aku mula sesak,
adrenalin tak menentu,
darah ligat mengepam
dan jiwa rasa kacau.
kenapa aku tidak pernah puas untuk memilih
adakah aku kurang keyakinan diri
dan sering berfikir jika aku pilih 1, 2 entah-entah lebih baik
dan bila pilih 2, 3 mungkin lebih sesuai.
Ya Allah, dunia kini mengancam kehidupanku
dunia mahukan aku untuk memilih
tetapi biarkan aku
terkontang-kanting memilih sendirian
aku tidak berpendirian kerana
aku mudah bosan dan kecewa dengan pilihan aku
dilema dan aku seperti
tidak dapat dipisahkan
aku sering kali dilanda tsunami dilema
dilema dilema dilema
bosan lah..
p/s:: teringat pula tulisan dr. M
The Malay Dilemma
usah biarkan diri anda dibelenggu dilema ~
BalasPadam:)
serius benor..solat sunat istikharah je lah untuk yang terbaik dari pilihan semua tu
BalasPadambetul.. waktu yg paling susah dan rumit ialah bila kita kena baut pilihan.. sbb kita tak tau pilihan mana yg sesuai.. semua cam bagus je.. huhuu~ T_T
BalasPadamsaya serius tak perasan since when I follow blog sedara ni..baca profile awak pun dah buat nak tergelak dah..hehe..adrenalin terlebih xpe..jangan jantung tu pecah sebab overload dah la..:)
BalasPadamdilema perkara biasa..tapi dilema tentang apa, nak kena tahu jugak(haha korek ni..)
kalau diantara 2pilihan bolehla buat istikharah..tapi sampai 2,3 ni..pada pendapat ila bukan dilema tapi hati berbelah bagi..
orang selalu kata pilih yg terbaik..tapi sebenarnya..pilihlah yang paling kurang baik..
reason: bila hati dah mula suka@tertarik pada sesuatu, yang buruk tetap akan nampak cantik, dan yang teruk tetap nampak baik..hati kalau dah suka, semua hati akan nafikan..
conclusion: yang kita nampak tak baik itu sebenarnya yang ikhlas yang ada pada dia..yang jelas mata kita nampak dan yang terang hati kita sedar..pernah dengar pepatah ni? "terimalah sesuatu tu kerana kelemahannya dan bukan terima kerana kelebihannya..kerana,apabila kelebihannya sudah tak menjadi lebih, hati mula cepat berubah.."..
:)
janganlah biarkan diri terus dilema .
BalasPadamassalamualaikum..thanx pada yang sudi komen dan beri pendapat..
BalasPadam