Selasa, Julai 26, 2011

Ada Apa Dengan UiTM?

Assalamualaikum..

terjumpa komen seseorang dalam sebuah blog terkemuka negara: walaupun pada dasarnya cerita ni pasal nasib bebudak politeknik tapi tetap jugak nak selit nama UiTM. benda kecil macam ni pun dia nak selit nama UiTM kan, ni baru yg ciput2 belum lagi yang sampai merendah-rendahkan martabat UiTM,

Kenapa semua orang suka kondem UiTM?
sebab UiTM punya populasi pelajar terrramai di Malaysia, bila dah ramai, ruang untuk mengata, mengutuk sangat terbuka lebar lagi luas, yelah jika sekarang 150 ribu pelajar dapat masuk UiTM, 450 ribu orang yang tak dapat masuk akan mengutuk dan mengata (nisbah; dapat:tak dapat = 1:3)

Kenapa jika ada berita buruk pasal pelajar UiTM, tak kira yg mengandung anak luar nikah, berzina, berkhalwat, merempit, menagih dadah dsb disebut dengan jelas lg terang "UiTM" dalam dada2 akhbar mahupun media elektronik yg lain tetapi tidak tertera nama rasmi IPT lain jika pelajarnya melakukan perkara yang sama, apa yang biasa kelihatan dan kedengaran hanyalah seperti: Pelajar IPT di ibu negara ditangkap khalwat. tapi kalau pelajar UiTM yang buat bebunyi begini pula: Seorang pelajar UiTM dipercayai melahirkan anak luar nikah dibawah pohon asmara..apa sebabnya jadi begini?
sebab UiTM punya populasi pelajar terrramai di Malaysia, bila dah ramai, ruang untuk mengata, mengutuk sangat terbuka lebar lagi luas, lagipun UiTM kan 100% kerajaan dan bumiputera, sedangkan yg bumi pun suka dok mengata apatah lagi non-bumi


Kenapa UiTM selalu jadi mangsa perbandingan?
sebab UiTM punya populasi pelajar terrramai di Malaysia, bila dah ramai, ruang untuk mengata, mengutuk sangat terbuka lebar lagi luas, yelah pelajar ramai tapi ramai orang luar yg tak nampak sumbangan bebudak UiTM pada negara, sebab kami bukan universiti penyelidikan macam USM mahupun UPM


Kenapa aku buat entri pasal UiTM?
sebab UiTM punya populasi pelajar terrramai di Malaysia, bila dah ramai, ruang untuk mengata, mengutuk sangat terbuka lebar lagi luas...eh eh x kena pulak jawapan dia kan? jawapan sebenar dia adalah sebab aku mahu pelajar non-uitm kalau tak tahu apa polisi, misi dan visi UiTM jangan sebok dok mengata macam hang serba tahu tentang kami

Kenapa UiTM Sentiasa di Hatiku?
sebab aku faham perjuangan UiTM, Itu cukup untuk buat aku sayang pada UiTM, walaupun sekarang aku hanyalah bekas pelajar UiTM


*soalan dan jawapan ini disediakan oleh aku yang pernah teringin masuk USM, 
yelah sebab dulu aku juga macam korang, sering pandang sepi dan sinis terhadap UiTM,
segala pertikaian pendapat sesebuah IPT dalam entri ini memang ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi, kerana ini adalah realiti masa kini, mohon ampun dan maaf jika terasa hati.

2 ulasan:

  1. honestly,universiti tu same je kot.blaja la kat harvard sekalipun,kalau dah pemalas tu result bangang jugak.go go uitm..kampus melaka punye hostel terbaik sbb satu student satu bilik,due katil,due almari..mmg lebih biadab dari biasa..UTM mampu?ofkos tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi kau menganjeng sangat kan? bukan untuk sesapa..untuk kau jugak..hahaha

      Padam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya